GAYA KLASIK DAN EVERGREEN DI HARI RAYA DARI CIRGARO APPAREL

/
19 Comments
Setiap kali Raya saban tahun, kita dikejutkan dengan design baju raya yang aneh-aneh tidak kira untuk lelaki mahupun perempuan. Mungkin atas dasar "publisiti", munculnya golongan "pereka fesyen" yang "kamikaze" untuk tampil dalam industri fesyen tanah air. Persoalannya, design yang cuba diketengahkan itu betul-betul ada seni dan kualiti, ataupun hanya sekadar gimik dan propaganda untuk menjadi topik bualan netizan? Tepuk dada, tanya selera!




Bagi aku, secara peribadinya aku tetap memilih design yang biasa dan bersahaja tetapi berkualiti tinggi dari segi material. Janji, bila kita pakai ia tetap menampilkan gaya klasik dan evergreen especially di hari lebaran seperti Hari Raya Aidilfitri. Mesti ada yang tertanya-tanya especially golongan lelaki, "Kat mana nak dapatkan baju melayu ataupun kurta yang berkualiti pada harga mampu milik?" Untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit tentang satu brand yang agak terkenal dalam industri fesyen tanah air iaitu Cirgaro Apparel. Korang pernah dengar tak pasal Cirgaro? Kalau belum pernah dengar, meh nak cerita. Mana tahu, korang tengah cari tempat nak beli baju raya kan? Cekidout!


Sebenarnya, aku memang ternanti-nantikan keluaran terkini Kurta Raya 2018 dari Cirgaro Apparel. Tahun lepas pun, aku ada mengikuti perkembangan Cirgaro Apparel (Koleksi Cirgaro Apparel 2017). Untuk tahun ini, Cirgaro tampil dengan 3 koleksi keluaran awal iaitu Kurta Teluk Belanga 2018, Kurta Kemeja Denim v2 dan Kurung Moden Iris. Menjelang Aidilfitri yang bakal kunjung tiba, beberapa koleksi lagi diperkenalkan. 




Apa kelebihan Cirgaro Apparel berbanding brand-brand lain di luar sana? Kalau korang nak tahu, koleksi di Cirgaro Apparel masih mengekalkan rekaan klasik, minimalis dan moden. Rekaan-rekaan busana Cirgaro Apparel mendapat sentuhan istimewa secara inhouse oleh pemilik syarikat Cirgaro Apparel sendiri iaitu Encik Hafeez dan Puan Ilya. Untuk perkongsian kali ini, aku nak senaraikan 4 koleksi istimewa Cirgaro Apparel sempena Hari Raya 2018 yang mampu menampilkan elemen klasik dan evegreen.




Secara ringkas dan tuntasnya, Cirgaro Apperal mementingkan aspek keselesaan kepada si pemakai dan pada masa yang sama membantu untuk si pemakai tampil eksklusif dan elegan dengan mengekalkan ciri-ciri klasik dan evergreen.




Keistimewaan Cirgaro Apparel

  1. Fabrik yang digunakan untuk koleksi keluaran terkini Aidilfitri 2018 adalah lebih lembut, selesa dan tidak mudah renyuk
  2. Pemilihan fabrik Hybrita Cotton adalah setaraf dengan jenama antarabangsa
  3. Menawarkan pilihan warna yang vibrant iaitu warna yang lebih terang dan mengikut citarasa tempatan. Antara tona warna maskulin yang ditawarkan adalah hitam, biru gelap, kelabu, coklat gelap dan biru sapphir
  4. Kualiti jahitan yang telah menerima proses pembaharuan dengan pengenalan jahitan setaraf dengan standard antarabangsa iaitu jahitan 12-15 SPI . 12 to 15 Stich per Inch” merupakan standard antrabangsa yang digunakan untuk mengukur kehalusan jumlah jahitan di fabrik



1) KURTA UNO VERSION 3




Istimewa untuk peminat pakaian moden dan kontemporari yang bercirikan etnik, Kurta Uno Version 3 adalah busana pilihan tepat untuk korang. Kurta Uno Version 3  ini sangat sesuai dengan citarasa orang muda yang menggemari ciri moden dan kontemporari dalam penampilan.


Antara ciri khas bagi Kurta Uno Version 3 adalah butang 4 segi eksklusif yang menampilkan kelainan berbanding kurta lain yang ada di pasaran. 


Beberapa ciri eksklusif lain yang ada pada Kurta Uno Version 3 adalah seperti berikut:
  1. Rekaan minimalis tetapi tampak eksklusif dengan harga mampu milik
  2. Standard Jahitan dan Fabrik yang bermutu tinggi 
  3. Kolar Mandarin (relax cut) dan poket di sisi kiri dan kanan baju.
  4. Japan Hybrita Cotton sesuai dengan iklim tropika di Malaysia. Fabrik yang  tidak panas dan tidak mudah renyuk. 




Mungkin ada yang tertanya-tanya,  "Pakaian kat sini semua slim fit ke? Ada tak plus size untuk orang berisi dan besar? " Jangan risau, Kurta King, Kurta Bangsawan dan Kurta Uno Version 3 semuanya menawarkan size bermula saiz S sehingga 4XL. 




Dari segi warna pula, Cirgaro Apparel menawarkan 9 warna berbeza yang menawan citarasa fesyen termasuk warna putih dan hitam. Rasanya, tiada masalah untuk korang pilih baju raya mengikut citarasa warna yang korang suka.





Kurta Uno Version 3 boleh dipadankan secara couple set dengan Adalia Lacey Kurung. Pendek kata, Kurta Uno Version 3 ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat, tak kira muda atau tua. Yang penting, ia nampak klasik, evergreen dan elegan! 


2) KURTA TELUK BELANGA KLASIK




Mungkin ada yang tak berapa suka kurta yang ada butang, ada satu lagi pilihan untuk tampil lebih maskulin dan klasik. Kalau korang lebih suka dengan tema klasik pada lebaran kali ini, aku suggest  korang pilih Kurta Teluk Belanga. Pastinya ia akan menjadi satu pilihan yang tepat untuk tampil lebih yakin di hari lebaran.


Selain Kurta Teluk Belanga, Baju Melayu Teluk Belanga juga menjadi pilihan generasi masa kini. Ia merupakan busana yang berasal dari Johor yang diterima pakai oleh rakyat negeri-negeri lain sebagai salah satu persalinan selain daripada Baju Melayu Cekak Musang. Tahukah anda? Aku belum pernah ada Baju Melayu Teluk Belanga? Sebelum ini, setiap tahun memang akan beli Baju Melayu Cekak Musang. Rasanya, tahun ini boleh tukar selera sikit pilih Baju Melayu Cekak Musang atau Kurta Cekak Musang.




Kelainan yang ketara pada design Teluk Belanga adalah bahagian kolar. Ianya menyerupai baju kurung klasik wanita. Namun hari ini, ia semakin mendapat sambutan dan semakin ramai yang menyukai Kurta Teluk Belanga Klasik / Baju Melayu Teluk  Belanga yang serba ringkas dan mudah dipakai seperti round neck t-shirt. Kalau pakai, memang boleh tampil segak dan bergaya terutamanya bila dipadankan dengan songkok.


Kurta Teluk Belanga dari Cirgaro Apparel menawarkan Kurta dewasa dan juga kurta untuk Kanak-Kanak lelaki. Tawaran khas ini memang sesuai untuk korang yang telah berkeluarga dan mempunyai anak untuk tampil sedondon.






Kalau korang plan nak beli Kurta Teluk Belanga especially untuk pasangan suami isteri, korang boleh padankan dengan couple set istimewa iaitu Baju Kurung Moden Allyssa Luxe Peplum.





3) KURTA BANGSAWAN




Koleksi seterusnya yang ada di Cirgaro Apparel adalah Kurta Bangsawan. Kurta Bangsawan merupakan salah satu koleksi yang menjadi "Best Seller" dan paling bertahan sejak 3 tahun. Paling menarik, Kurta Bangasawan 2018 hadir dalam 21 warna berbeza. Percaya atau tidak, Kurta Bangsawan sering kali menjadi “benchmark” kepada pengeluar kurta jenama lain. Hebat kan?


Koleksi terbaru Kurta Bangsawan mempunyai butang. Uniknya, butang yang ada pada Kurta Bangsawan dibuat daripada tempurung kelapa untuk menambah elemen klasik. Rekaan Kurta Bangsawan 2018 masih mengekalkan semua ciri-ciri penting Kurta Bangasawan lama. Antaranya adalah Versatile. Ia sesuai dipakai di mana-mana atau pada bila-bila masa termasuklah ke masjid, surau, pejabat ataupun hotel bertaraf lima bintang. Paling utama, Kurta Bangsawan 2018 tetap selesa digayakan secara effortless.





Bagi membolehkan Kurta Bangsawan boleh dipakai ke pejabat atau majlis rasmi, mandarin kolar telah dikekalkan dengan sedikit pengubahsuaian di mana kolar Kurta Bangasawan 2018 ditinggikan sedikit supaya tampak lebih maskulin dan eksklusif!


Memandangkan tak semua orang bersaiz "slim" dan "tough", semua koleksi lebaran Cirgaro Apparel menawarkan pola saiz yang lebih menyeluruh terutama sekali kepada mereka yang bersaiz besar (plus size). Jadi jangan risau, koleksi Cirgaro Apparel ada dijual sehingga saiz 3XL dan 4XL.


4) Baju Melayu





Tak lengkap hari raya tanpa adanya Baju Melayu. Selain daripada Baju Melayu Teluk Belanga, Cirgaro juga ada menawarkan Baju Melayu moden dan kontemporari. Untuk korang yang kurang gemar memakai Kurta, don't worry. Korang boleh pilih Baju Melayu.





Dengan pelbagai jenis warna yang vibrant, pastinya akan membangkitkan kemeriahan di hari lebaran. Dengan cutting yang fit, jahitan yang kemas dan material yang berkualiti tinggi, semestinya ia memberi kepuasan dan keselesaan kepada si pemakai.





Istimewa untuk merpati dua sejoli di luar sana, boleh dapatkan koleksi busana sedondon dari Cirgaro Apparel. Dengan pelbagai pilihan warna dan design yang klasik dan "vouge", korang tak payah nak pergi banyak butik untuk dapatkan baju raya idaman. Datang je ke Cirgaro Apparel outlet yang terletak di Plaza Shah Alam. Confirm puas hati!


Dah cantik-cantik, handsome-handome nanti, jangan lupa untuk OOTD dan upload di sosial media dengan hashtag #CirgaroApparel. Nak tips OOTD? Korang boleh baca di sini untuk rujukan > Pastikan OOTD post anda paling meletop! Ini tips OOTD di pagi raya untuk anda!





Untuk maklumat lanjut tentang Cirgaro Apparel, korang boleh baca di website ataupun follow mereka di instagram atau Facebook. Selamat membeli-belah! Aku sudah settle, korang bila lagi?


Website:
www.cirgaro.com

Facebook:
Cirgaro

Instagram:
@CirgaroApparel



You may also like

19 comments:

  1. Pada pendapat aku..design cirgaro nih yang paling simple dan cantik berbanding dengan yang lain lain. Paling aku suka pemilihan warna yang dorang keluarkan semuanya lawa lawa.

    ReplyDelete
  2. wow the pattern are lovely. will check out their ladies collection

    ReplyDelete
  3. First time emi dengar pasal cirgaro ni. Eh betul ke ejaan haha. Nak sebut cane ntah. Next year punya raya blh beli baju sini. This year tak boleh sebab daj cukup baju rayanya.

    ReplyDelete
  4. akak pernah beli jubah putih utk husband akak masa dia nak pegi haji.. cutting dia smart tauu..slimfit. smpai skang dia terpikat dgn design dari butik ni.. nanti nak cari kurta la.. baju utk wanita pon not bad!

    ReplyDelete
  5. waahhh...dah pegi dah ari tu kat shah alam mall..mmg cantik2 tau..tp xde colour utk tema family hilma this year..thats y sooo sad sgt huhu..

    ReplyDelete
  6. letop! haritu pergi fuhh ramainya orang weh! laku keras! nasib sempat grab sepasang baju or else melepas la. warna maroon dengan dark blue tu sangat menawan

    ReplyDelete
  7. Suka design baju melayu yang original. Tak suka design yang pelik2 ni. Hubby pun jenis suka yang original. Lagi nampak kemelayuan dan klasik. Cutting fit not my cup of tea tapi rasanya orang muda suka cutting ni.

    ReplyDelete
  8. Akak berkenan la dengan design kat CIrgaro ni, pilihan warna pun menarik dan warna lembut jer..sejuk hati tengok org tersayang pakai kan...nak pujuk cik abg la beli ..suka kaler choc tu..

    ReplyDelete
  9. sebelum ni pernah belikan husband kurta..memang hensem je dia pakai..heehe..tahun ni baju melayu la kot..hehee..tapi kurta bagus sebab dia macam tshirt, jadi tak panasla raya nanti..

    ReplyDelete
  10. amboi meriah raya korang....tapi memang cutting baju kat sini ikut trend anak2 muda...semua cutting slim fit..tgk pada rangkaian pakaian yg ditawarkan semuany anampak cantik...berkenan gak hehehe

    ReplyDelete
  11. apa yang saya nak katakan, kurta dia memang best. saya pun dah miliki satu kurta teluk belanga dia. material yang ringan dan mudah nak gosok.

    ReplyDelete
  12. Swmua kurta nampak cantik dan kemas bila dipakai. Kurta ni bagusnya kalau dikekalkan dengan ciri ciri kemelayuan. Kalau design dah macam apa merosakkan value kurta tuh sendiri macam kecoh baru baru nih kurta breastfeeding.. Hahaha

    ReplyDelete
  13. Wahhh cantiknya koleksi raya dari cirgaro apparel nie. Nampak helokk terletak dan paling penting tak mudah renyuk. Tu paling best. Warna pon vibrant dan rare. Okay naknusha lah kejap

    ReplyDelete
  14. Kenapalah Rawlins tertarik sangat pada warna hijau - tak kisah mana-mana hijau pun. Yang ada kat Cirgaro memang nampak sangat elegan la.

    ReplyDelete
  15. Tips OOTD nya mantapp nian yak. Macam koleksi bisa jadi pilihan. Priduksinpabrikan ini berkualitas ya karena tak mudah renyuk. Baju khas tak banyak model tp elegant

    ReplyDelete
  16. design Cirgaro ni kan memang simple tapi material kain dia best. Tahun lepas ada beli lebih dari 5 helai baju dari Cirgaro dan semuanya sangat puas hati :)

    ReplyDelete
  17. Frankly speaking it looks really simple and superb smart.. don't have to be fancy fancy and this is truly comfort eyes... so many different colors can be choose....

    ReplyDelete
  18. I like their simple and elegant design. The material looks quality and sleek plus there are quite a good selections to choose from. Will check it out too.

    ReplyDelete
  19. baju raya now all look so stylo and comfortable, love the color coordination for this year's collection. Very soft and pastel.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...