Saturday, February 25, 2017

RESEPI PANCAKE KOPI POKKA

Dah baca belum artikel pasal Variasi Minuman Pokka? Kalu belum baca, boleh pergi baca kat sini! Untuk perkongsian kali ni, aku nak share resepi mudah dari dapur bujang iaitu pancake kopi.



Mesti korang pernah makan pancake kan? Kalau bahasa mudah, orang panggil lempeng. Ingat lagi time kecik-kecik, suka sangat makan lempeng especially lempeng susu. Kalau musim hujan, semakin kerap makan lempeng. Dah lala sedap, mudah pula tu nak buat.


Ok, jom kita tengok resepi dulu. First of all, korang kena sediakan bahan-bahan untuk buat pancake/ lempeng. Cuma, kali ini kita buat kelainan sikit. Daripada lempeng biasa, kita ubah jadi lempeng kopi atau pancake kopi. Semestinya kita guna kopi dari Pokka sebagai salah satu bahan utama untuk resepi kali ini.




Bahan-bahan Pancake Kopi Pokka

  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan kopi Premium PokkaCoffee
  3. 1 biji telur
  4. 1 sudu serbuk penaik,
  5. 1 sudu minyak jagung
  6. 2 sudu gula
  7. Kacang, biji labu dan mix fruits




 Cara penyediaan Pancake Kopi Pokka

  1. Bancuh tepung dengan kopi Premium Pokka. Pastikan tepung gandum tak berketul
  2. Masukkan sebiji telur dan kacau sehingga sekata
  3. Masukkan gula, minyak jagung dan serbuk penaik. Kacau lagi sehingga sekata.
  4. Panaskan kuali dan goreng 1 senduk tepung bancuhan ke dalam kuali/ hot pan.
  5. Hidangkan Pancake Kopi Pokka bersama ice cream. Taburkan kekacang dan mix fruites untuk menikmati hot pancake with ice cream yang lagi umphhh!






Actually, banyak lagi resepi yang korang boleh olah dengan menggunakan produk Pokka. Ini salah satu resepi mudah dari dapur bujang. So, korang pun boleh cuba. Selamat mencuba!





Friday, February 24, 2017

Jualan Gudang Benang Hijau dan Butik MCC di Bandar Baru Bangi

Kecoh di Facebook rakan-rakan duk cerita pasal Benang Hijau. Aku pun terjebak sama. Ingat ke apa lah Benang Hijau tu. Rupa-rupanya, butik pakaian muslimah yang jual tudung dan jubah. Lagi menarik perhatian, hujung minggu ni iaitu pada 25-26 Februari 2017 akan diadakan Jualan Gudang besar-besaran Benang Hijau bersama MCC di Bandar Baru Bangi.


Alang-alang duk cerita pasal Jualan Gudang Benang Hijau x MCC, meh nak share 8 perkara menarik yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Are you ready? Jom, cekidout!


1) Dua jenama bergabung

Untuk Jualan Gudang kali ini, 2 jenama besar akan bergabung membuat jualan iaitu Benang Hijau dan Butik MCC. Menarik kan? So, kepada semua peminat Benang Hijau atau MCC, inilah masanya untuk korang tambah koleksi terkini!


Butik pakaian muslimah popular Benang Hijau bergabung dengan butik MCC membuat jualan gudang secara besar-besaran pada 25 & 26 Februari ini (Sabtu & Ahad). Dua hari je tau. Jangan lepaskan peluang. Mark your calendar!


Benang Hijau Warehouse Sale

MCC Warehouse Sale


2) 50 Jenis Tudung serendah RM5

Benang Hijau dan MCC menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga paling murah iaitu serendah RM5 bagi penghabisan stok. Timing dah ok, BRIM dah masuk, gaji dah masuk. So, inilah masanya. Jualan Gudang sememangnya jauh lagi murah daripada harga asal di pasaran. Penjimatan berganda! Ini masanya kita boleh jadi pengguna yang bijak.


