Lama gila tak pergi tengok konsert. Weekend hari tu, pergi tengok Konsert Jom tonton di The Curve, Mutiara Damansara. Alang-alang pergi lepak di area eCurve dengan gang +Projek Travel , so tak lepaskan peluang untuk singgah jugak di tapak Jom tonton. Meriah gila! Plannya memang nak pergi sekejap je. Hermmm, alih-alih terlajak sampai ke tengah malam. Selepas Konsert Jom tonton habis jam 10 malam, baru gheti nak balik ke rumah semua, haha. Overall, memang enjoy! Thank you tonton. Semoga next time, ada lagi konsert yang havoc macam ni. By the way, meh nak share apa yang menarik tentang Konsert Jom tonton 2017. 


Kemeriahan Konsert Jom tonton 


1) Konsert Jom tonton meraikan peminat dan ulangtahun pertama tonton!

Konsert Jom tonton ini bersempena dengan sambutan ulang tahun pertama tonton. Konsert Jom tonton ini special untuk semua warga tonton VIP yang setia menjadi pengguna laman web strim atas talian (streaming online) nombor satu di Malaysia yang kini sudahpun mencecah 7 juta pengguna! Semoga terus sukses.


Queen of tonton: Dato' Seri Vida bersama 
Faces of tonton: Ayda Jebat, Redza Rosli dan Thomas Jack


2) Perkenalkan Queen of tonton dan Faces of tonton

Event Jom tonton kali ini juga  memperkenalkan duta tonton yang baru. Kalau tahun lepas, Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad dipilih sebagau duta tonton, kali ini nampaknya muka-muka baru yang bakal menggegarkan tonton! Antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, dan Thomas Jack dipilih sebagai Faces of tonton. Paling gempak, tahun ni tonton siap memperkenalkan Queen of tonton iaitu Dato' Seri Vida. So, kalau korang nak tengok celoteh Dato' Seri Vida (DSV), bolehlah tengok beliau di channel tonton ya!


Ayda Jebat menghiburkan peminat dengan lagu Nakal Nakal Nakal dan Pencuri Hati


3) Persembahan Artis terkenal Tanah Air

Antara artis yang datang dan memeriahkan tapak Jom tonton adalah Ayda Jebat. Siapa tak suka Ayda Jebat kan? Lagu-lagu dia semua catchy. Ni first time aku tengok Ayda Jebat nyanyi live. Fuh, memang lincah dia menari dan friendly dengan fans. Sempatlah juga dia nyanyi lagu Nakal Nakal Nakal dan Pencuri Hati. No wonderlah dia ramai peminat kan? Maybe sebab itu dia mampu menang banyak awards sebelum ni, hahahaha. 


Selain Ayda Jebat, Diana Danielle pun ada. Kalau nak tahu, Diana Danielle sekarang berlakon untuk slot drama Tonton yang baru iaitu Raisha. Antara bintang lain yang turut memeriahkan event Jom tonton kali ini adalah bintang Youtube terkenal iaitu Jin, Rueben dan JinnyBoyTV, Wany Hasrita, dan beberapa selebriti Cina seperti Dr. Soo Winci, Orange Tan dan Jieying Tha.



Bazaar sempena event Jom tonton


4) Bazaar dari 10 pagi hingga 10 malam

Bukan persembahan artis dan acara pentas je ada. Event Jom tonton kali ini dimeriahkan dengan booth-booth vendors yang menjual busana, tudung, dress, barangan cenderahati, makanan dan macam-macam lagi. Untuk pengunjung yang berminat nak berdaftar sebagai ahli tonton VIP, mereka boleh terus ke booth tonton. Selain itu, antara bazaar yang ada di tapak event Jom tonton adalah Pamoga Qu Puteh dan roopawan.com


Booth Pamoga Qu Puteh by Dato' Seri Vida


5) Acara kemuncak Konsert Jom tonton

Untuk event Jom tonton kali ini, acara kemuncak adalah Konsert Jom tonton. Antara barisan artis yang menghiburkan para penonton malam itu adalah Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Ara Johari, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter dan Bunkface. Seriously, memang meriah gila malam tu. Persembahan yang power dan ohsem daripada semua.


Sufian Suhaimi
Harus Aku
Permata Cinta
Terakhir


Alvin


Azlan & The Typewriter


Ara Johari
Warkah Untukku


Ning Baizura
Awan Yang Terpilu


Bunkface


So guys, kalau korang nak tengok video penuh persembahan artis-artis sempena Konsert Jom tonton di The Curve, Mutiara Damansara, korang boleh tengok di youtube penaberkala


Sebelum terlupa, sekali lagi nak inform kepada korang yang suka tengok drama di tv, especially kaki drama yang nak tengok awal episod-episod drama sebelum keluar tv, korang boleh daftar sebagai ahli tonton vip. Antara pakej langganan sebagai ahli VIP Tonton yang ada adalah bermula dari serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).


Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah rujuk maklumat yang aku sertakan di bawah.

Website:

Facebook:

Instagram:

Twitter:

Contact :
03-2717 2020

Produk adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA? First time dapat parcel dari adidas, memang teruja. Ingat ke dapat sport attire. Rupa-rupanya, dapat produk penjagaan diri adidas termasuklah shampoo, deadorant dan minyak wangi. Selain itu, diselitkan juga bag galas, tuala dan bag toiletries iaitu merchandise special daripada adidas. Wow! Teruja kejap bila dapat produk daripada adidas. Thank you so much. Sayang adidas ketat-ketat.





Psssttt! Bukan itu je. Pihak adidas juga bermurah hati bagi 5 set produk adidas iaitu deadorant dan perfume untuk pembaca blog penaberkala.com! Alhamdulillah, rezeki pembaca blog ni. Mesti korang nak tahu kan, macam mana nak join dan menang produk daripada adidas ni? Hah, kalau nak dapatkan produk-produk ni, kenalah baca sampai habis.





Sebelum aku teruskan dengan cara-cara macam mana nak menang produk adidas ni, apa kata aku share dulu sedikit-sebanyak info berkaitan produk terbaru dari adidas ni sempena dengan edisi special iaitu Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA.


MELANGKAH KE ARENA

Adidas melancarkan produk penjagaan badan adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA yang baharu. Penjagaan badan adidas pada hari ini telah mempamerkan koleksi terbaharunya dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA, satu rangkaian yang diinspirasikan oleh aksi hebat yang penuh dengan suntikan adrenalin seperti yang dilihat dalam perlawanan bola sepak.




Edisi Arena mewakili rangkaian ketiga-tiga produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA. Ia mengikuti kejayaan hebat kedua-dua Edisi Piala dan Edisi Bintang yang mengutip gabungan hasil jualan melebihi daripada empat juta botol eau de toilette.


Pengalaman suasana yang unik ketika melangkah memasuki stadium menginspirasi adidas untuk mencipta Edisi Arena wangian yang baharu untuk lelaki dengan aroma haruman oriental yang melambangkan kuasa dan kejayaan. Menjelang bola sepak mula, keseronokan bermula dengan gabungan menyegarkan bergamot, epal dan rosemary yang memberi kesegaran muktamad.


Sepanjang tempoh permainan, satu adunan elegan geranium dan melur ditegaskan dengan ketumbar berempah bagi menghasilkan aroma maskulin yang menyegarkan. Ketika menghampiri masa tambahan, emosi kian membuak umpama kehangatan aroma tonka yang meliputi bau minyak nilam yang kaya dan kesturi yang mengghairahkan untuk menghasilkan haruman yang kekal lama dan bertenaga. Berkuasa namun penuh kehalusan, wangian ini dicipta khas untuk sang juara.


Dengan menggunakan gaya tersendiri Liga Juara-Juara UEFA, rekaan koleksi Arena Edition ialah perak kebiruan iaitu menambah nilai bermutu semula jadi rangkaian ini.


Penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA yang baharu ini merangkumi:

  1. adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90
  2. adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90
  3. adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90
adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90



adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90


Produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telah berada di pasaran sejak Februari 2017 dan boleh didapati di pasar raya dan farmasi terkemuka. Special untuk 5 pembaca blog penaberkala.com yang bertuah, korang akan dapat FREE satu goodies bag yang mengandungi produk adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90) dan sebotol produk adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90).


adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml (RM32.90)
adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml (RM17.90).


5 set produk adidas untuk 5 pemenang bertuah


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Share artikel ini di Facebook (set as Public) dan nyatakan kenapa anda nak menang produk daripada adidas
  2. Tag fanpage Penaberkala 
  3. Tinggalkan komen di ruangan komen untuk sahkan penyertaan
  4. Tarikh tutup penyertaan pada 30 April 2017
  5. Keputusan akan diumumkan pada 1 Mei 2017

Ok, sekian saja perkongsian untuk kali ni tentang produk adidas Edisi Arena Liga Juara-Juara EUFA. Kepada semua yang baca artikel ni, sila join simple contest ni untuk special giveaway. This products sponsored by adidas. 


Good luck and all the best to all!


Nak makan waffle sedap seperti waffle yang tersohor di United Kingdom? Tapi, bila pula nak pergi United Kingdom kan? Don't worry, waffle yang famous di UK iaitu Wafflemeister kini dah ada di Malaysia.


Berita baik untuk semua penggemar waffle. Nak tahu apa yang special tentang Wafflemeister? Di mana lokasi Wafflemeister? Jom, aku kongsikan sedikit-sebanyak info berkaitan Wafflemeister. Alang-alang aku dah pun terjah Wafflemeister baru-baru ni, jadi meh nak share. Mana tahu kan, ada yang berminat nak pergi Jalan-Jalan Cari Makan di Wafflemeister. Cekidout!!!


Wafflemeister Bangsar

Address:
7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: 
+60 3-2202 1817


First of all, aku nak share lokasi dulu. Wafflemeister terletak di Bangsar. Untuk memudahkan korang mencari lokasi Wafflemeister, korang just perlu waze sahaja, "Wafflemeister". Tak pun, korang boleh refer alamat seperti yang tertera di atas. Ok, lokasi dah tahu kan? Meh, nak share 9 fakta menarik tentang Wafflemeister Bangsar yang korang patut tahu.


1) Satu-satunya outlet Wafflemeister di Malaysia

Wafflemeister merupakan outlet waffle yang cukup terkenal di United Kingdom. Dan jangan terkejut, Wafflemeister Bangsar adalah satu-satunya outlet waffle original brand Wafflemeister yang ada di Malaysia. Wow kan?


Sejarah tentang Wafflemeister di dinding Wafflemeister Bangsar


Dulunya, outlet Wafflemeister ada di Suria KLCC. Tapi, sekarang sudah relocate ke lokasi baru iaitu di Jalan Telawi 3, Bangsar. Haaa, kalau ada yang tertanya-tanya kat mana Wafflemeister menghilang? Sudah tentu, sekarang mereka berpindah ke Bangsar. Sila war-warkan ye especially untuk pencinta waffle Wafflemeister. Jangan lupa datang ramai-ramai ke sini untuk mencuba sendiri waffle special made from Belgium with love!


Wafflemeister sesuai untuk gathering dan chit-chat. Cosy ambiance!


2) Waffle jenama dunia yang bertaraf antarabangsa

Wafflemeister merupakan jenama dunia yang bertaraf antarabangsa. Wafflemeister sememangnya jenama yang cukup sinonim dengan waffle. Dengan resepi istimewa dan terkenal, authentic handmade Belgian Liège Waffles menjadikan Wafflemeister berada di kelas yang tersendiri. Rasai sendiri waffle lazat bertaraf antarabangsa di Wafflemeister Bangsar, baru korang boleh tahu betapa power rasanya waffle kat sini.


Wafflemeister menawarkan waffle lazat bertaraf antarabangsa


3) Waffle dibuat dari doh yang diimport khas dari Belgium

Satu perkara yang menarik tentang Wafflemeister adalah dari aspek penyediaan waffle. Biasa kita lihat, waffle yang dijual di Malaysia kebanyakannya dibuat daripada adunan cecair. Berbeza dengan Wafflemeister, mereka menggunakan doh daripada Liège waffles yang handmade  daripada secret recipe keluarga yang berasal dari Beligium. Istimewanya pembuatan waffle di Wafflemeister, mereka import khas doh untuk membuat waffle dari Belgium ke Malaysia. Jangan terkejut, Wafflemeister merupakan satu-satunya outlet waffle di Malaysia yang mengimport terus doh waffle dari Belgium.


Doh yang diimport khas dari Belgium


Menggunakan doh untuk memghasilkan waffle sememangnya menjanjikan kelainan dari segi tekstur dan rasa waffle. Pendek kata, waffle di Wafflemeister ini cukup berbeza daripada waffle yang ada di pasaran. Adunan yang mengandungi "Pearl Sugars" menghasilkan lapisan karamel bila dibakar dan seterusnya menghasilkan waffle yang rangup di luar dan lembut di dalam. Itulah keunikan dan keistimewaan Liège Waffles berbanding Brussels Waffles yang dibuat dalam bentuk cecair especially yang mudah didapati dan dijumpai di Malaysia.


Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan doh waffle ini dijamin halal dan terdiri daripada bahan-bahan yang diluluskan. 



4) Menghidangkan 3 pilihan Belgian Chocolate

Untuk pelanggan di Wafflemeister, korang boleh pilih antara 3 jenis coklat yang ditawarkan untuk dinikmati bersama waffle iaitu Milk, Dark atau White Chocolate. Apa yang pasti, ketiga-tiga jenis coklat adalah dari Belgium. Cuba korang imagine, coklat favorite meleleh atas waffle siap-sedia untuk dinikmati. Walla!


5) Waffle Wednesday menawarkan diskaun 30%

Tak pernah tahu pasal Wafflemeister? Teringin nak try waffle di Wafflemeister? Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman menikmati waffle di Wafflemeister pada hari Rabu. Kenapa hari Rabu? Semestinya kerana adanya 'Waffle Wednesday'.


Untuk pengetahuan semua, Wafflemeister ada buat promosi untuk setiap hari Rabu dengan diskaun sehingga 30% untuk kesemua jenis waffle. Dengan syarat, while stock last! Haa, kalau nak try dan dapatkan waffle dengan harga diskaun, jangan lupa datang awal-awal.


Waffle Wednesday menawarkan diskaun sehingga 30%


6) Top 3 Waffle wajib cuba di Wafflemeister

Frankly speaking, this is my first time here. Jadi, kalau pergi mana-mana tempat makan untuk pertama kali, biasanya aku akan cuba order menu yang tersenarai sebagai the best seller!


Untuk waffle di Wafflemeister, kami dimaklumkan antara top 3 waffle paling laris di Wafflemeister adalah Dream team, Strawberry heaven dan Go banana.


Dream Team


Strawberry Heaven


Go Banana


Selain waffle Top 3 paling laris, ada beberapa jenis waffle lagi yang sempat kami try. Antaranya adalah Cream & Cookies dan Marsh mellow Surprise. Kalau yang pergi bersama anak-anak kecil, semestinya Marshmellow Surprise yang akan menjadi pilihan utama. But, believe me. Waffle kat sini tak terlampau manis. Still, you can eat with smiley face. And, the most important thing, I love it so much!


Cream & Cookies


Marshmellow Surprise


Selain aneka jenis Sweet Waffles yang ada, korang juga boleh cuba Sweet Crepes. Antara Sweet Crepes yang sempat kami cuba adalah Banofee, Nutella dan British Delight. Mana tahu ada yang kurang gemar waffle, usah khuatir sebabnya ada something special untuk anda. Korang ada pilihan alternatif iaitu crepes. Very soft and yummeh!


Banofee
Banana, Caramel, Ginger Biscuite, Cream


Nutella


British Delight
Strawberries, Dark/ Milk/ White Belgian Chocolate


7) Personal touch dengan ukiran nama atas plate

Part ni paling best. Bila waiter/ waitress datang nak hidangkan waffle di Wafflemesiter, korang akan tersenyum lebar. Kenapa? Kerana setiap plate yang dihidangkan untuk pelanggan akan diukir dengan nama masing-masing atas plate. So sweet! Dorang personalise setiap plate dengan nama customer. Secara tak langsung, kita rasa happy dan dihargai.




Nampak tak aku senyum lebar tu? Mana taknya, happy beb! First time nama sendiri ada atas plate. Sampai nak makan waffle pun berjaga-jaga takut terkena tulisan nama, hahaha. Dan semestinya, benda-benda macam ni instaworthy. Korang boleh snap gambar dan share di social media especially di instagram. Hah, kalau ada yang mencari lokasi untuk buat surprise birthday atau anniversary, sesuai sangat datang celebrate kat sini. Highly recommended!


Semanis-manis Belgian chocolate,  manis lagi senyuman saya buat awak 😍


8) Variasi Thick Shakes 

Bila datang ke Wafflemeister, jangan lupa order variasi Thick Shakes. Antara yang kami cuba adalah Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes. Lagi satu yang special kalau korang nak cuba adalah Shake au Chocolat. Setiap Thick Shakes di Wafflemeister sangat sedap dan kaya dengan chocolate dari Belgium. Fuh! Nikmatnya tak terkata dengan sedutan pertama. Slurpppp!


Shake au Chocolat, Chocolate, Vanilla dan Strawberry Shakes


9) Menghidangkan kopi premium by Illy dan Gelato

Untuk peminat kopi yang setia, korang pun tak ketinggalan. Di Wafflemeister, siap ada kopi premium lagi. Kopi dan waffle, terpisah tiada. Memang kombinasi yang sangat ohsem. Perfect!


Wafflemeister - Port best untuk lepak santai


Selain kopi, satu lagi menu istimewa di Wafflemeister adalah gelato. Peminat ais krim atau gelato boleh pilih macam-macam perisa untuk dipadankan dengan waffle. Kebaboom! Waffle panas dan rangup, ais krim pula sejuk menyengat. Walaweh, meletup habis rasanya bila masuk mulut.


Soft drinks, Premium Coffee & Gelato


Aneka  perisa Gelato


Amacam, mengancam tak menu-menu di Wafflemeister? Kalau korang teringin nak cuba sendiri, bolehlah pergi Wafflemeister Bangsar. Takpun, boleh share artikel ni kepada kawan-kawan dan ajak join sekaki.


Facebook:

Instagram:


It's worth it to try! Sekian saja perkongsian aku untuk kali ini. 9 Fakta Menarik tentang Wafflemeister untuk pengetahuan korang semua especially untuk gang kaki makan dan food hunters!  Next lokasi makan-makan ke mana? Stay tuned ya. 
Tahniah TONTON untuk sambutan ulangtahun pertama! Pejam celik, pejam celik, dah cukup setahun TONTON menemui peminat yang dianggarkan kini telahpun mencapai 7 juta keahlian. Wow! Korang dah daftar belum? Hah, cepat-cepat daftar sekarang untuk menikmati pelbagai keistimewaan daripada TONTON.


Sebenarnya, perkongsian tentang TONTON dan juga macam mana nak jadi ahli VIP TONTON merupakan antara artikel popular di blog ini buat masa sekarang. Cuba tengok list popular post di sebelah. Haaa, top post okay! Korang boleh baca kat sini: TONTON macam VIP


Untuk perkongsian kali ini, aku just nak share tentang sambutan ulangtahun pertama TONTON yang akan disambut dalam masa terdekat iaitu pada Sabtu ini, 22 April 2017 di The Curve, Mutiara Damansara.




Konsert TONTON akan diadakan secara besar-besar sempena ulang tahun pertama mereka untuk meraikan para pengguna TONTON VIP. So, korang yang dah daftar jadi ahli VIP, jangan lupa datang ye pada 22 April ini (Sabtu) bertempat di The Curve, Mutiara Damansara pada jam 10 pagi hingga 10 malam. 


Antara artis-artis yang terlibat antaranya Elecoldxhot, Sufian Suhaimi, Kaka Azraff, Wany Hasrita, Ning Baizura, Bunkface, Ara Johari, Azlan & The Typewriter, Forteen, Juzzthin & ABON, Dr. Soo Wincci , Orange Tan, Jieying Tha, Sofia Merican, Alvin Chong dan Waris




Apa yang best tentang Konsert Jom tonton?Selain ada artis-artis popular tanah air, ada pelbagai aktiviti menarik yang turut akan diadakan termasuklah memperkenalkan kandungan terbaharu TONTON, street bazaar, pemainan menarik, sesi ramah mesra bersama selebriti terkenal termasuklah dengan Ratu dan Duta baru TONTON.


Mesti korang tertanya-tanya kan. Siapalah Ratu dan Duta baru TONTON? Nin dia, perkenalkan Ratu TONTON iaitu Dato Seri Vida dan duta-duta baru TONTON yang terdiri daripada Ayda Jebat, Redza Rosli serta pasangan duo Mandopop, Thomas.Jack (Thoma Kok dan Jack Tan) bagi kandungan berbahasa Cina. 






So guys, jangan lepaskan peluang untuk ramai-ramai datang ke The Curve, Mutiara Damansara dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Jangan lupa, datang ke acara kemuncak iaitu Konsert Jom TONTON pada jam 8 malam. Masuk adalah PERCUMA! 


Chopp!! Kepada korang yang tak dapat datang ke The Curve. Don't worry. Korang still boleh tengok Konsert Jom TONTON di website TONTON atau aplikasi TONTON. Streaming je okay! Settle 😍


Date : 
22nd April 2017 (Saturday)

Venue : 
The Curve Mutiara Damansara

Time : 
10am till 10pm (Concert & Bazaar)


Queen of Tonton:
Dato' Seri Vida


Tonton Ambassador:
Ayda Jebat
Redza Rosli
Thomas Jack


List of Performers:
Elecoldxhot
Sufian Suhaimi
Kaka Azraff
Wany Hasrita
Ning Baizura
Bunkface
Ara Johari
Azlan & The Typewriter
Forteen
Juzzthin & ABON
Dr. Soo Wincci
Orange Tan
Jieying Tha
Elecoldxhot
Sofia Merican
Alvin Chong
Waris


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.tonton.com.my dan ikuti laman media sosial tonton:

Facebook: 


Twitter: 


Instagram: 


Hashtag:
#tontonMY #tontonMacamVIP


Website:


LIVE chat service atau talian: 
03-2717 2020
Tahu tak apa khasiat minum Teh Hijau? Biasanya, orang minum Teh Hijau dengan merendam daun teh hijau yang dikeringkan dalam air panas tanpa letak gula. Kemudian, diisi dalam botol yang ada filter untuk diminum. Pernah tengok di office, ada sorang superior di office mengamalkan minum teh hijau dalam botol besar setiap hari. Kagum tengok beliau sangat konsisten. Patutlah nampak cergas dan sihat sepanjang masa walaupun dah berusia. Kadang-kadang, teringin juga nak try minum teh hijau. Biasa duk minum teh o ais, teh ais dan teh tarik je, kah3. 


Sepeti teh biasa yang ada di pasaraya. Teh Hijau juga kini dijual dalam bentuk uncang. So, untuk first timer yang nak try minum teh hijau asli, kalau malas nak pergi cari daun teh hijau yang dah dikeringkan, alternatif lain adalah beli yang dalam kotak. Ready untuk dibancuh dan minum. My first time try teh hijau dalam uncang brand STEA. Dalam satu kotak STEA, ada 28 uncang kesemuanya.


Teh Hijau Asli STEA


Mesti korang nak tahu kan. Apa beza antara Teh Hijau STEA dengan teh hijau lain di pasaran. Ye lah, setiap produk ada kelebihan masing-masing. Memandangkan aku sendiri minum teh hijau STEA ni, jadi kat sini meh nak share sedikit-sebanyak info berkaitan STEA yang aku tahu untuk rujukan korang semua. Mana tahu kan, ada yang berminat untuk try juga. Maklumlah, teh hijau ni kan bagus untuk kesihatan especially untuk detox dan turunkan berat badan.


Kenapa Teh Hijau STEA berbeza daripada Teh Hijau yang lain?

1. Teh Hijau yang diimport dari Jepun.

2. 100% teh hijau sahaja tiada campuran bahan lain

3. Terdapat matcha extract dalam setiap uncang

4. Warna hijau jernih.

5. Tidak pahit

6. Tidak berbau herba dan tidak meloyakan

7. Tidak mengakibatkan sakit perut atau cirit-birit

8. Sesuai dan selamat untuk ibu yang menyusukan anak

9. Tidak menyebabkan pening selepas pengambilan

10. Rasa yang ringan dan tidak meninggalkan rasa tidak selesa di tekak

11. Sesuai untuk seisi keluarga

12. Boleh diminum tak kira masa

13. Disahkan Halal oleh JAKIM




Aku dah mula mengamalkan minum teh hijau STEA. Biasanya, diminum selepas breakfast dan selepas lunch. Kalau bukan selepas lunch, aku minum selepas dinner. Kadang-kadang, lepas makan tak ingat dunia tu, especially musim sekarang yang banyak food review dan Ramadhan Buffet review, hah elok benarlah minum teh hijau STEA ni lepas makan. Biar tahap metabolisma badan meningkat dan sekaligus memudahkan proses penghadaman.


Untuk cara pengambilan, nanti aku share lepas ni. Boleh baca kat bahagian bawah. Kat sini apa yang aku cuba nak sampaikan selepas menjadi pengguna STEA, teh hijau ini tak terlalu pahit dan warniany bukan berwarna hijau pekat sampai kita nak minum pun rasa gerun. Maksudnya, dari segi warna dan rasa memang boleh telan. Paling penting, selepas minum teh hijau perut tak meragam. Ada sesetengah produk teh hijau, selepas minum kita akan ulang-alik pergi tandas untuk buang air besar atau air kecil. Sebaliknya, selepas minum teh hijau STEA ni, tiada perubahan yang berlaku. Cumanya, time membuang tu memang lawas. Lega beb! Jadi, maksudnya produk ni memang betul-betul berkesan untuk detox. Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan, kena banyak minum air. Sebenarnya, dari situ puncanya korang akan ulang-alik pergi toilet. Itu normal! Apa jua kaedah detox yang kita guna, memang tak boleh lari. Tak payah tahan-tahan, buang je apa yang tak perlu tu. Okay?


Hah, sebelum korang tanya, meh nak inform awal-awal. STEA adalah produk yang telah mendapat sijil HALAL daripada JAKIM. Jadi, jangan was-was atau curiga dengan produk STEA. Dijamin HALAL!




Harganya RM60 sekotak tidak termasuk kos penghantaran. Sekotak mengandungi 28 sachet dan 1 sachet boleh digunakan antara 2 ke 3 kali. Jadi korang boleh gunakan 28 sachet itu untuk satu bulan


Cara Pengambilan Teh Hijau Asli STEA

1. 2 kali sehari (pagi & tengahari)

2. Setiap uncang Teh Hijau STEA boleh dibancuh sehingga 3 kali untuk diminum

3. Disarankan untuk minum 30 minit selepas makan:
  • 1 kali selepas sarapan
  • 1 kali selepas makan tengahari/ makan malam
4. Boleh juga diambil selepas mengambil makanan berat/ berlemak/ berminyak




Penyediaan Teh Hijau Asli STEA

1. 1 uncang direndam 2-3min dalam 1 cawan air panas (tapi bukan air menggelegak)

2. Simpan uncang di dalam peti sejuk atau bekas kedap udara untuk digunakan untuk tengahari

3. Hampas STEA boleh diguna semula untuk scrub muka dan badan





Aku pun baru je start minum Teh Hijau Asli STEA ni. Nak share lebih-lebih pasal results, macam tak relevan. So far, so good! Rasa macam lega sikit. Nak membuang pun mudah, berpeluh dan tubuh rasa ringan. Lagi satu, hampas teh hijau yang sudah dibancuh, jangan buang. Boleh guna semula hampas teh hijau untuk scrub muka dan badan. Best kan?


Semoga dengan pengambilan berterusan dan cabaran minum STEA selama 28 hari ini dapat membantu aku untuk menurunkan berat badan dan membakar lemak especially part perut yang semakin maju ke depan, hehehehe. Di kesempatan ini, aku nak share juga beberapa tips untuk mendapatkan hasil yang berkesan selepas menggunakan Teh Hijau Asli STEA. Semoga bermanfaat!


TIPS PENGGUNAAN TEH HIJAU ASLI STEA
  1. Untuk kesan yang optimum selepas pengambilan Teh Hijau Asli STEA, pengguna digalakkan untuk minum air kosong 3-6 liter sehari atau mengikut berat badan setiap iaitu 25kg = 1 liter air
  2. Kurangkan minuman berais, sejuk & berkarbonat
  3. Elakkan fast food (mcD, burger, nugget, sosej)
  4. Elakkan dairy products (cheese, susu pekat manis)
  5. Makan ikut masa dan sebolehnya mengamalkan eat clean
  6. Kurangkan makanan berminyak & bergoreng. Lebihkan makan sayur & buah
  7. Ambil makanan yang boleh meningkatkan metabolisma badan seperti almond,epal hijau dan broccoli
  8. Elakkan pengambilan kafein kerana STEA juga mengandungi kafein
  9. Kalau ada mengambil produk yang berasaskan COLLAGEN, kena stop dulu. Sebabnya collagen akan menyebabkan selera kita bertambah
  10. Kalau ada ambil sebarang slimming product, boleh minum STEA 15-20 minit selepas mengambil produk tersebut
  11. Tidak disarankan untuk mengambil STEA sebelum tidur kerana STEA berfungsi dengan cepat pada waktu siang untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak.
  12. Penurunan berat badan adalah bergantung kepada metabolisma badan masing-masing. 
  13. Untuk pengguna yang mengalami metabolisma badan yang rendah, anda disarankan untuk mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran

Tips paling penting, kena DISIPLIN. Kena berdisiplin dalam mengambil teh hijau STEA setiap 2 kali sehari. At least, cuba je dulu sekotak untuk tempoh 28 hari. Kalau berkesan, boleh continue consume untuk kotak seterusnya. Kalau tak berkesan, maybe boleh cuba ikhtiar cara lain. Berdasarkan testimoni daripada pengguna lain, nampaknya produk STEA ni betul-betul menjadi. Maybe korang boleh refer kat gambar di bawah ni.




So kalau korang pun nak cuba untuk mendapatkan produk teh hijau asli STEA ni, korang boleh dapatkannya melalui stokis atau agen yang dipilih dan ditetapkan di setiap negeri seperti di bawah. Selamat mencuba!


JOHOR

Eja Shafeie
013-7229688
Kulai dan JB Tengah

Liza Iza
017-7378745
Senai dan Tiram

Noorasrah bt Abdul rahim
017-7365334
Pasir Gudang dan Masai

Nurulfarhana
016-4446737
Ayer Hitam dan Parit Raja

Zuliza
017-338 1418
Batu Pahat dan Kluang


SELANGOR & PUTRAJAYA

Afiqah Zaidi
019-6667293
Klang Valley dan KL

Syira Zakaria
012-3655394
Bangi dan Kajang

Aya
019-3164845
Uitm Puncak Alam dan Saujana Utama

Zai Keflee
019-3020222
Shah Alam dan Alam Megah

Zairul Zailan
016-6370891
Puchong dan Putrajaya

Najdah
012-9563538
Subang Bestari dan Denai Alam

Syakirah
019-3366619
Puchong dan Petaling Jaya


NEGERI SEMBILAN

Noradlin
016-3202444
Seremban dan Kuala Pilah


KEDAH

Junaida saidin
013-364 8583
Sungai Petani


BRUNEI

Nuraini Salina
+6738902350


Untuk maklumat lanjut berkaitan STEA, boleh rujuk di Facebook & Instagram berikut:

Facebook: 

Instagram: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...