KONSERT JOM TONTON 2017 SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA TONTON

/
0 Comments
Lama gila tak pergi tengok konsert. Weekend hari tu, pergi tengok Konsert Jom tonton di The Curve, Mutiara Damansara. Alang-alang pergi lepak di area eCurve dengan gang +Projek Travel , so tak lepaskan peluang untuk singgah jugak di tapak Jom tonton. Meriah gila! Plannya memang nak pergi sekejap je. Hermmm, alih-alih terlajak sampai ke tengah malam. Selepas Konsert Jom tonton habis jam 10 malam, baru gheti nak balik ke rumah semua, haha. Overall, memang enjoy! Thank you tonton. Semoga next time, ada lagi konsert yang havoc macam ni. By the way, meh nak share apa yang menarik tentang Konsert Jom tonton 2017. 


Kemeriahan Konsert Jom tonton 


1) Konsert Jom tonton meraikan peminat dan ulangtahun pertama tonton!

Konsert Jom tonton ini bersempena dengan sambutan ulang tahun pertama tonton. Konsert Jom tonton ini special untuk semua warga tonton VIP yang setia menjadi pengguna laman web strim atas talian (streaming online) nombor satu di Malaysia yang kini sudahpun mencecah 7 juta pengguna! Semoga terus sukses.


Queen of tonton: Dato' Seri Vida bersama 
Faces of tonton: Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack


2) Perkenalkan Queen of tonton dan Faces of tonton

Event Jom tonton kali ini juga  memperkenalkan duta tonton yang baru. Kalau tahun lepas, Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad dipilih sebagau duta tonton, kali ini nampaknya muka-muka baru yang bakal menggegarkan tonton! Antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, dan Thomas Jack dipilih sebagai Faces of tonton. Paling gempak, tahun ni tonton siap memperkenalkan Queen of tonton iaitu Dato' Seri Vida. So, kalau korang nak tengok celoteh Dato' Seri Vida (DSV), bolehlah tengok beliau di channel tonton ya!


Ayda Jebat menghiburkan peminat dengan lagu Nakal Nakal Nakal dan Pencuri Hati


3) Persembahan Artis terkenal Tanah Air

Antara artis yang datang dan memeriahkan tapak Jom tonton adalah Ayda Jebat. Siapa tak suka Ayda Jebat kan? Lagu-lagu dia semua catchy. Ni first time aku tengok Ayda Jebat nyanyi live. Fuh, memang lincah dia menari dan friendly dengan fans. Sempatlah juga dia nyanyi lagu Nakal Nakal Nakal dan Pencuri Hati. No wonderlah dia ramai peminat kan? Maybe sebab itu dia mampu menang banyak awards sebelum ni, hahahaha. 


Selain Ayda Jebat, Diana Danielle pun ada. Kalau nak tahu, Diana Danielle sekarang berlakon untuk slot drama Tonton yang baru iaitu Raisha. Antara bintang lain yang turut memeriahkan event Jom tonton kali ini adalah bintang Youtube terkenal iaitu Jin, Rueben dan JinnyBoyTV, Wany Hasrita, dan beberapa selebriti Cina seperti Dr. Soo Winci, Orange Tan dan Jieying Tha.



Bazaar sempena event Jom tonton


4) Bazaar dari 10 pagi hingga 10 malam

Bukan persembahan artis dan acara pentas je ada. Event Jom tonton kali ini dimeriahkan dengan booth-booth vendors yang menjual busana, tudung, dress, barangan cenderahati, makanan dan macam-macam lagi. Untuk pengunjung yang berminat nak berdaftar sebagai ahli tonton VIP, mereka boleh terus ke booth tonton. Selain itu, antara bazaar yang ada di tapak event Jom tonton adalah Pamoga Qu Puteh dan roopawan.com


Booth Pamoga Qu Puteh by Dato' Seri Vida


5) Acara kemuncak Konsert Jom tonton

Untuk event Jom tonton kali ini, acara kemuncak adalah Konsert Jom tonton. Antara barisan artis yang menghiburkan para penonton malam itu adalah Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Ara Johari, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter dan Bunkface. Seriously, memang meriah gila malam tu. Persembahan yang power dan ohsem daripada semua.


Sufian Suhaimi
Harus Aku
Permata Cinta
Terakhir


Alvin


Azlan & The Typewriter


Ara Johari
Warkah Untukku


Ning Baizura
Awan Yang Terpilu


Bunkface


So guys, kalau korang nak tengok video penuh persembahan artis-artis sempena Konsert Jom tonton di The Curve, Mutiara Damansara, korang boleh tengok di youtube penaberkala


Sebelum terlupa, sekali lagi nak inform kepada korang yang suka tengok drama di tv, especially kaki drama yang nak tengok awal episod-episod drama sebelum keluar tv, korang boleh daftar sebagai ahli tonton vip. Antara pakej langganan sebagai ahli VIP Tonton yang ada adalah bermula dari serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).


Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah rujuk maklumat yang aku sertakan di bawah.

Website:

Facebook:

Instagram:

Twitter:

Contact :
03-2717 2020



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...