Tudung serendah RM5


3) Tudung Rekaan Terbaru

Bukan hanya boleh menikmati jualan murah, diskaun hebat, korang juga berpeluang menjadi orang terawal untuk mendapatkan koleksi tudung rekaan terbaru. Benang Hijau dan MCC turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga istimewa khas untuk hari itu sahaja. Hah, korang tak excited ke?






4) 100 Jenis Blouse, Jubah & Palazzo Serendah RM35-RM50

Selain itu, sebanyak 100 jenis blouse, jubah dan palazzo boleh didapati dengan harga serendah RM35 dan RM50 pada hari istimewa berkenaan. Wow, murah tu! Mana nak dapat dengan harga semurah ni?

Jubah serendah RM50


5) Aktivit Menarik untuk anak-anak

Pelbagai aktiviti menarik diadakan khas untuk kanak-kanak. Antaranya hiburan bersama watak animasi Didi & Friends. Jadi, mak-mak yang nak pilih tudung, jubah dan shopping sakan, tak perlu risau. Kasik kaum bapa jaga anak-anak sambil berhibur bersama Didi & Friends. Deal! Selain itu, ada juga pertandingan mewarna dan Bouncy Castle khas untuk kanak-kanak. Sambil shopping, sambil hiburkan anak-anak. Dah macam family day.


Penampilan khas Didi & Friends

Coloring Contest

Bouncing Castle


6) Khidmat Personal Shopper

Korang berada di luar kawasan? Atau tinggal di luar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya? Jauh nak datang ke jualan gudang? Don't worry! Korang boleh contact personal shoppers yang ada. Makes life easier!

Personal shoppers


7) Terima Bayaran Guna Debit & Credit Card

Malas bawa cash nak pergi tempat ramai-ramai macam ni? Don't worry! Just bring your debit card or credit card untuk buat payment. Swap je kak, mudah! Paywave kan ada, hehe.

Cashless payment


8) Lucky Draw

Pengunjung bertuah juga akan berpeluang mendapat cabutan bertuah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150. All the best! Semoga ada rezeki untuk korang.

Lucky draw


Jadi, apa lagi. Jom get ready untuk menggegarkan tapak jualan gudang Benang Hijau and MMC hujung minggu ini. Datang beramai-ramai ke jualan gudang Benang Hijau dan Butik MCC yang berlangsung pada 25 & 26 Februari ini di HQ MCC Bangi yang beralamat di No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor.





Sunday, February 19, 2017

D'KAYANGAN GRILL & BARBEQUE STEAMBOAT, SHAH ALAM

Mencari tempat makan yang best di Shah Alam? Untuk penggemar makanan berasaskan grill dan barbeque ataupun steamboat, boleh consider satu restoran yang terkenal di Shah Alam iaitu D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Kalau korang mencari tempat makan steamboat yang murah dan best, inilah jawapannya. Datang ramai-ramai bersama family atau kawan-kawan, lepak santai makan kat sini. Best! Kalau nak take away atau plan nak makan steamboat kat rumah pula, boleh pergi AK Noodles Express. Dan kalau nak try ABC Special di Shah Alam, boleh terjah Frado ABC.




Untuk perkongsian kali ini, aku nak share pengalaman makan steamboat di D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat, Shah Alam. Ini first time aku makan-makan sini. Actually, kami ada photoshoot Bloggers Malaysia 2017 di Kaio Studio. So, settle semua sesi photoshoot, kitorang ramai-ramai pergi terjah D'Kayangan untuk dinner. Apa yang best kat sini?




Dari segi harga dan pilihan, memang berbaloi makan di D'Kayangan. Cuma, kalau korang plan nak datang ramai-ramai, better call dan make reservation untuk pastikan ada seat. Ye lah, kalau pergi time weekend misalnya, takut tak ada seat pulak. Nak selamat, better book awal-awal.




