Korang dah register ke belum Warrirors Challange 2017 yang akan berlangsung di UPNM pada 11 November 2017 nanti? Kalau dah daftar, tahniah. Kalau belum daftar, don't worry! Ada berita baik untuk korang semua especially untuk pembaca blog penaberkala.com! Nak tahu apa? Mulai hari ini, korang boleh register dengan kod "NUAR50" untuk dapatkan diskaun 50%. Tapi, siapa cepat dia dapat sebabnya hanya terhad untuk 20 peserta terawal sahaja. Hah, cepat pergi ajak member-member korang dan register sekarang.


Untuk korang yang masih tertanya-tanya Warriors Challenge ni macam mana? Korang boleh baca pengalaman aku sendiri menyertai Warriors Challenge 2016 di sini! Paling menarik, untuk tahun ini, Warriors Challenge 2017 lagi havoc. Nak tahu kenapa? Sebabnya, korang mungkin antara peserta yang bertuah yang bakal membawa hadiah lucky draw yang ditawarkan bernilai sehingga RM20,000. So guys, apa tunggu lagi? Cari member-member korang dan jom register ramai-ramai. 




Untuk korang yang rasa dapat lari laju seperti Cheetah, ini peluang korang untuk rebut hadiah wang tunai bernilai RM2000. Untuk 5 peserta terpantas, korang akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan medal. Untuk kita-kita yang join for fun, don't worry. Kita semua still dapat medal dan berpeluang untuk menang hadiah lucky draw. Antara hadiah yang ditawarkan adalah tiket penerbangan, Samsung TV, DJI Spark, Ipan Mini 4, Garmin, Xiomi Wristband, GoPro ero 5 dan Sony Playstation 4. Amacam, menarik tak hadiah lucky draw? Fuh, kalau macam ni gayanya, memang  rugi kalau tak join.


Warriors Challenge 2017


Selain boleh rebut peluang untuk menang hadiah wang tunai, medal dan hadiah-hadiah menarik lucky draw, Warriors Challenge 2017 ini adalah platform terbaik untuk kita semua menguji tahap kecergasan mental dan fizikal dengan siri halangan yang disediakan. Venue eksklusif di UPNM, memberi peluang untuk orang awam mencuba sendiri halangan untuk latihan ketenteraann. Jangan risau kalau rasa tak fit, just enjoy the run and challenge. At least, we've tried something that out of our comfort zone!


Sebenarnya, bila kita join marathon ataupun rentas halangan macam ni, in other way we try to motivate ourself and to make us believe ourself. Di saat kita rasa nak give up, ingatlah hanya kita yang dapat atasi kelemahan kita sendiri. Kadang-kadang, kita perlu berlawan dengan mental dan emosi kita sendiri. Lawan kita sebenar bukan orang lain, tapi diri kita sendiri. Never surrender, feel the thrill, and keep fighthing because the challenges never stop!










Kalau rasa tak boleh buat challenge tertentu, don't worry. Jangan tension, sebab korang ada pilihan lain. Just kena penalty dengan 15 burpees. Easy right? Tapi, kalau rasa nak cabar keupayaan diri, masa ni lah peluang terbaik untuk try. Believe me, you'll never regret! But, safety first. Yang penting, just enjoy yourself!


Kalau korang berminat, cepat-cepat register di www.warriorschallenge.com.my. Jangan lupa, guna kod "NUAR50" untuk dapatkan diskaun sehingga 50%. Akhir kata, all the best untuk korang semua yang menyertai Warriors Challenge 2017. Aku doakan, semoga rezeki menyebelahi korang untuk dapat "durian runtuh" untuk lucky draw. Hehehehe.

Kalau korang pernah baca artikel-artikel berkaitan DapurPB, mesti korang dah tahu kan apa menu-menu yang pernah aku kongsikan di blog? Bukan nak kata aku pandai masak, apatah lagi nak gelarkan diri seorang chef. Cuma, kadang-kadang aku memang suka memasak, suka explore macam mana nak hasilkan menu-menu favorite hasil air tangan sendiri. Dan paling penting, sekadar perkongsian untuk lelaki bujang di luar sana untuk mencuba sendiri menu-menu simple di dapur.



Biasanya, aku akan guna bahan-bahan mentah dan rempah-ratus kalau nak masak. Proses nak sediakan bahan ni paling lama untuk settle. Tapi, kalau dah sibuk, kesuntukan masa, memang kena guna alternatif lain. Antara trick yang aku gunakan untuk menjimatkan masa dalam menyediakan hidangan adalah dengan menggunakan pes. Seriously, tak payah nak sediakan banyak bahan dan tak perlu nak blend itu ini. Jimat banyak masa. Dan antara produk yang korang patut cuba adalah Pes Ayamas.


Aneka Pes dan Sos segera dari Ayamas Kitchen


Biasanya kita tahu, Kedai Ayamas adalah salah satu rangkaian jualan produk berasaskan ayam especially roasted chicken. Siapa sangka, sekarang Ayamas telah melancarkan aneka pes dan sos segera baharu menerusi jenama Ayamas Kitchen. 


Antara produk baharu yang dikeluarkan oleh Ayamas Kitchen adalah  sos rendang, pes masak merah pes kurma dan serbuk pati ayam. Pes segera yang padat dengan campuran rempah ratus asli ini semestinya akan memudahkan kita semua untuk memasak hidangan tradisional di rumah dengan cepat dan paling penting menjimatkan masa. So, memang kena dengan tagline mereka iaitu "Cepat, Mudah dan Lazat".



Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah


Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampur dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang, bagi menghasilkan kuah yang lazat. Pes segera ini sesuai untuk memasak aneka juadah seperti ayam, daging atau makanan laut dalam masa kurang 30 minit.



Cepat, Mudah dan Lazat


Resipi Ayam Masak Merah dari Ayamas

  1. Sediakan bahan-bahan seperti hirisan bawang besar, bawang merah, tomato, ketulan ayam yang digoreng separuh masak dan paling penting Pes Masak Merah dari Ayamas Kitchen
  2. Panaskan minyak dan masukkan Pes Masak Merah serta sedikit air (bergantung kepada kepekatan kuah yang dikehendaki)
  3. Tumis pes Masak Merah sehingga pecah minyak
  4. Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak
  5. Masukkan hirisan bawang besar dan bawang merah. 
  6. Akhir sekali masukkan hirisan tomato dan siap sedia untuk dihidangkan


Ayam Masak Merah


Untuk dapatkan hasil masakan Ayam Masak Merah mengikut citarasa sendiri, korang boleh tambah sedikit garam atau gula secukup rasa. Untuk kuah pulak, korang boleh decide nak cair atau pekat. Dan, dalam masa 30 minit hidangan Ayam Masak merah siap-sedia untuk dihidangkan. Mudah kan? Selamat mencuba!



Pes Ayamas


Bukan Pes Masak Merah je ada, macam-macam lagi pes segera dan sos masakan yang ada dari Ayamas Kitchen. Korang boleh pilih menu kegemaran korang untuk dicuba!


Pes Kurma, Sos Rendang, Pes Masak Merah dan Pati Ayam



Ayam Masak Kurma


Rendang Ayam


Sempena majlis pelancaran produk baru Pes Segera dari Ayamas Kitchen ini, kami bersekesempatan dan berpeluang untuk mencuba sendiri hasil juadah yang disediakan menggunakan pes segera semasa Ayamas Kitchen Bloggers Party di QSRT Glenmarie, Shah Alam. 


Ayamas Kitchen Blogger Party


Nasi Impit dan Rendang Ayam


Nasi Beriani, Ayam Masak Merah dan Ayam Masak Kurma


Berita baik untuk korang semua! Sos rendang, pes kurma dan pes masak merah Ayamas Kitchen masing-masing dijual pada harga serendah RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram. So guys, kalau korang nak cuba, bolehlah dapatkan produk pes segera Ayamas Kitchen ini di semua rangkaian Kedai Ayamas seluruh negara. Paling best, produk ni juga bukan saja sesuai untuk digunakan di rumah, malah amat sesuai untuk dibawa ke mana-mana especially time travel di dalam atau ke luar negara.


Harga: RM2.80 setiap paket yang mengandungi 100 gram.


Untuk info lanjut berkaitan produk Ayamas atau  promosi terkini, korang boleh rujuk di FB Page Kedai Ayamas – Ayamas Roaster dan website www.kedaiayamas.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...