Korang mesti selalu makan Roti John kan? Especially kalau bulan Ramadan. Memang tak ada benda lain yang teringin nak beli melainkan Roti John. Biasa kita makan Roti John Ayam, Roti John Daging atau Roti John Special. Pernah makan Roti John Rendang? Aku first time try makan Roti John Daging Rendang di Rendang Cafe, Cyberjaya. Ya Allah, sedap yang amat. Kalau korang nak try, boleh pakat gi ke Rendang Cafe yang terletak di Cyberjaya.


Roti John Rendang di Rendang Cafe, Cyberjaya


Roti John Rendang Daging


Selain Roti John Rendang, Rendang Cafe juga menyediakan menu-menu tradisi Melayu seperti Rendang Ayam Kampung, Asam Pedas Ekor, Ikan Talapia Goreng Sambal, Ikan Bawal Goreng Sambal, Masak Lemak Cili Padi dan macam-macam lagi. Bukan masakan Melayu je ada, mereka juga ada menyediakan menu fusion. Complete!


Roti John Rendang, Chicken Puff dan Nasi Lemak Ayam Rendang


Malam tu, kami order Roti John Rendang, Chicken Puff dan Nasi Lemak Ayam Rendang. Overall, makanan kat sini memang sedap. Aku puas hati dengan rasa makanan kat sini. Seriously, puas hati. My favorite, definitely Roti John Rendang. Rasa macam nak repeat lagi. Nasi lemak ayam rendang pun not bad. Highly recommended!


Keselesaan Rendang Cafe, Cyberjaya


Ambiance Rendang Cafe memang selesa. Dekorasi dan susun atur di Rendang Cafe menjadikan kafe ini macam kafe hipster. So, memang sesuai untuk dijadikan port lepak santai.


Rendang Cafe menyediakan stage untuk persembahan dan ruang legar untuk event


Selain itu, kalau korang mencari loaksi untuk buat event, korang juga boleh buat reservation di Rendang Cafe. Pihak Rendang Cafe memang expert dalam mengelola event. Macam malam tu, ada event Malam Bersama Otai (MBO). Kami memang bertuah sebab berpeluang untuk mendengar otai-otai menyanyi secara langsung.


Santai di Rendang Cafe bersama penyanyi otai, Blank Gamma

Di Rendang Cafe, selain ada tempat di ruangan berhawa dingin, ada juga ruang tempat makan di luar kafe. Ada mini stage untuk performance atau akustik dan sesuai untuk buat event.


Malam Bersama Otai (MBO) di Rendang Cafe, Cyberjaya

Pernah dengar lagu-lagu tangkap leleh seperti Layu di hujung mekar? Kembang terhalang? Akan ku kenang? Kau salju cintaku? Itulah antara lagu-lagu popular satu ketika dulu yang telah dinyanyikan sempena MALAM BERSAMA OTAI (MBO)

  1. Shafie Rio - Layu Di Hujung Mekar
  2. Blank Gamma -Kembang Terhalang
  3. Hatta Junction - Akan Ku Kenang
  4. Isa Graviti - Kau Salju Cintaku


Shafie Rio, Blank Gamma, Isa Graviti dan Hatta Junction 


Rendang Cafe, Cyberjaya


Kalau korang nak try Roti John Rendang terbaik di Cyberjaya, bolehlah pakat ramai-ramai datang try sendiri ke Rendang Cafe, Cyberjaya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk Facebook dan Instagram mereka. Kalau nak pergi ke sana, just waze je "Rendang Cafe" atau refer alamat di  bawah!

Facebook:

Instagram:

Alamat:
Rendang Cafe
D-G-05, Plaza Crystal Ville, Jalan Vita 1,
Lingkaran Cyberpoint Timur, Cyber 12, 
63000 Cyberjaya

Nombor telefon:
012-299 1544 

Selamat mencuba!
Baru-baru ni, aku berkesempatan untuk pergi ke event Cook Show with Celebrity Chefs bersempena dengan Karnival Tefal di Shah Alam. Event ini dianjurkan oleh pihak Pacific West dengan kerjasama Tefal untuk berkongsi ilmu dan teknik memasak menggunakan produk Pacific West kepada para pengunjung yang hadir. Aku excited sebabnya first time datang belajar resipi istimewa untuk produk Pacific Chef daripada chef-chef ternama.


Mesti korang tertanya-tanya kan? "Kat mana dak dapatkan produk Pacific West?" Untuk pengetahuan semua, produk Pacific West sekarang boleh didapati di semua pasaraya utama di Malaysia seperti Cold Storage, Sam Groceria, AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, Grocer Village dan banyak lagi. Bukan di Malaysia sahaja, malah time aku pergi Macau, China haritu pun ada dijual dalam mini market Tesco. Nampak tak? Produk Pacific West ni memang mudah didapati di mana-mana sahaja. Yang penting, produk Pacific West dijamin Halal oleh JAKIM. So guys, kalau korang travel ke mana-mana destinasi di luar negara, don't forget to buy this product!


TESCO di Macau ada menyediakan makanan HALAL dan makanan dari Malaysia


Antara produk Pacific West yang ada dijual di TESCO Macau, China





Kualiti produk Pacific West memang tiada tandingan kerana mereka menggunakan makanan laut dan bahan makanan yang memenuhi piawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa dengan pengesahan BRC, IFS, HACCP dan YUM!








Persoalannya, bila beli produk Pacific West ni, nak masak apa ye? Kebiasaannya, kita akan goreng Fish Fillets dan makan dengan sos atau mayonis. Betul tak? Macam boring je nak makan benda yang sama. Sebenarnya, banyak lagi cara masak atau resipi istimewa untuk produk Pacific West. Bila dah datang ke cook show ni, baru tahu banyak lagi cara untuk sediakan hidangan Fish Fillets untuk jadikannya lebih menark dan sedap. Nasib baik ada Tefal Carnival Sale, dapat juga top up ilmu baru.



Kemeriahan Tefal Carnival Sale di Shah Alam Convention Centre (SACC)


Tefal Carnival Sale


Antara resipi terbaik yang dikongsikan oleh Chef Celebrity dengan menggunakan produk Pacific West dan produk Tefal adalah seperti berikut:

  1. Trio Canapé Cheezy Fish Fillets
  2. Cheezy Fish Wholemeal Sandwich
  3. Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower
  4. Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce
  5. Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets
  6. Crispy Calamari with Pickles
  7. Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls



Antaran Chef Selebriti yang terlibat dalam Cook Show With Celebrity Chefs Pacific West  adalah Chef Leong (Pacific West Chef), Dr Ezani (Master Chef Malaysia) dan Bryan Ong (Celebrity Chef). Terima kasih chef sebab ajar kami resipi-resipi best untuk masak produk Pacific West.


Chef Leong (Pacific West Chef)


Chef Leong telah berkongsi resipi Trio Canapé Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich dan hidangan terakhir iaitu Cheezy Fish, Caesar Salad and Cajun Crisp Onion Flower. Paling best, Chef Leong ajar kami macam mana nak buat Crisp Onion Flower. Ya Allah, mudah rupanya. Hanya guna bawang Holland, potong macam bunga dan celup dengan tepung sebelum digoreng rangup. Simple tapi sedap, bau dia semerbak weh!


Dr Ezani (Master Chef Malaysia)


Chef Dr Ezani iaitu Juara Masterchef Malaysia musim pertama pula menyediakan dua resipi yang menggunakan produk Pacific West dengan memperkenalkan masakan Malaysia. Menu special dari Dr Ezani adalah Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce dan Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets. Aku memang suka gila dengan Salted Egg Yolk. First time tengok live macam mana nak buat sos Salted Egg Yolk. Lepas ni, dah boleh cuba masak sendiri di dapur bujang, hehe.


Chef Bryan iaitu chef untuk Yum Yum Publications pula menyediakan dua resipi sihat. Resipi mudah yang disediakan adalah Crispy Calamari with Pickles dan Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls. Walaupun resipi ini lebih menggunakan banyak sayur, tapi resipi ini still tidak mengecewakan. Looks tempting dan sedap!


Produk Pacific West yang bakal memeriahkan #DapurPB. Siapa nak try?




Satu produk baru yang diperkenalkan oleh Pacific West adalah Cheezy Fish Fillets. Fish Fillets ini adalah inovasi terbaru dengan menambahkan cheese dalam Fish Fillet. Cheese campuran Mozarella dan Nacho premium disalut dengan serbuk roti Jepun memberikan rasa yang rangup untuk produk Cheezy Fish Fillet. Aku ni memang jenis suka makan cheese, so prefer beli yang ni. Tak sabar nak try.


Pacific West: The taste the world loves!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...