Monday, November 28, 2016

TRAVEL MEWAH ATAU TRAVEL MURAH? SEMUA ADA DI TOURISTGUIDE.COM.MY

Setiap orang mengimpikan percutian yang hebat. Tak kira untuk seorang diri, bersama keluarga mahupun bersama sahabat handai. Namun, tak semua destinasi percutian yang diidam-idamkan dapat dicapai dengan mudah. Ada yang perlukan masa bertahun-tahun, ada pula yang hanya perlukan perancangan sekelip mata. Persoalannya, cukupkah bajet (sumber kewangan) yang ada dalam merealisasikan destinasi percutian yang dihajati?


Rentetan daripada kekangan yang timbul bila kita berbicara soal percutian atau travel, maka wujudlah satu platform khas untuk kaki travel merealisasikan impian mereka. Mencari pakej travel mewah? Atau mencari pakej travel murah? Atau kedua--duanya, semuanya bakal terjawab di TouristGuide.com.my


Tanggal 24 November 2016, maka dengan rasminya website TouristGuide.com.my dilancarkan. Dengan kehadiran dif-dif kehormat dari Tourism Malaysia, artis undangan iaitu Akim Ahmad, rakan media dan bloggers, detik bersejarah pelancaran website rasmi TouristGuide.com.my berlangsung dengan gilang-gemilang dan jayanya. Kudos to Team Tourist Guide. Finally, after 5 years berhempas-pulas membangunkan Tourist Guide, kini sudah tiba masanya untuk mereka mengorak langkah ke hadapan seiring dengan trend terkini iaitu pemasaran atas talian (online).


Westin Hotel Kuala Lumpur menjadi saksi majlis bersejarah pelancaran TouristGuide.com.my. Kini, dengan rasminya website yang menyediakan perkhidmatan seperti booking hotel, booking flight dan pakej percutian ke destinasi terbaik dunia dalam satu platform dibuka untuk akses kepada umum.



Dengan pendaftaran secara percuma, ahli TouristGuide.com.my boleh menikmati tawaran hebat termasuklah diskaun sehingga 75% ke destinasi pilihan. Selain itu, ahli berdaftar boleh mengumpul mata ganjaran untuk menebus percutian secara percuma. Amazing right? Jadi, better pergi daftar cepat-cepat. Lagi awal korang register, lagi cepat dapat collect point dan berpeluang untuk tebus percutian percuma. Kalau masih ragu-ragu, boleh baca 12 fakta menarik mengenai TouristGuide.com.my untuk bantu korang lebih faham tentang konsep yang cuba diketengahkan.


12 Fakta Mengenai TouristGuide.com.my
  1. TouristGuide.com.my mula ditubuhkan sejak tahun 2011
  2. Memilih perkhidmatan online tourism dan travelers club sebagai core business
  3. Misi utama adalah untuk membina jaringan terbesar di dunia untuk traveler dean moto "Build World's Largest Travel Network"
  4. Fokus utama adalah dalam bidang pelancongan melibatkan destinasi tempatan dan luar negara
  5. Memperkenalkan pendaftaran keahlian Travel Club tanpa sebarang bayaran (Free membership)
  6. Bekerjasama dengan syarikan penerbangan (airlines), hotel dan tour operators di Malaysia dan serata dunia
  7. Menyediakan platform khas untuk memberikan tawaran hebat termasuklah hotel booking, flight booking, travel packages dan lain-lain perkhidmatan berkaitan pelancongan (tourism)
  8. Setiap ahli berdaftar akan diletakkan dalam jaringan (network) khas dan berpeluag untuk mengumpul mata ganjaran (points) untuk menikmati pakej percutian pada harga yang berpatutan, lebih murah dan percuma mengikut terma dan syarat
  9. Menyajikan tawaran hebat (travel deals) dengan diskaun sehingga 75%
  10. Mensasarkan pendaftaran ahli sebanyak 100,000 orang di Malysia sebelum melebarkan sayap ke luar negara
  11. TouristGuide.com.my adalah jaringan sosial traveler (network hierarchy) yang tidak memerlukan ahli berdaftar untuk mencari ahli baru seperti MLM
  12. Life-time membership dan setiap ahli berdaftar layak untuk mengumpul mata ganjaran bagi menebus percutian percuma 


Pengenalan Tentang TouristGuide.com.my




Maskot TouristGuide.com.my


Sempena pelancaran TouristGuide.com.my, mereka juga telah memperkenalkan maskot untuk Tourist Guide. Wow, memang menarik character yang mereka tampilkan.



