AWANA BIO PARK, RESORTS WORLD GENTING

/
13 Comments
Dah lama rasanya tak merasa suasana sejuk dan berkabus di puncak Genting Highlands. Dulu, memang selalu ke Genting Highlands untuk masuk theme park. Memandangkan theme park belum siap, jadi kita ronda-ronda Sky Avenue dan tempat-tempat menarik yang lain di sekitar Genting Highlands. Untuk perkongsian kali ini, aku nak berkongsi serba-sedikit pengalaman kami ke Awana Bio Park, Genting Highlands. Nak tahu apa yang menarik di sana? Jom, cekidout!



Resorts World Genting telah memperkenalkan satu lagi tarikan terbaru untuk pelancong dari dalam dan luar negara. Tarikan terbaru yang dimaksudkan adalah laluan alam semulajadi di Awana Bio Park yang terletak berdekatan dengan Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Genting Highlands. Jadi, untuk korang yang cintakan kehijauan dan ketenangan, jangan lepaskan peluang untuk meneroka dan menikmati keindahan alam semulajadi (nature) di hutan hujan purba Gunung Ulu Kali. Untuk korang yang tak pernah buat jungle trekking, boleh cuba kat sini. Trek dia memang santai dan selamat. Paling penting, banyak benda yang kita boleh belajar di sepanjang perjalanan dari Awana Hotel ke Awana Bio Park.


Objektif utama kewujudan laluan hutan seumpama ini adalah inisiatif pihak Resorts World Genting dalam usaha untuk memulihara tumbuh-tumbuhan terancam seperti periuk kera dan buluh di Awana Bio Park. Hutan Hujan Tropikal yang wujud di Genting Highlands sudahpun berusia lebih daripada 130 juta tahun yang kaya dengan biodiversity. Walaupun pembangunan pesat di Genting Highlands, namun usaha seumpama ini wajar dipuji. At least, ia dapat mengekalkan kewujudannnya dan sekaligus menggalakkan para pencinta alam untuk datang melawat dan meneroka keajaiban ekologi di sini selain bercuti dan berseronok di theme park Genting Highlands kelak.


AWANA GENTING HIGHLANDS

Selain berpeluang untuk mendalami ekosistem hutan yang lengkap, ini juga menjadi satu lagi sebab tambahan untuk  korang berkunjung ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Korang boleh pilih sama ada nak menginap di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort ataupun di First World Hotel. Kalau korang menginap di Awana, dekat lah dengan Awana Bio Park. Kalau nak tahu, Awana merupakan hotel bertaraf lima bintang yang dilengkapi dengan padang golf 18 lubang, pemandangan gunung-ganang yang indah, kolam renang yang mempunyai sistem pemanasan dan bermacam-macam jenis fasiliti sukan lain. Korang hanya perlu berjalan kaki lebih kuran 15-20 minit dari hotel untuk sampai ke Awana Bio Park.


Macam kami tempoh hari, kami menginap di First World Hotel. Seronok juga, dapat melepak di sekitar Sky Avenue dan ambil udara segar dan sejuk di puncak Genting Highlands. Macam mana nak ke Awana dari puncak Genting Highlands? Jangan risau, korang boleh naik cable car. Then, turun di stesen Awana dan ada shuttle van yang akan pick-up untuk ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Bukan sahaja boleh ke Awana, malah kalau korang nak singgah di Genting Highlands Premium Outlet (GHPO) pun dah dekat. Jalan kaki sahaja, tak sampai 10 minit dah sampai GHPO.



AWANA BIO PARK

Sebelum aku bercerita tentang pengalaman aku sendiri di Awana Bio Park, aku rasa lebih baik aku kongsi serba-sedikit informasi berkaitan Awana Bio Park. Awana Bio Park merupakan usaha Resorts World Genting untuk meningkatkan kesedaran mengenai betapa pentingnya biodiversity. Walaupun proses pembangunan resort menjadi keutamaan, namun hanya 4% yang digunakan daripada kawasan sekeliling untuk proses pembangunan. Ini jelas menunjukkan yang mereka cakna dalam menjaga keindahan hutan hujan tropikal yang ada dan paling penting berusaha untuk mengekalkan kehijauan di Genting Highlands untuk generasi akan datang.




BIRDING

Resorts World Genting telah bekerjasama dengan pakar alam semulajadi iaitu TREKS. Kerjasama ini melibatkan projek-projek yang melibatkan keseluruhan hutan. Selain itu, aktiviti meneroka hutan hujan  di Genting Highlands ini akan dibimbing oleh pakar alam semulajadi iaitu Eddie Chan dan Pat Ang yang cukup arif dengan kawasan hutan hujan sekitar Genting Highlands. Satu pengalaman indah bila kami berpeluang untuk melakukan aktiviti "birding" di sekitar Awana dengan melihat sendiri kehadiran burung-burung yang unik dengan menggunakan binokular yang disediakan. Kami diajar teknik yang betul untuk menggunakan binokular dan seterusnya cara bagaimana untuk menentukan spesies burung yang kami jumpa dengan merujuk buku yang disediakan. Interesting!





TEKNOLOGI NFC

Satu usaha yang boleh dipuji bila pihak Resorts World Genting sangat proaktif dalam usaha menuju 4th Indsutrial Revolution. Kini, Awana Bio Park sudahpun menyediakan perkongsian maklumat tentang hidupan hutan hanya dengan menggunakan imbasan NFC sahaja. Untuk pengetahuan korang, imbasan NFC ini ada dalam smartphone android. Korang hanya perlu aktifkan NFC seperti Wi-fi/ bluetooth, dan seterusnya boleh digunakan untuk scan QR Code. Memang kaedah yang cepat untuk mendapatkan maklumat.





INTERNET OF THINGS (IOT)

Apa yang membuat aku lagi kagum bila pertama kali datang ke Awana Bio Park, dari aspek teknologi yang digunapakai, aku rasa memang teruja. Siapa sangka, dalam hutan rimba macam ni pun mereka boleh apply "Internet of Things" untuk menjadikan perkongsian ilmu lebih interaktif dan menarik. Memang kagum. Lagi satu, kalau korang datang ke sini, korang juga boleh buat Live Streaming untuk share apa yang best tentang Awana Bio Park kepada mereka di luar sana dengan platform social media seperti facebook, Instagram ataupun youtube. Pendek kata, pemeliharaan dan pemuliharaan hutan tropikal sekarang pun semakin maju dan "going digital" mengikut arus permodenan semasa. Brilliant!







3 TRAILS UNTUK DITEROKA

Buat masa sekarang, pihak Resorts World Genting menyediakan 3 laluan berbeza untuk semua pengunjung explore keindahan alam flora dan fauna. Jadi, korang boleh pilih mana satu yang korang prefer untuk teroka. Check it out!


1) Laluan Pemuliharaan (Conservation Trail)

Satu pusingan laluan ini adalah sepanjang 800 meter yang fokus pada flora Hutan Dipterokarp Atas yang beketinggian 750 - 1200 meter paras laut. Di sini juga terdapat biome yang kaya dengan tumbuhan seperti periuk kera, rotan, buluh montane, orkid liar, teratai kelawar hitam, semua tumbuh di bawah bayangan Strangler Fig dan pokok kayu gunung yang menjulang tinggi. Kawasan Pemuliharaan Tumbuhan Periuk (Pitcher Plant Conservation) - Tempat yang agak menarik untuk melihat sendiri tumbuh-tumbuhan jenis karnivor. Di kawasan ini, sekiranya ada rezeki, maka dapatlah tengok burung Hornbill serta laluan ini juga adalah kawasan yang sedang diusahakan bagi memulihara spesis-spesis primeval ini seiring dengan hasil tumbuh-tumbuhan, tidak kira dari segi penggunaan praktikal, budaya dan juga semulajadi.




2) Laluan Hutan Herba (Herba Forest Trail)

Kat sini pula, kita berpeluang untuk belajar menggunakan sistem NFC. Laluan ini sepanjang 1.8km di mana melibatkan lebih banyak lagi spesies tumbuhan hutan hujan purba di Gunung Ulu Kali. Pasukan TREKS akan memberi pendedahan kepada semua dengan adanya spesimen-spesimen yang tertentu. Selain itu, maklumat yang diberikan adalah fokus tentang spesies tertentu dengan adanya tag NFC yang boleh diimbas dengan smartphone untuk mendapatkan maklumat lanjut. Di sini juga, korang berpeluang untuk tengok rumpun-rumpun buluh liar yang tebal atau herba-herba hutan yang kaya dengan kahsiat dan zat untuk perubatan.




3) Laluan Biodiversity

Laluan Biodiversity pula mempunyai trek sepanjang 2.7km. Kalau korang nak tahu, ini adalah laluan yang sesuai untuk bergambar, trek beralun yang menurun ke arah sebuah lembah dan perlu melintas sebatang sungai yang mengalir, diteduhi oleh pokok kayu gunung yang meninggi melintasi awan memang menarik untuk chill dan relax! Back to nature!




Wi-Fi  & SHINRIN YOKU

Hutan ini juga dikenali sebagai hutan Wi-Fi bersama Shinrin Yoku. Ini satu lagi keistimewaan Awana Bio Park yang kan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada semua. Ia menggabungkan konsep Shinrin Yoku iaitu pembelajaran di dalam hutan secara kontemplatif dari Jepun bersama penggunaan aplikasi smartphone. Selain itu, The Experience pula mengalakkan seseorang itu menjadi lebih berani dan aktiviti ini sangat sesuai untuk aktivit berkumpulan seperti 'Team Building"




PAKEJ

Kalau korang berminat, boleh pilih mana-mana pakej yang disediakan mengikut preference laluan/ trail yang korang suka! Harga pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Conservation Trail
RM75/seorang

Herb Forest
RM95/seorang

Biodiversity Trail
RM135/seorang


GUA CHIN SWEE TEMPLE

Antara tempat tarikan lain di Genting Highlands yang korang boleh singgah selain daripada Awana Bio Park adalah di Kuil Gua Chin Swee. Korang ada dua pilihan sama ada nak drive ataupun menaiki cable car (skyway). Kalau naik cable car, korang boleh stop di Stesen Chin Swee Station. Don't worry, tak payah panjat tangga, sekarang dah ada eskelator. Jimat tenaga, hehe.



TREASURE HUNT

Antara aktiviti lain yang korang boleh request untuk buat di Awana Bio Park adalah treasure hunt atau team building. Apa yang lebih menarik, kat sini tak guna paper untuk tasks bagi aktiviti treasure hunt. Semuanya akan guna smartphone dengan adanya teknologi NFC. Memang canggih! Scan je QR code, terus dapat clue dan soalan untuk treasure hunt.


Kalau korang berminat untuk mengetahu lebih lanjut berkenaan dengan Bamboo Conservation Project, jungle trekking, treasure hunt dan sebagainya di Awana Eco Park, korang boleh hubungi mereka seperti berikut:

Trek Events
Teelfon: +60133993667
Email: info@treks.events

Bamboo Conservation Project
Telefon: +603-61011118 / 013-3993667
Website: www.regenting.com



You may also like

13 comments:

  1. What a wonderful time spent at Genting, I'll love to go back again and try it outout.

    ReplyDelete
  2. Bestnya korang jenjalan macam ni. Emi tak tahu pun kat genting ada tempat2 macam ni. Rasa noob sangat, hahaha.

    ReplyDelete
  3. Rawlins teringin juga nak tryout the trails tu. Memang nampak menarik dan pakejnya pun berpatutan. Berjalan di alam semulajadi memang best.

    ReplyDelete
  4. wahhh seronoknya jalan-jalan sambil belajar macam ni mesti banyak info dapat kan. harap ada rezeki jugak la nak jalan2 sini

    ReplyDelete
  5. sgt menarik ni. tq for sharing.
    aida dok tunggu theme park siap sebeno nyer. nak bawak anak2.
    tapi, tgk byk tempat menari di GH ni, mcm nak naik skang jer la.
    tgk la nanti. cuti deepavali ke, mcm nak bwk anak2 naik GH la.

    ReplyDelete
  6. bestnya dapat jenjalan dan buat aktiviti macam ni. dah lama x turun padang dan buat aktiviti macam ni...kalau dapat bawa anak-anak lagi best kan hehehe

    ReplyDelete
  7. haritu dah pergi genting singgah GPO je. Kalau tau ada Awana Bio Park dah pergi sebab menarik kan. Banyak juga tempat menarik lain kat Genting ni yer.

    ReplyDelete
  8. Banyaknya program yg boleh dilakukan di awana.. AM kalu ingat awana mesti terbayangkan suasana sejuk dan tmpt tinggi.. xsangka, rupanya ada aktiviti lain juga yg boleh dilakukan di sini.

    ReplyDelete
  9. Sepanjang hidup ni, belum pernah pergi genting highland. Cameron highland je pernah sampai. Hehehe
    Best la boleh buat aktiviti macam tu.
    I like sangat..

    ReplyDelete
  10. Selalu kalau pi genting pi ke Sky Avenue ngn GPO ja...tak tau pun ada trecking ni kat Awana tu...menarik ni untuk sapa yang suka hiking and tgk nature

    ReplyDelete
  11. xtahu pun ada awana ni dkt GH.tahu ada GPO je kat sana hahaha.adoi byk lagi kena terjah ni hehehe

    ReplyDelete
  12. Beberapa tahun yang lalu saya pernah ke genting...but belum pernah ke tempat ini lagi. Sangat menarik

    ReplyDelete
  13. Bestnya kalau dpt discover venting,dah lama xpegi genting tgh tunggu genting siap sepenuhnya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...