Kalau bab makan, aku tak memilih sangat. Dari gerai-gerai tepi jalan, restoran, sehinggalah buffet di hotel, semua jalan. Semenjak dua menjak ni, selera aku berubah dan terarah kepada burger. Dari KFC Zingger Double Down sehingga ke McD Spicy Korean Burger, semua aku layan. Dan baru-baru ini, aku jumpa lagi satu lokasi best untuk makan burger. Nak tahu di mana? Jom, aku kongsikan.


Burger Ayam Telur Berkeju atau Burger Ayam Rendang?

Lokasi yang aku maksudkan adalah Rasa Utara yang terletak di Berjaya Times Square. One thing aku suka tentang Rasa Utara adalah sebab lokasinya yang strategik. Mudah diakses especially dengan public transport iaitu monorail. Hanya turun di Stesen Imbi, terus sampai. Dulu, aku ingat ke hanya makanan utara je ada di Rasa Utara. Rupa-rupanya, more than that.


Lagi buat aku excited bila dapat tahu Rasa Utara pun ada menawarkan burger. Yeaha! My all time favorite. Tapi, konpius weh nak try burger mana satu. Rasa Utara ada dua pilihan burger iaitu Burger Ayam Rendang dan Burger Ayam Telur Berkeju. Kedua-duanya nampak mengancam. Herm, nak try yang mana satu nI?



Dinner di Rasa Utara bersmaa rakan bloggers


Memandangkan kami pergi makan ramai-ramai di Rasa Utara, so we've decided to order both burgers. Boleh share-share untuk rasa. Good idea! Bukan burger je kami order, pelbagai menu lain juga kitorang order. Maklumlah, dah lama tak lepak makan-makan macam ni. So guys, kalau korang nak buat reunion ke, gathering ke, I would like to recommend Rasa Utara. 


Rasa Utara, Berjaya Times Square


Rasa Utara terlerak di aras Ground Floor, Berjaya Time Square. Kedudukannya betul-betul sebelah Starbuck. Mudah nak cari. Paling penting, ruang makan di Rasa Utara sangat selesa. Kalau nak buat event ke apa, korang boleh buat reservation untuk tempat makan di aras atas.


Sirap Selasih Laici


Jenuh juga nak fikir menu apa yang nak order di Rasa Utara. Semua menu nampak mengancam. But, I go for burger first. Oh, Sirap Selasih Laici adalah antara minuman yang wajib korang cuba di Rasa Utara.


Burger Ayam Rendang

Biasa asyik makan rendang ayam dengan nasi lemak, lemang dan pulut kuning je. But, this time it's different. Kita cuba makan Burger Ayam Rendang special dari Rasa Utara. Ya Allah, rasanya umphhh dengan gigitan pertama. Ayam lembut, rasa rendang dia memang power. Sebiji burger dengan portion yang besar macam ni boleh share 2 orang. Believe me, the bun was so delicious! Sampai kitorang berebut nak makan roti, hahaha.


Burger Ayam Telur Berkeju


Next in line, we've tried Burger Ayam Telur Berkeju. Memandangkan aku suka gila dengan cheese, this one I can't ressist. Seriously, sedap yang amat. Dengan kepingan daging ayam, kepingan keju dan telur, so yummeh! 


Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa lagi menu yang ada untuk dipesan kalau plan nak datang makan di Rasa Utara. Ok, kat sini aku nak share dan recommend beberapa menu yang patut korang cuba kalau datang makan di Rasa Utara.


Seleksi Menu di Rasa Utara



Karipap


Samosa Ayam


Satay Ayam


Set Ayam Goreng Cili Lagenda


 Set Nasi Rasa Utara


Nas Goreng Rasa Utara


Ayam Nyonya Pinang


Ikan Menari ( Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam)


Sagu Gula Melaka dan Mango Pudding


Macam mana, mengancam ke tidak menu-menu di Rasa Utara. Honestly, aku sangat berpuas hati makan di sini. Rasa yang sedap, portion yang memadai dan paling penting, variasi seleksi hidangan yang ada. Really worth it!


Aku paling suka satay ayam. Sedap weh satay ayam di Rasa Utara. I think, after burger I'll go for satay ayam. Rasa macam nak repeat lagi makan kat sini. Lagipun, memang dah dekat dengan area office, hehe. Anyone wanna join me? Jom!


Selain daripada menu-menu yang sempat kami cuba, korang juga boleh order Mi Soto, Laksa Kedah dan macam-macam lagi hidangan mengikut citarasa masing-masing. Dari segi air minuman, Rasa Utara menyedikana pelbagai jenis minuman seeprti Teh Ais Cincai, Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau.



Good news guys! Sempena bulan Kemerdekaan yang ke-60 pada tahun ini, pihak Rasa Utara tampil dengan kempen Merdeka 60 Minit. Jadi, setiap hari dari jam 1-2 petang, korang boleh serbu Rasa Utara berdekatan korang untuk menikmati promosi hebat sempena Medeka 60 Minit!


MERDEKA 60 MINIT

Get a FREE drink of your choice when you purchase a Rice Meal or Noodle from us”.

Promotion period : 
15/8/2017-17/9/2017
1pm -2pm daily



Untuk maklumat lanjut tentang Rasa Utara atau promosi-promosi terkini, korang boleh rujuk:

Website:

Fecebook:

Instagram:


Selamat mencuba!

Pernah naik public transport? Especially KTM, LRT ataupun Monorail. Kalau time peak-hour, memang mencabar. Macam tin sardin dibuatnya. Memang kena berhimpit-himpit. Sesak satu hal, bau yang tak menyenangkan satu hal. Lagi-lagi kalau train penuh dengan foreigner (if you got what I mean), maka astaghfirullah lah jawabnya. Korang kena tahan nafas sampai ke stesen yang nak dituju. Ini antara permasalahan yang selalu aku hadapi bila naik public transport especially time pergi dan balik kerja.


