SURF THIS LOVE : GELORA JUARA

/
16 Comments
Sekarang ni aku tengah bercuti di Bali. Teruja tengok pantai cantik di Bali. Antaranya Pantai Pendawa, Pantai Dreamland, Pantai Seminyak, Pantai Kuta dan banyak lagi. Bila jalan-jalan di sekitar pantai-pantai di Bali, kebanyakannya tourists akan bawa surf board. Jadi, tak hairanlah Bali terkenal dengan sukan surfing. Dengan keindahan pantai di kepulauan Bali, ombak yang kuat dan sesuai untuk aktiviti surfing, Bali memang cukup terkenal untuk surfing dalam kalangan pelancong asing. Bila fikir-fikir balik, Malaysia pun banyak pulau-pulau yang cantik. Tapi kat mana ye yang sesuai dan famous untuk surfing?


Dekorasi cafe di GrandMas Hotel, Seminyak, Bali


Bila aku nampak poster pasal satu filem ni, maka terjawablah persoalan aku sebelum ini. Oh, Pulau Tioman pun cantik untuk surfing. Memandangkan aku belum pernah pergi lagi ke Pulau Tioman, jadi aku perlu letak dalam bucket list travel. Tapi sebelum tu, kena tengok apa yang best di Pulau Tioman dalam filem terbaru iaitu Surf This Love: Gelora Juara.




Filem Surf This Love: Gelora Juara ini akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 22 Februari 2018. Filem ini mengisahkan seorang pemuda yang ingin mengikut jejak langkah abangnya menjadi juara luncur. Beliau meminta bantuan seorang bekas juara luncur yang tidak lagi aktif selepas mengalami kecederaan kaki. Pemuda ini sering dicabar oleh juara bertahan tetapi dia akhirnya terpaksa bersaing dalam pentas akhir pertandingan meluncur.


Klasifikasi: 
P13

Tarikh Tayangan: 
22 Februari 2018

Genre: 
Komedi / Romantik

Durasi: 
1 Jam 43 Minit

Pengedar: 
Empire Film Solution

Pelakon: 
Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Josiah Hogan, Ardell Aryana

Pengarah: 
Waan Hafiz



Sebenarnya, aku tak sabar nak tengok filem ni. Nak tengok keindahan Pulau Tioman dalam movie dan paling penting, nak tengok filem Melayu yang berkisarkan sukan surfing. Rasanya, ini filem pertama di Malaysia yang mengupas topik sukan surfing. Sebelum tu, apa kata kita tengok trailer Surf This Love: Gelora Juara dulu. 


Trailer Surf This Love - Gelora Juara





Pelakon Surf This Love: Gelora Juara





Kalau bercakap pasal filem Melayu, mesti kita nak tahu kan siapa pelakon-pelakonnya? Bila aku tengok line-up pelakon untuk filem ni, aku dapat rasakan filem ini bakal memberikan sesuatu kepada penonton. Semua pelakon yang membintangi filem ini adalah pelakon drama TV dan juga pelakon ternama di Malaysia yang talented. Can't wait to watch them on big screen!




Antara barisan pelakon yang membintangi filem Surf This Love - Gelora Juara adalah Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim, Farid Kamil, Ardell Aryana, Beto Khusyairi, Mustakim Bahadom dan Mimi Ernida. Filem ini diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan idea asal oleh Khairul Kiasan.


Sinopsis Filem Surf This Love 


Billy bekerja dengan kakaknya, Siti sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal. Selain Bobby, Mike Malaya dan Jimmy yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy.


Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali. Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak. Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.


Christina Suzane sebagai Mia


Cerita ini bermula dengan kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia yang bertandang ke Pulau Tioman untuk membuat liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya. Walaupun Mia pertama kali sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia. Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board.




Lia mencadangkan Mia mendapatkan khidmat pemandu pelancong bagi membawanya bersiar-siar ke seluruh Pulau Tioman kerana dia sibuk membantu abangnya menguruskan kedai. Pemandu pelancong yang dimaksudkan Lia adalah kawanya sejak kecil iaitu Billy.


Shukri Yahya sebagai Billy


Billy lah yang membawa Mia bersiar-siar seluruh pulau. Dari perkenalan singkat itu, Mia tertarik dengan perwatakan Billy yang kelakar dan bersahaja. Jauh dalam hati Mia, Mia kagum dengan kesungguhan Billy dalam sukan surfing walaupun Billy sering gagal. Bagi Billy pula, dia sudah mula jatuh hati pada Mia kerana Mia tidak seperti orang lain yang sering merendah-rendahkan cita-citanya.


Apakah kesudahan perjuangan Billy untuk menjadi peluncur yang berjaya? Bagaimana pula kisah cinta antara Billy dan Mia akan berakhir? Sama-sama kita nantikan kesudahannya di cinema berdekatan mulai 22 Februari nanti. Stay tuned!



Ardell Aryana sebagai Lia


Mustakim Bahadom sebagai Bobby



Josiah Hogan sebagai Mike Malaya


Pekin Ibrahim sebagai Jimmy


Memandangkan pelakon-pelakon hebat ada dalam filem ni, story line nampak macam best dan paling penting sebab ada kisah blogger (ecececeh) dan Pulau Tioman, aku rasa aku akan tengok filem ni. Jumpa korang di cinema ye. Jom! Aku belanja pop-corn :P


Kalau korang nak tahu lebih lanjut info berkaitan filem Surf This Love: Gelora Juara, boleh follow instagram @surfthislove ataupun like page Surf This Love.



You may also like

16 comments:

  1. wow macam menarik... sesuatu yang berbeza untuk cerita melayu... sebab surfing ni jarang diexplore oleh malaysian

    ReplyDelete
  2. Kak dah lamo dop masuk panggung. Al maklum remaja dewasa masuk panggung takut lelap dalam panggung. Tidak dinafikan filem melayu sekarang semakin best lah.

    ReplyDelete
  3. Tak perasan lak ada filem ni? Dah tayang ke? Kisah surfing memang blm dijadikan cerita... pasti menarik ni.

    ReplyDelete
  4. Mesti best..nak tau sambutan penonton nanti tentang sukan luncur pertama kali di Malaysia

    ReplyDelete
  5. Amboi...hero tu memang best la...jarang ada cerita pasal surfing cenggini kt msia...

    ReplyDelete
  6. Menarik juga filem ini. Tapi aku agak skeptikal dengan filem Melayu. Semoga ini dapat memecah tembok aku tentang filem Melayu yang biasa

    ReplyDelete
  7. Citer macam ni Christina Suzanne memang sesuai bawak wataknya..harap citer ni best laa..

    ReplyDelete
  8. Wahhhh, tengah bercuti pun sempat update blog ye? Hehe. Emi kalau pergi bercuti memang idok ler nak update blog. By the way movie ni nampak menarik. Barisan pelakon pun not bad jugak.

    ReplyDelete
  9. Menarik juga filem Melayu berkisar ttg surfing ni. Mmg sesuatu yg baru dan secara tak langsung mengiktiraf surfer2 di Malaysia ni. Pasti lepas ni ramai la org kita yg nak jadi surfer hihii.. tertarik juga nak menonton filem ni nanti :)

    ReplyDelete
  10. pulau tiuman pun cantik eh nak surfing.? baru tahu :)

    ReplyDelete
  11. Macam rare juga jalan cerita ni daripada cerita Malaysia yang lain. Macam ala-ala omputih pun ada.

    ReplyDelete
  12. hero sangat hensem, hopefully movie tak akan mengecewakan kita semua, btw profesion as a blogger memang kena travel kan, tak pasai pasai boleh jatuh cinta dengan si jericho malaysia ni

    ReplyDelete
  13. Macam menarik je filem ni. Betul tu belum ada filem macam ni. Harap filem ni berjaya. So nanti tayangan mintak belanja pop corn ek? Hehe

    ReplyDelete
  14. macam menarik citer ni, rasa teruja pula nak menontonnya, para pelakon pun boleh tahan femes-femes dan ada bakat.

    ReplyDelete
  15. tak sangka filem malaysia ingat citer mat salleh tadi. btw shukri yahya ada, bestnya tapi tak tahulah camana dia bw watak sebagai peluncur. maacam lain drpd yang lain karektor yang pernah dibawa sebelum ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...