Antara juadah yang dihidangkan di D'Kayangan adalah aneka jenis bebola dan seafood. Sotong, ikan, udang, ketam, semua ada. Macam-macam bentuk, macam-macam colour ada. Just name it! Selain daripada aneka jenis bebola untuk steamboat, D'Kayangan juga ada menyajikan ikan, udang, sotong, daging yang diperap, ikan yang diperap dan ayam yang diperap untuk grill & barbeque.




Jujurnya, aku suka makan steamboat. Dan benda paling best bila dapat ambil macam-macam jenis bebola ikan, sotong, udang, ayam, ketam dan macam-macam jenis lagi. Lepas tu, letak dalam kuah tomyam atau kuah sup. Makan pula dengan sos BBQ atau sambal yang pastinya umphhhhh!




Bukan setakatr kuah tomyam dan kuah sup yang ada, nak bakar-bakar pun boleh. Ambil ikan, sotong, udang, kerang, ketam, lepastu grill & barbeque sekejap. Lepas tu cicah dengan sambal kicap atau air asam. Perghhh, padu!




Jangan bimbang pasal makanan kalau datang ke D'Kayangan. Selain steamboat, grill & barbeque, mereka juga ada menyediakan juadah lain seperti mee goreng, kambing golek, nasi goreng dan macam-macma lagi.



Untuk peminat maggi atau aneka jenis mee, dont worry. Ada pelbagai seleksi untuk dipilih mengikut selera masing-masing. Nak rebus telur pun boleh. Just take as much as you want. Tapi, kena ingat! Jangan sampai membazir. Setiap gram makanan yang korang ambil tapi tak habis, nanti kena bayar extra. Hah, jangan tamak sangat ok! Ambil setakat kemampuan korang boleh telan.




Salad dan sayur yang ada kat sini pun memang fresh. Biasanya, kalau makan yong tau fu, kita letak kangkung je. Tapi, bila dapat makan steamboat kat sini, amekaw! Macam-macam jenis salad dan sayur ada. Terbaik!




Tarikan utama di D'Kayangan berbanding tempat lain adalah kambing golek. Biasanya, kalau pergi makan time buffet Ramadan je boleh jumpa kambing golek macam ni, Tapi tidak kalau datang bertandang ke D'Kayangan. Mereka ada menyajikan kambing golek kepada semua pelanggan. Amacam, berbaloi ke tidak? 




Overall experience aku makan kat sini, memang berpuas hati. Dari segi seleksi makanan yang ada, dari segi service dan hidangan yang disediakan, memang berbaloi-baloi. So, kalau korang mencari lokasi makan yang best, especially penggemar steamboat, bolehlah letak D'Kayangan dalam senarai pilihan. Kat bawah ni, aku share beberapa info berkaitan harga, waktu operasi dan alamat D'Kayangan untuk rujukan semua. Selamat mencuba!


Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad (Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM33.00
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM18.00


Setiap Isnin - Khamis (Tidak Termasuk Cuti Umum)
DEWASA - RM28.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM12.00


'Sunday Family Day' - Setiap Ahad 11.00 Pagi - 3.00 Petang
DEWASA - RM22.90
KANAK - KANAK (5 - 11 Tahun) - RM9.90



Waktu Operasi D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Isnin - Sabtu : 5.00 Petang - 1.00 Pagi
Ahad : 12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam



Alamat D'Kayangan Grill & BBQ Steamboat
Sri Acappella Servis Apartment Rest. 
D’Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment. 
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13, 
40400 Shah Alam




Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook Page Rasmi:

Instagram



Untuk pertanyaan atau tempahan, bolehlah hubungi: 
012-2971091
017-5076274
03-55234979

Email:
dkayangan_steamboat@yahoo.com.my





Wednesday, February 15, 2017

STEAMBOAT TAKEAWAY DI AK NOODLES EXPRESS

Biasanya kan, kalau nak makan steamboat kita pergi restoran atau kedai makan dan makan ramai-ramai kat sana. Tak kira lah bersama family atau kawan-kawan. Kalau tak pergi ramai-ramai, memang tak seronok dan tak meriah makan steamboat. Betul tak? Masalahnya, kadang-kadang tak semua orang available time kita nak pergi tu. Kalau dapat buat steamboat kat rumah dan makan ramai-ramai kan best. Ada ke?


Jawapannya memang ada. Untuk korang yang mencari steamboat untuk take away dan plan nak buat makan-makan kat rumah, boleh singgah di AK Noodles Express. Baru-baru ni, aku dan kawan-kawan blogger singgah di AK Noodles Express yang terletak di Tropicana City Mall. Apa yang special steamboat kat sini? Kalau nak tahu, AK Noodles Express terkenal sebagai tempat nak dapatkan "the best fishball in town!"




Ada yang masih belum tahu tentang AK Noodles House atau AK Noodles Express? Meh, nak certia sikit latar belakang tentang AK Noodles House ni. AK Noodles telah ditubuhkan oleh Restoran Ah Koong yang menjual bebola ikan buatan sendiri sejak tahun 1987. Fuh, lebih berusia dari umur aku sendiri, keh3. Produk bebola ikan keluaran AK Noodles diproses setiap hari dengan menggunakan ikan parang dan ikan tongkol segar di bawah piawaian kebersihan yang ketat.




Produk ikan yang dihasilkan oleh AK Noodles akan dihantar ke setiap cawangan dalam masa yang singkat supaya dapat menawarkan produk yang segar kepada pelanggan. Kalau pergi Palembang, korang perlu try makanan popular dan terkenal kat sana iaitu pempek. Kalau kat Malaysia, boleh dikatakan AK Noodles terkenal dengan bebola ikan yang segar dan sedap. Setakat ini, AK Noodles mempunyai 6 cawangan iaitu di lokasi seperti berikut:


  1. Johor Bahru City Square
  2. 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
  3. Tropicana City Mall, Petaling Jaya
  4. Main Place, USJ 21
  5. Evolve Concept Mall, Ara Damansara
  6. DC Damansara City Mall, Kuala Lumpur



Baru-baru ni, kami try Set Special Steamboat yang ditawarkan untuk dibawa pulang (Takeaway) di AK Noodles Express. Tapi, memandangkan ada special event kat sana, kami makan kat situ Sebenarnya, pakej ni hanya boleh dibawa pulang (takeway). Untuk korang yang mencari pakej steamboat untuk takeaway, boleh singgah di AK Noodles Express yang menawarkan 2 pilihan set iaitu Set 5 orang dengan harga RM149.90 (plus GST RM158.90) dan Set 8 orang dengan harga RM239.90 (plus GST RM254.30). Nak tengok apa yang ditawarkan untuk Set Special Steamboat ni? Boleh tengok gambar-gambar yang sempat snap tempoh hari. Cekidout!!!



Set 5 orang - RM149.90 (plus GST RM158.90)
Set 8 orang - RM239.90 (plus GST RM254.30)


Yong tau fu

Vege ball

Mackarel Fish

Vege roll & fish dumpling

Prawn


Apa yang special steamboat dari AK Noodles Express? Seriously, sangat fresh dan sedap, Pekena pula dengan kuah tomyam dan kuah kari special. Memang umphhhhh! Kalau korang tak percaya, boleh lah pi singgah di cawangan AK Noodles yang terdekat dengan korang. Overal experience aku suka dengan steamboat dan kuah yang ditawarkan Kena dengan selera dan citarasa aku. Memang sedap dan berbaloi-baloi.


Untuk maklumat lanjut pasal Steamboat takeaway di AK Noodles Express boleh rujuk facebook dan website AK Noodles. Selamat mencuba!