Bila kerap sangat benda ni terjadi, terlintas juga di benak fikiran. Tak ada ke produk yang dapat bantu mereka yang ada bau badan yang melampau ni? Aku syak, bau badan ni tak lain tak bukan berpunca daripada masalah ketiak cepat berpeluh. Korang pun, kalau ada masalah macam ni, jangan malu jangan segan. Cepat-cepat cari jalan penyelesaian.




Aku pun selalu berkejaran ke sana ke sini dengan menaiki train. Jadi, memang tak boleh lari daripada masalah ketiak berpeluh yang akan menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan. Nasib baik ada deodorant. Cuma, deodorant yang aku guna sekarang tak mampu untuk atasi masalah ketiak berpeluh. Dari segi bau, yes ia sangat membantu. Aku tak nak jadi penyumbang kepada punca bau yang tidak menyenangkan dalam train atau tempat public, so lebih baik aku cepat-cepat cari jalan penyelesaian.


Sebab-Sebab Kenapa Ketiak Berpeluh

  1. Pemakanan yang tidak terjaga.
  2. Perubahan pada hormon.
  3. Merokok.
  4. Minum minuman alkohol.
  5. Kurang menjaga kesihatan tubuh badan.
  6. Jarang mandi.
  7. Berat badan
  8. Faktor usia.

Bila dikaji balik, rupa-rupanya masalah ketiak cepat berpeluh ada banyak penyebabnya. Antaranya dari segi pemakanan yang tak terjaga, perubahan hormon, masalah berat badan dan faktor usia. Walaupun kita tak merokok, minum alkohol dan sebagainya, itu bukan jaminan untuk kita bebas dari simptom-simptom ketiak berpeluh. Paling teruk, kalau salah pilih brand deodorant. Fuh, sampai hitam ketiak dibuatnya. 




Sekarang aku dah jumpa jawapan untuk permasalahan aku selama ini. Macam mana nak atasi masalah ketiak mudah berpeluh, ketiak hitam dan seumpama dengannya. Actually, ini first time aku tahu wujud produk macam ni untuk atasi masalah-masalah tersebut. Nak tahu produk apa? Dah pasti produk Axilas anti-peluh dari Glamo Health yang mampu atasi masalah bau badan.


Axilas Anti-Peluh


Syarikat Glamohealth telah melancarkan produk baru yang dicipta khas untuk pengguna yang mempunyai masalah “ketiak”. Ketiak atau lebih sopan dipanggil bahagian bawah lengan adalah kawasan yang sensitif kerana ketiak adalah salah satu tempat yang menghasilkan bau badan. Oleh itu, produk ini dirumus khas untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah ketiak seperti ketiak berbau, ketiak berair/berpeluh, ketiak hitam dan lain-lain lagi.


Axilas adalah produk seperti deodorant, untuk membantu anda semua mengurangkan masalah peluh berlebihan di bahagian ketiak dan mengurangkan masalah badan berbau. Selain itu, ia juga membantu dan dapat merawat liang pori ketiak anda daripada pengeluaran peluh yang berlebihan kerana ia dapat menutup liang pori ketiak. Bukan iti saja, malah ia dapat membantu masalah tangan dan kaki berpeluh.




Aku pun dah start guna produk Axilas anti-peluh ni. Seriouslt, sangat best bau dia dan sangat membantu. Tak perlu pakai hari-hari macam kita pakai deodorant pun, Cukuplah pakai 2-3 kali dalam seminggu especially sebelum tidur. Apa lagi kebaikan Axilas anti-peluh? Jom kita tengok!


Kebaikan Axilas Anti-Peluh

  1. Memutihkan ketiak
  2. Hilangkan masalah bau badan dan ketiak dengan pantas.
  3. Badan akan merasa segar, kering dan bebas bau sepanjang hari
  4. Lebih Yakin berhadapan dengan kawan kawan atau orang sekeliling.
  5. Tiada lagi perasaan malu kerana anda telah bebas dari masalah bau badan dank etiak
  6. Ketiak tidak rasa melekit lagi walaupun dalam situasi cuaca panas.
  7. Tiada lagi masalah baju di ketiak kekuningan.
  8. Hubungan suami isteri tiada lagi masalah bau badan.
  9. Mendapat pujian dari suami atau isteri anda.
  10. Stress akan hilang kerana bau pada ketiak anda hilang serta merta.




Untuk yang ragu ragu nak pakai deodorant ni, jangan risau tentang bahan-bahan yang ada di dalam Axilas Anti Peluh. Sebabnya, bahan yang ada disenaraika  di kotak dan botol produk Axilas. Satu lagi sebab aku suka dengan produk Axilas Anti-Peluh ni adalah dari segi saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Aku ni suka travel, jadi mudah nak selit di mana-mana untuk dibawa. Sangat user-friendly!


Bahan-bahan Axilas Anti-Peluh

  1. Ethanol Denat
  2. Aluminium Lactate
  3. Alimunium Choloride
  4. Cyclopentasiloxane
  5. Glyceryl Strearate
  6. Cetyl Palmitate
  7. Hydrogenated Microcrystalline Wax
  8. Hydrogenated Castor Oil




Cara-Cara Penggunaan Axilas Anti-Peluh


1) Kulit mestilah kering dan tidak luka atau melecet

Pernukaan kulit mestilah kering (tidak lembab) dan tidak luka atau melecet sebelum menggunakan Axilas anti-peluh. Permukaan kulit yang lembab atau luka,  anda tidak digalakkan untuk menggunakan Axilas anti-peluh


2) Menggunakan Axilas anti-peluh pada waktu malam sebelum tidur

Apabila badan sedang berehat, kalenjar di bahagian ketiak tidak aktif. Oleh itu, digalakkan untuk menggunakan Axilas pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Hanya perlu sapu nipis pada permukaan kulit ketiak sebanyak 2 kali atas dan bawah. Pastikan permukaan kulit ketiak anda kering selepas menggunakan Axilas anti-peluh. Penggunaan Axilas terlalu banyak di permukaan kulit ketiak boleh menyebabkan kulit lambat bertindak balas dan rosak.


3)Basuh permukaan kulit ketiak di waktu pagi dengan menggunakan sabun dan air.

Perlindungan Axilas anti-peluh tetap ada di permukaan kulit (menyerap ke dalam kulit). Jadi, anda perlu membasuh bahagian permukaan kulit ketiak ketika mandi di waktu pagi. Tapi perlu ingat, walaupun anda dah guna produk Axilas, ini bukan penghalang untuk anda menggunakan deodorant atau minyak wangi lain di permukaan kulit ketiak untuk waktu-waktu lain.


:::TIPS:::
Untuk kesan yang cepat dan perlindungan yang efektif daripada Axilas anti-perspirant, pengguna digalakkan menggunakan Axilas untuk 2-3 kali pada waktu malam untuk tempoh seminggu atau selepas mencabut/mencukur bulu ketiak.


Untuk korang yang berminat untuk dapatkan produk Axilas anti-peluh ini, boleh dapatkan produk ini secara atas talian (online). So selepas ini, masalah ketiak basah, ketiak hitam atau ketiak berpeluh tiada lagi! Atasi masalah yang ada dengan Axilas Glamo Health. Selamat mencuba!


Harga:
RM 45.00 (SM)
RM 50.00 (SS)


Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan maklumat di:

Facebook: 

Instaram: 

Whatsapp:
www.wasap.my/60136991275
Mencari tempat penginapan adalah antara tugas penting dalam merancang percutian tidak kira percutian di dalam mahupun di luar negara. Untuk perkongsian kali ini, jom kita tengok Resort yang menarik untuk percutian di Perak. So, kalau korang dalam perancangan untuk bercuti di Perak, semoga perkongsian ini bermanfaat.




Perak, World of Wonders


Bagi korang yang memilih negeri Perak sebagai destinasi percutian, korang perlu tahu negeri Perak merupakan negeri yang unik. Perak Darul Ridzuan merupakan negeri ke-dua terbesar di Semenanjung Malaysia. Perak memiliki tanah berharga dengan keindahan tropika semula jadi dan kaya dengan sejarah serta budaya. Hari ini, Perak terus menjadi sebuah negari yang maju, sibuk serta mempunyai penduduk yang ramah dan mesra. Selain itu, keunikan dan keindahan alam semula jadi, persisiran pantai berpasir putih dan khazanah di dalam laut merupakan antara tarikan utama pelancong tidak kira warga tempatan mahupun pelancong asing untuk bertandang ke negeri Perak.


Secara ringkasnya, Perak kaya dengan destinasi percutian terbaik. Dari Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Batu Gajah, Manjung, hinggalah ke Lumut, setiap destinasi ada tarikan tersendiri. Perak terkemal dengan gua yang telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu serta hutan hujan semula jadi yang dipelihara dan kini sudahpun berusia berjuta-juta tahun. Jadi, memang bertepatanlah dengan taglne yang digunakan sebagai slogan di logo Tahun Melawat Perak untuk tahun 2017 iaitu World of Wonders. Perak menawarkan destinasi percutian yang merangkumi alam semula jadi, budaya, makanan yang lazat, melalui perjalanan ke dalam gua purba, pantai bersih dan warisan antarabangsa. Apa tunggu lagi? Perak sedang menunggu kedatangan anda dan keluarga untuk bercuti!




Resort Menarik Di Lumut, Perak


Baru-baru ini, kami baru saja bercuti ke Perak sempena Damai Laut Food Hunt. Dari Kuala Lumpur ke beberapa daerah di negeri Perak termasuklah Teluk Intan, Ipoh, Menglembu, Setiawan, Manjung dan berakhir di Lumut. Memang satu pengalaman yang menakjubkan! Untuk penginapan yang terbaik untuk bercuti especially di Lumut, Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut adalah pilihan sebagai lokasi penginapan yang tepat. Pelbagai kemudahan disediakan dan kawasan sekitarnyanya terkawal. Pantai yang ada di depan hotel memang khas untuk pengunjung sahaja malah ianya merupakan kawasan peribadi (private area). Bagi keselamatan, pintu masuk utama hotel mempunyai penjaga (guard) untuk kawal selia urusan keluar masuk kenderaan dalam kawasan mewah di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.




Jangan lupa, bila sampai di sini, korang perlu tunjukkan salinan atau bukti yang korang menginap di hotel. Pantai yang terletak betulbetul di hadapan hotel adalah milik hotel.  Jadi, tiada sesiapa dibenarkan masuk kecuali penyewa uyang menginapan di sini. Ini kira private beach dan tiada lah istilah orang ramai datang berpusu-pusu. Kedudukan hotel di berkawasan bukit menjadikan sudut pemandangan laut yang sangat cantik. Di pantai juga disediakan ”pondok pantai” untuk pengunjung beristirehat.


Deluxe Garden View


Antara bilik yang ditawarkan di sini adalah bilik jenis Deluxe Garden View with Breakfast. Biliknya seluas 35sqm ukuran dan menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung. Jenis katil korang boleh buat pilihan waktu membuat tempahan online. Sama ada nak king saiz atau twin saiz/ 2 single bed, itu terserah kepada pilihan korang. Setiap bilik disediakan pelbagai kemudahan tambahan seperti iron, ironing board, selipar, hair dryer, Coffee And Tea Making Facilities, Daily Newspaper, Electronic Save Box, tab mandi, Wifi dan kemudahan asas yang kebanyakkan hotel sediakan.





Setiap bilik adalah gabungan seni moden dan dihiasi dengan perhiasan berkonsepkan warisan Perak serta campuran konsep persekitaran Mediterranean. Lagi selesa dan menarik tentang hotel ini adalah setiap bilik ada balcony yang lapang dan terbuka. Di sini, kita boleh lihat pemandangan sekitar pantai dan taman especially bila matahari terbit (sunrise) serta terbenam (sunset). Sangat cantik dan tenang fikiran apabila melihat keindahan alam semulajadi.


Selain dari bilik yang selesa dan mewah, kemudahan dan perkhidmatan lain disediakan oleh pihak hotel untuk kegunaan pengunjung. Antaranya kemudahan kolam renang (Swimming And Wading Pool With Sundeck), gym, sauna, Samsara Spa, cafe & live band show, minimarket, dan bilik seminar. Bagi perkhidmatan untuk pengunjung, mereka menyediakan perkhidmatan Laundry & Dry Cleaning , perkhidmatan Limousine, Water Sport seperti banana boat, jetski, berkayak, outrigger dan Outdoor games seperti berkuda, ATV 4-wheel motorsport. Oh! tidak lupa jugak pihak hotel menyediakan aktiviti khusus untuk kanak-kanak (Children’s Activities), boleh sangat kalau korang nak bawa anak-anak sewaktu cuti sekolah ini.




Kolam Renang 


Kolam renangnya agak luas dengan dibahagiakan kepada 2 katagori iaitu untuk kolam dewasa dan kolam kanak-kanak. Cuma kena ingat, sila bawak baju yang dibenarkan iaitu pakaian renang dan material kain renang. But don't worry, kain jersi pun dah lepas untuk swimming. Jangan pula korang pakai seluar jeans untuk berenang kan? hehe. At least, korang standby dengan memakai pakaian yang tidak luntur warna dan berkain jersey.




Team Building, Treasure Hunt dan Family Day


Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut bukan sahaja fokus untuk percutian keluarga malah sanat sesuai untuk aktiviti syarikat atau badan organisasi yang ingin mengadakan team building, meeting, atau seminar. Segala kemudahan akan disediakan oleh pihak hotel. Jika dari Tanjung Malim ke Damai Laut, perjalanan hampir 2 jam 30 minit, manakala dari Kuala Lumpur lebih kurang 3-4 jam. Lokasi hotel betul-betul di sebelah Teluk Senangin. Untuk pengetahuan korang, dari jalan utama ke hotel lebih, jaraknya lebih kurang 7km. Nak mudah, korang drive kereta sendiri dan gunakan waze untuk arahan perjalanan ke Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.




Jika korang naik pengangkutan awam seperti bas, boleh turun di stesen bus Manjung atau Lumut dan boleh menaiki teksi untuk ke hotel atau korang boleh dapatkan perkhidmatan hotel. Overall, pengalaman percutian kami di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut sangat best. Kalau korang plan nak bercuti di Perak, bolehlah pilih resort ini sebagai destinasi penginapan pilihan. So book Swiss Garden Beach Resort Damai Laut on Traveloka to enjoy your holiday



Selamat bercuti!
Nampaknya, bahang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 mula terasa. Kalau lalu di lebuh raya sekitar Kuala Lumpur, dah boleh tengok poster-poster dan papan iklan tentang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Untuk kejohanan Sukan SEA 2017 kali ke-29, Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah selepas kali terakhir dianjurkan di negara ini pada tahun 2001. Wow, selepas lebih kurang 16 tahun, akhirnya Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk temasya sukan yang paling berprestij di rantau Asia Tenggara.


Untuk pengetahuan korang semua, penganjuran acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung sepanjang Ogos 2017 nanti amat bertepatan dengan sambutan kemerdekaan Malaysia ke-60 yang akan disambut pada 31 Ogos kelak. Nampak gayanya, tahun ni kita akan sambut double celebration. Pertamnya kemuncak Sukan SEA dan seterusnya diikuti dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-60. Fuh, mesti meriah!


Sempena dengan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Nubex Sdn Bhd tampil memperkenalkan koleksi syiling bi-logam edisi khas khas untuk semua peminat sukan terutamanya kepada korang semua yang minat mengumpul syiling. Syiling ni bukan sebarang syiling tau. Syiling yang dimaksudkan ini adalah edisi terhad, edisi khas dan paling penting ada nilai. Nilai apa? Jom kita kaji ciri-ciri syiling khas edisi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 daripada Nubex. Cekidout!






Syiling edisi khas Sukan SEA 2017 hadir dalam rekabentuk bi-logam. Ia direka khas dengan gabungan kemasan emas dan perak. Paling unik dan menarik, kepingan emas dan perak ini boleh dipisahkan (detach) sekaligus menonjolkan elemen eksklusif rekaan koleksi terhad ini. Amacam, menarik kan?


Kepingan perak (kemasan luar) diperbuat daripada perak 99.9% (berat 2.975g) mengelilingi kepingan emas 99.99% (berat 0.5g). Syiling isitimewa ini juga disertakan dengan tekad grafik acara sukan berprestij ini.




“Kami di Nubex yakin syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 akan menerima sambutan ramai. Syiling bi-logam ini juga adalah koleksi edisi unik kerana menggabungkan elemen emas 99.99% dan perak 99.9%,”

Bakhtiar Abd Majid 
Ketua Pegawai Eksekutif Nubex Sdn Bhd



Ini pesanan buat peminat syiling edisi khas dan pengumpul syiling tegar. Jumlah pengeluaran untuk syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 ini hanyaah 5000 keping. Pihak Nubex amat yakin pasaran syiling ekslusif bakal menerima sambutan baik daripada pembeli tempatan dan antarabangsa. Mana taknya kan? Kalau dah namanya edisi khas, sudah tentu masing-masing akan merebut peluang keemasan ini untuk dapatkan sebagai koleksi peribadi.


Syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dijual pada harga RM177.00 (termasuk GST). 2 elemen untuk satu harga! Memang berbaloi. Beli dengan satu harga, kita akan dapat dua kepingan (2 in 1) iaitu satu keping perak ( kepingan luar) dan satu keping emas (kepingan dalam). Paling penting, nilai perak dan emas di pasaran antarabangsa akan semakin meningkat saban tahun. Jadi, sudah tentu ia akan menjadi satu pelaburan jangka panjang. Betul tak?