Agak-agaklah kan, apa nama yang sesuai untuk 2 maskot yang diperkenalkan oleh pihak TouristGuide.com.my ni? Dengar cerita, mereka masih belum bagi nama untuk maskot ni. Apa kata korang tolong suggest, hehehehe.

By the way, sekarang ini pihak TouristGuide.com.my ada mempromosikan beberapa pakej istimewa dengan harga gila-gila murah. Masih tak ada plan untuk kalendar travel next year? Jom, kita usha-usha pakej hebat yang ditawarkan buat masa ini. Cekidout!!!


Pakej Percutian Murah Dari TouristGuide.com.my

Pakej ke Kerala

Pakej ke Hong Kong

Pakej ke Mauritius

Pakej ke Maldives

Pakej ke Taj Mahal


Jujurnya, aku teringin nak ke India. Cumanya, belum tentu destinasi mana yang patut dikunjungi dulu. Ye lah, India kan besar. Banyak tempat menarik untuk dilawati di India termasuklah Taj Mahal, Kerala, Ladakh danc lain-lain. I think, this is the best time to search for my next destination. Hopefully, everything goes well. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak pengurusan TouristGuide.com.my di alamat seperti berikut:

Infinity Vacation Sdn. Bhd. (1141826-T)
Suite A-25-3A, Sentral Business Park,
Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

Toll Free:
1800-38-3338

Direct line:
+603-87342802

Email:
contact@touristguide.com.my

Website:

Instagram:

Facebook:





Saturday, November 26, 2016

WAJIB SINGGAH DI KELANTAN : ROTI TITAB, KOPITIAM KITA

Bila orang tahu aku orang Kelantan, first topik yang keluar dari mulut dorang adalah, "makanan kat sana best-best, murah pulak tuh". Lepas tu, masing-masing duk cerita pergi makan situ, sana, sini. Soalan yang paling gabra aku nak jawab, nak tahu apa? Bila dorang start tanya, "pernah pergi tak makan situ?". "Apa lagi tempat makan best kat sana eh?". Alamak! Apa nak jawab kalau aku sendiri tak pernah pergi try, hahahaha. Kalau korang orang Kelantan dan mengalami simptom yang sama macam aku, don't worry. You're not alone! kah3


Lagi parah, bila officemate ramai yang suka pergi Kelantan. Sampai ada sorang brader ni, setiap tahun wajib cuti seminggu pergi bawak anak bini ronda-ronda pantai timur dan singgah di Kelantan. Bila dia tanya, "pernah makan roti titab di Kopitiam Kita?", "Dah try teh tarik madu Pak Mat Pulau Pisang?", "Sup Kepala ikan kat Warung Pak Mat dah try?". Fuh, aku surrender!Dia pulak ajar kita nak makan apa dan nak makan kat mana. Adoyai. Impressive!  




So, untuk mengelakkan soalan yang sama datang terjah, balik kampung baru-baru ni aku sempatlah try breakfast di Kopitiam Kita. Ini lah ye Kopitiam Kita yang orang luar duk cakap-cakap tu? Finally! Sampai juga akhirnya aku ke sini. Touched down je di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, on the way nak balik  ke Melor tu, singgah la makan di Kopitiam Kita kejap. Eksited molek nok oyak bui :)


Alamat: 
Kopitiam Kita, Taman Desa Jaya,
4357-A, Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan


Untuk korang yang first time datang Kota Bharu, Kelantan ataupun first time nak singgah sini. Kopitiam Kita adalah antara salah satu tempat yang korang wajib singgah especially untuk breakfast. Lokasi Kopitiam Kita kat mana? Boleh refer alamat kat atas tu haa. Kalau susah-susah sangat, korang search je guna waze. Gerenti sampai.


Breakfast di Kopitiam Kita


Jangan panik, kalau korang sampai di Kopitiam Kita tiba-tiba nampak penuh dan tak ada seat. Normal lah tu. Kalau dah namanya tempat tersohor, terkenal pulak dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke Kelantan, maka bertabahlah tunggu turn. Kalau Pulau Pinang terkenal dengan roti canai dan roti bakar di Transfer Road, apa yang aku boleh katakan Kota Bharu terkenal dengan Roti Titab di Kopitiam Kita.