Facebook Page :

Website :





CONTEST #SayaSihat BERSAMA #YeosMalaysia

Contest & @penaberkala berpisah tiada! Ok, sekarang ada lagi satu contest yang sedang berlangsung iaitu Contest #SayaSihat bersama Yeo's Malaysia. Jadi kali ni, meh nak share macam mana korang semua boleh join dan cuba nasib untuk menang. 


 

Actually, contest ni bersempena dengan kempen kesedaran tentang pentingnya penjagaan pemakanan dan aktiviti sukan dan beriadah. Bagus juga pihak Yeo's ni, At least, dapatlah memberi kesedaran untuk kita semua ke arah langkah mengurangkan kadar obesiti di Malaysia yang kian membimbangkan. So, nanti jangan lupa untuk join kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia. Mudah je, korang just perlu post gambar berkaitan aktiviti riadah atau bersukan bersama produk-produk keluaran Yeo’s yang mementingkan kualiti dan penuh nutrisi. 


Contest #SayaSihat Bersama #YeosMalaysia

Tarikh penyertaan
13 Februari 2017 - 23 April 2017

Penyertaan
Terbuka kepada seluruh warga Malaysia

Cara-cara penyertaan pertandingan #SayaSihat 
  1. Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti sukan dan kesihatan. (Produk Yeo’s yang turut berada di dalam gambar akan diberikan markah tambahan)
  2. Muat naik foto ke laman Instagram masing-masing berserta hashtag #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
  3. Akaun Instagram anda hendaklah di set kan dalam keadaan mod umum untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
  4. Kait (Tagged) dua rakan senaman atau diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan. 

Hadiah Mingguan
10 pemenang mingguan akan menerima baucar tunai yang bernilai RM100 Sports Direct berserta produk Yeo’s. 

Hadiah Keseluruhan
Tempat Pertama - Baucar tunai Sports Direct berjumlah RM1000 berserta produk Yeo’s, 
Tempat Ke-Dua - hadiah bagi tempat kedua pula baucar tunai berjumlah RM800 Sports Direct berserta produk Yeo’s
Tempat Ke-Tiga - Baucar tunai Sports Direct berjumlah RM 300 berserta produk Yeo’s.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut macam mana cara penyertaan yang selanjutnya, boleh kunjungi laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau boleh berhubung terus dengan pegawai perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.


Ok. jom kita cari idea sat macam mana nak hasilkan gambar berkualiti untuk contest ni. Nanti jangan lupa follow saya di instagram ye! InsyaAllah, akan join contest ni, Orang kata, tak salah untuk mencuba kan? Mana tahu kalau ada rezeki, boleh menang, hehehe. Amin. Apapun, all the best untuk korang semua yang akan join contest ni. Good luck!



Yeo’s adalah produk minuman yang sinonim dan telah di kenali sejak dahulu lagi mempunyai kualiti yang sangat tinggi , Kerana ia kurang gula dan juga tidak mengandungi pengawet, antara yang disyorkan adalah Yeo’s Teh Hijau Jasmine kerana teh hijau baik untuk sistem pembakaran lemak dan mempunyai antioksidan. Manakala soya pula bagus untuk mengekalkan tenaga pada tubuh kita kerana sumber proteinnya”
Ong Chay Seng selaku Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia





Tuesday, February 14, 2017

VARIASI MINUMAN POKKA


Baru-baru ni, aku ada try produk minuman Pokka. Bila post kat facebook dan instagram, fuuh! Rupa-rupanya ramai juga peminat minuman Pokka ni. Ada yang cakap suka minum kopi dari Pokka, ada yang suka Melon Milk dan ada juga yang suka Cookies & Cream Milk. Macam-macam feedback yang dorang komen. Aku pun makin teruja nak try sendiri.


So, kali ni nak share serba-sedikit tentang variasi minuman Pokka. Aku rasa dah ramai yang tahu tentang minuman Pokka ni. Just in case, ada yang masih belum tahu, meh nak share.


Fakta utama yang korang perlu tahu tentang minuman Pokka adalah semua jenis minuman ini tiada preservative, no coloring, real brewed dan paling penting, mendapat pengesahan sijil halal.


