PEMERIKSAAN KAKI PERCUMA DI SUNFEET INTERNATIONAL REHABILITATION CENTRE

Sunfeet International Rehabilitation Centre menawarkan pemeriksaan kaki secara percuma. Ya, percuma! Perasan tak, tak ramai yang menitikberatkan kesihatan kaki? Begitu juga dengan aku. Aku tak pernah terdetik nak pergi buat pemeriksaan kaki ataupun mencari info berkaitan dengan penjagaan kesihatan kaki. Sampailah satu hari, ada member ajak pergi dengar seminar iaitu Talk Show Kesihatan Kaki Anda! Memandangkan seminar ni free dan bermanfaat, jadi aku ambil keputusan lapangkan masa dan peluang yang ada untuk turut serta. Jujurnya, memang dapat banyak input especially berkaitan kesihatan kaki dan cara merawat kaki yang tidak normal atau bermasalah.




Untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit ilmu yang aku dapat selepas menyertai Talk Show Kesihatan Kaki Anda di Sunfeet International Rehabilitation Centre . Aku yakin dan percaya, ramai lagi orang di luar sana yang tidak tahu tentang kepentingan menjaga kesihatan kaki. Dan aku juga yakin, ramai lagi orang di luar sana tak dapat membezakan antara kaki yang normal dan sihat dengan kaki yang bermasalah. 




Menerusi sesi perkongsian dari Dato' Dr Edmund Lee (Pakar Ortotik dan Prostetik Ternama Asia) dan Dr Liyana Dhamirah Aminuddin (Pakar Perubatan) memang membuatkan aku 'buka mata' dengan isu kesihatan kaki. Secara ringkasnya, aku kongsikan beberapa points penting yang dapat aku kongsikan kepada korang semua untuk dijadikan pengetahuan tambahan. 


  1. Antara kaki rata dan kaki yang mempunyai lengkung (arch), manakah kaki normal? Sebenarnya, kaki yang mempunyai lengkung (arch) adalah kaki normal dan sihat. Kaki rata pula merupakan kaki yang tidak normal (tidak sihat) kerana boleh menyebabkan seseorang yang berkaki rata mudah untuk mengalami sakit lutut, sakit pinggang dan sebagainya.
  2. 1 per 7 dari populasi manusia adalah tergolong dari golongan orang yang berkaki rata
  3. Kanak-kanak antara umur 1-4 tahun rata-ratanya mempunyai kaki rata.
  4. Pada usia 5-6 tahun, pembentukan lengkung (arch) kaki mula terhasil
  5. Jika pada usia 5-6 tahun masih tiada pembentukan lengkung (arch), ia masih dirawat dengan memakai peralatan khas iaitu insole.
  6. Rawatan kaki rata masih boleh dirawat dari usia 7 tahun sehingga 15 tahun untuk mendapatkan kaki normal dengan lengkung (arc).
  7. Jika pada usia 17 tahun dan ke atas, kaki rata akan menjadi kekal dan tidak boleh dirawat dan dipulihkan.
  8. Orang yang mempunyai kaki rata masih lagi boleh mendapatkan rawatan lanjut untuk mendapatkan insole yang bersesuaian untuk mengurangkan impak masalah kesihatan kaki.
  9. Antara cadangan terbaik untuk menjaga kesihatan kaki rata adalah dengan memakai insole atauapun kasut kesihatan yang direka khas untuk jenis tapak kaki.
  10. Kesihatan kaki adalah penting untuk menampung berat badan dan kestabilan. 



Macam mana? Korang pernah tahu ke info-info yang ada kat atas tu sebelum ini? Aku pun baru je tahu. Rupa-rupanya, kaki kita ada dua jenis. Sama ada kaki rata atau kaki normal (lengkung/arch). Cuba check, kaki korang yang mana satu? Actually, korang boleh tengok sama ada korang kaki rata atau kaki normal dengan mata kasar. Cuma, kalau nak tahu maklumat lebih lanjut dan penerangan  saintifik yang lebih terperinci, korang kena datang check sendiri kaki di Sunfeet International Rehabilitation Centre. Selain dapat check kaki secara percuma, korang juga boleh dapatkan nasihat untuk rawatran lanjut atau info berkaitan pemulihan.




Sunfeet ditubuhkan oleh Mr Lee Joo Wee untuk memenuhi permintaan arwah ayahnya, Mr Lee Yin untuk membina sat u pusat rehabilitasi ortotik dan prostetik. Tujuna utama penubuhan Sunfeet adalah semata-mata untuk membantu lebih ramai pesakit yang mengalamai masalah kaki yang kritikal (musculoskeletel conditions) atauapun keadaan fizikal kaki yang tak seimbang (physical impairment). Mr Lee Yin, iaitu bapa kepada Mr Lee Joo Wee merupakan foudner dan direktor di Lee Prosthetic and Orthotic Centre yang terkenal sekitar tahun 1978. 




