Setiap kali ada MAHA, mesti berduyun-duyun orang pergi. Tak kira golongan belia, bujang mahupun yang dah berkahwin, semua tak nak lepaskan peluang untuk pergi. Ada yang datang bersama kawan-kawan, ada juga yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Kadang-kadang, aku tertanya-tanya, "Kenapa sambutan MAHA sentiasa meriah setiap kali dianjurkan?', "Berbaloi ke berpusu-pusu pergi MAHA?" dan macam-macam lagi soalan yang terjah ke benak fikiran aku. Bila aku pergi sendiri, baru aku tahu kenapa ramai yang sanggup datang ke sini. Actually, ni kali ke-3 aku pergi ke MAHA. Nak tahu kenapa? Jom, baca perkongsian aku untuk kali ini eksklusif dari MAHA 2018!




Ada lagi yang belum tahu tentang MAHA? Untuk korang yang first time dengar, MAHA merujuk kepada Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism. Acara yang dianjurkan dua tahun sekali ini bertemakan "Makanan Kita, Masa Depan Kita". MAHA merupakan acara untuk showcase tentang pertanian dan hortikultur yang terbesar di Malaysia dengan tarikan pengunjung seramai 3.5 juta orang. Untuk MAHA 2018, ia berlangsung selama 11 hari bermula 22 November 2018 sehingga 2 Disember 2018 bertempat di MAEPS, Serdang. Jadi, sempena cuti sekolah dan hujung minggu ni, kalau tak ada plan ke mana-mana, bolehlah bawa family ke MAHA 2018. Memang berbaloi-baloi!




Sebelum aku bercerita panjang tentang MAHA 2018, aku nak cerita dulu 5 sebab kenapa orang sanggup datang ke MAHA yang dianjurkan di MAEPS, Serdang setiap tahun dianjurkan.

1. Pameran agriculture, horticulture dan agrotourism terbesar di Malaysia
2. Parking hanya RM5
3. Perkhidmatan FREE shuttle/tram yang sistematik disediakan untuk pengunjung
4. FREE entrance! Tidak dikenakan sebarang tiket masuk untuk dewasa / kanak-kanak
5. Harga makanan/minuman dan barang yang dijual amat berpatutan

Aku rasa, kerana 5 sebab di atas ramai yang sanggup berpusu-pusu bawa anak-anak ke MAHA 2018. Kebetulan, time cuti sekolah pulak tu. Semestinya, ibu bapa nak bawa anak-anak jalan-jalan sambil memberi pendedahan kepada anak-anak. Pendek kata, event MAHA 2018 adalah acara untuk keluarga tak kira peringkat umur yang tak memerlukan kos yang tinggi. Cuma perlu bayar parking dan semuanya FREE. Melainkan, nak beli makanan dan minuman ataupun barang keperluan yang dijual oleh para usahawan. Itupun dijual pada harga yang sangat berpatutan. Paling penting, bila datang MAHA 2018, banyak ilmu boleh belajar especially berkaitan ilmu pertanian dan agro. It's a fun learning process!


TIPS KE MAHA 2018

Sedikit tips untuk korang yang merancang untuk ke MAHA 2018, korang boleh masuk ke Laman Tiba 2 sebab kat situ ada parking yang dekat dengan pintu masuk. Untuk memudahkan urusan keluar nanti, better korang stand-by touch & go card. Parking hanya RM5 per entry! Kemudian, menapak sikit untuk ke Laman Tiba 2 dan tunggu tram. 




Kawasan MAEPS, Serdang ni memang luas. Kalau nak berjalan, pendek kata basah kuyup la korang. Jangan risau, sempena MAHA 2018, mereka menyediakan perkhidmatan tram secara PERCUMA. Yang penting, korang kena tengok maps yang disediakan dan tahu ke lokasi mana dulu yang korang nak tuju. Pastikan tanya crew yang terlibat tram mana korang perlu naik untuk ke lokasi yang korang nak tuju. Untuk perkongsian kali ini, meh nak share lokasi mesti singgah di MAHA 2018!


