GRANDMAMA'S PAVILION KL HIDANGKAN LOBSTER UNTUK BERBUKA PUASA

/
13 Comments
Sempena bulan Ramadan yang bakal kunjung tiba, aku nak share tentang pakej istimewa berbuka puasa di Grandmama's Pavilion KL. Jujurnya, ini first time aku berkunjung ke Restoran Grandmama's. Ingat ke ada satu je outlet Grandmama's di Malaysia. Rupa-rupanya, Grandmama's sudah ada 4 outlet iaitu di Pavilion KL, Intermark Mall, KLIA dan Genting Highlands. Tetapi, untuk pakej istimewa sempena Bulan Ramadan tahun ini, hanya ada di outlet Grandmama's Pavilion KL dan Intermark Mall sahaja.


Perghhh...Sedap! Jom Lobster!


Tagline untuk hidangan istimewa sempena Ramadan di Grandmama's tahun ini adalah "Perghhh...Sedap! Jom Lobster!". Biasanya, kalau pergi ke buffet-buffet Ramadan atau berbuka puasa di hotel-hotel, pastinya kambing golek akan jadi perhatian kan? Lain pula dengan konsep yang diketengahkan oleh pihak Grandmama's. Kal ini, mereka bawakan lobster sebagai hidangan utama. 




First impression bila dapat tahu tentang Restoran Grandmama's? Benda pertama yang terlintas di fikiran, restoran ni mesti hidangkan masakan kampung dan resipi asli turun-temurun. Bila sampai sana, terpampang tagline Grandmama's "Flavours of Malaysia". Jadi, betullah sangkaan aku sebelum ini. Grandmama's memang cukup terkenal dengan menu tempatan yang disukai oleh seluruh rakyat Malaysia. So, excited juga lah. Maklumlah, first time nak try makan di Restoran Grandmama's.




Bagi korang yang datang ke Pavilion KL, jangan lupa untuk singgah di Grandmama's yang terletak di tingkat 6. Salah satu tarikan yang ada di outlet Pavilion KL adalah mural seorang nenek yang sedang menunggang motosikal dengan penuh gaya dan stylo. Apa lagi? Terus snap photo untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.


Grandmama's Pavilion KL


Grandmama's memperkenalkan dua menu utama sebagai sajian utama sempena Ramadan tahun ini iaitu Lobster Curry Hot Pot dan Lobster Masak Merah. Kalau ditanya, "Lobster mana satu yang best?". Bagi pendapat aku, aku lebih suka makan Lobster Curry Hot Pot. Dengan ketulan isi lobster yang segar, kuah kari yang pekat dan kaw, memang Perghhhhhh... Sedap! Sesuai dengan tagline, hahaha. 



Lobster Curry Hot Pot



Lobster Masak Merah


Bagi korang yang tak berapa gemar makan kari, don't worry! Ada lagi satu pilihan lain iaitu Lobster Masak Merah. Dua jenis masakan yang berbeza, Grandmama's memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih menu kegemaran. Pemilihan lobster yang besar dan segar menjadikan menu lobster di Grandmama's akan menjadi tumpuan untuk berbuka puasa.




Untuk menu berbuka puasa kali ini, kita boleh pilih sama ada nak order Set A untuk 2-3 pax atau Set B untuk 4-5 pax. Kesemua set akan dihidangkan bersama kuih-muih, kurma, nasi putih, keropok ikan dan sambal belacan. Pendek kata, memang complete set! Selain diberi pilihan untuk kita tentukan jenis masakan bagi lobster, kita juga boleh pilih lauk-pauk yang nak kita order bagi Set A dan Set B dari senarai menu Sedap Dishes Category A dan Category B. Jom, kita tengok senarai Sedap Dishes yang ada.


Hidangan Lobster Masak Merah

Sedap Dishes

Untuk Set A, kita akan dihidangkan dengan lobster dan 3 menu pilihan dari senarai Sedap Dishes. Untuk Set B pula, kita akan dihidangkan dengan lobster dan 5 menu pilihan dari senarai Sedap Dishes. Jadi, terpulang kepada kita semua nak order apa. Yang penting, menu-menu dari Grandmama's memang sedap-sedap.



Set A dengan pilihan Lobster Curry Hot Pot


SET A (RM238+)
Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah
3 Sedap Dishes
Category A - Pilih 2 menu
Category B - Pilih 1 menu


Set B dengan pilihan Lobster Masak Merah


SET B (RM388+)
Lobster Curry Hot Pot atau Lobster Masak Merah
5 Sedap Dishes
Category A - Pilih 3 menu
Category B - Pilih 2 menu


Antara menu-menu yang ada dalam senarai untuk melengkapkan hidangan Set A dan Set B adalah seperti berikut:





Sedap Dishes Category A


FISH

  1. Deep Fried Fish Fillet With Mayonnaise Sauce
  2. Assam Pedas Fish Fillet
  3. Pepper Salt Fish Fillet
  4. Sweet & Sour Fish Fillet


CHICKEN
  1. Deep Fried Spice Chicken
  2. Ayam Masak Merah
  3. Sweet & Sour Chicken
  4. Curry Chicken
  5. Deep Fried Chicken Drumstick
  6. Burung Puyuh With Homemade Chili Sauce


BEEF
  1. Black Pepper Sauce Beef with Cashew Nuts
  2. Beef Rendang


BEANCURD
  1. Sun Kong Beancurd
  2. Braised Beancurd With Minced Meat
  3. Steamed Beancurd With Dried Shrimp




Sedap Dishes Category B

  1. Lo Han Style Mixed Vegetables
  2. Paku Sambal Belacan
  3. Fried Baby Sweet Potato Lefs With Garlic
  4. Stir Fried Kailan
  5. Pak Choy With Oyster Sauce
  6. Foo Yong Fried Eggs
  7. Plain Fried Eggs

Selain menu utama dari Sedap Dishes dan Lobster, Grandmama's juga menawarkan menu-menu lain untuk add-on. Kalau korang rasa nak order lauk-pauk lain yang tiada dalam senarai Sedap Dishes, korang boleh order menu-menu yang ada dalam senarai add-ons.




Add-Ons

*Terhad untuk 1 add-on bagi setiap set*

  1. Seafood Curry Hot Pot (RM49+)
  2. Fish Head Curry Hot Up (RM32+)
  3. Homemade Tomato Chili Prawns (RM36+)
  4. Sea Bass with Chili Lime / Sweet & Sour Sauce (RM52+)





Untuk minuman dan pencuci mulut pula, pihak Grandmama's menawarkan minuman isitimewa iaitu Coconut Ice Blended, Bandung Sagu dan Lin Chee Kang. Pilihan aku untuk kali ini adalah Coconut Ice Blended dan Lin Chee Kang. Seriously, sedap gila Coconut Ice Blended dekat sini. Selain itu, Lin Chee Kang di Grandmama's agak unik sebabnya siap ada telur puyuh.


Dessert & Drinks


Coconut Ice Blended (RM13.90+)


Lin Chee Kang (RM8.90+)


Overall, pengalaman pertama kali menjamu selere di Grandmama's Pavilion KL sangat berpuas hati. Menu yang ditawarkan sangat banyak dan menu yang dihidangkan memang kena dengan selera kita sebagai rakyat Malaysia. So guys, kalau korang mencari tempat berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan atau family, bolehlah pilih Grandmama's. Tapi kena ingat, menu istimewa berbuka puasa ni hanya ada di Grandmama's Pavilion KL dan Grandmama's Intermark Mall sahaja. 


Outlet Grandmama's




Kalau korang plan nak buat reservation dan berbuka puasa di Grandmama's, berikut disertakan alamat outlet Grandmama's dan contact details untuk dihubungi. Promosi hidangan istimewa ini akan bermula pada 17 May 2018 sehingga 14 Jun 2018.


GRANDMAMA'S (Pavilion KL)

Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL, 
168 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2143 9333
Fax: 03-2143 9222

Email: 
grandmamapkl@gmail.com


GRANDMAMA'S (Intermark Mall)

Lot G-12, Intermark Mall, 
348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2181 2839
Fax: 03-2181 2839

Email: 




You may also like

13 comments:

  1. ngeri pulok tengok lobster dok cacang gitu hahahahhan sedap2 nyaaa

    ReplyDelete
  2. Betul, kadang muka pulak asyik makan kambing golek di setiap buffet ramadhan. Ini betul2 rare makan lobster utk berbuka. Betul2 orang have2 nie. Hahaha. Anyway, mmg dh lama menyimpan hasrat nk singgah ke Grandma’s nie. Lepas nie boleh lah singgah

    ReplyDelete
  3. good to know as seldom to KL area. Busy parenting me, shall tell my dear need time off to go dine in Pavilion :D, I saw what I like in this post!

    ReplyDelete
  4. this would be the best buka puasa for me as they are serving seafood especially lobster instead of grilled or roasted lamb. something different out from the menu and i keen to try this as well!!

    ReplyDelete
  5. Alamak bang! Terliur tengok menu-menu yang disediakan ni. Nampak menarik betul! Sekali makan dengan famili waktu berbuka puasa pun puas rasanya ni! Sesekali lari daripada menu kebiasaan macam kambing golek pun berbaloi! Lagipun belum pernah cuba pula Grandmama's ni.

    ReplyDelete
  6. Makan lobster?. Fuhhh sedapnya. Nampak harga mahal juga tapi kalau makan ramai2 tak la terasa sangat. Lin Chee Kang ada telur puyuh? Yang ni rare...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya lobster jarang tengok makanan macam ni semua nampak sedap menu dia rasa pun mesti sedap kan.nanti nak datang la

    ReplyDelete
  8. fuhh! memang famous grandmamas ni. teringin juga nak try dan makan dekat sini. tambah pulak ada lobster alahai favourite tu!

    ReplyDelete
  9. Yesszaaa. . Memang rare! Sedap seyhhh kari lobster hot pot dia. Kalau lah ada roti, nina cecah ngan kari dia, sebuku roti selamba jerrr Nina boleh kasi perabih. Jom pi lagi...

    ReplyDelete
  10. Seronok tak makan lobster....ada tajam-tajam tak heee... btw, first time dengar restoran ni. Makanan dia pun namlak menarik je semua moka.

    ReplyDelete
  11. The lobster and sweet sour fish looks so delicious. I've heard of grandmama's but have yet the opportunity to try it out.

    ReplyDelete
  12. Ya allah sedapnya... dh la fav liez ketam dan udang.. mmg terliur tgk gambar2 tu..nnt nak try la mkn dkt grandmama ni lagipun dkt pavi je.. boleh ajak hhusband

    ReplyDelete
  13. Sedapnya lobster! My fav kot...ni kalau my husband tau ni mesti dia ajak mkn ni..thanks for sharing

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...