Biasanya, kalau nak makan di hotel mesti duk fikir mahal. Ye lah, tempat condusive, menu pula disediakan oleh chef yang berpengalaman, lagi-lagi di hotel bertaraf 5 bintang. Tetapi, selepas aku pergi makan di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, semua tanggapan aku sebenarnya salah. Rupa-rupanya, harga makanan di hotel bertaraf 5 bintang ni jauh lebih murah berbanding makanan di restoran-restoran hipster di luar sana. Siapa sangka, dengan serendah RM25 aku dapat menikmati menu ala carte special berserta dessert dan secawan teh/kopi.  




Kalau korang yang jenis suka jalan-jalan cari makan especially time lunch atau dinner, aku cadangkan korang boleh cuba untuk datang makan di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Bermula 1 Mac 2018 sehinggah 31 Disember 2018, mereka ada menawarkan promosi  hebat iaitu 8 menu ala carte istimewa pada harga serendah RM25 nett! Yes, nett. No tax, no GST!


8 menu ala carte yang dihidangkan di Coffee House, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur merangkumi hidangan tempatan dan juga hidangan antarabangsa. Pilihan yang disediakan sememangnya memenuhi citarasa. Kalau korang suka makan Western Food, maybe boleh order chicken chop. Kalau korang suka makan local food, boleh try order nasi goreng. Jom kita tengok menu-menu ala carte yang disediakan sempena promosi kali ini. Cekidout!


Asian Cuisine


Untuk Asian Cuisine, ada 4 menu ala carte yang dihidangkan termasuklah 1 menu special untuk vegetarian. Dalam banyak-banyak menu, aku pilih  Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers. Sedap gila nasi goreng ni. Walaupun nampak simple, tetapi rasa dia memang umphhh. Padu! Untuk korang yang tak suka makan nasi, maybe boleh try Mee Kari.


1) Indonesian Fried Rice with Malinja Crackers


2) Vegetable Curry Tauhu with Jeera Pulou Rice


3) Fish Tikka with Naan Bread


4) Curry Noodle with Cockles

Western Cuisine

Untuk Western Cuisine pula, ada 4 menu ala carte istimewa yang ditawarkan. Menu pilihan aku semestinya Trio Mushroom's Spaghetti with Garlic Bread dan Grilled Chicken Chop with Mashed Potato. Kalau korang pergi makan ramai-ramai, better korang order 1 menu untuk 1 orang. Then, korang boleh share-share. Jujurnya, spaghetti tu memang creamy dan sedap. Highly recommended! Chicken chop tu pula dihidangkan dengan sos blackpepper yang umppph dan mashed potato yang sedap. Kalau aku pergi makan lagi kat sini, seriously aku akan order these 2 dishes. Sedap weh! Dua lagi pilihan yang ada adalah sandwich dan pizza.


1) Trio Mushroom's Spaghetti with Garlic Bread


2) Sunway Putra Club Sandwiches 


3) Grilled Chicken Chop with Mashed Potato


4) Margherita Pizza


Bukan sekadar sedap, setiap menu ala carte juga dihidangkan bersama satu slice kek dan secawan teh atau kopi pada harga serendah RM25. So, bagi aku memang berbaloi-baloi. Just in case korang rasa nak add-on fresh fruit drinks, harga yang ditawarkan sangat berpatutan, serendah RM5.


Cake of the day


Mix fruits


Tea


Semua menu ala carte istimewa ini disajikan khas oleh Executive Chef Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur iaitu Rossham Rosli. Dengan pengalaman lebih 28 tahun dalam industri kulineri di dalam dan di luar negara, no wonder hidangan yang ditawarkan di sini sangat sedap dan kena dengan citarasa kita orang Malaysia.


Set ala carte ini akan dihidangkan setiap hari bermula dari jam 11 pagi sehingga 10 malam di Coffee House yang terletak di tingkat 9 Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur.




Selain set promosi ala carte, korang juga boleh mencuba menu ala carte special yang lain seperti Nasi Lemak Goreng Berapi, Angel Hair Golden Pasta with Soft Shell Crab, Mongolian BBQ Fried Noodles, Carbmeat Sandwich, Lobster Noodle Cantonese Style dan banyak lagi. Harga untuk satu hidangan ala carte bermula dari RM25 sehingga RM39. Di sini juga ada menyediakan set Hi-Tea dari jam 2 petang sehingga 6 petang pada harga RM55 untuk 2 orang.




Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur juga menghidangkan buffet untuk breakfast dan menyediakan pakej buffet istimewa untuk festive season seperti Chinese New Year, Valentine Dinner, Buffet Ramadan dan Krismas.


Kalau korang nak mencuba sendiri hidangan istimewa di Coffee House Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, korang boleh buat reservation di 03-4040 9988 atau emel kepada spkl.dine@sunwayhotels.com


Untuk maklumat lanjut tentang promosi-promosi terkini di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, jangan lupa klik pautan ke website, like facebook dan follow instagram mereka. Cekidout!

Website:

Facebook:

Instagram:

Kalau seorang dua yang cakap, "Weh, kenapa makin gemuk ni?". Aku tak apa lagi, masih boleh bawa bertenang dan buat relax. Tapi, bila dah ramai orang cakap benda yang sama, hah aku dah mula tak senang duduk. Aku rasa lack of confidence! Aku mesti buat sesuatu ni. Takut nanti, makin dibiarkan makin melarat. Bila berat badan tak dijaga, risiko nak dapat penyakit pun tinggi. 


Apa benda paling susah dalam hidup? Yes, baru aku sedar, nak turunkan berat badan itu amatlah mencabar dan menuntut disiplin diri yang tinggi. Berat badan aku makin hari makin naik sebabnya aku tak jaga pemakanan. Sebab utama aku suka makan malam dan tak pernah spend masa untuk exercise. Ye lah, balik kerja dah malam. Lepas makan, duk baring-baring atas katil, then terus tidur. Weekend pula sibuk ke sana ke mari, jalan-jalan cari makan tanpa ada ruang untuk exercise. So, mulai tahun ini, at least aku dapat control sikit makan. Step pertama aku buat, aku skip makan malam. Ada perubahan, turun la 1-2 kg.




Mula dengan skip makan malam, sekarang aku cuba untuk breakfast. Biasanya, aku jarang breakfast. Boleh kira, maybe dalam sekali seminggu je breakfast. Then, lunch dan dinner itu mesti. Tetapi, sekarang aku dah tukar trend sikit. Ambil breakfast dan lunch, tetapi skip dinner. Kalau makan waktu malam pun, aku cuba elakkan makan nasi dan benda-benda berat. Mujurlah ada rakan blogger syorkan untuk cuba guna C-TriMax. At least, sedikit-sebanyak dapat membantu aku dalam usaha untuk turunkan berat badan. Siapa tak risau weh bila baju-baju dan seluar-seluar dalam almari semakin hari semakin ketat. Sigh!




Biasanya, sebelum pergi kerja aku akan minum 1 sachet C-TriMax setiap pagi. Personally, aku suka minum C-TriMax sebab rasanya yang masam-masam manis. Rasa buah markisar dan campuran buah-buahan menjadikan C-TriMax ni sedap diminum. Cara nak minum pun mudah, tak payah nak guna air panas. Just campurkan 1 sachet C-TriMax dengan 150ml air sejuk atau air mineral. Settle!



Cara Pengambilan C-Trimax

1 sachet setiap pagi selepas sarapan 
Bancuh C-Trimax dengan 150ml air sejuk/ air biasa




Produk C-TriMax ni actually bukan memaksa kita untuk berlapar sepanjang hari. Kita masih lagi boleh breakfast dan lunch macam biasa. Cuma, bila kita minum C-TriMax dia akan control selera makan kita. Jadi, boleh bantu kita makan dalam portion yang sepatutnya. Kalau biasa lunch makan nasi sepinggan, sekarang boleh makan nasi separuh dan banyakkan lauk-pauk dan sayur-sayuran.  Itupun dah rasa kenyang. Sesuai untuk orang macam aku yang susah betul nak berenggang dengan nasi, hehe.


Lagi satu yang best tentang produk C-TriMax ni, dia tak ada kesan sakit perut atau nak membuang. Cuma, kita akan rasa haus dan nak minum air. Jadi, make sure minum air masak secukupnya. Efek dia, kita akan berulang-alik ke tandas untuk buang air kecil. Dari situlah toksin-toksin dalam badan kita dikeluarkan.




Dalam 1 kotak C-TriMax akan ada 15 sachet. So, kalau korang guna dengan konsisten, dalam masa 15 hari dah boleh habiskan satu kotak C-TriMax dan rasai sendiri perubahan berat badan. Selamat ke nak minum? Mungkin ada yang was-was. Don't worry, C-TriMax telah mendapat kelulusan daripada KKM dan dijamin selamat untuk diminum. Harga? RM150 untuk 1 kotak. Kandungan dalam C-TriMax boleh refer info seperti yang disenaraikan di bawah:

Kandungan C-TriMax


Passion fruit powder
Mix Fruit powder
Rosselle powder
Guarana extract
Grape fruit extract
Citric acid
Fructose




Personally, berdasarkan pengalaman peribadi selepas aku minum C-TriMax, berat badan aku dah turun 3.1kg. Yes, sebelum start minum C-TriMax aku dah timbang, dan hari ni timbang lagi sekali  untuk tengok perubahan. Yeay! Nampaknya dah ada perubahan. Aku cuba untuk turunkan lagi berat badan. Walaupun tak banyak, harap-harap konsisten. Slowly, but surely. Next, aku nak start excercise. Sekarang ni just bergantung harap kepada fitbit untuk measure at least 10,000 steps setiap hari. Wish me luck! 

Kelebihan C-TriMax

  1. Membakar lemak
  2. Mengawal berat badan
  3. Mengawal selera makan
  4. Buang toksin dalam badan
  5. Mengawal kolestrol
  6. Tambah tenaga
  7. Melancarkan peredaran darah


Untuk korang yang baru nak start diet atau dalam misi menurunkan berat badan, aku syorkan korang try C-TriMax. At least, bila dah turun 3-4 kg untuk permulaan, ia akan menjadi pemangkin semangat dan momentum untuk kita terus berusaha turunkan lagi berat badan. Apa yang penting, kita akan jadi lebih cergas dan sihat! Say no more to "Gemok is awesome". Jujurnya, gemuk itu sangat memenatkan! Jom, kita ubah sebelum parah.



Untuk maklumat lanjut mengenai C-TriMax, korang boleh follow di instagram atau facebook:

Facebook:

Instagram:

Aku tengok filem ni tanpa meletakkan high expectations. Cukuplah filem ini better daripada filem Badang, itu dah cukup bagi aku. Sebab daripada barisan pelakon, Surf This Love tak meletakkan pelakon-pelakon famous yang selalu muncul di layar perak, sebaliknya mempertaruhkan pelakon-pelakon drama tv yang terbukti bakat lakonannya. Aku jadi lebih eksited sebab nak tahu macam mana filem berkisarkan tentang sukan luncur air diolah dan digarap menjadi sebuah karya filem di Malaysia. Ye lah, biasa filem-filem cinta-cintun, filem hantu dan filem gangster je yang memenuhi panggung wayang. This time, jom kita cuba tengok sesuatu yang baru dalam industri perfileman Malaysia.


Memandangkan aku dah tengok filem Surf This Love Gelora Juara ni, jadi aku nak share 3 points utama yang dapat aku simpulkan berkaitan dengan filem ini. Lain orang lain pendapat kan? Jom, baca pendapat peribadi aku mengenai filem Surf This Love Gelora Juara. Kalau korang tak puas hati atau tak setuju, korang pergi la tengok sendiri di cinema yang berdekatan. Then, korang share lah pendapat korang pulak ye, hehe. Filem ni dah ditayangkan sejak 22 Februari 2018. 


Shukri Yahaya sebagai Billy


1) Lakonan natural


Siapa tak kenal Shukri Yahaya yang sentiasa muncul dalam drama hits? Antaranya kemunculannya dalam drama Andainya Takdir dan 7 Hari Mencintaiku. Untuk filem Surf This Love, Shukri Yahaya memegang watak utama iaitu Billy. Billy ni watak dia gila-gila, suka berangan, tapi apa yang bagus tentang Billy ni dia akan usaha sampai dapat apa yang dia nak. Dalam cerita ni, dia memang struggle untuk jadi surfer hebat setanding dengan arwah abang dia yang meninggal dunia sewaktu menyertai pertanding surfing di Bali, Indonesia. Mampu ke Billy nak jadi sehebat abang dia, Bobby?


Christina Suzanne sebagai Mia


Masih ingat drama Bicara Hati di Astro Prima lakonan Christina Suzanne yang memegang watak sebagai Zahlia? Hah, dari situ la aku suka dengan lakonan dia. Gadis kacukan Malaysia-German yang memiliki paras rupa pan Asia ini merupakan salah seorang peserta program pencarian bakat lakonan oleh RTM iaitu Pilih Kasih. Dalam filem Surf This Love, beliau memegang watak sebagai Mia iaitu seorang blogger. Dia girlfriend kepada Mike Malaya, tetapi cinta terhalang dan putus di tengah jalan. Jeng jeng jeng!


Dottie sebagai Siti Lobster


Tambah pula ada Dottie (Syuhaida Abraz), Pekin Ibrahim dan Josiah Hogan yang sememangnya mempunyai mutu lakonan yang tak pernah mengecewakan. Aku berpuas hati dengan pemilihan pelakon untuk filem ini. Kalau korang rindukan lakonan dorang, boleh tengok dalam Surf This Love. Tak terkecuali, lakonan mantap dan bersahaja daripada Ardell Aryana dan Mustaqim Bahadon  yang melengkapkan lagi perjalanan filem ini. Seriously, lakonan dorang semua sangat natural dan bersahaja tetapi memberi impak yang maksima. Good job guys!


2) Tak kering gusi


Jujurnya, kalau korang stress-stress, better datang tengok cerita ni. Memang tak kering gusi, ada je lawak yang menggeletek. Tahniah diucapkan kepada Shukri Yahaya kerana berjaya membawa watak Billy dengan jayanya. Aku suka chemistry antara Shukri Yahaya dengan Dottie (Siti Lobster). Seriously, mesra macam adik-beradik betul. Nampak kasih sayang antara adik dan kakak. Perangai gila-gila, masing-masing gurau kasar, but at the end of the day, dia lah yang jadi best supporter! 




Dah lama korang tak tengok Pekin Ibrahim berlakon kan? Hah, kalau korang nak tengok dia berlakon dengan melontarkan kata-kata penuh puitis yang penuh dengan lawak jenaka, boleh tengok Surf This Love. Memegang watak Jimmy, iaitu salah seorang jaguh surfing dalam Trio Malaya, beliau terpaksa akur untuk berhenti dari surfing kerana kecederaan pada kaki. Bobby dah meninggal, Jimmy pulak dah cedera, hanya tinggal Mike Malaya yang menjadi jaguh dunia! Biasalah manusia, bila dah berjaya jadi lupa diri sampai lupakan sahabat yang sama-sama susah, sama-sama berjuang suatu ketika dulu. Nanti boleh tengok Josiah Hogan (Mike Malaya) menjadi seorang yang ego dan curang dengan girlfriend.




Dottie (Siti Lobster) dan Ardell Aryana (Lia) pun not bad! Pendek kata, semua ada punch line masing-masing yang membolehkan korang gelak. Tak ada lah sekadar filem cintan-cintun ataupun sukan surfing semata-mata. Overall, filem romantik komedi yang sarat dengan mesej-mesej positif dan motivasi!


3) Cerita tak lengkap!


Tak kan semua benda best kan? Tak logik pulak. Bagi aku, aku tak suka bila cerita tak lengkap. Aku rasa macam nak tahu dengan lebih lanjut tentang watak-watak dalam filem ni. Sepanjang aku menonton filem Surf This Love, otak aku berputar ligat memikirkan soalan-soalan yang tak terjawab. Antaranya, macam mana Bobby boleh meninggal di Bali? Kenapa Jimmy cedera kaki sampai kena stop surfing? Paling aku nak tahu, apa kesudahan Billy di arena surfing? Dan macam mana berakhirnya kisah cinta antara Billy dan Mia? Hermmmm, dorang saja buat cerita tergantung ke memang cerita dia macam ni? Siapa boleh jawab?


Pengarah Filem Waan Hafiz bersama barisan pelakon dan GSR Porduction & Cloud Niners


Tapi, aku ambil pendekatan positif. Mungkin, pengarah flem iaitu Waan Hafiz dan pihak produksi GSR Production & Cloud Niners ada sesuatu yang menarik untuk disajikan kepada penonton di masa akan datang? Aku terfikir, kan best kalau ada sekuel untuk filem Surf This Love. At least, baru puas hati tengok kesudahan kisah Billy dan throwback tentang kisah Jimmy dan Bobby. I want more! 


Dan aku yakin, ramai lagi penonton kat luar sana mengharap benda yang sama. Betul tak? Apapun,  kita tunggu je lah ye. Kepada korang yang belum tengok lagi Surf This Love, pergi tengok cepat-cepat. Satu je nak pesan. Jangan gelak sampai terkentut dalam cinema. Kbai! Enjoy the movie :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...