Macam kami tempoh hari, kami sampai lebih kurang jam 9 pagi, terus tunggu tram di Laman Tiba 2 untuk ke Hall A. Kat situ banyak exhibition booth especially dari MADA. MADA merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi Kluster Agro pelancongan sempena MAHA 2018. Nak tahu apa yang menarik di Hall A? Jom, cekidout!
.

KLUSTER AGRO PELANCONGAN


Sempena MAHA 2018, pihak MADA membawa Kampung Pulau Pisang ke Hall A MAEPS, Serdang. Kalau korang nak tahu, Kampung Pulai Pisang merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Ini salah satu pakej AgroTourism yang ada di Kedah. Kampung Pulau Pisang ni memang famous dengan keunikan seni bina rumah melayu sebagai lokasi yang menawarkan Pakej Inap Desa (Homestay) dengan berlatar belakangkan sawah padi.


Selain merasai sendiri pengalaman seolah-olah berucuti di Kampung Pulau Pisang, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan untuk para pengunjung. Antara aktiviti subkluster di bawah Agro Pelancongan yang terdapat di sini adalah Charuk Pelanduk, Wakaf Mahsuri, Warong Ulu Sedaka, Gelanggang Pantai Merdeka, dan Pelantaq Gunung Keriang.




1) Charuk Pelanduk



Charuk Pelanduk adalah sebuah kampung yang terletak di Sik, Kedah dan merupakan hentian setempat bagi pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai produk kraftangan. Sempena MAHA 2018, Charuk Pelanduk dipilih sebagai subkluster Agro Art & DIY (Do It Yourself). Di sini, para pengunjung berpeluang untuk tengok demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan juga jerami yang dihasilkan oleh usahawan tempatan. Antara aktiviti lain yang turut diadakan adalah mewarna seramik dan batik. Aktiviti seumpama ini semestinya dapat memberi pendedahan kepada anak-anak dan generasi sekarang tentang kraftangan.




2) Wakaf Mahsuri


Langkawi, Kedah pula sememangnya terkenal dengan kisah lagenda Mahsuri. Jadi, sebagai ikon kecantikan, Wakaf Mahsuri dipilih sebagai Subkluster Health & Beauty dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan daripada sumber semulajadi seperti beras, madu kelulut, propolis, herba dan Jewel of Borneo. Paling best, kat sini juga ada perkhidmatan urut kaki. Sesuai la, lepas lenguh jalan-jalan di MAHA 2018, singgah sekejap sini untuk urut kaki di Wakaf Mahsuri.



3) Gelanggang Pantai Merdeka

Kalau ke Kedah, tak lengkap rasanya kalau tak singgah di Pantai Merdeka. Siapa ada dalam lirik lagu dalam tempat ni. Pantai Merdeka terletak di daerah Kuala Muda, Kedah. Ia merupakan pusat peranginan dan perkelahan bagi penduduk setempat. Aku pun pernah ke sini, kemudian boleh naik bot untuk ke Tanjung Dawai. Actually, boleh juga kalau nka pergi ke Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak especially untuk kaki pancing. 




Di MAHA 2018, Gelanggang Pantai Merdeka dipilih sebagai subkluster Hobby & Recreation kerana menjadi tempat pilihan keluarga bagi tujuan riadah dan rekreasi di hujung minggu. Kalau datang sini, bolehlah imbau balik kenangan dan memori manis zaman kanak-kanak. Antara aktivit yang ditawarkan kepada para pengunjung di Kampung Pulau Pisang adalah  permainan tradisional seperti permainan congkak, getah atas para, serta dam aji gergasi.



Kat sini juga ada Petting Zoo. Pendek kata, kalau tak sempat nak bawa anak-anak ke Zoo, bawa je mereka ke MAHA 2018 dan singgah di Hall A. Lebih tepat, singgah di Kampung Pulau Pisang yang dikelola oleh pihak MADA untuk tengok sendiri dengan lebih dekat ayam, arnab, kambing, turkey dan beberapa jenis haiwan reptilia seperti ular dan iguana. Bukan anak-anak je excited, mak pak pun boleh excited sama, hehe!


