Tuesday, January 31, 2017

GT-888 DARI GT MOBILE KINI DI GENGGAMAN

Baru-baru ni, GT Group baru sahaja melancarkan GT Dollar Malaysia. Korang tahu tak apa GT Dollar Malaysia? Kalau korang belum baca lagi, boleh baca kat sini > Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia. 


Untuk perkongsian kali ini, aku nak share sedikit-sebanyak info mengenai satu gajet yang baru dilancarkan oleh GT Mobile dari GT Group iaitu smartphone model GT-888. Dengan tagline "Always Desire More", GT-888 dijangka akan menjadi pilihan para pengguna dalam memiliki smartphone dengan features hebat. 


GT-888 - Always Desire More


GT-888 dari GT Mobile merupakan smartphone yang direka dan dihasilkan di Singapore. Tampil dengan 2 pilihan warna iaitu Metal Grey dan Silk White, GT-888 sangat elegan, eksklusif dan paling penting cukup ringan. Memang mudah nak bawa ke mana-mana dan paling penting dilengkapi perisian Android yang sangat user-friendly. And now, I'm officially GT-888 user. GT-888 dari GT Mobile kini di genggaman. Nak tahu apa yang best pasal GT-888 GT Mobile? Jom baca sampai habis!


GT-888 GT Mobile


SPECIFICATIONS

Model
GT-888

Color
Metal Grey/ Silk White

Dimension
158.9 X 77.5 X 8.6 mm

Weight
160g

Operating System
Pre-install Android 5.1 Lollipop

CPU
64 Bit MTK MT6735P Processor Quad Core 1.0GHz CPU

GPU
Mali T720-Mp1 600MHz

RAM
2GB / 1GB

ROM
16GB

Battery
2550mAh

Charger
Quick charging


Selepas beberapa smartphone aku beli, now dah sampai masanya untuk bertukar arah ke GT-888 dari GT Mobile pulak. First time dapat smartphone GT-888 ni memang excited gila. Didatangkan dengan kotak serba putih dengan logo GT Mobile berwarna biru, memang kemas dan menarik. Memang sesuai kalau nak beli untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang.  


GT-888 - Eksklusif & Elegan


DISPLAY

Size
5.5 inch

Resolution
HD 1280*720 pixels

Type
IPS OGS (New 2.5D Arch Screen)

Material
Corning Gorilla Glass 3


Dari segi size dan berat, memang sangat sesuai untuk aku yang suka travel merata. Bukan apa, memang mudah nak masuk poket dan jalan ke mana-mana. Paling penting, GT-888 ni didatangkan dengan bateri 2550mAh dan charger yang boleh cepat charge. So, untuk kaki travel memang perlu smartphone macam ni. Untuk maklumat lengkap berkaitan features GT-888, boleh refer graphic yang ada kat bawah. Cekidout!!!


Features utama GT-888 GT Mobile


Setiap orang ada pendapat peribadi mengenai gajet yang mereka guna. Bagi aku, kalau ada smartphone yang user-friendly, nipis, ringan, kamera ok, tak lembap dan kualiti display yang sangat memuaskan, itu dah lebih dari cukup. So far, aku dah bawa GT-888 travel ke Melbourne, Australia. Walaupun masih lagi baru menggunakan smartphone GT-888, tapi aku rasa selesa dan puas hati. 


Ringan dan nipis - 160g
Lokasi: Helicopter ride ke Yarra Valley, Melbourne


Ciri utama yang paling menambat hati aku adalah dari segi size dan berat. Dengan berat hanya 160 gram, memang memudahkan kerja aku. Masuk poket pun tak ada lah nampak menonjol sangat. Just nice :)


Android 5.1 Lollipop
Lokasi: Brighton Beach, Melbourne, Australia


Then, aku lebih prefer guna smartphone dengan perisian Android compared to IOS. Sorry, aku bukan tak suka product Apple, cuma aku lebih selesa guna Android. Ada ke orang macam aku ni? Yes, kita gang! Bila dah guna Android, banyak aplikasi yang boleh dimuat turun (install) secara percuma. 


Metal Grey
Lokasi: Yarra Valley, Melbourne, Australia


Seperti yang korang tahu, GT-888 ada dua warna iaitu Metal Grey dan Silk White. Dan sekarang aku guna GT-888 Metal Grey. Macam mana, cun tak? Nampak eksklusif dan elegan kan? Kalau yang suka warna putih, boleh pilih Silk White. Setiap set GT-888 akan dapat sekali screen protector dan casing. Full set termasuk earphone dan charger. Tapi kan, nak inform awal-awal. Bukan mudah nak cari casing untuk GT-888 memandangkan ia masih baru di pasaran dan import khas dari Singapore. Jadi, kita guna je lah casing yang dia dah bagi tu untuk keselamatan telefon.


CONNECTION

Network
GSM: 850/900/1800/1900 (Band 5, Band 8, Band 3, Band 2)
WCDMA: 850/900/1900/2100 (Band 5, Band 8, Band 2, Band 1)
FDD-LTE: 800/1800/2100/2600 (Band 20, Band 3, Band 1, Band 7)

SIM
Dual SIM standby, Micro SIM Stadard SIM

WiFi
WiFi 802.11 a/b/g/n support dual-band WiFi (2.4GHz/5GHz)

Bluetooth
Bluetooth 4.0

Positioning
GPS, A-GPS, GLONASS, Digital Compass, Hall Effect Sensor, Gravity Sensor, Ambient Light Sensor



Dual SIM-card slot & 1 external memory card slot
Lokasi: Helicopter ride ke Yarra Valley, Melbourne


Siapa kat sini ada lebih dari 1 nombor phone? Yes, sekali lagi kita gang! Untuk kita-kita yang ada 2 sim cards, GT-888 sangat sesuai sebab ia dilengkapi dengan dual SIM-card slot. Boleh letak kedua-dua SIM cards dalam satu phone dan 1 slot lagi untuk external memory card. Memang betul-betu user-friendly!


CAMERAS

Rear Camera
8.0 MP 4th Generation Camera OV8865

Front Camera
5.0 MP OV5648

Video
1080P, 2K, 4K


Kamera depan 5MP, Kamera belakang 8MP
Lokasi: Brighton Beach, Melbourne, Australia


Apa guna smartphone tanpa fungsi kamera yang superb kan? Nak kata kamera GT-888 ni hebat sangat, tidak. Teruk sangat pun tidak. Bagi pendapat peribadi aku, kamera GT-888 amat memuaskan. GT-888 dengan dual-function camera iaitu kamera depan dan kamera belakang memang sesuai untuk dijadikan gajet semasa travel. Kamera depan dengan 5MP dan kamera belakang dengan 8MP, memang cukup untuk melangsaikan tugas harian terutamanya kepada kami yang bergelar blogger yang aktif di laman sosial media seperti instagram, facebook dan twitter. Hasil gambar dari kamera GT-888 cukup memuaskan.


Overall, memang best guna GT-888 ni. Oh lupa nak bagitahu. Selain daripada perisian Android dan aplikasi-aplikasi yang ada di Play Store, korang juga akan dilengkapi dengan aplikasi GT Dollar. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan smartphone GT-888, boleh kunjungi website GT Mobile GT-888 


Pssst! Ikuti pengalaman peribadi menggunakan GT-888 di laman instagram, facebook dan juga twitter dari semasa ke semasa. See ya!





Monday, January 30, 2017

MAJLIS PELANCARAN GT DOLLAR MALAYSIA

Tanggal 16 Januari 2017, Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Majlis yang gilang-gemilang itu dirasmikan oleh Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia bersempena dengan Malaysia FinTech Ecosystem Conference. Pelancaran GT Dollar Malaysia membuktikan kemunculan e-commerce dalam industri perniagaan di Malaysia semakin diterima umum.


Majlis Pelancaran GT Dollar


Majlis Perasmian GT Dollar Malaysia turut dihadiri oleh dif-dif kehormat dan 3000 pemain industri IT dan e-commerce yang mendokong pembangunan ekosistem FinTech di Malaysia. Kerjasama yang terjalin antara Kerajaan Malaysia dan GT Dollar akan membantu kehidupan seharian rakyat Malaysia dalam urusan membeli-belah terutamanya dengan kewujudan aplikasi baru iaitu GT Dollar. GT Dollar akan bertindak sebagai "one stop centre" dalam membina komuniti untuk pengguna/ pembeli dan peniaga dari pelbagai industri dalam satu rangkaian khas.


Wonder BOY

Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia


Selain itu, hasil jalinan kerjasama ini juga akan memberi peluang untuk GT Robot iaitu anak syarikat di bawah GT Group untuk merancang dan membina kilang pembuatan robot di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan yang dianggarkan mencecah pelaburan sebanyak RM300 juta. Kilang ini diunjurkan akan menjana pendapatan untuk syarikat sebanyak USD20 Bilion dengan penghasilan 10 juta Mobile Robot. Pembinaan kilang pembuatan GT Robot sekaligus akan membuka peluang pekerjaan kepada 10,000 pekerja tempatan dalam tempoh 5 tahun. Paling mengujakan, kilang pembuatan GT Robot ini adalah eco-friendly dan bakal dilengkapi dengan peralatan teknologi canggih yang pertama di Asia selepas China.


Pelancaran rasmi GT Dollar


Pelancaran aplikasi GT Dollar, sosial mobile e-commerce software yang pertama di dunia ini mencatat sejarah baru di Malaysia. Konsep ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2014 oleh Presiden dan CEO GT Group, Dr. Paul Zhang Baolu. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan high-technology, ekonomi dan pembangunan pelancongan dunia selama 30 tahun. Objektif utama kewujudan aplikasi seumpama ini adalah untuk menghubungkan pengguna dan peniaga tanpa sebarang batasan sekaligus memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi negara, hasil cukai dalam negara dan juga peluang pekerjaan. 


Antara features menarik dalam GT Dollar adalah aplikasi dibangunkan dengan teknologi SMART yang merangkumi teknologi AR untuk mencari madu (the seek honey feature) dan menangkap lebah (catch a bee) untuk mendapat GT Cash. Ciri ini menjadikan GT Dollar sangat interaktif untuk pengguna. Setiap GT Cash yang dikumpul boleh digunakan untuk membuat pembelian dengan menikmati diskaun hebat. Pendek kata, GT Dollar akan menjadi perintis dan peneraju kepada dunia e-commerce di Malaysia secara menyeluruh.


Platform yang dicipta untuk pengguna dan peniaga ini akan menggalakkan urusan jual beli tanpa tunai (cashless) di seluruh dunia. Pendaftaran secara percuma, peniaga boleh membeli GT Dollar (virtual currency) dan mengagihkan kepada para pengguna untuk digunakan bila-bila masa dan di mana-mana lokasi sebagai langkah promosi. Selain itu, GT Dollar akan mengiklankan perniagaan mereka dalam bentuk e-promotion dan e-advertising dengan kos yang minimal. Untuk pembayaran, Online Payment Gateway akan digunakan untuk membuat pembayaran secara atas talian (online) seperti e-wallet, visa (credit, debit, prepaid), mastercard (credit, debit, prepaid), CUP card (credit, debit, prepaid), direct debit account.


Konklusiny, GT Dollar akan menggalakan penggunaan virtual credits dalam urusan jual beli dan menggunakan sistem e-wallet. GT Dollar dapat menghubungkan SMEs dan pengguna sekaligus memperkenalkan loyalty programme dengan pembahagian virtual credits (GTD). Selain dapat membuat pembelian secara online (online shopping), GT Mobile juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fund transfer, pembayaran bill, prepaid air time topup, dan Social Network Chat (up to 20 people in each group).


Sidang akhbar GT Group


Aplikasi GT Dollar ini sangat relevan kepada pengguna smartphone untuk mencari kedai, restoran, hotel dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Dengan gaya hidup yang sibuk, kemunculan GT Dollar akan memudahkan urusan harian para pengguna. Segalanya hanya di hujung jari. GT Dollar berhasrat untuk menjadikan aplikasi ini sebagai mangkin untuk memacu pembangunan industri pelancongan dan mobile travel di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. 


GT Mobile - GT-888


SMART Watch


GT Dollar Malaysia akan melebaran sayapnya dalam e-commerce business ke luar negara dan akan menajdi gateway di Asia. Selain Aplikasi GT Dollar, GT Group juga telah melancarkan GT Wonder Boy, iaitu robot multifunctions yang akan menjadi pembantu peribadi pengguna. Bukan saja dapat berinteraksi dengan pengguna, GT Wonder Boy juga dicipta untuk memudahkan urusan harian pengguna. Tidak ketinggalan, GT Group turut memperkenalkan GT Mobile iaitu telefon pintar GT-888 dan juga SMART Watch kepada umum.


Mr Patrick Chew (Country CEO of GT Dollar Malaysia), Y.B. Datuk Mas Ermieyati Binti Smasudin (Deputy Minister of Tourism and Culture), Dr Paul Zhang Baolu (GT Group President & CEO), Ms Grace (Executive Director GT Dollar Singapore HQ 


Menggunakan aplikasi GT Dollar di smartphone (Android atau iOS)


Jangan lepaskan peluang untuk memuat turun aplikasi GT Dollar di Google Play Store atau IOS. Apa yang best? Sebaik saja anda mendaftarkan diri, secara automatik anda akan dapat kredit GT Dollar sebanyak RM300 secara PERCUMA. Melalui aplikasi GT Dollar juga, anda boleh menikmati diskaun hebat bagi pembelian produk dan servis melalui atas talian di kedai, restoran, hotel dan lain-lain vendor yang berdaftar. Selamat mencuba! 





Saturday, January 28, 2017

NURSAJAT BERGELAR JUTAWAN DALAM TEMPOH 26 BULAN

Tak pernah terlintas pun kat benak fikiran yang satu hari aku akan dapat peluang macam ni. Dapat berjumpa dengan jutawan muda Malaysia. Peluang bertemu face to face, makan semeja, berseloroh, berlawak jenaka, dan dalam masa yang sama berkesempatan mendengar sendiri perkongsian pengalaman sepanjang penglibatan beliau dalam business. Paling best, dapat dengar kisah liku-liku hidup, susah-senang, jatuh bangun beliau sepanjang bergelar usahawan dari mulut beliau sendiri. 


Terkini, beliau dah beli banglo mewah milik Dato' Aliff Syukri sekaligus bergelar jutawan muda di Malaysia. Wow, such an inspirational stories. Thank you for sharing Nur Sajat. Korang nak tahu apa yang dikongsikan? Meh nak cerita. Semoga dengan perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat menyuntik semangat kita semua untuk berusaha dan memajukan diri demi kelangsungan hidup. Mana tahu, satu hari nanti giliran kita pula berjaya macam dia. Kan?




Sajat dulu start business sebagai agen dropship je. Untung tak banyak pun, cuma RM5 bagi setiap produk yang dijual. Start jual produk kawan-kawan. Dari situ, dia kumpul keuntungan sedikit demi sedikit sampai cukup RM500. Dari nilai RM500 itulah dia upgrade jadi agen dan baru mula get serious dalam business. Untuk bulan pertama saja, dia dah berjaya mendapat untung bersih sehingga RM12,000 sebulan. Dan lagi mengejutkan, dia berjaya mendapat untung bersih sehingga RM15,000 untuk bulan ke-2.


Dari dropship, kemudian jadi agen. Dari online business, kemudian dia kembangkan lagi business dengan mengeluarkan produk sendiri dan buka pusat kecantikan. Semuanya berlaku dalam tempoh 26 bulan saja. Hebatkan? 2 tahun 2 bulan, kini bergelar jutawan muda. Itulah antara perkongsian pengalaman perjalanan hidup seorang insan bernama Nur Sajat. So, kalau korang pun tengah buat dropship, atau sekarang tengah mengusahakan online business, jangan mudah putus asa ok? Jadikan NurSajat sebagai contoh untuk berjaya dalam business. Apa rahsia NurSajat berjaya? Jom kita tanya dia, hehehe.


RAHSIA KEJAYAAN NURSAJAT BERGELAR JUTAWAN MUDA

1. Utamakan keluarga dan jadikan sumber inspirasi

Bukan senang nak senang. Kehidupan beliau bukan asal dari keluarga yang berada dan bukanlah dari golongan yang kaya-raya. Beliau membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Melihat kesusahan hidup yang perlu dijalani oleh ibu bapanya, NurSajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu. 



2. Jadikan kekurangan diri sebagai sumber kekuatan

Kecoh di laman sesawang tentang ejekan, cemuhan, kutukan terhadap NurSajat. Seolah-olah macam badut yang selalu menjadi bahan tawa masyarakat. Namun, dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk beliau terus bertahan dan mencapai impiannya. Dari kutukan, dia kuatkan semangat dan terus mara mencapai cita-cita sehingga berjaya seperti hari ini. Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, beliau turut berkongsi suka-duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain.


The best thing about NurSajat adalah tagline, "Jangan Mengata". Katanya, kita tak boleh tutup mulut orang. Yang penting, kita kena fokus apa yang kita nak dan capai cita-cita kita untuk menutup mulut orang yang suka mengata. Hah, betul juga kan? Kita usaha sungguh-sungguh sampai berjaya. Bila berjaya, kita buktikan kepada mereka yang suka mengata tu yang kita sebenarnya tak terusik sedikitpun dengan kata-kata mereka. Biar kita putih tulang, jangan putih mata.




3. Membina empayar perniagaan dengan modal RM500

Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, NurSajat mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang. Antara jenama kosmetik yang laris di pasarana adalah Lets Cantik by Nur Sajat yang merupakan langkah pertama beliau berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. 


4. Strategi pemasaran di internet

Ternyata, strategi pemasaran viral di laman media sosial membuahkan hasil apabila berjaya mengutip keuntungan bersih pulahan ribu ringgit setiap bulan tanpa mempromosikan jenama di media massa & media elektronik arus perdana seperti surat khabar dan televisyen. Berbekalkan modal wang saku RM500, NurSajat hanya menggunakan pengaruh di laman media sosial milik peribadi. Kini, NurSajat juga turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam. Akhirnya, penat lelah selama 2 tahun 2 bulan menjadikannya antara jutawan muda di Malaysia hari ini. 


5. Beli banglo mewah Dato' Aliff Syukri sebagai pembakar semangat

Rasanya, berita ini adalah berita tergempar. Siapa sangka, pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd ini telah mengumumkan pembelian keseluruhan rumah banglo mewah milik Dato' Aliff Syukri pada 24 Januari 2017 di Hotel Royal, Kuala Lumpur. Fuh, bukan calang-calang rumah banglo tu. Rumah jutawan kosmetik tersohot tanah air pulak tu. Katanya, dia jadikan Dato' Aliff Syukri sebagai mentor perniagaan. Dan dengan memiliki banglo mewah mentornya, NurSajat jadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus mengorak langkah maju ke depan dalam business.


Mengukuhkan lagi berita tergempar ini, Dato' Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian banglo mewah miliknya tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram miliknya. Boleh rujuk gambar di instagram @AliffSyukriTerlajakLaris


Awan yg terpilu๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญkami terpaksa berpindah.. . . hari ni saya nak meluahkan rasa sedih saya sbb terpaksa meninggalkan rumah kesayangan saya ni yang dah hampir 5 tahun saya tinggal di sini,rumah pertama saya dan segalanya bermula di sini suka duka susah dan sedih semua ada syggg sgt nak tinggalkan... disebbkan rumah baru sy tak siap lagi sy akan berpindah di rumah persingahan sy yg lain di kampung... . . Lepas ni korang akan rindu suasana saya bercucuk tanam, since main dodi dan berjoging diperkaranga. Rumah saya.. sbb saya akan duduk di kampung.. . . dan yang paling penting tahniah kpd usahawan perempuan @nursajat02 sbb menjadikan impiannya menjadi realiti untuk memiliki rumah banglow mewah 10bilik ini,harap dapat jaga rumah ni sebaik2 ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป
A photo posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on





Berbekalkan pengalaman dalam perniagaan yang telah terbukti berjaya, NurSajat mengumumkan penganjuran SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017. Nak kaya, nak berjaya, kena join seminar ni untuk top up ilmu!


Seminar dengan yuran serendah RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk mereka yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan especially usahawan atas talian (online business). NurSajat juga berkata, "Ilmu yang ada, lebih baik dikongsi bersama." So, untuk korang yang berhajat nak jumpa face to face dengan NurSajat dan mendengar sendiri pengalaman hidup dan rahsia kejayaan beliau dalam business, apa kata anda semua daftarkan diri untuk menghadiri Seminar Bicara Usahawan di lokasi-lokasi berikut.


JADUAL SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT SELURUH NEGARA

Hotel Tropicana Inn, Johor Bahru 
(Sabtu) 04 Mac 2017 
10 pagi 2 petang

Melaka / Negeri Sembilan (Seremban) 
(Sabtu) 25 Mac 2017 
10 pagi 2 petang

Kuantan / Terengganu 
(Sabtu) 08 April 2017 
10 pagi 2 petang

Kelantan 
(Sabtu) 29 April 2017 
10 pagi 2 petang

Perak 
(Sabtu) 06 Mei 2017 
10 pagi 2 petang

Kedah / Pulau Pinang 
(Sabtu) 20 Mei 2017 
10 pagi 2 petang

Kuala Lumpur / Selangor 
(Sabtu) 29 Jun 2017 
10 pagi 2 petang

Sabah 
(Sabtu) 08 Julai 2017 
10 pagi 2 petang

Sarawak 
(Ahad) 09 Julai 2017 
10 pagi 2 petang


 NurSajat, Jutawan Muda Malaysia



Terhad kepada 50 peserta terawal!!!

Kalau anda berminat, hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon kepada Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.


Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri. 





Thursday, January 12, 2017

GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN

Mencari kelainan untuk bercuti bersama keluarga atau teman-teman? Sudah bosan menginap di hotel bertaraf 5 bintang, resort-resort mewah, chalet-chalet di tepi pantai atau homestay? Cubalah  pula menginap di Glamping, Lost World of Tambun, Perak. Sebagai penutup tirai 2016, kami team +Projek Travel telah mencuba sendiri pengalaman Glamping. Best ke tidak? Jom, ikuti perkongsian pengalaman kami sepanjang percutian singkat selama 2 hari 1 malam di Lost World Of Tambun.




Untuk pengetahuan semua, glamping boleh didefinisikan sebagai "glamorous camping" iaitu camping gaya modern dan mewah. Pendek kata, glamping menawarkan pengalaman camping yang selesa dan eksklusif. Kalau dulu-dulu, kita camping dalam khemah iglu atau pasang khemah guna kanvas dengan kayu atau buluh. Sekarang, tent dah pasang siap. Dulu tidur beralaskan lengan dan tanah rata, sekarang siap ada katil berserta tilam dan bantal empuk. Fuh, memang lain dari yang lain. Apa yang sama? We're close to nature!


Fasiliti Glamping 



Bila kami pergi glamping di Lost World of Tambun baru-baru ni, ramai yang tanya, "Best ke glamping?" Untuk menjawab persoalan tu, meh aku share apa yang best tentang glamping ni. First and foremost, fasiliti yang disediakan memang cukup lengkap seperti hotel. Apa yang ada? Untuk satu tent, boleh memuatkan sehingga 4 orang. Dalam tu disediakan 1 katil king dan 2 katil single. Paling penting, tilam dan bantal empuk. Syiok gila tidur!



Selain itu, kami dibekalkan dengan set mandian, tuala, air mineral dan kunci bilik mandi. Kat sini bilik mandi hanya khas untuk orang yang ambil pakej glamping. Cuma satu la ye, so far bilik mandi jauh sikit. Kena menapak sikit sebab toilet dan bilik mandi baru belum siap. But don't worry, aku boleh gerenti tandas dan bilik mandi yang disediakan sekarang memang bersih dan selesa.


Night View @ Glamping Lost World Tambun


Aktiviti glamping ni best bila kita rasa dekat dengan nature. Waktu malam, boleh lepak-lepak dalam tent sambil borak-borak dengan member-member. Kalau bawa family, boleh spend lebih masa dengan family. Quality time with them! Pendek kata, glamping ni bukan saja sesuai untuk anak-anak muda, malah sesuai juga untuk yang dah berkeluarga.



Jujurnya, ini first time aku glamping. Dengan fasiliti yang cukup lengkap, termasuk dengan kipas, memang cukup selesa. Kalau macam ni lah keadaan camping, memang nak repeat lagi. Bukan camping macam zaman pengakap, zaman kadet polis lagi dah, hahaha. Macam ni punya camping, memang bertaraf 5 juta bintang. 




Glamping di Lost World of Tambun memang seronok. Mesti korang tanya, "Bosan tak? Macam takde orang je kawasan tu? Tak takut ke?" Dan macam-macam lagi lah persoalan yang orang akan tanya bila sebut pasal camping. But, believe me! Glamping ni lain dari yang lain. Memang tak bosan sebab bila korang rasa bosan, boleh pergi jalan-jalan ke Theme Park. Then, tak perlu takut sebab ada pengawal yang jaga. So, soal keselamatan, jangan risau. 



Pasal nyamuk pun jangan risau. Walaupun berada dalam kawasan hutan dan tepi batu kaput yang dipanggil niddle stone, satu nyamuk pun tak ada dalam tent kami. Satu sebab kipas disediakan. Then, pihak Lost World of Tambun siap tanam serai wangi di sekeliling tent. 


Experience a 5-Billion star hotel.

What is Glamping?
Fancy sleeping under the star but without the fuss of pitching a tent? Introducing Glamping – a fusion of simple luxuries and camping. For those experience seekers who want to experience the positive aspects of camping without the “uncomfortable” negatives. Here’s your chance to sleep under the stars in style.




Bab tempat tidur dan katil, memang selesa. Sekali tidur, rasa malas nak bangun, hahaha. Macam ni lah keadaan dalam tent dengan satu katil king.


Back to Nature

Staycation seperti glamping membawa kami semua dekat dengan alam sekitar. Bila bangun pagi, ditemani dengan kicauan unggas dan burung. Keadaan pada waktu siang dan malam sangat tenang. Pendek kata, percutian kami kali ni cukup berbeza dari biasa. Kalau sebelum ni, buka tingkap bilik hotel nampak bangunan konkrit. Apa yang best untuk kali ini, buka je tetingkap khemah, nampak kehijauanan.






Kemudahan Bilik Mandi dan Tandas

Untuk bilik mandi dan tandas, kami perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit dari tapak glamping. Kalau korang penakut nak pergi tanda waktu tengah malam, memang kena ajak kawan teman, hahahaha. Bilik mandi dan tandas memang dalam hutan. Tapi jangan risau. Kawasan tandas terang-benderang dan keadaan bilik mandi & tandas bersih.







Pakej Glamping Lost World Of Tambun

Pakej Glamping Lost World of Tambun bermula serendah RM388 untuk 2 orang dewasa. Untuk tambahan, iaitu orang ke-3 dan ke-4, hanya perlu tambah RM108. Maksudnya, kalau korang sewa 1 tent iaitu untuk 4 orang, kos dia makin murah. Pakej cukup lengkap termasuk pass masuk ke theme park untuk 2 hari dan juga sarapan.




4 pax (2 Adults + 2 Child)
Includes:
1 King Bed 2 Single Beds
Buffet Breakfast at Garden Terrace for 4
Theme Park Entrance 2 Adult +2 Child for 2 days (worth RM 452)
Power Socket
Towels
Toiletries
Fan
RM 488

2 pax (2 Adults)
Includes:
1 King Bed
Buffet Breakfast at Garden Terrace for 2
Theme Park Entrance 2 Adult (worth RM 240)
Power Socket
Towels
Toiletries
Fan
RM 388

Add-on for 3rd person adult / child
Includes:
Single Bed
Towel
Toiletries
Theme Park Entrance for 2 days
RM108


Lost World of Tambun


Apa yang best kalau datang Glamping di Lost Word Of Tambun? Jom, tengok apa aktiviti-aktiviti best yang telah kami buat sepanjang bercuti di Lost World Of Tambun. Boleh baca di Aktiviti Menarik di Lost World of Tambun


Untuk booking/ reservation, boleh contact Lost World Hotel Reservation:

Telefon:
05-5408801/02

Email: 
lwhreservation@sunway.com.my

*Tents are subject to availability upon reservation.





AKTIVITI MENARIK DI LOST WORLD OF TAMBUN

Ada yang merancang untuk pergi bercuti ke Lost World of Tambun? Pergi lah, tak rugi pun kalau pergi bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan ke sana. Macam-macam ada. Kalau nak tahu, Lost World of  Tambun merupakan salah satu theme park yang terkenal di Malaysia iaitu terletak di Ipoh, Perak. Satu lagi theme park yang ada di Perak adalah Bukit Merah. Jujurnya, ini kali pertama aku sampai di Lost World of Tambun. Time belajar kat Tronoh dulu 5 tahun, tak sempat nak datang bersuka-ria kat sini, lol. Dah nak masuk 2017 baru sampai ke sini, hahaha.




Nak tahu sebab apa aku datang sini? Semestinya sebab excited dengan tarikan terbaru yang ada kat sini iaitu Glamping. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang kami Glamping di Lost World of Tambun. Mungkin korang boleh susun schedule cantik-cantik dan spend masa secukupnya untuk aktiviti-aktiviti macam ni. Walaupun percutian singkat, hanya weekend getaway untuk 2 hari 1 malam, tapi memang best dan puas hati. Jom tengok apa yang best kalau korang datang glamping di Lost World of Tambun! 


1. Naik buggy keliling Lost World of Tambun


Salah satu kelebihan Glamping di Lost World of Tambun adalah perkhidmatan buggy. Dari pintu masuk sampailah ke tapak glamping, kami semua dihantar dengan menaiki buggy. Untuk aktiviti-aktiviti lain di sekitar theme park atau Hotspring, kita boleh request buggy untuk hantarkan. Best kan? 


2. Boga Cruise



Tapak Glamping terletak di Lost World Adventure Park. Antara aktiviti yang korang boleh cuba adalah Boga Cruise. Perjalanan Boga Cruise mengambil masa lebih kurang 30 minit. Selain daripada cruise, ada juga aktiviti lain seperti kayak, flying fox dan macam-macam lagi. So, sesiapa yang suka nature, memang best. Sambil naik cruise, sambil layan pemandangan gua batu kapur di sekitar Lost World of Tambun.


3. Gua Datok / Picasso Cave 



Untuk korang yang aktif dan lasak pula, korang boleh cuba untuk caving di Gua Datok atau dikenali juga sebagai Picasso Cave. Gua Datuk merupakan antara gua batu kapur yang tertua di Perak. Dekat sini, korang boleh tengok struktur stalaktit dan stalagmit serta menguji tahap kekuatan mental dan fizikal dalam menaiki dan menuruni anak-anak tangga. Amacam, ada bran? Gerenti basah kuyup mandi peluh!


4. Lost World Crystal Spa


Untuk korang yang nak manjakan diri di spa dan sauna, boleh datang ke Lost World Crystal Spa. Dekat sini ada pakej spa dan sauna. Paling menarik, sauna kat sini tak guna bara api atau heater elektronik macam sauna-sauna di tempat lain. Sauna kat sini guna wap daripada air panas (hotspring) yang asli. Bila masuk, fuh memang panas. Keluar je dari bilik sauna tu, terus rasa sejuk dan segar. Highly recommended untuk korang yang nak relax dan refresh.


5. BBQ Dinner


Untuk aktiviti glamping, korang boleh request untuk dinner atau BBQ. Tapi, untuk aktiviti BBQ dinner ni, korang akan dikenakan caj tambahan. Pakej glamping hanya menawarkan penginapan untuk 2 hari 1 malam, tiket masuk ke theme park dan breakfast. Untuk dinner atau BBQ especially untuk korang yang merancang nak buat aktiviti team building atau family day dengan pakej glamping, bolehlah consider untuk add-on pakej BBQ dinner ni. Memang santai dapat makan di bawah pancaran sinaran bulan dan bintang. Sempoi!


6. Petting Zoo


Camping dalam hutan boring? Glamping di tempat-tempat lain membosankan? Tetapi tidak di Lost World of Tambun. Pada waktu malam, boleh habiskan masa untuk melawat petting zoo yang menempatkan pelbagai spesies haiwan seperti hamster, burung, arnab, kura-kura, ular, dan macam-macam lagi. Waktu operasi Petting Zoo adalah sehingga jam 10:00 malam. Kalau korang rasa bosan duk santai di tapak glamping, boleh menapak ke Petting Zoo ataupun request buggy untuk hantarkan ke sana. 


Hamster

Burung tu siap boleh cakap lagi


7. Lost World Hotsprings


Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman mandi-manda di Lost World Hotsprings. Kami pergi waktu malam sebab hotsprings tutup jam 11 malam. Jadi, untuk mengisi masa yang terluang, kami ramai-ramai turun ke Hotsprings. Seriously best!



Berapa bayaran nak masuk ke Lost World Hotsprings? Jangan risau, kalau dah ambil pakej Glamping, tak payah bayar. Korang akan dapat 2 days access to all theme park termasuklah hotsprings. Best kan? Kalau tak puas lagi berendam air panas waktu malam tu, haa korang boleh sambung keesokan harinya pulak. Mandilah sampai puas hati!





Port paling best di Lost World Hotspirngs ni adalah dalam gua ni. Wap dia kemain panas. Tapi kena ingat, hanya boleh masuk dalam tu hanya untuk 5 minit je. Jangan lebih pulak. Nanti kang pengsan dalam tu sebab dehydrated. Keluar daripada gua yang macam sauna ni, korang akan jumpa infinity pool.





8. Fire Dance Performance


Benda wajib korang patut tengok kalau dah sampai di Lost World of Tambun adalah tengok fire dance performance. Show kat sini memang gempak gila. Bukan setakat main lambung-lambung kayu api, tapi siap main sembur-sembur api dari mulut. Paling tak tahan tu, siap jolok kayu yang berapi dalam mulut, dalam seluar, sampai mati api, hahahaha. Aku yang duk tengok pulak yang rasa ngeri. Brader yang duk buat show tu, watlek wat peace je. Terbaik!




9. Lost World Theme Park


Bila dah sampai di Lost World of Tambun, rugi pulak kalau tak mandi-manda di water theme park. Mission accomplished! Kami dah try semua gelongsor yang ada kat sini. Tips dia mudah je, kalau untuk slide tu, korang kena pakai baju jersi dan seluar tight. Untuk gelongsor yang guna pelambung, don't worry! Pakai track suite biasa pun boleh lepas. Enjoy the ride :)



Selain water theme park, pakej glamping juga termasuk dengan rides lain di theme park. Antara rides yang korang wajib cuba adalah Adventure Express, Giddy Galleon dan Lupe's Adventure. At least korang kena try once in a lifetime. Mula-mula je takut, lepastu ok je. Enjoy! Cuma kalau yang takut mabuk tu, standby plastik untuk muntah siap-siap, hehehehe. 


10. Haunted Chambers



Nak test kekuatan vocal? Hah, korang boleh cuba masuk ke Haunted Chambers. Dengan bayaran RM10 seorang, korang akan masuk ke rumah hantu. Huisshhh, macam-macam jenis hantu ada. Get ready untuk terpekik-terlolong dan terkejut beruk sampai membuatkan kau menjerit terkejut tanpa sedar, lol.


11. Animals Show


Plan nak datang Lost World of Tambun bersama family atau anak-anak? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan animal show yang akan bermula jam 3:30 petang. Animal show ini akan berlangsung selama 1 jam dan show ini memang interaktif dan menghiburkan.



Kalau korang bernasib baik, korang akan dipilih untuk membantu staff Lost World of Tambun membuat persembahan. Haa, cuba tengok blogger +Ahmad Fauzi Aryaan tengah buat apa tu? Macam-macam gelagat comel haiwan seperti burung dan serval cat. Nak tengok macam mana dorang bagi makan untuk harimau pun ada. Seriously, aku enjoy tengok show kat sini. Fun and interactive!


12. Catopia


Untuk peminat kucing, korang patut singgah di Catopia. Kat sini macam-macam jenis kucing ada. Paling best, kucing kat sini memang besar-besar. Setiap orang hanya diberi masa selama 15 minit untuk tengok dan pegang kucing-kucing comel dan gebu ni secara dekat. But, perlu ingat. Jangan angkat kucing ni sesuka hati. Bukan apa, takut kucing tu jatuh dan tercedera. Kan nanya! Sebelum dan selepas masuk pun kena sanetize tangan. Memang dorang jaga betul-betul kebajikan dan keselamatan kucing-kucing kat sini.


13. Dulang Tea House


Tapak glamping tak jauh dari Dulang Tea House. Kalau nak minum petang, boleh menapak ke Dulang Tea House. Apa yang menarik kat sini? Personally, aku suka konsep yang diketengahkan kat sini. Antaranya mengekalkan konsep kedai kopi lama-lama. Tengoklah, siap guna meja jahit lama jadi meja, bangku lama dan televisyen zaman dulu-dulu. Memang nice!



Dari segi menu pula, macam-macam menu klasik ada. Nak tahu apa yang ada di Dulang Tea House? Antaranya kopi kampung, roasted rice tea, roti tumbuk, roti bakar dan roti bakar chicken curry. Makanan kat sini bukan calang-calang, memang sedap, Dihidangkan dengan pinggan mangkuk zaman dulu-dulu yang besi tu, memang mengimbau memori betul. 



Selain suasana yang best, menu yang best, lokasi kat sini memang cantik. Bayangkan keadaan kedai kopi di dalam gua. Unik kan? Siap diterangi dengan neon-neon lagi. The best spot untuk swafoto mahupun bergambar bersama teman dan taulan.



Terima kasih Kak Mazian sebab menerima kehadiran kami ke Lost World of Tambun. Memang best! Macam-macam info pasal Lost World of Tambun kami dapat termasuklah pakej glamping yang terbaru di sini. So, kalau korang plan nak pergi glamping di Lost World of Tambun, boleh baca kat sini: Glamping di Lost World of Tambun.


14. Ipoh Street


Lagi satu benda best nak buat di Lost World of Tambun adalah jalan-jalan di Ipoh Street. Jangan risau, tak perlu naik kereta, naik bas nak pergi Ipoh Street. Hanya dalam theme park tu je. Apa yang ada? Macam-macam gerai ada. Nak makan, nak minum, semua ada. Paling best, cantik untuk begambar.


15. Lost World Tin Valley


Last but not least, tempat wajib yang korang patut singgah adalah di Lost World Tin Valley. Seperti yang sedia maklum, Tambun, Ipoh ni memang terkenal dengan aktiviti mendulang bijih timah. So, kalau korang datang ke sini, jangan lupa singgah bergambar dengan gajah dan aktivit mendulang bijih timah. Tempat ni tak jauh dari lokasi glamping atau Lost World Adventure Park.


Glamping @ Lost World of Tambun

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas, benda paling penting korang kena cuba di Lost World of Tambun adalah glamping. This is my first time experiencing glamping. Honestly, I love it! Nak tahu cerita tentang pegalaman kami glamping, boleh baca kat sini: Glamping di Lost World of Tambun!


Pssst! Kalau korang pun nak cuba glamping kat sini, boleh book awal-awal sebelum penuh. Cepat book sebelum terlambat! Pergi ramai-ramai, lagi syiok. Satu tent boleh memuatkan sampai 4 orang.


Experience a 5-Billion star hotel.

What is Glamping?
Fancy sleeping under the star but without the fuss of pitching a tent? Introducing Glamping – a fusion of simple luxuries and camping. For those experience seekers who want to experience the positive aspects of camping without the “uncomfortable” negatives. Here’s your chance to sleep under the stars in style.


Untuk booking/ reservation, boleh contact Lost World Hotel Reservation:

Telefon:
05-5408801/02

Email: 
lwhreservation@sunway.com.my

*Tents are subject to availability upon reservation.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger