DETIK-DETIK MANIS 2017

/
29 Comments
Alhamdulillah. Kita masih dipanjangkan usia menghela nafas lega untuk menikmati hidup di tahun 2018. Semalam, 2017 sudahpun melabuhkan tirainya. Dan hari ini, tahun 2018 membuka tirainya dengan 365 halaman baru yang terbentang luas untuk kita tulis dan isi dengan pelbagai warna, pelbagai cerita,  suka dan duka. 


Untuk coretan ringkas penutup 2017 dan pembukaan 2018, aku terpanggil untuk berkongsi detik-detik manis yang berlaku dalam hidup aku sepanjang 2017.


1) Trip ke Melbourne, Australia


Aku sangat teruja untuk pembukaan tirai 2017 apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama untuk contest instagram yang dianjurkan oleh Blackmores Malaysia. Hadiah berupa pakej percutian (fully sponsored) ke Melbourne,  Australia untuk menyaksikan Australian Open. Bukan itu sahaja,  malah diberikan duit poket sebanyak RM1500.

Helicopter ride to Yarra Valley

Selepas menang pakej percutian ke London pada tahun 2016, ini adalah pengalaman hebat yang seterusnya untuk aku ingat sampai bila-bila. Antara highlights yang dapat aku kongsikan sepanjang trip ke Melbourne,  Australia adalah:
  1. Peluang menjejakkan kaki di bumi Australia dan explore Melbourne dengan lebih dekat
  2. Layanan VIP daripada pihak Blackmores
  3. Peluang menyaksikan tournament tenis secara langsung sempena Australian Open
  4. Pengalaman pertama menaiki helikopter untuk trip ke Yarra Valley
  5. Semua duit belanja yang diberikan dihabiskan untuk beli ole-ole untuk family dan sahabat. Kerana rezeki itu lebih manis kalau dikongsi bersama. 


2) Trip ke Osaka, Kobe dan Kyoto


Bila dah start travel ke destinasi lain seperti China, Thailand, Indonesia, Vietnam, Cambodia, Macau, London dan Melbourne, terdetik juga dalam hati untuk buat winter trip ke negara yang ada salji. Alhamdulillah, pada Februari 2017 impian tercapai untuk merasai sendiri pengalaman dihujani salji di negara matahari terbit, iaitu Jepun.

Osaka Castle

Destinasi yang kami pilih adalah Kansai yang merangkumi Osaka, Kobe dan Kyoto. Selain dapat pengalaman main snow buat pertama kali, trip ini best sebab kami dapat teroka sendiri public transport (train) ke tempat-tempat menarik, observed tentang cara hidup orang Jepun dan inilah titik-tolak kepada aku simpan impian untuk explore Jepun di masa akan datang especially ke Tokyo dan Hokkaido. 

Terima kasih Raini Travel kerana telah menguruskan tiket flight, penginapan dan cadangan itinerari untuk kami menikmati winter trip ke Osaka,  Kobe dan Kyoto. 


3) Trip ke Singapore


Walaupun dah pergi ke negara-negara lain, honestly aku tak pernah sampai ke Singapore. Sekali lagi, terima kasih Raini Travel kerana telah merealisasikan impian aku untuk menjejakkan kaki ke Kota Singa dengan menganjurkan Day Trip bersama Bloggers.

Hello Singapore!

Trip kali ini cukup meriah dengan kehadiran rakan bloggers yang lain. Walaupun trip ini cuma sehari, namun ia cukup bermakna. Kami sempat untuk singgah hampir ke semua tempat tarikan di Singapore. 


4) Hot air balloons


Salah satu destinasi idaman adalah Cappadocia, Turkey. Memang dah ada dalam bucket list nak tengok belon udara panas yang bebas berterbangan di ruang udara. Siapa sangka,  tiba-tiba dapat peluang untuk mencuba sendiri menaiki belon panas. Walaupun belon udara ini terikat (tathered), tapi cukuplah untuk dijadikan pengalaman merasai sendiri terbang dengan belon udara panas. Untuk baca pengalaman aku, boleh baca sini!

Tathered Hot Air Balloon ride

Semoga untuk masa-masa akan datang , aku akan dapat peluang untuk menikmati view dari belon udara panas yang sebenar. Jom, sama-sama kita kejar mimpi!


5) Trip ke Palembang


Walaupun ini kali ke-dua berkunjung ke Palembang, tetapi perasaan excited masih sama. Kali ini tujuan berbeza, dengan gang yang berbeza iaitu bersama rakan-rakan #TeamCIMB untuk menghadiri majlis perkahwinan Aryaan.

Aryan's Weeding @ Palembang

Ini kali pertama aku menghadiri majlis perkahwinan di luar negara. Jadi, dapatlah peluang belajar tentang adat dan budaya masyarakat luar. Sangat menarik! 