4) Pelantaq Gunung Keriang




Satu lagi lokasi AgroTourism yang menjadi tumpuan di Kedah adalah Gunung Keriang. Ia terkenal kerana kecantikan sebuah bukit di tengah-tengah sawah padi. Dengan ketinggian 217.92m, Gunung Keriang kelihatan gah dan turut dikenali sebagai warisan geologi unik dan menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai program berunsurkan kebudayaan dan kesenian. Bertepatan dengan ciri unik dan tarikan tersendiri,  Pelantaq Gunung Keriang juga dipilih sebagai subkluster AgroCulture semoena MAHA 2018 yang menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia.




Selain persembahan kebudayaan, di sini juga berlangsungnya sesi demonstrasi dan aktiviti menarik seperti pertandingan memancing botol, pertandingan dam haji dan sebagainya. Dalam sehari, pelbagai aktiviti disusun atur untuk para pengunjung. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang berhibur sambil belajar tentang kebudayaan, keseniaan dan pertanian di sini.




5) Warong Ulu Sedaka




Kalau lapar dan dahaga, jangan risau. Di Kampung Pulau Pisang ni ada Warong Ulu Sedaka yang menjual aneka juadah yang pastinya akan menggamit nostalgia. Antara makanan tradisional dan minuman yan cukup sinonim dengan negeri Kedah seperti peknga, laksa dan pulut pekasam ada dijual di sini. Selain itu, minuman seperti nira nipah dan aneka perisa ais krim seperti teh tarik pun ada. Warong Ulu Sedaka adalah simbolik kepada perkampungan yang mengetengahkan makanan tradisi dan dipilih sebagai subkluster Lepak Santai.

LAMAN PADI

Selain exhibition booth seperti di Kampung Pulau Pisang di Hall A, korang juga mesti singgah di Laman Padi. Ini salah satu tarikan terbaik yang ada di MAHA 2018. Di sini, korang akan belajar dari A hingga Z tentang padi. Siap ada sawah padi betul, kerbau untuk membajak, orang main bola sepak dalam lumpur dan macam-macam lagi. Sesuai untuk bawa anak-anak belajar tentang pertanian especially mengenai padi dan beras. Paling penting, merasai sendiri pengalaman sebenar berada di kampung yang mempunyai sawah padi. Nyaman!




Siapa sangka, ada sawah padi di bandar kan? Hanya di MAEPS, Serdang! Selain ada sawah padi, kat sini juga ada Galeri Padi yang lengkap dengan informasi berkaitan industri beras negara. Laman padi merupakan antara highlight yang aku patut kongsi dengan semua pembaca. Sebabnya, banyak ilmu yang dapat ditimba di sini. Dari segi proses penanaman padi, alat-alat yang digunakan untuk membajak dan menuai, sehinggalah ke ancaman kepada pokok padi iaitu siput godang, semuanya diceritakan di sini. Jenis-jenis beras pun ada ditunjukkan, siap boleh rasa sehingga 16 jenis beras yang berbeza. Menarik!


Peralatan untuk membajak dan menuai padi

Kitaran hidup Siput Gondang

Variati beras di Malaysia

16 jenis beras di Malaysia dengan variasi dan rasa berbeza

Spot paling menarik untuk bergambar di Laman Padi

Proses menghasilkan makanan tradisi Kedah iaitu Serabai

Kami bertuah sebab dapat try kuih tradisional orang Kedah iaitu Serabai. Sempat tengok mak cik duk buat Serabai dan siap boleh rasa lagi. Sedap betul. Pekena pula dengan serawa durian. Fuh, sedap bak ang! 

PAVILION NEGERI

Lokasi seterusnya yang patut korang singgah adalah Pavilion Negeri, Di sini, korang boleh merasai sendiri pengalaman berada di semua negeri di Malaysia. Ada rumah tradisional Perlis, rumah tradisiona Kedah, rumah tradisional Terengganu, rumah tradisional Kelantan dan lain-lain lagi.




Tapak Pavilion Negeri merupakan salah satu tempat terbaik untuk dilawati sekiranya korang rasa teringin untuk melancong ke seluruh Malaysia dalam masa sehari. MADA serta beberapa agensi lain dari Kedah diberi tanggungjawab untuk menjayakan aktiviti yang terdapat di Pavilion Negeri Kedah dan Perlis. Pendek kata, kalau pergi sehari memang tak cukup nak cover semua tempat di MAHA 2018. No wonder, ramai yang sanggup ambil cuti semata-mata nak datang ke MAHA. Kalau korang nak pergi, plan betul-betul tempat mana yang nak dituju. Itupun nasib baik MAHA 2018 beroperasi sehingga 10 malam setiap hari.

AGROTRADE 1



Untuk korang yang nak shopping, lokasi yang mesti korang singgah adalah di Agrotrade. Ada dua hall iaitu Agrotrade 1 dan Agrotrade 2. Hari tu kami sempat masuk ke Agrotrade 1 di mana ramai usahawan-usahawan MADA mempamerkan barangan jualan mereka untuk MAHA 2018 kali ni. Selain itu, terdapat banyak lagi produk tempatan seperti Sambal Hitam Pahang @minz_sambal_hitam dan sambal @percikwangi




Salah satu booth yang paling aku suka adalah Booth Kerepek Bronis. Apa yang menarik, mereka menjual Kerepek Bronis yang dihasilkan daripada Brownies tetapi dinipiskan seakan-akan kerepek yang bila dimakan dapat dirasa rangupnya. Tetapi masih mengekalkan rasa brownies. Ada pelbagai perisa antaranya coklat dan teh tarik. Kalau datang MAHA 2018, singgahlah beli. Memang sedap!


Selain tu ada banyak lagi usahawan-usahawan lain yang menjual bahulu panas, dodol, produk mi kering, rempah, jus dan macam-macam lagi. Semuanya adalah produk di bawah usahawan MADA dan produk usahawan tempatan. Harga standard, kalau bernasib baik siap dapat harga promosi lagi!


Amacam, tak teringin ke nak pergi sendiri ke MAHA 2018? Apapun, kalau korang plan nak ke MAHA 2018, jangan lupa juga untuk singgah ke 3 lokasi lagi iaitu:

1) Empire Makanan

Sesuai untuk korang yang nak feeling Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) seluruh Malaysia dalam masa satu hari. Aneka juadah dari seluruh negeri ada dijual di sini. Hari tu, aku sempat pekena nasi dagang. Ya allah, sedapnya. Lepas gian nak makan nasi dagang, terubat rindu kat kampung halaman.



2) Miracle Garden

Then, jangan lepaskan peluang untuk singgah bergambar di Miracle Garden iaitu Laman Florikultur. Aneka jenis bunga dan sayur-sayuran ada kat sini. Rumah Hobbit pun ada kalau korang teringin nak bergambar. FREE entry, tak perlu nak bayar tiket masuk macam FLORIA tu. Cukuplah nak masuk bergambar, OOTD demi sekeping instagram, hehe.



3) Tapak Jualan

Banyak sebenarna tapak jualan. Di setiap lokasi ada tapak jualan. Di Laman Nanas, di Hall A, Hall B, Agrotrade dan kawasan-kawasan sekitar MAEPS. Kalau niat nak shopping, bawa troli siap-siap. Kurang sikit penat nak bawa barang banyak-banyak, hehe. Selamat membeli-belah!



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang MADA dan MAHA 2018, korang boleh follow:

Instagram: 

Hashtag: 
#madamabeles #ourfoodourfuture #MAHA2018 #AgroPelancongan

Instagram: 
Kalau sayang dekat diri sendiri dan sayang dekat orang-orang terdekat, korang kena baca, faham dan share benda ni. Mungkin sebelum ni kita ambil ringan dan pandang sebelah mata dengan perkara ni. Tetapi, percayalah. Risiko kecuaian kita dan kelalaian kita di stesen minyak mampu meragut nyawa kita dan orang sekeliling. Tak percaya? Korang tengoklah, saban hari pelbagai insiden yang tak diingini telah berlaku di stesen-stesen minyak. Antaranya, kenderaan terbakar. letupan kecil dan sebagainya. Persoalannya, mampukah kita nak elakkan diri dari kejadian seperti itu daripada berlaku kepada diri kita dan orang sekeliling?


Jawapannya adalah YA! Dengan syarat, korang patuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan. Jadi, untuk manfaart bersama. Meh, nak share 4 perkara yang korang perlu ingat dan patuhi bila berada di stesen minyak.

1. Matikan enjin sebelum mengisi bahan api
2. Jangan merokok, menyalakan mancis atau menggunakan pemetik api
3. Jangan menggunakan alat elektronik (smartphone)
4. Guna air untuk basuh bahagian yang tertumpah bahan api/ petrol




Alang-alang duk bercakap tentang keselataman di stesen minyak, aku nak kongsi serba-sedikit info tentang satu kempen langkah-langkah keselamatan Petrol Kiosk yang telah dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Petron bersama dengan Resorts World Genting yang diadakan di stesen Petron di Genting Highlands, Pahang.


Kempen kali ini dihadiri oleh Dato Mark bin Ujin (Pengerusi Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Afizan Azleen Abd Rahim (KPDNHEP Bahagian Ketua Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Abdul Mbin Ahmad (KPDNHEP Ketua Cawangan Perdangangan dan Hal Ehwal Pengguna untuk Pahang), Khor Hai Peng (Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting), Katherine Chew (Naib President Komunikasi Resort dan Public Relations untuk Resorts World Genting), Sa’ado Sharif (Hubungan Kerajaan untuk Petron), Azizon binti Abdul Aziz (Wakil Pengurus Kawasan Petron). Kempen kali ini mendapat sambutan hebat dengan kehadiran lebih dari 100 hadirin yang terdiri daripada orang awam. Kmepen dirasmikan oleh Dato Mark bin Ujin dengan pertolongan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Genting Highlands dengan simbolik menyalakan obor. 




Dah jadi macam kebiasaan untuk para penunggang motor atau driver kereta apabila singgah di stesen petrol pam untuk mengisi minyak kenderaan masing-masing, selepas siap mengisi minyak, mereka terus meluncur laju ke destinasi masing-masing dan begitulah habit mereka. Tetapi, apa yang ramai para pemandu di luar sana tidak sedar bahawa terdapat peraturan keselamatan yang ada di setiap stesen petrol pam yang perlu dipatuhi. Antaranya, untuk berhati-hati dengan percikan api dari pelbagai sumber seperti penggunaan telefon bimbit ataupun nyaalaan api dari sepuntung rokok yang semestinya  boleh mengakibatkan kebakaran.


Dalam semangat untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada para pemandu, para pengguna dan juga operator di stesen petrol pam untuk lebih cakna tentang keselamatan di stesen-stesen petrol pam, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Sekuriti Negeri Pahang, Resorts World Genting dan juga peruncit minyak Petron bergabung dan bekerjesama untuk menjalankan Kempen Kesedaran Keselamatan Stesen Petroleum seperti ini.




Antara aktiviti yang diadakan adalah sesi demonstrasi etika dan prosedur yang betul di Petrol Kiosk dan juga sesi taklimat kesedaran keselamatan petroleum daripada ahli-ahli JBPM . Antara topik penting yang dikongsi adalah berkaitan langkah keselamtan bila ada situasi api yang amat membahayakan berlaku secara tiba-tiba. Orang awam dinasihatkn agar tidak perlu takut untuk memadamkan api pada akarnya. Contohnya, jika ada berlaku kebakaran yang tercetus di silinder gas, sebenarnya ia boleh dihentikan hanya dengan meletakkan jari di mulut outlet gas tersebut dengan penuh berhati-hati untuk serta menghentikan aliran gas. Yang penting, jangan cepat panik!


Ahli-ahli JBPM juga menjalankan demonstrasi dengan menggunakan lori bomba. Situasi yang membuktikan kereta tidak akan meletup jika terbakar semasa demonstrasi setidak-tidaknya dapat memberi pendedahan kepada orang awam untuk bertindak lebih berani. Dua orang lelaki terlibat dalam lakonan kemalangan tersebu sedang mengisi minyak sambil merokok dan bercakap menggunakan telefon bimbit di sebuah stesen petrol pam. Tiba-tiba, kereta tersebut langsung terus terbakar dan dua orang lelaki tersebut terjatuh dan pengsan di atas lantai. Pasukan keselamatan memberi respon dengan pantas di tempat kejadian untuk memadamkan api dan juga memberi bantuan dari segi perubatan untuk dua orang lelaki tersebut sekaligus memberi contoh kepada orang awam untuk bertindak sekiranya kejadian seumpam ini benar-benar berlaku.


Kewaspadaan amat penting bagi memastikan keselamatan masing-masing terjaga. Produk-produk petroleum kesemuanya mudah terbakar, dan sebuah stesen petrol pam sudah pastinya akan menyimpan stok petroleum dalam amaun yang banyak di tangki bawah tanah, ditambah lagi dengan wap gas yang terjadi disebabkan evaporasi (lebih mudah terbakar dari yang bentuk cecair). Terdapat juga benda lain yang amat mudah terbakar seperti minyak pelincir dan cecair gas petroleum (LPG).


Kesemua stesen petrol pam di Malaysia diwajibkan oleh undang-undang untuk mempamirkan peraturan dan regulasi keselamatan di stesen, namun kedegilan ataupun sikap tidak cakna sesetengah pengguna dalam mematuhi peraturan keselamatan yang ada tetap mewujudkan risiko terjadinya kemalangan. Selain kena patuh dengan peraturan keselamatan apabila sedang mengisi petrol, ahli-ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah menekankan kepentingan servis kenderaan secara berjadual, langkah-langkah keselamatan di atas jalan raya, dan juga peranan operator harta seperti Resorts World Genting dalam menjaga keadaan jalan raya. Acara ini amatlah penting untuk mengajar dan mendidik para pengunjung terutamanya apabila sudah berada di kemuncak ketinggian 6000 kaki, terdapat bilangan kenderaan yang amat banyak seperti bas, kereta, motorsikal dan kenderaan-kenderaan lain yang memberi kesan terhadap jalan raya ketika bercuti di Genting Highlands. Pada tahun 2017 sahaja, Resorts World Genting mencatatkan rekod 24 juta pengunjung. 


Menekankan kepenting acara tersebut, Dato Mark bin Ujin berkata “Acara ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Kesedaran dalam kalangan umum perlu ditingkatkan lebih lagi, ini adalah kerana sesetengah rakyat Malaysia cuai dan sering membiarkan enjin kereta hidup ketika mengepam petrol. Semasa demonstrasi tersebut hari ini, kita dapat saksikan apa yang berlaku jika kita tidak berhati-hati di persekitaran yang penuh dengan produk petroleum.” 


Khor Hai Peng, Naib Presiden Sekuriti untuk Resorts World Genting menambah, “Selain dari memastikan para pengunjung kami dapat menikmati Resorts World Genting dengan sepenuhnya, ia merupakan komitmen kami juga untuk memastikan keselamatan para pengunjung dan juga staff kami terjamin. Melalui acara ini, saya berharap kesedaran betapa pentingnya keselamatan petroleum ini akan tersebar dalam kalangan staf dan pelanggan kami terutamanya ketika mengepam petrol. Saya harap mereka akan belajar hari ini bahawa setiap orang memainkan peranan. Keselamatan dalam kebakaran merupakan salah satu risiko yang tertinggi di sini dan kami amat bertuah untuk mempunyai pasukan Bomba dan Penyelamat yang teguh dengan 200 ahli boleh memberi respon jika terdapat apa-apa krisis. Kami berharap dengan bekerjasama dengan Petron, rakyat umum, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia akan lebih berwaspada tentang isu ini."


Selain sesi demonstrasi, ada juga sesi kuiz ‘Pengguna Bijak’ yang telah diadakan dengan menawarkan hadiah cenderamata ditaja oleh Petron dan KPDNHEP di mana para penonton bersuka ria dalam menjawab soalan. Aktivtii yang dianjurkan oleh pihak Resorts World Genting ini wajar dipuji dalam mendidik orang awam tentang Kempen Kesedaran Keselamatan Petroleum, Kempen seumpama ini bukan sahaja penting untuk orang awam di Pahang, tetapi perlu disebarkan kepada semua pengguna stesen minyak di seluruh Malaysia.


Beringat sebelum kena!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...