Dato' Dr Edmund Lee, pemegang ijazah kedoktoran (PhD) merupakan founder kepada MyORTHO iaitu jenama footcare specialist yang mula ditubuhkan pada tahun 2010. Beliau sedar akan keperluan untuk beliau bekerja bersama bapanya, Mr Lee Joo Wee dalam merealisasikan harapan dan impian arwah datuknya. Maka, dengan keputusan yang diambil untuk fokus mengembangkan business family, wujudlah Sunfeet International Rehabilitation Centre.


Pemeriksaan Kaki Percuma!




Dengan teknologi yang ada, pihak Sunfeet akan scan kaki kanan dan kaki kita untuk mengetahui sama ada kaki kita normal ataupun sebaliknya. Selepas proses scanning dan keputusan diperoleh, staff Sunfeet akan menerangkan dengan lebih details tentang keadaan kaki kita dan mencadangkan beberapa solusi untuk kita merawat atau memulihkan kaki yang bermasalah. Bagi aku, proses pemeriksaan kaki secara percuma ini sangat berharga. Di sinilah kita tahu keadaan kaki kita yang sebenar. Waluapun, pada hakikatnya kita fikir dan yakin kaki kita dalam keadana sihat dan normal.


Analisis Jenis Tapak Kaki




Terdapat lebih kurang 5 jenis keadaan kaki yang ada selepas pemeriksaan dibuat. Bagi aku, selepas check-up, kaki aku bermasalah sebabnya high-arch di sebelah kanan. Maksudnya, kaki di sebelah kanan aku mempunya lengkungan (arch) yang agak tinggi berbanding kaki sebelah kanan. Jadi, ini menjadikan kaki aku tak stabil bila berdiri. Sekarang, baru aku dapat relate dengan masalah kaki aku yang sentiasa mudah terseliuh walaupun berjalan di tempat yang rata especially kaki sebelah kanan. Rupa-rupanya, inilah puncanya.

Rawatan Kaki Bermasalah




So, kalau korang ada masalah sakit-sakit kaki, sakit-sakit lutut, ataupun sakit-sakit pinggang, mungkin faktornya adalah masalah kaki yang tidak normal. Better pergi check dan dapatkan rawatan yang sepatutnya. Rawatan kaki ni sebenarnya sangat mustahak especially buat golongan wanita yang terlalu obses pakai high heels. Bila pakai high heels, kaki akan berada dalam kondisi yang dipaksa untuk mengikut bentuk kasut dan dalam masa yang sama terpaksa menerima tekanan semasa menampung keseluruhan berat badan semasa berdiri/ berjalan. Salah satu alternatif yang ada untuk merawat kaki bermaslaah adalah dengan memakai custom made orthotics insole especially untuk mereka yang menghidapi masalah kaki yang teruk. 


Produk Footwear Sunfeet




Untuk mereka yang hanya mengalami masalah kaki yang tidak berapa teruk, boleh je beli ready-made insole. Satu lagi kaedah yang ada untuk merawat masalah kaki yang tidak normal adalah dengan memakai kasut yang direka khas oleh Sunfeet. Produk ini (footwears) mementingkan aspek keselesaan dan kesihatan kaki. Seriously, bila pakai korang rasa sangat selesa. Material yang digunakan sangat selesa bila dipakai dan dilengkapi dengan insole. Kalau korang pakai kasut lain, insole yang ada dalam kasut dari Sunfeet boleh dibuang dan diletakkan dalam kasut korang. Pendek kata, 2 in 1. Beli kasut, dapat kasut dan insole sekali. Memang berbaloi!




Kalau korang berminat untuk dapatkan pemeriksaan kaki secara percuma atau membeli peralatan sokongan kaki untuk kesihatan kaki, boleh berkunjung ke Sunfeet International Rehabilitation Centre. Untuk maklumat bolehlah hubungi:


Alamat:
Sunfeet International Rehab Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya, Sel.

Tel: 
 013-5283939/013-9122939

Website: 
www.sunfeet.com.my


Facebook: 


Instagram: 
@Sunfeet

Post a Comment

18 Comments

  1. What a great awareness campaign on our feet. I think we don't pay enough attention to our feet even though we use them so much! lso, I find that many of us are suffering from flat feet, without us realising it. we should all get an analysis done on our feet at Sunfeet!

    ReplyDelete
  2. looks good.. can protect our feet the fullest.. yet to try it out for this brand... I dunno the checking is free.. maybe can go try try..

    ReplyDelete
  3. bagus ni, kaki kita ni kan senantiasa berjalan so kenalah berehat jugak bagi keselesaan sket

    ReplyDelete
  4. Betul la... tak ramai yang tahu tentang masalah ni sebab boleh beri kesan kepada kasut yang kita pakai. Bila kita dah tau jenis kaki kita barulah senang kita nak beli jenis kasut

    ReplyDelete
  5. Bagus Bagus kempen macam ni..bukan apa..kaki kaki memang perlu penjagaan jugak sebab antara anggota yg kerap digunakan..x sangka ada augak tempat checking kaki yang percuma..ingatkan mahal berbayar...umur dah 40 ni kena pi check la kan..

    ReplyDelete
  6. Nak kena buat pemeriksaan kaki jugak la. Kena jaga juga kesihatan kaki sebab nak guna lama kan....kasut yang sesuai juga penting supaya kita rasa seleaa, pengaliran darah yg baik.

    ReplyDelete
  7. Kena amik tahu jugakkan keadaan kaki kita. Kira mcm asas dan sokongan
    Pada badan. Kadang2 sbb penat badan sebab berjalan pun blh berpunca dr kaki

    ReplyDelete
  8. Kita ada saiz tak untuk pemeriksaan kaki ni wakakakaka. Patut lah pena makin sihat sebab jaga kaki hehehehe... Kita tak tahu juga tapi kita tahu dari tapak kaki kita boleh tahu penyakit apa ada dalam tubuh kita...

    ReplyDelete
  9. info yang bagus..rasa macam nak cuba buat pemeriksaan jugak lah..nak tau jugak supaya dapat prevent masalah kaki..

    ReplyDelete
  10. menarik! ainy tak pernah tahu pun ada pemeriksaan kaki percuma macamni. bila tahu rupanya ada kaki normal dan tak normal mula terfikir kaki sendiri ni normal ke tak ek sebenarnya. nak kena pergi check lah ni kan untuk tahu result. inshaAllah kalau ada masa nanti nak pergi. kadang sibuk jaga part2 lain. part kaki tak ambil kisah langsung pun. tetiba macam timbul kesedaran. haha. tq moka share.

    ReplyDelete
  11. Bagus tempat ni, dulu tak tahu pun tapak kaki ada prob..bila ke sini baru tahu kenapa selalu terpeleot kaki..hehehe. Lepas ni nak kena pakai insole dan kasut yang ok ok je supaya kaki tak terseliuh selalu

    ReplyDelete
  12. Kita sering kurang ambil perhatian tentang kesihatan kaki. Ingatkan selama nie normal, rupanya tidak. Baguslah Sunfeet International Centre nie. Mcm2 info pasal kaki ada

    ReplyDelete
  13. baru tahu kan kaki kita ni ada pelbagai jenis. so memang xleh main hentam la pakai kasut. patut la kadang2 ada kasut yang kita pakai tu x selesa sangat bila di pakai

    ReplyDelete
  14. wah pemeriksaan memang percuma tapi bila nak buat tapak kasut pun boleh mencecah ribu juga... tapi dia akan ikut betul betul permukaan kaki la, salah satu alternatif untuk bantu struktur tulang belakang, sekarang tengah nak custom khas untuk wedges tapi tu la konpem mahaiii

    ReplyDelete
  15. Betul selalu pasal kaki jarang ambik berat . Sedangkan kaki pun organ penting Yang nak kena ambik kira Dan perlu penjagaan rapi jugak .Kasut yang bersesuaian juga penting untuk kaki .

    ReplyDelete
  16. Bercakap pasal kaki, AS sendiri ada sejarah kaki abnormal masa lahir. Which is orang pannggil sebagai club foot. Tapi mild je la. Mama ngan Abah AS correcting sedniri je di rumah dengan memasangkan bucu kotak tisu, dan dibalut pada kaki sebagai anduh dan membentuk semula struktur kaki supaya elok semula.
    alhamduliilah, habis je 44 hari berpantang, Ma kata kaki AS dah normal semula.
    Kalau takk, agaknya sampai ke hari ini la AS berjalan dengan menggunakan tumit kaki je. T_T

    ReplyDelete
  17. Our feet is the most important one in our life as to perform daily activity, it leg used the most and if course pampering it is a must. However not getting your feet Pattiep right could actually effect our daily lifestyle activity. Sunfeet is the best place to understand your feet well....

    ReplyDelete
  18. I also went for my foot analysis at sunfeet before, i some minor problems and hope to rectify them soon.

    ReplyDelete