6) Birthday suprised


I think I'm too old for this! But, it's a moment to be remembered. Thank you guys! Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi untuk tahun 2017 ada tiga kali birthday surprised. Setiap tahun, ada je plan dorang buat birthday surprise. Terharu beb. Aku doakan korang semua sentiasa dimurahkan rezeki. Amin

Housemates: Faisal, Danish dan Fairul


Projek Travel: Fuad, Yazid, Mawardi, Dikbee, Fauzi Aryaan, Mek Onie, Potia, Khai


Staycation @ VE Hotel & Residence

Selain daripada family tercinta, inilah antara insan-insan yang dihantar untuk menceriakan hari-hari aku. Terima kasih kerana selalu ada, tidak kira ketika susah mahupun senang. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Love you guys!


7) Trip ke Luang Prabang & Vang Vieng


Tahun 2017 dalam sejarah bila buat pertama kali kami team Projek Travel plan trip ke luar negara beramai-ramai. Bukan mudah tau nak kumpul ramai-ramai macam ni. Akhirnya, kami berjaya untuk merealisasikan trip ke Luang Prabang dan Vang Vieng, Laos.

Vang Vieng, Laos

Trip ni berbeza dari trip-trip kami yang lain sebelum ini. Bukan sponsored trip, bukan FAM trip dan bukan guna perkhidmatan mana-mana travel agent. Dari tiket flight, penginapan, duit belanja dan itinerari semuanya kami buat sendiri.

Kuang Si Waterfall, Luang Prabang, Laos

Luang Prabang sangat kaya dengan keindahan alam especially Kuang Si Waterfall dan kaya dengan warisan budaya. Vang Vieng pula sangat indah dengan pemandangan sawah padi dam bukit-bukau. Pendek kata, trip kali ini terarah kepada back to nature dan appreacite the culture! 


8) Trip ke Jakarta


Finally, sampai juga di Jakarta, Indonesia. Actually,  trip ni dua dalam satu. First, memang plan nak pergi jalan-jalan di Jakarta. Secondly, memang nak menghadiri majlis perkahwinan Ferlan iaitu sahabat #ASEANDay.

Ferlan's Weeding @ Jakarta

Seperti trip ke Palembang, trip ke Jakarta hampir sama. Belajar adat dan budaya perkahwinan masyarat Java. Dalam masa yang sama, sempat explore tempat-tempat menarik di sekitar Jakarta. First time travel ke luar negara solo. Nasib baik ada rakan blogger dan rakan-rakan #TeamCIMB di Jakarta. Thank you guys! 


9) Trip ke Macau


I've no plan for year end trip. Alhamdulillah, rezeki join contest Instagram #AirAsiaCrazyJump,  aku terpilih sebagai salah seorang pemenang. Yeah, another sponsored trip to Macau.

Malaysia Team for #AirAsiaCrazyJump

Pengalaman ke Macau buat kali ke-dua cukup berbeza dan adventurous! Aku bukan ke Macau sekadar untuk travel suka-suka. Malah, dengan misi yang lebih besar iaitu untuk melakukan bungee jump yang tertinggi di dunia (233m). Terima kasih AirAsia, AJ Hackett dan Macau Tower untuk peluang keemasan ini.

World's highest bungee jump (233m)

Aku tak pernah letak untuk buat bungee jump dalam bucket list. Tapi, bila peluang datang bertandang, never say no.  Just do it! Seriously, selepas join #AirAsiaCrazyJump, aku rasa lebih confident untuk menyahut apa jua cabaran dalam hidup. Kenangan paling manis untuk tahun 2017. 


10) Ayam Goreng McD Party


Sebagai penutup tirai 2017, aku menang satu lagi contest Instagram anjuran McDonald's Malaysia. Hadiah dia apa?  Hadiah dia dapat buat Ayam Goreng McD Party untuk 20 paxs. Alhamdulillah, rezeki family. Boleh bawa mak, mak saudara, sepupu, adik-beradik dan anak-anak buah untuk merasai ayam goreng McD, nugget, pineapple pie dan McFlurry.


Family gathering #AyamGorenMcDParty

Walaupun majlis simple, tapi cukuplah untuk mencipta kenangan bersama family tersayang sebelum melabuhkan tirai 2017. Terima kasih kepada McDonald's Malaysia especially kepada semua krew McDonald's Kok Lanas. 

Pssst! Btw, thank you juga kepada Amir Nawawi dan Mawardi Yunus kerana tolong memeriahkan video boomerang dan melayakkan aku menang untuk contest ni. Nanti aku belanja McD ye, kah!


Sekian sahaja coretan untuk penutup tahun 2017. Terima kasih kepada semua insan-insan yang sentiasa ada bersama sepanjang tahun ini. Semoga tahun 2018 ini pelbagai detik-detik manis yang akan kita kecapi bersama, inshaAllah. 


Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2018 kepada semua pembaca blog penaberkala.com!  Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan dan inspirasi  kepada blog ini untuk terus bernafas.


Thank you 2017. Dear 2018, please be nice to me 😍


You may also like

29 comments:

  1. Allahuuuuuuuuuuu.....tahniah Moka, u deserve it! moga ukhuwah antara kita semua berkekalan. So, bila nak kahwin ni? hhahhha

    ReplyDelete
  2. Nice hope the best for you in 2018!!

    ReplyDelete
  3. tengok penutup dio buat kita lapa la. btw semoga 2018 lebih awesome . aamiin

    ReplyDelete
  4. Seronoknya moka dapat pergi oversea banyak kali. Nak nak lagi bila dapat buat bungee jump tu. Haih, seram perut tengok orang buat bungee jump tau

    ReplyDelete
  5. Banyaknya kenangan manis 2017, moga bertambah manis lagi 2018. Selamat Tahun Baru. Semoga sukses 2018!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah murah rezeki penaberkala dapat melawat negara orang..moga tahun 2018 bertambah lagi rezeki utk jejak negara lain.. seronok pulak bc kisah2 trip ni.. jelesss haha

    ReplyDelete
  7. Murah rezki MOKA nie. Next time bawa Rawlins sekali tau. Wajib tau!

    ReplyDelete
  8. Omg so fun you punya tahun 2017 ! Seronok je baca. Semoga tahun 2018 lebih menyeronokkan Untuk I dan u juga wehoo !

    ReplyDelete
  9. wah... bestnya! banyak betul tempat abang pergi! Hopefully dapatlah ikut jejak abang jugak! hihi. Apapun, Selamat Tahun Baru 2018!

    ReplyDelete
  10. make sure 2018 ni ada slot utk kawen tau. tak sabaq nak mai kelantan.. haha

    ReplyDelete
  11. It's very fun and sweet memories for 2017!
    Hope You Have a Fabulous 2018 !!!

    ReplyDelete
  12. Wowwww....semua tahun 2017 ke? Best gila..akak nak travel dalam setahun sekali pun pikiq mana lahh nak korek tabung ni..tak dak org nak sponser..huhuhu

    ReplyDelete
  13. May 2018 cherish your day and banyak lagi trip melancong ke tempat yang dah ada dalam wishlist untuk tahun ni...tahniah..

    ReplyDelete
  14. wow seems like 2017 has been good to you! went to so many places! hope 2018 will be even better for you!

    Which Income Group Do You Belong To?

    ReplyDelete
  15. Wah... So many places you went. Looks fun and indeed a adventurous year for you.

    ReplyDelete
  16. Banyaknya trips u pergi untuk tahun 2017! Wish more to come in 2018!

    ReplyDelete
  17. Bestnya..byak trip and travel 2017, kak pun berangan nak travel mcm you utk tahun 2018...semoga tahun 2018 the best for you

    ReplyDelete
  18. Wah best betul wrap up 2017! Seronoknya dapat jalan-jalan merata dalam setahun. Jeles! Btw, Happy New Year 2018. Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
  19. Wah bestnya dapat bungee jump. Mesti seronok dapat travel banyak negara

    ReplyDelete
  20. Banyaknyer kenangan manis... aemoga sentiasa dapat begitu banyak kenangan manis...

    ReplyDelete
  21. Awk bijak guna masa ntk pegi melancong n blajar budaya mereka. Moga menjadi inspirasi buat ank muda lain..

    ReplyDelete
  22. Banyak kenangan manisnya. Semoga yang yang manis itu berpanjangan. Jika yang pahit datang, biarlah hanya singgah seketika.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  23. Bestnya diberi peluang dan rezqi untuk melawati negara-negara orang. Banyak yang dapat awak pelajari kan? Jangan lupa untuk merealisasikan impian ke Cappadocia, memang berbaloi.

    ReplyDelete
  24. Terbaik abam banyak kenangan manis sepanjang 2017 yang menarik apatah lagi dapat berjalan jauh.. moga terbaik lagi tahun 2018 ini.

    ReplyDelete
  25. Wah..jauh jalannya...banyak budaya dalam perkahwinan di luar negara...

    ReplyDelete
  26. Kenangan 2017 yang sangat manis. Tumpang gembira! This is really living your life to the fullest. Semoga 2018 lebih banyak rezeki :)

    ReplyDelete
  27. Selamat tahun baru Moka! Memang 2017 yang terindah buat kau!! :)

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah..semoga 2018 lebih banyak kenangan manis di ciptamm

    ReplyDelete
  29. tahniah rezeki tu dapat travel merata :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...