Rasanya, setakat ini saja perkongsian tentang syiling edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Jadi, kalau ada antara korang yang berminat untuk mendapatkannya, pra-tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nubex.my mulai 17 Julai 2017.


Jangan risau! Nubex Sdn Bhd merupakan pengedar cenderamata premium bagi acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 kali ke-29 yang sah. So, tak payah ragu-ragu ok!


Nubex Sdn Bhd

Nubex Sdn Bhd adalah pengeluar dan pengedar sah untuk jongkong emas, perak dan logam bernilai lain di Malaysia. Nubex yang beroperasi sepenuhnya di Damansara Perdana semenjak tahun 2009 adalah pelopor laman dagang atas talian untuk logam bernilai menerusi laman www.nubex.my selain menerima tempahan korporat bagi barangan emas dan perak.




Untuk maklumat lanjut berkenaan syiling dinar emas dan dirham perak, layari laman atas talian www.nubex.my. Ikuti laman sosial Nubex di Facebook dan Instagram menerusi akaun @nubex_my untuk jualan produk terkini dan perkembangan semasa.
Setiap orang ada impian untuk travel ke seluruh dunia. Begitu juga dengan aku. Aku ada destinasi impian. Setakat hari ini, beberapa destinasi sudahpun berjaya ditawan. Antaranya Hatyai, Krabi, Pattaya, Phuket, Bali, Palembang, Aceh, Siem Reap, Phnom Penh, Ho Chi Minh, Kunming, Macau, London, Melbourne, Osaka dan akan datang ke Luang Prabang, Laos.


Namun, tidak semua impian kita boleh kecapi dengan mudah. Ia memerlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan untuk digapai. Dulu, aku fikir travel ke negara-negara orang adalah mustahil. Dengan kekangan masa dan kewangan, ia benar-benar meletakkan diri aku di persimpangan dilema. Adakah impian ini hanya sekadar angan-angan Mat Jenin? Ataupun, ia sesuatu yang bakal direalisasikan bila tiba tepat waktu dan masanya? Namun, dengan kewujudan AirAsia, 'Now everyone can fly!", keyakinan aku terhadap impian aku selama ini semakin berkobar-kobar. Ya, aku percaya ia sesuatu yang mampu dicapai. Sebut saja destinasi idaman, pastinya AirAsia akan ada untuk memenuhi keinginan dan impian yang direncana.


Secara peribadi, AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah di dunia yang membantu aku untuk merancang perjalanan ke destinasi idaman. Dengan promosi dan tawaran yang diberikan, setidak-tidaknya aku mampu menggunakan peluang keemasan ini untuk memenuhi impian ke destinasi yang dirancang. Aku yakin dan percaya, AirAsia bukan sahaja memenuhi impian aku seorang diri. Malah, lebih ramai lagi insan-insan lain yang jiwanya macam aku, iaitu suka mengembara. Betul tak?


Jadi, tidak hairanlah bila AirAsia telah diumumkan menjadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-sembilan berturut-turut. AirAsia. selaku syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia telah dinobatkan sebagai penerima anugerah tersebut di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2017 bertempat di Musée de l’Air et de l’Espace di Lapangan Terbang Le Bourget. Kalau nak tahu, Anugerah Skytrax merupakan penanda aras kecemerlangan global syarikat penerbangan dengan lebih 19.9 juta kaji selidik pelanggan yang diterima daripada lebih 105 warganegara, mengukur piawaian di seluruh 49 prestasi utama barisan produk dan perkhidmatan syarikat penerbangan.


Terkini, AirAsia menganjurkan satu kempen khas, iaitu AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” kepada semua pelanggan setia AirAsia. Untuk maklumat lanjut mengenai contest ini, bolehlah baca di http://highflyer.airasia.com


Herm, aku nak join juga. Tapi belum layak sebabnya baru je memulakan kembara ke destinasi AirAsia X. But, untuk negara-negara di Asia Tenggara, kebanyakan trip adalah menggunakan perkhidmatan AirAsia. It's ok then. InshaAllah, kalau ada lagi contest macam ni, boleh cuba nasib. So far, aku hanya sempat ke dua destinasi AirAsia X iaitu Melbourne, Australia dan Osaka, Jepun. Sebenarnya, banyak lagi destinasi-destinasi AirAsia X yang ada dalam bucket list. Cuma, masanya belum tiba. Kalau ada rezeki dan umur yang panjang, inshaAllah akan sampai. Amin! 


Destinasi AirAsia X


Korang tahu tak senarai destinasi AirAsia X? Ok, sebelum aku share experience aku sendiri berkunjung ke destinasi AirAsia X sebelum ni iaitu ke Melbourne dan Osaka, apa kata kita tengok dulu senarai destinasi yang ditawarkan oleh AirAsia X. Maybe, dengan senarai yang ada ini, at least boleh bantu korang buat pilihan untuk merancang misi kembara akan datang. Cekidout!

  1. Air Asia X Kuala Lumpur - Melbourne
  2. Air Asia X Kuala Lumpur - Sydney
  3. Air Asia X Kuala Lumpur - Perth
  4. Air Asia X Kuala Lumpur - Jeddah
  5. Air Asia X Kuala Lumpur - Seoul
  6. Air Asia X Kuala Lumpur - Osaka
  7. Air Asia X Kuala Lumpur - Taipei
  8. Air Asia X Kuala Lumpur - Gold Coast
  9. Air Asia X Kuala Lumpur - Auckland
  10. Air Asia X Kuala Lumpur - Tokyo
  11. Air Asia X Kuala Lumpur - Chengdu
  12. Air Asia X Kuala Lumpur - Shanghai
  13. Air Asia X Kuala Lumpur - Sapporo
  14. Air Asia X Kuala Lumpur - Busan
  15. Air Asia X Kuala Lumpur - Kathmandu
  16. Air Asia X Kuala Lumpur - Hangzhou
  17. Air Asia X Kuala Lumpur - New Delhi

Pilih destinasi anda dan book tiket anda sekarang untuk terbang bersama AirAsia X


Antara 17 destinasi AirAsia X yang ditawarkan, korang rasa destinasi mana yang menjadi pilihan Top 3 untuk travel bucket list korang? Mind to share? For me, honestly I would like to choose Sapporo, Auckland dan Seoul. Alhamdulillah, so far dah sampai ke Melbourne dan Osaka. Dua-dua destinasi ini worth to visit. Highly recommended! Untuk perkongsian kali ini, aku nak share tempat-tempat menarik di Melbourne dan Osaka untuk rujukan korang semua.


Destinasi AirAsia X ke Melbourne, Australia


Melbourne merupakan salah satu bandar metropolitan di Australia. Dikenali sebagai ibu kota Vicotria yang terletak di bahagian Selatan Timur Australia, Melbourne menjanjikan pengalaman percutian yang menakjubkan. Percayalah! Bila dah tiba di kota Melbourne, korang akan jatuh cinta dengan cuaca dan suasana di sini.


Melbourne, Australia


AirAsia X beroperasi 2 kali sehari antara Kuala Lumpur dan Melbourne. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne mengambil masa lebih kurang 10 jam 20 minit.


KUL - MEL
Setiap hari 
10:10am / 10:30pm

MEL- KUL
Setiap hari 
12:10am / 9:35am


Aktiviti Menarik Di Melbourne


1) Australian Open

Kalau pergi ke Melbourne semasa Australian Open sedang berlangsung, jangan lupa untuk menyaksikan sendiri perlawanan tenis peringkat antarabangsa. Tenis merupakan sukan utama di Australia. Kemeriahan dan sokongan padu dari peminat tenis di sini amat luar biasa. Antaran kenangan manis di Melbourne adalah bila berpeluang tengok perlawanan tenis secara langsung di Rod Laver Arena antara Andy Murray dan Andrey Rublev. Satu pengalaman baru yang cukup berharga!


Red Laver Arena, Melbourne


2) Kemudahan tram

Untuk explore Melbourne, perkhidmatan tram disediakan. Ada yang free (Zone Free - Hijau) dan ada juga yang kena bayar. Hanya perlu sediakan kad touch & go untuk reload bagi memudahkan urusan menaiki tram. Perkhidmatan tram di sini sangat efisen. Pastikan korang rujuk map dan faham selok-belok jalan untuk ke lokasi-lokasi yang hendak dituju. Nak mudah, better install map di smartphone untuk rujukan.


Ackland St Kilda


3) Perkhidmatan kereta api

Selain tram yang boleh digunakan untuk explore kawasan di sekitar bandar Melbourne, korang juga boleh menggunakan perkhidmatan kereta api untuk pergi ke lokasi yang lebih jauh. Contohnya, untuk ke Brighton Beach, korang perlu naik train. 


Brighton Beach Station


4) Bathing Box Brighton Beach

Orang kata, kalau dah sampai di Melbourne, memang kena singgah di Bathing Box Brighton Beach. Jadi, untuk mengabadikan kenangan di Melbourne, aku pun tak lepaskan peluang untuk tengok sendiri dengan lebih dekat keindahan Brighton Beach dan kemeriahan warna-warni Bathing Box yang didirikan di sepanjang pesisir pantai. Cantik!


Cara-cara untuk ke Bathing Box Brighton Beach

  • Naik tram dan stop di Flinders Street
  • Naik train di Terminal 13 dari Flinders Street ke Brighton Beach Station
  • Jalan kaki lebih kurang 20 minit dari stesen untuk sampai ke Brighton Beach

Bathing Box Brighton Beach


Brighton Beach, Melbourne


5) Flinders Street Station

Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Macam mana nak ke Brighton Beach?". Jawapannya, kenalah naik tram dan stop di Flinders Street Station. Di sini, kena tukar train untuk ke Brighton Beach station. Kalau nak tahu, Flinders Street Station merupakan stesen kereta api yang berusia ratusan tahun dan masih dijaga. Salah satu bangunan lama yang cantik dan tersergam indah!


Flinders Street Station


6) Kreativiti Seni Mural

Apa yang dapat diperhatikan di Melbourne, terdapan banyak mural-mural cantik di sepanjang jalan. Sangat kreatif! Macam-macam mesej dan imej yang cuba disampaikan. Kalau nak tengok mural-mural, boleh singgah di lokasi seperti Hosier Lane, Centre Place, Caledonian Lane dan Union Lane. Pendek kata, merata-rata ada. Kalau korang naik train untuk ke Brighton Beach pun, korang akan jumpa banyak mural di sepanjang perjalanan.


Antara mural yang menyampaikan mesej Islamik


7) State Library of Victoria


Salah satu lokasi yang sempat aku singgah adalah State Library of Victoria. Kehijauan padang rumput yang menjadi tumpuan orang ramai untuk duduk lepak, makan-makan dan membaca di sini sangat mengujakan. Kalau korang berkesempatan untuk singgah di sini, jangan lepaskan peluang untuk masuk ke library ini yang mengandungi lebih kurang 2 juta buku. Paling penting, struktur bangunan dan interior design dalam library ini sangat cantik.


State Library of Victoria menghadap Swanston Street


8) Luna Park


Untuk korang yang bercuti bersama family, especially bawa anak-anak, salah satu lokasi terbaik untuk dikunjungi di Melbourne adalah di Luna Park. Ia merupakan salah satu theme park yang terkenal di Melbourne. Terletak berhampiran dengan persisiran pantrai, St Kilda Beach, ia menajadi salah satu tarikan pelancong yang datang.



Luna Park, Melbourne


9) St Kilda Beach, Victoria

Bila travel, aku suka berjalan. Sebabnya, aku dapat tengok pemandangan yang indah dan jumpa port-port yang best. Di sepanjang persisiran pantai St. Kilda Beach, korang boleh berjalan kaki. Di sebelah petang, boleh spend time untuk ke kawasan pemuliharaan peguin. Di sana, korang boleh tengok peguin dengan lebih dekat.


St. Kilda Beach, Victoria


10) Helicopter Ride ke Yarra Valley

Pengalaman paling berharga ketika percutian aku ke Melbourne adalah peluang menaiki helikopter dari Australasian Jet ke Yarra Valley. Finally, bagai mimpi jadi realiti boleh naik helikopter. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai di Yarra Valley. Dihidangkan dengan view yang superb. Dari atas dapat lihat keseluruhan bandar Melbourne dengan lebih jelas dan merentasi lautan dan juga pergunungan. Subhanallah, cantik tak tergambar dengan kata-kata. Yarra Valley terkenal dengan ladang anggur dan tempat pemprosesan wine. Terdapat satu lagi lokasi di Yarra Valley yang terkenal dengan tanaman koko dan tempat pemprosesan coklat.


Yarra Valley


Overall, pengalaman bercuti di Melbourne, Australia sangat mengujakan. Kalau boleh, memang nak extend je untuk explore lagi banyak tempat di sini. Apapun, semoga ada lagi rezeki untuk berkunjung ke Melbourne di masa akan datang. Kalau orang tanya, "Best tak Melbourne?". My answer is definitely YES!


Destinasi AirAsia X ke Osaka, Jepun


Destinasi seterusnya adalah Osaka, Jepun. Jepun merupakan salah satu negara maju yang wajib dikunjungi. Di sana, kita akan dapat belajar budaya dan tengok sendiri kemajuan negara mereka dengan lebih dekat dan terperinci. Apa yang lagi menarik tentang Osaka adalah ia sangat strategik. Kalau korang plan ke Osaka, dalam masa yang sama korang juga boleh berkunjung ke Kyoto, Kobe dan Nara. Semua tempat ini terletak dalam satu region iaitu Kansai.




AirAsia X beroperasi 11 kali sehari antara Kuala Lumpur dan Osaka. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Osaka mengambil masa lebih kurang 7 jam 40 minit.


KUL - KIX
Ahad 8am
Isnin 8am / 2pm
Selasa 1:55am
Rabu 8am / 2pm
Khamis 1:55 am
Jumaat 8am /2pm
Sabtu 1:55am / 2pm

KIX - KUL
Ahad 4:40pm / 10pm
Isnin 4:40 pm
Selasa 11am / 10pm
Rabu 4:40pm
Khamis 11am / 10pm
Jumaat 4:40pm
Sabtu 11am / 10pm


Osaka International Airport


Aku teruja bila tiba di Osaka, Jepun sebabnya ini adalah salah satu negara yang aku idam-idamkan nak pergi selama ini. Lagi satu, ini adalah percutian musim winter yang pertama dalam hidup aku, So, excited lebih la sikit untuk trip ke Osaka, Jepun. Trip kali ini bersama team Oh Jalan!


Aktiviti Menarik Di Osaka


1) Dotonbori 

Kalau dah sampai di Osaka, tak sah kalau tak spend masa untuk jalan-jalan di sekitar Dotonbori Steeet. Memang meriah di sini especially pada waktu malam. Macam-macam ada, bermula dari makanan, buah-buahan sehinggalah pakaian/ fesyen. Kalau di Malaysia, kita ada Petaling Street, Jalan TAR dan Jonker Walk. Di Osaka, kita ada Dotonbori. Memang meriah, memang crowded dengan pelancong. Happening!


Dotonbori Street


2) Glico Man Sign

Di penghujung Dotonbori Street, korang akan jumpa satu jambatan. Di situ, jangan lupa untuk abadikan gambar bersama Mr Glico. Ini adalah papan iklan yang paling famous dalam kalangan pelancong di Osaka, Jepun. Kalau tengok waktu malam, lagi cantik! Sebenarnya, aku pun tak faham kenapa Glico ni sangat famous. Anyone can explain to me about this? hehe


Glico Man Sign


3) Shopping Street

Berdekatan dengan Ebusu-bashi bridge ada shopping street yang wajib korang singgah. Sepanjang jalan ada macam-macam brand di kiri kanan korang. Fuh, harga memang berpatutan! Nak cari ole-ole pun banyak di sini. Barangan yang branded pun banyak. Memang syurga untuk kaki shopping kalau datang sini. Sepanjang jalan, ada je macam-macam barang yang dijual.


Shopping Street


4)  Menikmati Takoyaki

Salah satu makanan wajib cuba kalau dah sampai di Dotonbori adalah takoyaki. Cubalah cari yang orang beratur panjang dan halal. Takoyaki di Malaysia banyak tepung, tapi takoyai di Osaka sangat sedap. Sebiji takoyaki ada seketul octapus. Fuh, memang umphhh!


Menikmati Takoyaki


5) Kansai Thru Pass

Untuk explore Osaka, Kobe, Kyoto dan Nara, apa yang korang perlu ada adalah Kansai Thru Pass. Pass ini valid untuk 3 hari dan boleh pergi ke tempat-tempat menarik di sekitar Kansai. Public transport dan jaringan kereta api di sini agak kompleks tetapi sangat efisien. Paling penting, kena tahu baca map dan tahu destinasi yang nak dituju. Perhatikan warna code sebelum masuk untuk elakkan diri daripada salah masuk train. One thing aku belajar tentang budaya orang Jepun bila berada dalam train adalah mereka senyap. Masing-masing sibuk membaca. Seolah-olah kita berada dalam library. Dan jangan pelik, kalau korang duk bercakap dan bising-bising, ada yang datang tegur suruh senyap. Hahahaha.


Public transport di Osaka menggunakan Kansai Thru Pass


6) Osaka Castle

Salah satu lokasi wajib pergi bila dah sampai Osaka adalah tak lain dan tak bukan Osaka Castle. Osaka Castle adalah replika daripada istana asal yang dibina pada tahun 1580-an. Proses untuk membina semula menara utama selesai pada 1931. Dinding batu, daun emas yang elegan dan bumbung tembaga menjadikannya struktur ikonik yang menakjubkan. Ia adalah simbol sejarah masa lampau Osaka. Terdapat tempat duduk di atas tingkat lapan bangunan ini yang menjadikannya tempat yang hebat untuk pemandangan panorama yang cukup indah. Kalau datang musim bunga, boleh tengok cherry blossom di sini. Cantik!


Osaka Castle


Pandangan depan Osaka Castle


Pandangan sisi Osaka Castle



7) Masjid Kobe

Kalau ke Kobe, antara lokasi wajib singgah adalah Masjid Kobe. Masjid ini ditubuhkan pada bulan Oktober, 1935 di Kobe dan merupakan masjid pertama di Jepun. Pembinaannya dibiayai oleh derma yang dikumpul oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari 1928 sehingga dibuka pada tahun 1935. Masjid ini telah dirampas oleh Tentera Laut Imperial Jepun pada tahun 1943. Walau bagaimanapun, ia terus berfungsi sebagai masjid hari ini. Masjid ini terletak di salah satu kawasan pelancongan yang paling terkenal di Kobe yang mempunyai banyak bangunan gaya barat lama. Kobe mmerupakan kawasan yang mempunyai penduduk beragama Islam. Jadi, jangan risau tentang makanan halal di sini.


Masjid Kobe


Kobe Halal Food



8) Cable Car ke Nunobiki Herb Garden

Memandangkan trip kami pada musim winter, jadi semestinya pemandangan yang dapat kami tengok kebanyakannya pokok dengan ranting kering yang diliputi lapisan salji. Memang tiada bunga-bunga yang berkembang mekar. Biasanya, kalau naik cable car ke Nunobiki Herb Garden pada musim lain, kita berpeluang untuk tengok bunga-bungan dan tulips.


Cable Car ke Nunobiki Herb Garden


Salji memutih


9) Merasai pengalaman bermain salji

First experience main salji. Biasa di Malaysia asyik ditimpa hujan, bila di Osaka ditimpa salji. Wow perasaan teruja lain macam. Kalau kena hujan dah lari bertempiaran cari tempat berteduh. But, not for snowing. Siap pose ambil gambar lagi, hahaha. 





10) Budaya di sekitar Kyoto

Untuk korang yang minat tentang kebudayaan, boleh berkunjung ke Kyoto. Di Kyoto, korang boleh melawat rumah-rumah tradisional orang Jepun dan juga merasai sendiri pengalaman memakai pakaian Jepun iaitu kimono. Sempat juga bergambar dengan orang Jepun memakai kimono apabila terserempat di stesen kereta api. 


Gadis Jepun memakai Kimono


11) Arashiyama Bamboo Grove

Antara lokasi menarik di Kyoto adalah Arashiyama Bamboo Grove. Masuk adalah percuma! Pemandangan di sini sangat cantik especially untuk korang yang suka photography. Memang banyak port menarik untuk mengambil gambar. Aku suka jalan-jalan di kawasan ni. Sebab rasa tenang dan mendamaikan.


Arashiyama Bamboo Grove


12) Fushimi Inari-Taisha Shrine

Kesilapan kami adalah bila sampai ke Fushimi Inari pada lewat senja, Dah nak malam baru sampai sini. So, moral of the story, kalau korang nak gambar cantik di sini, kena datang waktu pagi atau siang hari. Fushimi Inari-Taisha Shrine dianggarkan mempunyai lebih 10,000 pintu Torii. Ia mempunyai laluan yang tertutup untuk ke atas gunung dan korang juga boleh berjalan kaki di bawah bumbung sambil menikmati pemandangan indah. Tiket masuk ke sini adalah percuma. Tulisan yang berwarna hitam merupakan nama-nama syarikat yang membuat sumbangan untuk makam di sini.


Fushimi Inari-Taisha Shrine


Pengalaman di Osaka, Jepun adalah antara trip lain dari yang lain. Sebabnya, trip ini merupakan destinasi pertama yang aku berpeluang tengok dan rasai sendiri salji. Fuh! Selepasa 28 tahun hidup baru tahu perasaan berjumpa salji, haha. Good experience indeed. Semoga di masa akan datang, ada lagi peluang untuk merasai musim winter di negara orang. Dan semoga lebih banyak destinasi AirAsia X yang dapat diterokai di masa mendatang.


AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”


Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Apa yang best sangat tentang kempen AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”. Jom, cekidout!!!


AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”


Agak-agak, siapakah pelanggan bertuah AirAsia X yang bakal memenangi hadiah yang ditawarkan untuk kempen AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” kali ini? Adakah anda, anda atau anda? Sama-sama kita nantikan. Pemenang utama untuk AirAsia X “Fly High & Get Rewarded” akan menerima tiket penerbangan AirAsia X selama setahun dan voucerr penginapan daripada Air Asia Go yang bernilai RM10,000.


Hadiah tiket penerbangan ini merangkumi destinasi AirAsia X ke Japan: (Tokyo, Osaka, Sapporo); South Korea: (Seoul), Busan; China: (Xian, Beijing, Hangzhou, Chengdu, Shanghai, Chongqing, Wuhan); Taiwan: (Taipei ); Australia: (Sydney, Melbourne, Perth, Gold Coast); New Zealand: (Auckland); India: (New Delhi); Iran (Tehran); and United States of America (Honolulu).


Kalau aku dipiliha sebagai pemenang bertuah, aku akan manfaatkan tiket penerbangan untuk travel ke destinasi idaman terutamanya ke New Zealand (Auckland), Australia (Sydney, Perth) dan Jepun (Tokyo, Sapporo). Itu hanyalah impian, entah bila akan jadi kenyataan. Apapun, all the best and good luck to all contestants for this campaign, AirAsia X “Fly High & Get Rewarded”. Fly high!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...