STAYCATION DI RICCARTON CAPSULE TITIWANGSA, KUALA LUMPUR

/
9 Comments
Dulu, aku pernah share experience staycation di Capsule by Container Hotel, KLIA2 (klik sini). Jadi, untuk korang yang plan nak overnight di airport especially sebelum flight awal pagi, boleh consider untuk book Capsule by Container Hotel, KLIA2.


Kali ni, aku nak share satu lagi lokasi best untuk stay di Kuala Lumpur. Yang penting, korang boleh stay pada harga yang murah tetapi selesa seperti stay di hotel 4-5 bintang. Teruja nak share experience staycation kami di Riccarton Capsule.  Mesti korang tertanya-tanya, apa beza capsule di KLIA2 berbanding Riccarton Capsule? Ok, meh nak cerita.   



Reception Counter Riccarton Capsule Titiwangsa, Kuala Lumpur


First of all,  jumlah unit capsule di Riccarton Capsule ni lebih banyak berbanding di Capsule KLIA2. Jadi, tak perlu risau takut fully book. Kalau di KLIA2, biasanya selalu penuh dan peluang nak stay sangat tipis especially untuk walk-in customer. Sebaliknya, untuk walk-in customer di Riccarton Capsule buat masa ini, memang akan ada capsule yang kosong. Ye lah, lagipun Riccarton Capsule baru dibuka kepada umum. Tapi, just in case kalau capsule penuh sekalipun, korang boleh book bilik hotel biasa di bangunan yang sama. Riccarton Capsule Hotel menyediakan Capsule di aras 1 dan 2 manakala bilik hotel di aras 3 dan 4. 


Sambutan di Twitter


Baru-baru ini, aku ada buat shout out di twitter untuk share experience stay di Riccarton Capsule. Tak sangka, ramai yang teruja dengan konsep yang diketengahkan oleh Riccarton Capsule. Paling penting, ramai yang baru tahu tentang kewujudan Riccarton Capsule. Lagi terkejut, gambar kami turut viral apabila dikongsikan di FB page Backpckerz. Untuk pengetahuan korang, dulu kalau nak menginap dalam capsule macam ni, paling dekat pun ada di Penang. Sekarang, hanya di Kuala Lumpur. That's why, ramai yang excited. Masing-masing pakat nak try merasai sendiri pengalaman menginap di dalam capsule.




Lokasi Riccarton Capsule


Riccarton Capsule terletak di Wisma Q Titiwangsa di Jalan Pahang. Stesen LRT paling dekat adalah LRT Sentul Timur atau LRT Sentul, Kemudian, boleh ambil Grab Car, Uber atau teksi untuk ke Riccarton Capsule. Kalau korang drive sendiri, hanya perlu waze "Riccarton Capsule".


Riccarton Capsule Hotel, Kuala Lumpur

Staycation di Riccarton Capsule


Pengalaman pertama stay di Riccarton Capsule memang mengujakan! Dengan ruang capsule yang unik, dilengkapi dengan panel hi-tech, tilam dna bantal empuk, fasiliti lengkap, semestinya menjadikan Riccarton Capsule sebagai salah satu lokasi pilihan untuk dijadikan sebagai perfect staycation di Kuala Lumpur. Jom kita tengok, suasana dan keunikan yang akan korang rasai apabila stay di Riccarton Capsule. Mana tahu, ada antara korang berhajat nak datang kan? So, inilah antara benda yang korang boleh expect!


Katakan tidak pada claustrophobia iaitu fobia terhadapa ruang sempit


12 capsules dalam satu ruang


Capsule tingkat atas


Capsule tingkat bawah


Ciri keselamatan auto-gate untuk setiap capsule


Kemudahan meja dan wi-fi percuma disediakan


Ruang yang luas dan selesa untuk bekerja


Satu ruangan bilik dilengkapi dengan 12 capsules iaitu single capsule dan double capsule dengan sususan kiri dan kanan serta atas dan bawah. Lighthing dalam capsule sangat sempurna bila kita boleh selaraskan cahaya biru atau cahaya putih mengikut pilihan masing-masing. Fungsi auto-lock untuk pintu capsule pula amat canggih dan menjamin keselamatan. 


Dengan menyentuh "access card" di panel luar capsule untuk membuka pintu dan menekan button "un-lock door" dari bahagian dalam, pintu capsule boleh diakses dengan selamat. Oh, lagi satu. Untuk yang nak sambung buat kerja guna laptop, meja ada disediakan di bahagian tepi dalam capsule, Wi-fi percuma dan tv LCD pun disediakan. Cuma perlu siap sedia dengan earphone atau head-phone masing-masing. Pendek kata, cukup lengkap! 

Capsule Single dan Capsule Double

Ada orang tanya, "Kalau nak stay 2 orang boleh ke dalam capsule?". Ya, jawapan dia memang boleh. Dengan syarat, korang book Double Capsule. Kalau untuk seorang, korang hanya perlu book Single Capsule. Bergantung kepada keperluan korang, sama ada nak yang single (seorang) atau double (berdua). Boleh tengok perbezaan ruang dan interior design untuk single capsule dan double capsule seperti di bawah.


Single Capsule - Penginapan untuk seorang


Double Capsule - Penginapan untuk 2 orang


Fasiliti Lengkap di Riccarton Capsule


Selain tempat tidur yang selesa dan capsule yang dilengkapi dengan teknologi canggih (hi-tech), Riccarton Capsule Hotel juga dilengkapi dengan fasiliti lengkap. First time menginap di sini, memang aku rasa cukup berpuas hati dengan keselesaan dan kemudahan yang ditawarkan. Jujurnya, aku rasa lebih selesa menginap di sini berbanding di Capsule by Container, KLIA2. Mesti korang nak tahu kan. Apa fasiliti yang disediakan di Riccarton Capsule? Jom, cekidout!!!


Access card dan locker untuk menyimpan kasut


Locker untuk menyimpan bag


Panel  hi-tech dilengkapi dengan international plug dan USB port


Water dispenser, tandas dan bilik mandi


Workstation


Shuttle Riccarton Capsule


Tidak kira sama ada korang student, backpacker, solo traveller, rombongan sekolah/ universiti, jalan-jalan bersama family ataupun lawatan kerja ke Kuala Lumpur, Riccarton Capsule Hotel memang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Jimat dan berbaloi! Selain terletak di lokasi yang agak strategik, Riccarton Capsule juga menyediakan fasiliti yang cukup lengkap.


Pssst! Kalau nak mandi tu, better bawa kain/ seluar basahan memandangkan bilik mandi di aras 1 dan 2 (Capsule) hanya ada tirai. Walaupun bilik mandi diasingkan lelaki dan perempuan, konsep bilik mandi adalah sama macam hostel. Korang kena share bilik mandi. Polisi di sini, sebelum masuk tidur dalam Capsule, selepas check-in korang kena mandi dulu. Then, baru boleh masuk ke dalam capsule. Part kebersihan dan keselamatan di sini, memang boleh puji. Kalau rasa tak selesa dengan konsep sharing bilik mandi macam ni, korang ada alternatif lain untuk book bilik hotel di aras 3 dan 4 yang mana memang menjanjikan bilik yang lebih privacy dan selesa.


Video Staycation Riccarton Capsule


Sebagai tanda kenang-kenangan dan sebagai rujukan korang yang berhajat nak datang ke Riccarton Capsule, aku ada rakam video. Sorry la, video tak gempak pun. Noobies katakan, hehehe. Korang layan je lah eh, kah3!





Riccarton Capsule Hotel
Titiwangsa, Kuala Lumpur


A futuristic accommodation at Riccarton Capsule, Jalan Pahang Titiwangsa, Kuala Lumpur

Good news to all travellers out there. Currently, they're having a special promotion for May 2017. Book your capsule for a unique staycation as low as RM37.50 per night per pax (Until 25 May 2017)

Normal rate:
Single Capsule RM75
Double Capsule RM140

Facilities:
- Free shuttle van from HKL, IJN, Tawakkal Hospital, KLCC and PWTC
- Free high speed TM unifi wi-fi
- Free parking
- Self-laundry
- Cold & hot drink vending services
- Airport pickup
- Free drinking water
- Free locker

Distance:
- Nearby to Mc Donalds
- 1.5 KM to PWTC and Sunway Putra Mall
- 2.5 KM to KLCC

Overall, sangat selesa. Highly recommended to all travellers and backpackers. It's cheap and convenience 

So, untuk korang yang plan nak travel ke KL, boleh masukkan Riccarton Capsule in your bucket list.

A new brand boutique capsule hotel in KL. Stay differently!




Pilihan Bilik di Riccarton Capsule Hotel


CAPSULE SINGLE
RM75

CAPSULE DOUBLE 
RM140

STANDARD ROOM 
RM170

DELUXE DOUBLE ROOM 
RM200

DELUXE SUITE ROOM 
RM250

DELUXE FAMILY ROOM 
RM335

  • All rates are subject to change without prior notice
  • Waktu Check-in - 3 P.M.
  • Waktu Check-out  - 12 P.M.
  • Untuk late check-out, hanya dibenarkan sehingga 1 P.M. dan selepas waktu yang dibenarkan, akan dikenakan caj separuh harga sehingga 6 P.M. 


Alamat:
Hotel Riccarton Capsule
Wisma Q Titiwangsa,
Persiaran Titiwangsa 1,
Jalan Pahang, 53000 KL.


Facebook:


Website;


Booking
+603-4031 5000


You may also like

9 comments:

  1. Wah..menarik ni...dulu terbaca kat blog kawan capsule ni kat luar negara..tak sangka kat Malaysia pun ada..first time akak tau ni...

    ReplyDelete
  2. Hari tu kita dah hampir2 nak menginap kat sana sebab tengok tempat sangat selesa dan cantik. Tapi kita tak boleh dalam tempat sempet fobhia hehehe...

    ReplyDelete
  3. wahhh menarik, baru tahu kat KL ada Capsule ni. ada pula tu untuk double hehehe excited pula coz nampak cantik dan selesa :)

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  4. Menarik nya hotel capsule ni. Baru tahu. Tapi untuk #makanakempat macam saya ni memang tak boleh stay dekat situ lah nampak nya ☺

    ReplyDelete
  5. Memang tak boleh lupa pengalaman kat sini. Sangat unik dan lain daripada yang lain! Berbaloi pulak tu! :D

    ReplyDelete
  6. Cantik capsule dia. Tapi macam klaustophobic la pulak

    ReplyDelete
  7. Teringin gak tapi sehan sebab bilik air kongsi... malu uols hahahahahaha

    ReplyDelete
  8. Menarik....

    Ala... Promo dah tamat tempoh la pulak, kalau x, teringin juga nak tidur disini.

    ReplyDelete
  9. menarik nie... saya memang suka staycation... In Shaa Allah nak try bila turun semenanjung... anyway.. cantik gambar2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...