Saturday, October 29, 2016

SHOPPING DI HUJUNG JARI DI EZBUY

Zaman sekarang memang cukup mudah untuk shopping, lagi-lagi online shopping. Buka website, klik klik untuk pilih barang, buat payment, tadda dah sampai depan pintu rumah. Jimat masa, jimat tenaga. Sambil goyang kaki, sambil tengok tv, sambil baring-baring atas katil pun boleh shopping. And to be honest, aku pun sudah terjebak dengan wabak shopping online. Bukan apa, sebab mudah dan banyak barang yang kita nak ada depan mata. Apa lagi, klik dan beli je lah. One more thing, shopping online ni best sebab selalu ada promosi best dan harga jauh lebih murah daripada yang ada di kedai-kedai. Jimat beb!








Jadi, hari ni aku nak share salah satu website online shopping yang korang patut cuba iaitu ezbuy. Nak tahu apa yang menarik tentang ezbuy? Meh nak cerita sedikit-sebanyak pasal ezbuy. 


1) First thing first, korang pergi ke https://ezbuy.my/ iaitu one-stop shopping online

2) Register atau log in ke akaun ezbuy

3) Semak bahagian "Cetegory" dan select mana yang korang berkenan. Antara produk yang ada:
  • Women's clothing 
  • Men's clothing 
  • Toys, Mother & Kids 
  • Shoes, Bags & Accessories 
  • Home & Garden 
  • Beauty & Health 
  • Sports & Outdoors 
  • Office & Stationery 
  • Automotive 
  • Mobiles & tablets
4) Dah select "category", kemudian boleh proceed untuk pilih produk yang dicari

5) Then, select item yang nak dibeli dengan kuantiti dan pilihan warna, etc untuk klik "Add to cart"

6) Boleh pilih barang-barang lain lagi dengan steps yang sama dan "Add to cart"

7) Dah puas hati semua shopping, klik "Check Out"

8) Kemudian, pilih "Shipping Fee" ikut bajet masing-masing
NOTA: Fee yang murah biasanya akan mengambil sedikit masa untuk sampai ke Malaysia. Kalau nak cepat, pilih DHL Express

9) Untuk proses penghantaran, masukkan alamat yang betul dan lengkap

10) Finally, buat pembayaran. Boleh bayar guna online banking. Mudah dan senang :)


Actually, steps by steps untuk shopping di ezbuy ni sama je dengan website online shopping yang lain. Cuma yang bezanya adalah barang-barang yang ada di ezbuy adalah dari luar negara seperti dari China, USA, Taiwan dan lain-lain. Apa lagi kelebihan shopping di ezbuy? Cekidout!!!!! 


1) Products variety


Macam-macam produk ada. Bukan hanya tertumpu kepada pakaian/fesyen semata-mata, malah gajet, peralatan sukan, perkakas dapur dan macam-macam lagi ada. Semuanya hanya di hujung jari korang! Boleh cek kat sini! 





Pendek kata, ezbuy ni dah macam one stop centre untuk online shopping. Macam-macam ada. Korang sebut je nak apa, search and find! Apa yang lagi menarik, ada macam-macam jenis brand dan dijual pada harga yang berbeza-beza mengikut bajet korang. Kat bawah ni aku ada share beberapa kategori barang yang aku selalu tengok di ezbuy. Duk usha-usha tengok yang berkenan dan kalau jumpa barang yang tengah cari pada harga yang berpatutuan. memang akan rembat. Antaranya pakaian, barang portable elektronik seperti power bank, charger, etc. Tak ketinggalan juga kategori bagpack untuk travel.



Portable electronic

Backpack

Menswear

Banyak lagi actually barang-barang best yang ada di ezbuy ni. Kalau nak senarai semua, jenuh pulak korang nak scroll down nanti. Untuk ladies, ada pelbagai jenis dress dan aksesori yang dijual. Untuk family pula, macam-macam perkakas dapur, kabinet, perkakas rumah dan macam-macam lagi. Overal, segala jenis barang ada untuk semua lapisan umur. Everything at one place!

 2) Lowest shipping rate @ RM4.50/500g & No Agent Fee


Biasanya, kalau beli barang dari luar negara, perkara yang paling memeningkan kepala kita sebagai pembeli dalah kos penghantaran. Tapi, dengan ezbuy, mereka menawarkan harga terendah untuk kos penghantaran iaitu serendah RM4.50 untuk 500 gram tanpa dikenakan sebarang caj tambahan untuk agent fee. Contohnya, kalau korang beli barang-barang di bawah RM30 dari ketegoriu tertentu, korang tak akan dikenakan agent fee (tertakluk kepada terma dan syarat).



3) Prime Service


Part paling best bila shopping dengan ezbuy adalah Prime Service. Nak tahu apa itu Prime Service? First & foremost, korang kena register as Ezbuy Prime Membership kat sini : Prime Service Benefits

Kalau beli barang kurang RM30 untuk barang-barang tertentu, don't worry lah kan sebab dah ada the lowest shipping rate tadi. But, cuba korang bayangkan korang beli barang more than that. And then, barang yang korang beli tu melebihi berat 500g, I mean berkilo-kilo beratnya. Can you imagine how much you need to pay if use nornal courier either air freight or sea freight? But, no worries! Dengan Prime Service, kos penghantaran barang korang ke depan pintu rumah hanyalah RM8.80. Terkejut? Tak percaya? Korang boleh baca sendiri di pautan yang aku bagi tadi ye. Kalau untuk korang yang tegar shopping online, better register untuk setahun terus dengan hanya RM188.





Hah, macam mana? Menarik tak ezbuy ni? Rasanya setakat ni je lah perkongsian aku untuk kali ni pasal online shopping di ezbuy. Choppppp!!! Sebelum aku terlupa. Nak bagitahu yang korang boleh menikmati diskaun sehingga 15% untuk shipping fee dengan code ezship15. Untuk first timer yang baru nak register akaun dengan ezbuy, korang akan mendapat RM15 percuma yang akan dikreditkan ke dalam akaun Ezbuy korang. Macam mana nak register? Boleh register kat sini: ezbuy


Pssssst!Code Diskaun 15% untuk Shipping Fee - EZSHIP15




Apa tunggu lagi? Jom shopping di ezbuy sementara stok masih ada. Dengar kata banyak promosi-promosi dan diskaun-diskaun hebat yang ditawarkan. Jom kita usha-usha kejap. Lets!





Friday, October 21, 2016

PESTA LELONG BUKU PUTRAJAYA 2016

Masihkah korang ingat, zaman-zaman kita sekolah dulu? Kalau ada jualan buku di sekolah pada tarikh sekian-sekian, cikgu akan bagi satu borang yang ada judul-judul buku yang akan dijual untuk dibawa pulang ke rumah dan tunjuk kepada mak ayah. Time tu, perasaan terkial-kial. Nak beli ke tak? Harga sebuah buku bukanlah murah, ada RM5 sebiji, ada RM10 sebiji, dan ada yang harganya lebih mahal. Kadang-kadang je beli, selebihnya peram kertas tu dalam bag. Nak baca buku, pergi library dan pinjam. Program NILAM kan rancak time tu. Fuh, kenangan betul.


Zaman sekarang berbeza. Kalau dulu, Pesta Buku sekali-setahun je. Tapi sekarang macam-macam Pesta Buku, Ekspo Buku, Jualan Lelong Buku, semua ada. It's up to us untuk pergi atau tidak je. Lagipun, harga buku sekarang mostly agak murah dan lebih banyak pilihan yang hebat-hebat dan jauh lagi berkualiti. Terbaru, satu Pesta Lelong Buku akan diadakan di Putrajaya dengan menawarkan harga kaw-kaw murah. Memang rugi kalau tak pergi. Ni lah peluang untuk borong buku banyak-banyak untuk anak-anak, family atau diri sendiri.