Variasi Minuman Pokka


Pokka sangat komited ke arah mencapai misi untuk menjadi syarikat pengeluar F&B yang cemerlang dan terunggul di Malaysia. Pokka juga sangat komited terhadap kepuasan pelanggan. Kini, Pokka tampil dengan lebih 60 jenis minuman dalam pelbagai bentuk packaging yang dikeluarkan di Malaysia dan Singapura untuk pasaran tempatan.


Untuk pengetahuan korang, Pokka tampil dengan variasi minuman. Antaranya adalah Asian Tea, Western Tea, Coffee, Milk Range dan Fruit Juice. Pendek kata, Pokka memang memenuhi citarasa semua lapisan masyarakat. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa.


Antara variasi minuman Pokka yang aku try adalah seperti berikut:
  1. Jasmin Green Tea
  2. Honey Lemon
  3. Premium Coffee
  4. Premium Cappuccino
  5. Melon Milk 
  6. Cookies & Cream Milk


Mesti korang nak tahu kan, mana satu yang paling sedap dan menjadi favorite aku? Jujurnya, I am not a coffee drinker. Kalau minum pun, memang jarang-jarang. I'm prefer Mocha compared to others. Somehow, I like Pokka Coffee. It's not too heavy. Paling best, memang puas minum sebab dalam botol 500ml berbanding minuman kopi lain yang ada di pasaran, mostly dalam tin 200ml.




Baru-baru ini, aku pergi ke Osaka, Japan. Instead of minum kopi di McD ataupun Starbucks, I try something new. Bawa Pokka Premium Coffee untuk hilangkan haus! Kena pulak Pokka Premium Coffee yang sejuk, memang pergh!!! 




So, kalau nak pi travel bolehlah consider Pokka untuk dibawa ke mana-mana time travel. One more my favorite drink is Tapi kena ingat, tak boleh bawa naik flight kalau cecair lebih 200ml. Nanti tak pasal-pasal kena buang macam tu je. Kalau setakat nak minum kat airport, no hal!


Jom, kita tengok 6 jenis minuman Pokka yang ada. Cekidout!


1) Pokka Premium Coffee

My most favorite Pokka drink! Semestinya Pokka Premium Coffee. Biasanya aku minum di officeoffice atau bawa pi travel.


Pokka Premium Coffee


2) Pokka Premium Cappuccino

Kalau bukan Premium Coffee, I'll go for Premium Cappucino. Yang ni pun not bad. It tastes good! So, kalau korang nak cari kopi untuk elak mengantuk di office,, mang highly recommended!


Pokka Premium Cappuccino


3) Melon Milk

Jujurnya, ini first time aku minum air Melon Milk. Dalam bahasa mudah, air tembikai susu. Rasa memang pure! You should try this! Dan paling mengejutkan, ramai rupanya member aku yang suka air ni. Wow!


Melon Milk


4) Cookies & Cream Milk

Biasa kita makan biskut oreo cicah susu kan? Sekarang, tak payah lagi. Minum je Cookies & Cream Milk. Dua rasa dalam satu kotak! A great combination.


Cookies & Cream Milk


5) Jasmine Green Tea

Next, Jasmine Green Tea. Kalau korang tak suka minum yang manis-manis, memang sesuai pilih Green Tea. Rasa pure teh hijau dan sangat menyegarkan.


Jasmine Green Tea


6) Honey Lemon

Last but not least, Honey Lemon! Ini minuman rare daru Pokka. Rasa dia macam mana? Rasa dia masam-masam manis. Korang kena try ni!


Honey Lemon


So, kalau korang berminat dengan produk Pokka, bolehlah dapatkan di pasaran sekarang! Untuk maklumat lanjut, boleh refer info di www.pokka.com.my atau kunjungi laman facebook https://www.facebook.com/POKKAMY/

Selamat mencuba!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger