BURGER AYAM RENDANG DAN BURGER AYAM TELUR BERKEJU DI RASA UTARA

/
12 Comments
Kalau bab makan, aku tak memilih sangat. Dari gerai-gerai tepi jalan, restoran, sehinggalah buffet di hotel, semua jalan. Semenjak dua menjak ni, selera aku berubah dan terarah kepada burger. Dari KFC Zingger Double Down sehingga ke McD Spicy Korean Burger, semua aku layan. Dan baru-baru ini, aku jumpa lagi satu lokasi best untuk makan burger. Nak tahu di mana? Jom, aku kongsikan.


Burger Ayam Telur Berkeju atau Burger Ayam Rendang?

Lokasi yang aku maksudkan adalah Rasa Utara yang terletak di Berjaya Times Square. One thing aku suka tentang Rasa Utara adalah sebab lokasinya yang strategik. Mudah diakses especially dengan public transport iaitu monorail. Hanya turun di Stesen Imbi, terus sampai. Dulu, aku ingat ke hanya makanan utara je ada di Rasa Utara. Rupa-rupanya, more than that.


Lagi buat aku excited bila dapat tahu Rasa Utara pun ada menawarkan burger. Yeaha! My all time favorite. Tapi, konpius weh nak try burger mana satu. Rasa Utara ada dua pilihan burger iaitu Burger Ayam Rendang dan Burger Ayam Telur Berkeju. Kedua-duanya nampak mengancam. Herm, nak try yang mana satu nI?



Dinner di Rasa Utara bersmaa rakan bloggers


Memandangkan kami pergi makan ramai-ramai di Rasa Utara, so we've decided to order both burgers. Boleh share-share untuk rasa. Good idea! Bukan burger je kami order, pelbagai menu lain juga kitorang order. Maklumlah, dah lama tak lepak makan-makan macam ni. So guys, kalau korang nak buat reunion ke, gathering ke, I would like to recommend Rasa Utara. 


Rasa Utara, Berjaya Times Square


Rasa Utara terlerak di aras Ground Floor, Berjaya Time Square. Kedudukannya betul-betul sebelah Starbuck. Mudah nak cari. Paling penting, ruang makan di Rasa Utara sangat selesa. Kalau nak buat event ke apa, korang boleh buat reservation untuk tempat makan di aras atas.


Sirap Selasih Laici


Jenuh juga nak fikir menu apa yang nak order di Rasa Utara. Semua menu nampak mengancam. But, I go for burger first. Oh, Sirap Selasih Laici adalah antara minuman yang wajib korang cuba di Rasa Utara.


Burger Ayam Rendang

Biasa asyik makan rendang ayam dengan nasi lemak, lemang dan pulut kuning je. But, this time it's different. Kita cuba makan Burger Ayam Rendang special dari Rasa Utara. Ya Allah, rasanya umphhh dengan gigitan pertama. Ayam lembut, rasa rendang dia memang power. Sebiji burger dengan portion yang besar macam ni boleh share 2 orang. Believe me, the bun was so delicious! Sampai kitorang berebut nak makan roti, hahaha.


Burger Ayam Telur Berkeju


Next in line, we've tried Burger Ayam Telur Berkeju. Memandangkan aku suka gila dengan cheese, this one I can't ressist. Seriously, sedap yang amat. Dengan kepingan daging ayam, kepingan keju dan telur, so yummeh! 


Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa lagi menu yang ada untuk dipesan kalau plan nak datang makan di Rasa Utara. Ok, kat sini aku nak share dan recommend beberapa menu yang patut korang cuba kalau datang makan di Rasa Utara.


Seleksi Menu di Rasa Utara



Karipap


Samosa Ayam


Satay Ayam


Set Ayam Goreng Cili Lagenda


 Set Nasi Rasa Utara


Nas Goreng Rasa Utara


Ayam Nyonya Pinang


Ikan Menari ( Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam)


Sagu Gula Melaka dan Mango Pudding


Macam mana, mengancam ke tidak menu-menu di Rasa Utara. Honestly, aku sangat berpuas hati makan di sini. Rasa yang sedap, portion yang memadai dan paling penting, variasi seleksi hidangan yang ada. Really worth it!


Aku paling suka satay ayam. Sedap weh satay ayam di Rasa Utara. I think, after burger I'll go for satay ayam. Rasa macam nak repeat lagi makan kat sini. Lagipun, memang dah dekat dengan area office, hehe. Anyone wanna join me? Jom!


Selain daripada menu-menu yang sempat kami cuba, korang juga boleh order Mi Soto, Laksa Kedah dan macam-macam lagi hidangan mengikut citarasa masing-masing. Dari segi air minuman, Rasa Utara menyedikana pelbagai jenis minuman seeprti Teh Ais Cincai, Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau.



Good news guys! Sempena bulan Kemerdekaan yang ke-60 pada tahun ini, pihak Rasa Utara tampil dengan kempen Merdeka 60 Minit. Jadi, setiap hari dari jam 1-2 petang, korang boleh serbu Rasa Utara berdekatan korang untuk menikmati promosi hebat sempena Medeka 60 Minit!


MERDEKA 60 MINIT

Get a FREE drink of your choice when you purchase a Rice Meal or Noodle from us”.

Promotion period : 
15/8/2017-17/9/2017
1pm -2pm daily



Untuk maklumat lanjut tentang Rasa Utara atau promosi-promosi terkini, korang boleh rujuk:

Website:

Fecebook:

Instagram:


Selamat mencuba!



You may also like

12 comments:

  1. la, macam macam ada kat Rasa Utama rupanya..ingatkan laksa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, macam-macam ada. Mula-mula tu, ingat makanan utara je ada.

      Delete
  2. Burger ayam rendang tu nampak tempting gila, nanti nak cuba lah

    ReplyDelete
  3. Bestnya makanan banyak kat sini tunggu tuan tanah belanja kita makan jer hehehehe....

    ReplyDelete
  4. sedapnya makanan dia, selalu lalu je depan kedai tu kat bts sebab ingat ada makanan utara je. burger dia mengancam,aduh.haha

    ReplyDelete
  5. Sagu gula melaka dan mango pudding.. yummy dessert..

    ReplyDelete
  6. sedap-sedap semua menu.. rasa utara memang tak mengecewakan.

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik dn tertarik pilihan menu yg mereka sediakan. Bolehlah sis cuba makan disini nanti

    ReplyDelete
  8. Wah sedapnye. Ika nak try burger ayam rendang le..

    ReplyDelete
  9. Menarik juga menu yang ada disini. next time kena singgah ke sini.. terima kasih ;)

    ReplyDelete
  10. Fuhhh makan sedap. Jemput makan. Hahaha. Nanti nak cuba burger rendang tu. Faveret ruby rendang ni tau. Kalau spoil rasa dia, cubit moka nanti. hahaha

    ReplyDelete
  11. alamakkkkkk, tak share lagikkkkkkkkk....tapi seriously best weh makanan di Rasa Utara ni.... Dengan Gigitan Pertama,haaaaaaaaaa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...