Memandangkan kita bercakap soal buku dan membaca, aku nak share tentang 10 Fakta Tersembunyi Untuk Orang Yang Suka Membaca. Buku pun macam fesyen, gajet dan lain-lain juga. Ada peminat tersendiri. Bila dah jatuh dalam kategori hobi, sudah tentu orang akan berhabis untuk membeli koleksi bacaan terkini, cuma hobi membaca ni tak memakan belanja yang besar. Jom tengok kelebihan orang yang suka membaca:

  1. Meningkatkan kapasiti memori otak
  2. Membantu kemampuan pemikiran secara kritis dan analisis
  3. Menambah pengetahuan
  4. Memperluas pemikiran dan berpandangan jauh
  5. Mencegah alzheimer
  6. Mengatasi stress
  7. Meningkatkan peluang kerjaya
  8. Memperluas kosa kata
  9. Meningkatkan konsentrasi
  10. Hiburan percuma dan hobi yang tidak memerlukan kos yang tinggi


Hah, no wonder kalau kita tengok ramai orang yang duk baca buku dalam train, di stesen bus, airport dan taman-taman tak kira di negara kita mahupun di luar negara. Cumanya, bila teknologi makin berkembang pesat, budaya membaca kian terhakis. Dan orang ramai mula berkira untuk berbelanja beli buku dan lebih prefer bacaan alternatif seperti ebook, website dan sebagainya. Tahukah anda? Baca buku hard copy, yang kita boleh pegang dan sentuh itu berbeza fell nya berbanding ebook dan sebagainya? Yes, I prefer to buy a book and keep it as my collection.


SIAPA KATA NILAI DUIT RM100.00 TU KECIK UNTUK BORONG BUKU? Hah, tidak sama sekali kalau korang pergi ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. RM100 tu korang boleh borong banyak buku nanti. Mesti korang nak tahu kan, bila dan kat mana dorang nak lelong buku-buku ni semua? Don't worry, semua buku-buku baru. Bukannya buku reusue ataupun buku lama zaman tok nenek kita. Meh nak share info terperinci untuk memudahkan korang membuat perancangan rapi untuk pergi shopping buku. Pssst! Beli buku boleh claim tax tau, hehehehe. Apa lagi, cepatlah serbu jualan lelong buku ni. Hah, kalau nak beli banyak sila bawak troli atau kotak siap-siap. Mudah nak angkut. 

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016


Buat julung-julung kalinya Pesta Lelong Buku Putrajaya diadakan dan merupakan pesta lelong buku Bahasa Malaysia yang terbesar di Malaysia. Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 akan diadakan dari 21 sehingga 30 Oktober 2016 di Dewan Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Sinergi Ilmu Resources Sdn.Bhd dengan kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.


50 Penerbit Buku


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 ini bakal menampilkan 50 penerbit buku terkenal tanah air seperti PTS Publications, Telaga Biru, Must Read, Ana Muslim, Dubook Press, Institut Terjemahan Buku Malaysia, Penerbit Jakim dan ramai lagi. Yang lagi best, mereka akan menawarkan harga runtuh serendah RM2 dan RM5 bagi sebuah buku dan RM1 untuk majalah.


Harga Serendah RM1


Macam mana? Menarik tak? Dah lah banyak pilihan, harga pulak jauh lagi murah berbanding di kedai-kedai buku. Rasanya, kita semua dah tiada alasan lagi untuk tidak datang dan dapatkan sendiri buku yang bermutu pada harga yang murah. Untuk pengetahuan korang semua, terdapat pelbagai jenis genre buku yang dijual dan paling penting sesuai untuk semua lapisan umur seperti kanak-kanak, dewasa, Novel, buku motivasi dan buku agama. Dengar cerita, lebih 50,000 judul tajuk buku pelbagai genre akan dibawa oleh kesemua pempamer Pesta Lelong Buku Putrajaya dengan harga-harga yang murah dan diskaun sehingga 80%. Wow! Rambang mata ni nanti mau pilih. Lagi best, masuk adalah PERCUMA yang bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari. Pendek kata, sesuai sangatlah jualan murah macam ni untuk semua golongan yang mahu berjimat-cermat dengan keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang. Lagi-lagi buku ilmiah yang pastinya takkan basi dimamah usia.



100 Booth Jualan & Aktiviti Menarik


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 bakal menjanjikan satu fenomena baru dalam memartabatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan menampilkan sebanyak 100 buah booth jualan. Selain itu, pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti busking, ceramah, diskusi buku, pertandingan selfie, dan pertandingan mewarna.




Pesta 10 Hari & Penampilan Selebriti


Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016 yang akan dianjurkan selama 10 hari ini semestinya akan memudahkan pengunjung untuk merancang kunjungan bersama anak-anak dan keluarga terutamanya di hujung minggu. Kalau korang nak tahu, sempena Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, ada juga sesi bersama artis terkenal seperti  Yatt Hamzah dan Heliza Helmi turut diadakan. Fuh, mesti meriah ni.




Fasiliti Cukup Lengkap


Jangan risau pasal parking. Untuk semua pengunjung Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, parking yang luas disediakan. Ruang pameran pun selesa, kemudahan mesin ATM disediakan, tempat makan dan minum pun ada untuk memudahkan urusan pengunjung. 


#PESTALELONGBUKU


Kalau korang semua berminat untuk datang ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016, boleh lah start plan dari sekarang. Ajak family, ajak kawan-kawan dan ajak sesiapa saja yang suka tambah koleksi bahan bacaan untuk sama-sama memeriahkan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman facebook, twitter dan instagram @pestalelongbuku atau @sinergiilmu atau hubungi 019-3258285 (En. Jaini) atau 013-7007067 (Nurhaziemah) untuk sebarang pertanyaan berkaitan Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016.


Checklist!


✔ Buku Murah RM1.00, RM2.00, RM5.00.
✔ Lebih 50,000 judul buku pelbagai genre.
✔ Pesta lelong buku Bahasa Melayu terbesar di Malaysia. 
✔ Pesta buku terbesar tanpa rak selama 10 hari.
✔ Disertai lebih 50 penerbit terkenal.
✔ Lokasi penganjuran yang memiliki kemudahan kawasan letak kereta yang luas, lokasi yang dikenali ramai, kedai makan dan berhampiran dengan Maybank yang dilengkapi dengan mesin ATM yang mencukupi.


Laman Facebook : 

Hashtag : 
#pestalelongbuku 
#dahtakdealasandah





Saturday, October 15, 2016

NIGHTS OF FRIGHT 4 MENGHANTUI SUNWAY LAGOON

Masa kecik-kecik dulu, kalau pergi funfair kat kampung, tak pernah nak masuk rumah hantu. Penakut punya pasal. Tapi sekarang, bila orang ajak pergi Nights of Fright di Sunway Lagoon, laju je pergi. Last year, Nights of Freight 3 pergi dengan +Neyra Shazeyra dan Syafiq. Terpekik dan terlolong terkejut kena sergah dek hantu-hantu kat sana. Bukan tu je, sampai basah kuyup baju seluar naik Colorado Splash. Tahun ni, Nights of Fright 4 pun pergi lagi tanpa rasa serik. Kali ni lagi havoc, lagi meriah, pergi dengan housemates dan team +Projek Travel 




Mesti korang tanya, berbaloi ke pergi Nights of Fright? Ya, bagi aku definitely yes! Lagi-lagi kalau pergi ramai-ramai dengan member. Nak lagi berbaloi, korang try semua rumah hantu yang ada. Tema untuk Nights of Fright 4 tahun ini adalah "Face Your Fears". Jadi, korang cubalah terjah ke semua rumah hantu yang ada dalam Sunway Lagoon tu. Bukan tu je, korang juga berpeluang untuk naik beberapa rides dalam Sunway Lagoon sempena Nights of Fright 4. Menarik kan?




Apa yang ada di Nights of Fright 4? Ada 11 haunted houses/ mazes, 11 night amusement rides, serta 3 main stages untuk Scare-O-Sel, Temple of Anubis dan Tombstone Stage. Overall, banyak kelainan yang ada di Nights of Fright 4 berbanding dengan tahun lepas. Hantu pun makin ramai dan makin banyak species, hahaha. But, definitely it's awesome journey, full of scream and laugh!




TIPS: Untuk korang yang bercadang nak pergi Nights of Fright 4. Korang patut study map ni dulu and decide korang nak pergi mana dulu. So, takde lah buang masa nak fikir dan bincang kat mana nak tuju time kat sana. Find your direction and face you fears! Kalau queue panjang, korang pandai-pandai lah skip dan proceed to next station/ rides. Manage your time wisely and have fun!




 Jumpa Hantu di Sunway Lagoon!










Malam tu, kami try macam-macam. Antaranya ke Screampark, Malaya High School, Chaonei No #81 in UV3D, DIYU- The Jurney of Judgement, The Zombie Walk, dan paling best dapat try air dalam bag darah di Blood Bank. Oh lupa nak bagitahu. Kat dalam tu jugak ada macam-macam jenis gerai makanan dan minuman. Ada Scream Cafe, Push Cart 1, Cube Pizza and Starbucks dan Push Cart 2.




Untuk adrenaline junkies, korang boleh try naik ride yang ada. Antaranya Colorado Splash (my favorite), Carousel, Tomahawk, Apache Pots, Vultures, Wagen Wheel, Scream Coaster dan beberapa rides lagi yang pastinya mampu membuat jantung korang tercabut gedebuk jatuh ke tanah dan korang  kena kutip balik, hahahaha.




Amacam, korang tak teringin ke nak try pergi sendiri ke Nights of Fright 4 di Sunway Lagoon? You should try at least once in a lifestyle. Rasai sendiri macam mana rasa seram sejuk masuk rumah hantu yang gelap gelita. Rasai sendiri macam mana terkejut beruk bila disergah dan dijerkah oleh hantu-hantu kat sana. Dan alami sendiri dunia hantu yang mengerikan tapi menghiburkan. Tak faham, terjerit-jerit terkejut, tapi lepas tu korang boleh pulak ketawa terbahak-bahak. Sesuai untuk korang yang nak pi release tension, wakakaka. Scream out loud kat hantu-hantu biar terkeluar segala macam masalah dalam kepala tu, lol.




So, kalau korang plan nak pergi ke Sunway Lagoon untuk merasai sendiri pengalaman ke Nights of Fright 4, boleh lah book tiket atau boleh tengok info lanjut seperti yang ada kat bawah. Cekidout!

Harga tiket:
RM58/ person
RM80 untuk 2 orang (Ahad sahaja)
Student RM50
Promotion RM120 (1 admission Sunway Lagoon & 1 NOF4 ticket)
(*strictly for 12 years and above)

Tarikh:
7-31 Oktober 2016

Masa:
7.30pm hingga 11.30pm

Website:

Facebook:

Instagram:
#NOF4 #faceYourFears #SunwayLagoonNOF4





Wednesday, October 5, 2016

RIZQ ISLAMIC SCHOOL PENCETUS REVOLUSI SEKOLAH TAHFIZ MODEN

Sebut saja "sekolah pondok" atau "sekolah tahfiz", pastinya kita skeptikal ia mesti berada di ceruk kampung, pelajarnya berjubah, berserban dan berkopiah dan prasarana serta kemudahan sekolah yang ada adalah usang dan terhad. Namun, bila berkunjung ke Rizq Islamic School, segalanya berubah sekelip mata. Kita dapat lihat sekolah tahfiz dari dimensi yang berbeza. Lebih tepat, revolusi tahfiz moden yang bertaraf antrabangsa. Itulah antara objektif utama penubuhan Sekolah Islam Rizq atau Rizq Islamic School iaitu untuk mengubah stigma masyarakat dengan mengangkat martabat sekolah tahfiz dengan cara moden, prasarana cukup lengkap dengan kemudahan bertaraf dunia.


