KOLEKSI RAYA EKSKLUSIF 2018 PRIMAVALET

/
0 Comments


Kalau tahun lepas, aku tahu tentang PrimaValet dari iklan-iklan di kaca TV dan kecoh di media sosial. Alhamdulillah, tahun ini aku sendiri berpeluang dan berkesempatan untuk hadirkan diri ke  majlis pelancaran PrimaValet Fashion Hub, Raya Collection 2018. Jujurnya, aku sangat teruja untuk melihat sendiri Koleksi Raya 2018 dari PrimaValet. Aku salute dengan PrimaValet sebabnya walaupun ia baru dalam arena fesyen di Malaysia, tetapi namanya dah segah nama-nama besar yang lain. Bak kata pepatah, dah boleh "Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dengan jenama-jenama  besar yang lain. Di kesempatan ini, aku nak bercerita serba-sedikit entang PrimaValet dan Koleksi Raya 2018 mereka. Jom, cekidout!


PELANCARAN KOLEKSI RAYA PRIMAVALET


Untuk pengetahuan korang, PrimaValet Hub Fesyen terbesar di Malaysia telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam acara gilang-gemilang yang telah berlangsung di Hotel The Majestic Kuala Lumpur. Kehadiran founder PrimaValet iaitu Dr. Ashad dan barisan selebriti pada malam pelancaran tersebut menjadikan event pada malam itu sangat eksklusif dan meriah.




Selain penampilan istimewa daripada Faizal Ismail dan Elfira Loy sebagai hos, majlis ini turut dihadiri oleh seramai 800 orang tetamu termasuklah tetamu kehormat, barisan selebriti tanahair, pelanggan tetap PrimaValet, ejen, personal shoppers dan ramai lagi. Seriously, memang havoc!




Koleksi Raya 2018 PrimaValet bertemakan "Glam Lebaran" dengan sentuhan eksklusif dan mewah yang pastinya akan menawan hati setiap mata yang memandangnya. Teruja weh bila tengok sendiri koleksi yang diperagakan pada malam itu. Sangat kemas, eksklusif dan elegan!




Apa yang special tentang pelancaran koleksi Raya 2018 PrimaValet? Kalau nak tahu, event kali ini telah menghimpunkan lebih daripada 126 orang model yang memperagakan busana istimewa. Fuh, memang ramai gila model yang berarak keluar masuk run-away dengan menggayakan pelbagai design, warna dan style untuk Koleksi Raya 2018.




Bercerita tentang Koleksi Raya 2018 dari PrimaValet, koleksi kali ini tidak terikat dengan konsep tertentu, tetapi tampil dengan elemen mewah, eksklusif, kontemporari. Koleksi ini dijangka akan memberikan impak yang maksima berbanding koleksi tahun lepas. Pendek kata, koleksi kali ini mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.


KOLEKSI RAYA EKSKLUSIIF 2018 PRIMAVALET

Antara koleksi yang diperagakan termasuklah Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi Sedondon Family dan juga himpunan koleksi baju kurung berasaskan fabric saree. Untuk korang yang tak sempat nak tengok sendiri Koleksi Raya 2018 PrimaValet yang telah dilancarkan pada malam itu, jom aku kongsikan serba-sedikit untuk tontonan semua. Mana tahu, ada yang dah tak sabar nak tengok dan pilih baju raya tahun ni kan? Jom, cekidout!





















Credit photo: Azuddin Ahmad Zin


Semua busana yang diperagakan akan mula dijual di semua cawangan PrimaValet bermula pada 1 Mei 2018. Jadi, korang dah boleh start mengunjungi outlet PrimaValet yang ada.


Koleksi Raya 2018 di PrimaValet kali ini menghimpunkan koleksi terbaik dari Arjuna, Meylana, YouMeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari PrimaValet sendiri. Antara koleksi dari PrimaValet adalah PV Man, PV Woman, dan PV Kids.




Selain itu, antara jenama lain yang turut berada di PrimaValet sempena hari raya adalah Syus Couture, Zoud, KukuBesi dan Buranku.Com


STARS OF PRIMAVALET 2018


Apa yang lagi menarik, PrimaValet juga memperkenalkan barisan duta Primavalet 2018 yang diberi gelaran “Stars of PrimaValet”. Nak tahu siapa yang dah dilantik oleh pihak PrimaValet? Jom, kita tengok!




Antara barisan selebriti yang telah dilantik sebagai “Stars of PrimaValet” adalah Zul Arifin, Alif Satar, pasangan merpati dua sejoli iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosliv serta anaknya, Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana , Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyalie dan Shaheizy Sam.


Menurut pengasas dan pemilik PrimaValet, Dr. Ashad, pemilihan selebriti sebagai duta atau “Stars of PrimaValet” adalah secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan PrimaValet berserta jumlah pengikut mereka di media social.




Untuk Koleksi Raya 2018, PrimaValet akan melancarkan lebih dari 70 koleksi dan rekaan untuk digayakan di hari lebaran nanti. Kesemua koleksi ini dijual pada harga yang berpatutan dan mampu milik oleh semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak sehinggalah dewasa. Paling menarik, PrimaValet juga menyediakan pakej sedondon untuk keluarga yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal.




Semua Koleksi Raya 2018 PrimaValet akan berada di semua outlet PrimaValet secara berperingkat bermula 1 Mei sehingga 17 Mei 2018 (1 Ramadan). So guys, kalau ada yang berminat untuk mendapatkan koleksi ini di outlet PrimaValet, boleh juga dapatkan secara online di www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PrimaValet.


PrimaValet juga telah menyambut ulangtahun pertama semenjak penubuhannya pada 2017. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan Happy Anniversary to PrimaValet. Semoga PrimaValet terus unggul dan melebarkan sayapnya untuk menjadi Hub Fesyen pakaian muslimah dan kontemporari di Malaysia. 




Selain mempunyai Outlet terbesar di Ostia Bangi, PrimaValet juga turut mempunya cawangan di Senawang, Negeri Sembilan dan juga di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan. Bila dapat tahu PrimaValet dah ada di Kelantan, aku pula yang excited. Ye lah, lagi pun outlet PrimaValet Pasir Tumbuh tu memang dekat dengan rumah. Btw, PrimaValet juga akan membuka satu lagi cawangan terbaru mereka di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018.



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...