Roti Titab di Kopitam Kita

Jujurnya, inilah first time aku try Roti Titab. Sebelum ni asyik duk tengok orang post gambar di sosial media je. Fuh, bila dah ada depan mata tu. Ngap ngap ngap tanpa banyak cakap. Pada pendapat aku, gabungan roti bakar, telur goyang dan kaya sangat superb! Tak dapat imagine sebelum ni rasa telur masak separuh (telur goyang) makan dengan kaya macam mana rasanya. Tapi, bila dah try sendiri, perghhhh. Padu!


Milo Ais - Nasi Tumpang - Roti Titab


Selain Roti Titab, kat Kopitiam Kita ni macam-macam lagi ada. Kalau nak breakfast di Kota Bharu, Kelantan, Kopitiam Kita adalah antara tempat terbaik. Sebut saja nak makan apa, semuanya ada. Nasi tumpang, Nasi Air Dingin, Nasi Berlauk, Nasi Impit, Satay dan macam-macam lagi. Patutlah selalu ramai kat sini. Rupa-rupanya, macam-macam ada.


Jadi, untuk korang yang plan nak ke Kota Bharu, apa kata masukkan Kopitiam Kita dalam list korang. Alang-alang dah sampai tu, bolehlah pekena Roti Titab. Sedih kan? Dah nak habis 2016, tapi aku baru makan Roti Titab dan singgah makan di Kopitiam Kita, wakakaka. Balik next time, nak pi try teh tarik madu dan sup kepala ikan Pak Mat Pulau Pisang la pulak, hehe. Jom!





Thursday, November 10, 2016

STEVIA ALTERNATIF KEPADA GULA, HINDARI DIABETES DAN OBESITI

Pernah baca tak fakta yang dikeluarkan di dada-dada akhbar tentang kadar penghidap penyakit diabetes dan juga obesiti di Malaysia? Agak-agak korang kan, kita masih di tahap yang selamat ataupun pada tahap berjaga-jaga? Tak payah fikir jauh, just ambil contoh pasal diri kita sendiri. Dulu berat 50-60 kg, sekarang dah mencecah 70-80 kg. Fuh, seriau jugak bila fikir balik. Aku pun baru nak start ambil langkah berjaga-jaga untuk menurunkan berat badan. Kalau masalah berat badan, itu boleh nampak dengan mata kasar lagi. Macam mana pula dengan kadar kolestrol dan kandungan gula dalam badan? Hah, yang tu kena buat check-up baru kita boleh tahu tahap kesihatan kita.


Di kesempatan ini, aku nak share sedikit-sebanyak fakta yang sempat aku google tadi mengenai Diabetes dan Obesiti yang melanda Malaysia sekarang ini. Mudah-mudahan, apa yang kita baca ini dapat dijadikan peringatan kepada kita semua. 
 
Pada tahun 2014 dikatakan sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap Diabetes dan pada tahun 2015 kajian mendapati penyakit itu meningkat kepada 17.5 peratus iaitu kira-kira 3.5 juta orang sekaligus menyenaraikan Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan pesakit diabetes yang tinggi di Asia Tenggara. Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kelaziman obesiti telah meningkat dengan mendadak iaitu daripada 4.4 peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada tahun 2006. Kemudian telah meningkat kepada 15.1 peratus pada tahun 2011 dan terus meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015.


Jadi, jelaslah. Diabetes dan obesiti adalah antara 2 perkara kronik yang sedang melanda rakyat di negara kita. Actually, banyak faktor yang menyumbang kepada diabetes dan obesiti. Dan faktor utama semestinya gaya hidup dan pemakanan kita semua. 




Salah satu usaha untuk mengawal kandungan gula dalam badan dan mengatasi masalah obesiti dan penyakit diabetes adalah dengan mengurangkan gula dalam makanan dan minuman. Langkah lagi berkesan, kalau boleh tukar gula kepada pemanis semulajadi iaitu Stevia sebagai alternatif kepada gula. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa Stevia? Jadi, untuk perkongsian kali ini, aku nak share serba-sedikit info berkaitan stevia. Semoga bermanfaat!




KELEBIHAN STEVIA

  1. Menurun dan mengimbang kadar kandungan gula dalam badan
  2. Menurunkan kadar gula dalam darah, pesakit diabetes dan hypoglycaemia
  3. Melawaskan pembuangan air kecil
  4. Meningkatkan tenaga dalam badan
  5. Membantu sistem penghadaman makanan
  6. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
  7. Berupaya mengawal berat badan (Obesiti)
  8. Mengurangkan masalah keradangan
  9. Menghilangkan sakit tekak kadar segera 
  10. Bantu buang lemak dan bina Otot untuk Sado/ kaki Gym/ Body Builder

Kenapa tak boleh makan gula atau minum minuman bergula? Bukan tak boleh langsung, tapi kalau nak jaga kesihatan kena lah kurangkan. Kalau nak elakkan diabetes mahupun obesiti, seboleh-bolehnya elakkan gula. Untuk pengetahuan korang, bila gula berkurang dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga, lemak mula akan dibakar untuk dijadikan tenaga. Pendek kata, teknik ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan dengan workout di gym atau exercise. Kalau rasa tak boleh hidup sangat bila tak boleh minum air manis, boleh guna stevia sebagai pengganti gula.




Cara guna Stevia bagi sesiapa yang nak cuba tukar rutin harian menggunakan pemanis semulajadi sangat mudah. Korang boleh praktikkan langkah-langkah seperti berikut:

  1. Titis dalam minuman atau masakan secukup rasa
  2. Titis 2 Titis dalam mulut sebelum tidur untuk segarkan badan keesokan hari
  3. Titis 2 titis ke tekak untuk hilangkan sakit tekak

Mesti korang pelik kan? Apa beza stevia dengan gula kalau dah dua-dua rasa manis? Kalau nak tahu, stevia ni diperbuat daripada tumbuhan semulajadi dan tidak dicampur dengan sebarang bahan kimia. Jadi, stevia terbukti lebih baik untuk kesihatan berbanding gula yang kita duk makan sehari-hari tu. Macam mana stevia dapat membantu menjamin kesihatan kita? Jom tengok!

  1. Dapat imbangkan dan turunkan kandungan gula dalam badan
  2. Dapat turunkan kadar gula dalam darah
  3. Dapat melawaskan kencing
  4. Mencuci sistem perkumuhan
  5. Kurangkan masalah radangan

One more thing yang korang perlu tahu adalah siapa yang sesuai untuk guna stevia? Kalau korang tergolong dalam 6 kelompok ni, aku cadangkan korang try guna stevia. Macam aku, aku tergolong dalam kelompok mana? Sah-sah la golongan yang nak cuba kurangkan berat badan dan kalau boleh nak elak daripada penyakit diabetes, nauzubillah. Korang dalam kelompok mana satu?

  1. Lelaki & Wanita semua peringkat Umur. (Bayi 0-5 Tahun tak boleh) 
  2. Wanita mengandung menghidap kencing manis kerana pembawakan baby.
  3. Body Builder(abang sado sedang diet nak bina muscle)
  4. Mereka sedang diet Atkins
  5. Pesakit Kencing manis
  6. Semua lapisan masyarakat dan peringkat umur yang mementingkan kesihatan.


Satu perkara aku suka dengan produk Stevia ni adalah kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Dengan kandungan 30ml untuk setiap botol, nak travel ke mana-mana dengan flight memang lepas. Nak letak dalam poket untuk bawa ke office pun mudah. Pendek kata, nak pergi makan kat mana-mana pun mudah nak bawa. Order je air teh kosong ke, kopi kosong ke, just tambah stevia dua tiga titis terus boleh minum.


Lama ke boleh tahan? Iya, hanya 2 titis setiap gelas dah memadai. Bukan tu je, kalau korang nak masak dan tak mahu guna gula, boleh juga guna Stevia untuk menambah rasa manis dalam hidangan korang, Magik tak? Aku dah cuba, korang bila lagi? InshaAllah, kita hanya berusaha. Mudah-mudahan, apa yang kita ikhtiar ni berhasil la ye. Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan gula dalam senyuman :) Ingat, jangan sebab nak makan sedap, minum sedap, sampai kaki tergadai dek kena potong akibat diabetes. Kesihatan kena jaga.




Kalau ada mak ayah yang menghidap penyakit diabetes, atau saudara-mara dan kawan-kawan yang mengalami masalah obesiti yang sedang berusaha kurangkan berat badan, apa kata bagitahu dorang untuk cuba amalkan makan/minum guna stevia. Kalau nak dapatkan produk stevia, boleh hubungi nombor dan rujuk website/ laman sosial media seperti berikut:


No telefon:
 +6013-673 2012 / +6010-282 6344
Cash on Delivery (COD) hanya di area Senawang (Pesona Menawan)

Website: 

Facebook:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger