KARNIVAL UPIN DAN IPIN 2017 | 13 INTIPATI #UPINIPINLUARBIASA

/
19 Comments
Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa telah berlangsung pada 24 hingga 26 November 2017 iaitu selama tiga hari berturut-turut di MAEPS, Serdang. Karnival tahunan ini diadakan bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Siapa pernah pergi ke Karnival Upin dan Ipin untuk tahun-tahun sebelum ni? Mesti tahu kan macam mana sambutan dan kemeriahannya especially daripada peminat cilik Upin & Ipin. Sebenarnya, ini kali pertama aku berkesempatan untuk pergi sendiri melihat kemeriahan di Karnival Upin dan Ipin. One word to describe about this carnival, I would say it's WOW! Memang luar biasa.


Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa


Karnival Upin dan Ipin 2017 mengangkat tema Upin & Ipin Luar Biasa. Kali ini Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa diadakan di dua dewan besar di MAEPS Serdang iaitu Dewan A dan Dewan C. Kedua-dua dewan ini menawarkan tarikan yang berbeza iaitu pertunjukkan secara langsung di pentas utama, aktiviti-aktiviti menarik mengikut zon dan sesi bertemu watak-watak animasi Upin & Ipin. So, inilah peluang untuk orang ramai bergambar bersama watak favorite dorang sebagai kenang-kenangan especially kanak-kanak yang fanatik terhadap siri animasi Upin dan Ipin. Nak tahu apa lagi yang menarik? Jom, cekidout!


Pengunjung beratur untuk membeli tiket di Kaunter


1. Sambutan luar biasa!


First impression about the event? Wow! Sangat luar biasa sambutan yang diberikan oleh peminat setia Upin dan Ipin. Memang terkejut gila. Bila sampai je di MAEPS Serdang, tengok barisan panjang gila orang tengah beratur nak beli tiket. The best part is it's a family event. Seronok tengok anak-anak kecil datang bersama ibu bapa. Memang sangat sesuai untuk memulakan sesi cuti sekolah anak-anak dengan aktiviti yang interaktif dan menarik macam ni. Tips untuk semua pengunjung yang berhasrat untuk datang ke Karnival Upin dan Ipin di tahun depan, sila beli tiket secara online. Tak payah beratur sebab dah ada express lane untuk korang yang dah beli tiket online. Jimat masa dan jimat tenaga tak payah nak beratur panjang macam ni.



Persembahan di pentas utama


2. Persembahan LIVE 


Tarikan utama di Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa adalah persembahan live di pentas utama sepanjang hari. Dari pagi sampai ke malam, jadual persembahan telah diatur oleh pihak penganjur untuk menghiburkan pengunjung.Antaranya adalah persembahan nyanyian, tarian dan lakonan yang menghiburkan. Bukan itu sahaja, persembahan yang diadakan juga sangat interaktif. Boleh nampak keseronokan dan keterujaan kanak-kanak di depan pentas.  


Persembahan Upin & Ipin The Musical


3) Tempat duduk VIP


Untuk lihat lebih dekat dan berpeluang bergambar bersama watak animasi selepas persembahan, korang boleh beli tiket VIP. Untuk pemegang tiket VIP, akan ada satu ruangan khas di kiri dan di kanan pentas utama yang disediakan bean bag untuk bersantai. Jadi, kalau nak lebih selesa dan eksklusif, bolehlah cuba untuk tempat duduk VIP. Harga tiket VIP lebih mahal berbanding tiket biasa iaitu RM100 seorang. Bukan itu sahaja, malah korang akan dapat express lane untuk sesi di Rumah Opah, Green Room (sesi fotografi) dan berpeluang beramah mesra bersama Upin & Ipin, Ultraman Ribut dan Puteri.


Tempat duduk VIP disediakan bean bag


4) Harga tiket berpatutan


Untuk pemegang tiket biasa yang berharga RM10 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak), korang boleh duduk bebas di sekitar depan pentas utama untuk sepanjang hari. Layanlah persembahan sampai puas. Kalau bernasib baik, anak-anak boleh turut serta untuk membuat persembahan bersama watak animasi seperti Upin & Ipin, Mei Mei ataupun Jarjit. Selain itu, ada sesi pop kuiz untuk memenangi hadiah isitmewa dari Upin & Ipin.


Peminat Upin & Ipin memenuhi Dewan A


5) Penampilan khas watak animasi


Antara aktiviti menarik di Dewan A adalah penampilan Aris dan Ara iaitu watak dari siri animasi Pada Zaman Dahulu. Selain itu, pengunjung berpeluang berjumpa dengan Lima Puteri Limau dari kerajaan Limau dan yang paling seronok semestinya dapat berjumpa dengan watak utama siri animasi nombor satu di Malaysia iaitu dua orang kembar yang seiras, Upin dan Ipin. Tidak ketinggalan, Karnival Upin & Ipin Luar Biasa turut dimeriahhkan dengan penampilan istimewa Ultraman Ribut yang dibawa khas dari Jepun.


Mei Mei bertemu peninat


Ipin bersama peminat

6) Meneroka pulau istimewa


Di sini juga para pengunjung dapat merasai pengalaman yang luar biasa seperti meneroka ke empat pulau istimewa, iaitu :

A. Pulau ‘Upin & Ipin’
Peluang mengambil gambar di mural 3D bersama watak-watak dalam siri animasi Upin & Ipin.


Gambar 3D bersama watak-watak dalam siri Upin dan Ipin



B. Pulau ‘Pada Zaman Dahulu’

Anak-anak boleh menguji kreativiti dengan melipat kertas origami Sang Kancil dan merasai pengalaman berjumpa penghuni hutan di Jungle Maze.


C. Pulau ‘DaDuDiDo’

Aktiviti membuat bot kertas dengan mengunakan daya kreativiti tersendiri dan berlumba di satu laluan air yang sangat mencabar. Lebih menarik, peserta bertuah yang menang akan mendapat ganjaran yang menarik.


D. Pulau ‘Puteri’

Istimewa untuk anak-anak perempuan menjadi puteri yang sebenar dengan memakai gaun puteri yang cantik, dihiasi tiara, lukisan muka dan juga gambar polaroid serta turut berpeluang membuat aksesori yang cantik.


7) Barangan eksklusif Upin & Ipin


Untuk peminat setia Upin dan Ipin, di sinilah mereka berpeluang untuk dapatkan secara ekslusif barangan original yang menampilkan watak-watak kegemaran mereka iaitu di Upin & Ipin Store. Antara merchandise yang dijual adalah tabung Upin & Ipin, t-shirt Upin & Ipin serendah RM10-RM15, set alat tulis dan macam-macam lagi.


8) Pameran Interaktif dan Visual


Dewan C pula lebih tertumpu kepada pameran interaktif dan persembahan visual. Di sini, kita berpeluang untuk tahu lebih lanjut tentang Studio Les’Copaque. Jadi, inilah peluang terbaik untuk kita merasai sendiri pengalaman di sebalik tabir proses produksi animasi Upin & Ipin. Paling penting, inilah platform terbaik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang proses pembikinan filem dan siri animasi yang mereka minat.


Pendedahan kepada anak-anak


9) Studio rakaman suara


Satu lagi aktivit yang menarik untuk anak-anak adalah sesi ujibakat pelakon suara. Di sini mereka berpeluang untuk mencuba sendiri pengalaman merakam suara. Mana tahu kan? Ada yang betul-betul berbakat untuk menjadi pelakon suara untuk Upin & Ipin di masa akan datang. Seronok bila tengok kanak-kanak diberi peluang merasai pengalaman menjadi pelakon suara dengan merakam suara  mereka mengikut watak yang diminati. Dalam masa yang sama, kita dapat melatih mereka menjadi lebih confident untuk mencuba sesuatu yang baru.


Sesi merakam suara di studio


10) Set Penggambaran Upin dan Ipin


Di Dewan C juga para pengunjung berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman ke dunia Upin dan Upin dengan lebih dekat. Antaranya, kita boleh bergambr di set ‘Alam Dino’, ‘Magik Pin Pin Pom’, ‘Ultraman Ribut’ dan juga ‘Tadika Mesra.


Alam Dino



Magic Pin Pin Pom


Ultraman Ribut


Tadika Mesra


11) Berkunjung ke Rumah Opah


Bukan itu sahaja, tarikan lain yang best di Karnival Upin & Ipin 2017 adalah peluang untuk masuk ke rumah Opah yang ada dalam siri Upin dan Ipin. Seolah-olah macam kita sendiri berada dalam keluarga Upin dan Ipin bila masuk ke rumah Opah. Sangat realistik! Di sini kita boleh lihat di mana tempat Upin dan Ipin buat kerja sekolah, ruang tamu di mana mereka menonton TV, bilik Opah, bilik Upin dan Ipin, tempat mereka makan dan macam-macam lagi. Selain itu, sesi soal jawab bersama Kak Ros juga antara sesi yang memberi 'excitement' kepada kanak-kanak yang diadakan di perkarangan rumah Opah


Rumah Opah


Ruang tamu di Rumah Opah


Menarik kan? Siapa sangka, apa yang ada dalam siri Upin & Ipin selama ini bukan hanya imiginasi semata-mata. Ia direalisasikan di alam realiti. Hebat! Memang luar biasa. Bangga dengan kehebatan dan kebolehan anak watan dalam menerajui industri animasi sehingga mendapat tempat di hati anak-anak dan juga ibu bapa. Lebih membanggakan, bukah hanya terkenal di Malaysia. Bukan hanya sekadar jaguh kampung. Tetapi, Upin & Ipin turut menjadi kegilaan ramai rakyat serantau terutama sekali rakyat di Indonesia.


12) Suasana Kampung


Expect the unexpected! Yang ni memang tak tercapai dek akal. Macam mana pihak penganjur menghasilkan suasan kampung dalam dewan. Siap ada sawah padi, siap ada pokok pisang dan paling mencuit hati siap ada anak ayam. Ramai budak-budak duk usha anak-anak ayam tu. Excited betul dorang dapat jumpa anak ayam, hahaha. The best spot for OOTD :p


Sawah padi dan suasan kampung


Anak ayam jadi pehatian kanak-kanak


13) Wayang Kulit Upin dan Ipin


Satu pujian harus aku bagi kepada tim produksi dan pihak penganjur Upin dan Ipin. Dalam era serba canggih ni, kebanyakan kanak-kanak tak tahu apa itu wayang kulit. Satu langkah bijak, mengetengahkan seni warisan zaman berzaman iaitu wayang kulit kepada generasi masa kini. Lebih membanggakan, mereka tampil membuat persembahan wayang kulit berkisarkan kisah Upin & Ipin. I salute them for this! Brilliant.


Wayang kulit Upin & Ipin


Rasanya, cukuplah 13 perkara best yang aku dapat senaraikan sepanjang kunjungan aku ke Karnival Upin dan Ipin Luar Biasa untuk tahun ini. Kalau korang ada nak tambah, silakan. Kecil tapak tangan, kotak komen aku tadahkan, kah3! Apapun, semoga penganjuran karnival seperti ini akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Aku yakin dan percaya, Upin dan Ipin adalah satu jenama yang boleh pergi lebih jauh.


Psssst! Tak sabar nak tunggu Theme Park Upin dan Ipin siap dibina. Dengar kata, mereka akan buat theme park bertemakan Upin & Ipin di Malaysia dan juga di Wuhan, China. Apapun, kita tunggu dan lihat. Last but not least, congratulation to all production crews and organizer for this amazing event!


You may also like

19 comments:

  1. seronok sangat ni.. tunjuk kat anak anak, mereka tanay bila? nak pergi jugak.. hekhekhek.. silap silap anak tamau balik ni

    ReplyDelete
  2. lain betul penangan Karnival Upin & Ipin 2018 kalini ya !!

    ReplyDelete
  3. Banyak betul aktiviti kat karnival upin ipin ni. Bukan anak je. Abah mama pun seronok

    ReplyDelete
  4. Indeed a nice event for family with young kids. Love the activities that been organised on that days.

    ReplyDelete
  5. last pergi 2 tahun lepas. nampaknya tahun ini lebih menarik dan memang luar biasa bohhh!!

    ReplyDelete
  6. Mak aih.. Tengok orang beratur panjang tu mesti tandanya meriah gila! Seronoknya kalau dtg dengan famili ni!

    ReplyDelete
  7. Memang best sangat. Tak rugi pergi karnival ni.

    ReplyDelete
  8. ramainya pengunjung , mana2 aktiviti upin dan ipin mesti dapat sambutan ... best ke penat haa ? penat dan berbaloi ye tk ?

    ReplyDelete
  9. Betul lah pengaruh Upin Ipin ni sebab tengok anak sedara nak bagi di diam jer kan tunjuk video kat youtube cite upin ipin diam terus. Tapi sayang mereka macam tak berapa nak beraksi dalam filem terbaru tahun ni ke up balik.

    ReplyDelete
  10. besar dan menarik juga event ni. Meriah. Memang seronoklah budak2 pergi. Kita yang tua ni pun masih suka tengok Otromen. Hehe

    ReplyDelete
  11. Sally tak sempat pun nak g..hahahaha..bukan budak je excited, sally pun sampai skrg excited kalau tgk upin ipin...budak botak ni mmg laaa...lain daripada yg lain...sedihnyaaa tak dapat nak jenguk rumah opah!

    ReplyDelete
  12. Ni bukan kanak2 ja happy. Dewasa pun suka event mcm ni. Menarik tau.

    ReplyDelete
  13. Karnival Upin Ipin nampak sangat meriah dan sesuai sangat dengan waktu cuti sekolah sekarang... Kanak2 berpeluang melihat dengan lebih dekat lagi... Program cuti sekolah ada pengisian

    ReplyDelete
  14. adoiyai ramainya yang pergi carnival upin ipin ni

    ReplyDelete
  15. ehhh harga ticket memang berpatutan, or i should say very affordable. i ingat will be like at least RM50 or RM100.

    ReplyDelete
  16. Seronoknya kak tengok tp xdpt pegi sbb ada event tempat lain...bangga anak melayu kita ceburi bidang kartun yg semakin dikenalik dunia

    ReplyDelete
  17. Perghhhhhh ramai gak yang pergi event ni. Haritu tak berkesempatan nak pergi. Tapi, event macam ni memang family bonding kan. Bawak anak-anak pun depa suka. Ni kalau orang Indonesia terutama budak-budak kecik, mesti happy gila kalau dapat ke sini sebab kebanyakan orang Indonesia suka tengok cerita Upin Ipin ni.

    ReplyDelete
  18. seronoknye. panjang gile line. rindu pulak nak tgk upin ipin

    ReplyDelete
  19. Memang pengaruh Upin Ipin di kalangan peminat ciliknya sungguh luar biasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...