KFC VALUE TREATS SERENDAH RM3.90

Kalau cerita tentang KFC, banyak betul kenangan. Seolah-olah ada sentimental value. Bermula dengan pengalaman manis dapat reward makan KFC lepas dapat result UPSR dulu, sampailah sekarang. Memang aku salah seorang pencinta makanan-makanan di KFC especially ayam goreng spicy, cheezy wedges dan zinger burger. My all time favorite!


Baru-baru ini, berpeluang untuk turut serta dalam memeriahkan event KFC Value Treats Fan Party di KFC Pavilion. Memang sangat excited dan teruja bila dapat turut serta dalam event macam ni especially bersama brand yang kita follow dan suka sejak dulu lagi. Dan kali ini special sikit, ada pelancaran menu baru iaitu KFC Value Treats.




The best part bila dapat join event macam ni, kita akan jadi antara orang yang terawal untuk mencuba sendiri menu-menu baru yang ditawarkan. Mesti korang semua nak tahu kan, apa yang best? Okay, to be honest, semua menu baru yang ditawarkan untuk KFC Value Treats kali ini, basically berasaskan ketulan ayam macam yang ada dalam zinger burger. Korang pernah try kan zinger burger? Keenakan dan kesedapan itulah yang cuba diketengahkan, tapi dengan harga yang jauh lebih murah dan berpatutan.




Selain harga yang murah dan berpatutan, dengan adanya KFC Value Treats macam ni, kita sebagai pelanggan akan ada lebih banyak pilihan. Pendek kata, kalau nak try semua jenis pun boleh. Dengan portion yang tidak terlalu besar tetapi mengekalkan keenakannya, pasti akan memberi kepuasan bermula dengan gigitan yang pertama. Seriously, sedap!




Ok, untuk pengetahuan semua, kat bawah ni disenaraikan menu-menu yang korang boleh pilih dan order untuk KFC Value Treats. Paling penting, harga untuk KFC Value Treats ini bermula dari serendah RM3.90 dan paling mahal pun dalam RM5.90. Amacam, berbaloi ke tidak?

Harga KFC Value Treats

Zinger Slider
RM3.90

Salsa Roller
RM3.90

Zinger Mushroom Soup
RM3.90

Shoyuken Rice Bowl
RM5.90

Loaded Potato Bowl
RM5.90




Bagi kami, KFC Value Treats sangatlah berbaloi! Sedap dan murah. Mana nak dapatkan? Tak sabar nak tunggu menu-menu lain lagi dari KFC. So guys, don't forget to try it out! Jom pakat serbu Restoran KFC yang berdekatan anda. Kalau balik kampung, biasanya anak-anak buah selalu minta belanja KFC. Tak sangka, dulu time kecil kita yang selalu merengek nak KFC, sekarang turn mereka pulak. Time flies so fast, uhuk uhuk. Tetiba rasa tua pulak.


Btw, kalau korang nak tengok apa jua promosi ataupaun menu-menu terbaru di KFC, jangan lupa terjah ke website atau follow mereka di laman media sosial. Cekidout!!!


Website:

Instagram

Facebook

Post a Comment

0 Comments