Alamat:
Sekolah Islam Rizq
Wisma RIZQ, Lot 1456-2,
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Malaysia

Telefon:
+603-8912 0447 

Whatsapp:
+6018-961 1615


Semasa kunjungan ke Rizq Islamic School, mata aku tertumpu terhadap rona dan warna di Wisma Rizq. Bukan hanya pada bangunan, malah pada lantai dan juga di bilik-bilik khas seperti kelas, makmal, dewan, bilik permainan dan ruang pelajar. Penggunaan perabot dan peralatan di dalam bilik khas yang berwarna-warni membangkitkan suasana kondusif dan ceria untuk sesi pembelajaran. Jadi, di kesempatan ini, aku nak berkongsi sedikit-sebanyak info dengan semua tentang Rizq Islamic School iaitu sekolah rendah tahfiz yang baru dibina di Sungai Ramal Dalam, Kajang.


1. The First International Tahfiz School in ASEAN




Rizq Islamic School atau dikenali juga sebagai Sekolah Islam Rizq merupakan sekolah rendah untuk pelajar berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Sekolah ini diuruskan oleh Rizq Educare Sdn. Bhd dan telah mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 13 Julai 2016. Apa yang lebih menarik tentang sekolah ini adalah bilamana kami dapat tahu Rizq Islamic School ini juga merupakan sekolah tahfiz pertama yang bertaraf antarabangsa di ASEAN. 


2. Revolusi Tahfiz Moden oleh Anak Muda

Penubuhan Rizq Islamic School bukanlah daripada golongan berpengalaman dalam industri pendidikan. Tetapi daripada empat belia yang mempunyai pekerjaan dan perbezaan latar belakang pendidikan seperti perubatan, undang-undang, teknologi maklumat dan sains politik. Namun, itu semua bukan penjadi penghalang untuk mereka berkongsi minat yang sama dan merealisasikan impian untuk menubuhkan sebuah sekolah tahfiz moden pertama di Malaysia.





Personally, aku sangat kagum dengan usaha yang telah mereka lakukan. Kewujudan Rizq Islamic School ini ibarat menyuntik nafas baru untuk sekolah tahfiz sekali gus "upgrade" tahap kemajuan pendidikan yang ada di Malaysia. Usaha keras dari anak muda untuk generasi baru agar dapat melahirkan lebih ramai golongan professional Islam dengan menyerapkan elemen keagamaan dan hafazan Al-Quran untuk menjadi hafiz dan hafizah yang unggul dan berkualiti.


Antara pengasas yang telah bekerja keras dalam merealisasikan Rizq Islamic School adalah seperti berikut:

  1. Abdullah Firdaus Bin Abd Jalil (29 tahun) - Ketua Projek
  2. Dr Shiefa (27 tahun)
  3. Mohd Azzizat Bin Abdul Rahman (28 tahun)
  4. Khairul Azwan Mohd Shafee (24 tahun)


3. Kaedah Pembelajaran Yang Menyeronokkan

Biasanya kalau sebut pasal sekolah atau sekolah tahfiz, membuatkan anak-anak kita atau pelajar menjadi resah dan gelisah. Masing-masing rasa berat untuk meninggalkan rumah dan pergi ke sekolah untuk belajar. Jadi, pendekatan yang diambil oleh pihak Rizq Islamic School adalah untuk 'tackle" pelajar agar jatuh cinta dengan sekolah mereka. Bila kanak-kanak dah mula seronok untuk datang ke sekolah, maka sesi pembelajaran pun lebih mudah dan efektif untuk dilaksanakan. 


Menerapkan sesi pembelajaran yang menyeronokkan


Kaedah pemberlajaran di Rizq Islamic School berbeza jika nak dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain yang ada di Malaysia. Mengambil pendekatan seperti yang diterapkann di negara Finland, sesi pembelajaran yang menyeronokkan ini pastinya akan berjaya menghasilkan seorang Hafiz Quran yang berkualiti dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Selain itu, Rizq Islamic School mengaplikasikan teknik pendidikan yang diterapkan di Jepun dalam pembentukan disiplin dan attitude kanak-kanak. Pendek kata, tahfiz moden bertaraf antarabangsa ini mempunyai kualiti tersendiri dan lain daripada yang lain.

4. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Sekolah Islam Rizq atau Rizq Islamic School ini berbeza daripada sekolah tahfiz yang lain kerana masih berlandaskan Kurikulum Bersepadul Sekolah Rendah (KBSR). Namun, sekolah ini mempunyai nilai tambah dengan memperkenalkan program tahfiz yang meliputi 4 subjek iaitu:
  1. Hafal Al-Quran
  2. Tajwid
  3. Tafsir Al-Quran
  4. Adab Hamalatul Quran (Adab bersama Al-Quran)

Lagi menarik, Rizq Islamic School juga menitikberatkan modul Islamik untuk melengkapkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Modul Islamik oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini merangkumi 5 subjek utama iaitu:
  1. Tauhid
  2. Akhlak
  3. Khat & Imla'
  4. Feqah
  5. Sirah


5. Kemudahan Cukup Lengkap

Jujurnya, bila kami meronda di keseluruhan kawasan sekolah, apa yang dapat diperhatikan adalah kemudahan yang ada di Rizq Islamic School adalah 'first class'. Dilengkapi dengan 16 buah kelas, auditorium, dewan, bilik permainan, padang bola, makmal Sains, Student's Lounge, kantin, kafetaria, art room, surau, locker, makmal komputer, playroom, gimnasium, perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang lain.


Memandangkan Rizq Islamic School mendapat pengiktirafan dan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, dewan di sekolah ini mendapat mandat untuk menjadi lokasi peperiksaan penting seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dengan kata lain, dewan di sini akan menjadi salah satu pusat peperiksaan untuk sekolah-sekolah agama rakyat yang lain di sekitar Selangor/ Kuala Lumpur. 



Makmal Sains

Kantin

Dewan

Playroom


Student's Lounge

Student's Lounge

Kelas

Auditorium

Gimnasium


Perpustakaan


6. Keistimewaan Lain di Rizq Islamic School

Selain daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Program Hafazan Al-Quran dan Kurikulum Sekolah Rendah Agama (KSRA), Rizq Islamic School juga menawarkan beberapa kurikulum tambahan seperti Astronomi dan Ilmu Falak. 


Para pelajar juga akan dibekalkan ipad untuk aktiviti hafazan al-Quran dan digunakan sebagai alat bantu mengajar mengikut slot yang telah ditetapkan. Satu perkara yang menarik dan unik di sini adalah konsep "floating class". Maksudnya, para pelajar akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain bagi subjek yang berbeza. Jadi, pelajar tak akan berada di satu kelas yang sama. Ini penting untuk memberikan suasana pembelajaran yang kondusif supaya pelajar tak rasa bosan.


Konsep "playroom" pula diketengahkan untuk menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah sekali gus menjadikan sesi pembelajaran yang seronok dan menghiburkan. Nak belajar, mood happy kena ada. Barulah mudah ilmu nak masuk.  


7. Sesi Pengajian Pertama - Januari 2017

Sesi pengajian pertama di Rizq Islamic School akan bermula pada bulan Januari 2017 dab mensasarkan seramai 300 pelajar sebagai permulaan. Untuk ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke Rizq International School, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di laman sosial media seperti di bawah:

Laman Web:

Facebook:

Twitter:

Instagram

Google+:



Sekian saja sedikit-sebanyak perkongsian tentang Rizq Islamic School yang terletak di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kalau ada apa-apa pertanyaan, bolehlah hubungi terus pihak Rizq Islamic School ataupun drop komen kat bawah. InshaAllah, saya akan tolong ajukan pertanyaan tuan-puan kepada pihak yang sepatutnya. Apapun, akhir kata saya ucapkan semoga Rizq Islamic School berjaya dalam melahirkan insan Hafiz dan Hafizah yang bukan sahaja hebat dari segi agama Islam dan Al-Quran, malah cukup lengkap dengan ilmu-ilmu lain untuk menjadi professional Islam yang unggul. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger