Siapa sangka, kami semua telah berpeluang bertemu mata dan berjumpa dengan Cik Joy Revfa, iaitu pemilik empayar MERVE Cosmetic. Pernah dengar tentang MERVE Cosmetic? Kalau pernah dengar dan dah tahu, bagus. Kalau belum tahu, it's ok. Kat sini saya akan share sedikit-sebanyak info tentangnya secara eksklusif.



Mungkin ada yang bertanya, "Siapa Joy Revfa ni". Beliau lah pengasas untuk MERVE Cosmetic. Pernah tengok gambar pasangan pengantin yang viral baru-baru ini sebab muka pengantin perempuan yang ada iras muka artis dan seolah-olah hasil gabungan wajah 3 artis terkenal tanah air iaitu Dato' Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fasha Sandha? Amazing right? Hah, Cik Joy ni adalah kakak ipar beliau iaitu kakak kepada pengantin lelaki tu, Zharif. No wonderlah, pengantin baru yang sepadan seperti pinang dibelah dua tu jadi model produk ni di instagram.


Selain diperkenalkan dengan lebih dekat dengan produk MERVE semasa majlis makan malam, kami juga berpeluang untuk bertanya sendiri Cik Joy Revfa tentang latar belakang beliau dan paling penting sejarah bagaimana terciptanya produk MERVE.




Bukan hanya perut kenyang dijamu makanan enak dan lazat di Fulhouse, Sunway Pyranid, malah pertemuan kami juga sarat dengan perkongsian pengalaman hidup beliau dan kisah jatuh bangun beliau dalam memperkukuhkan empayar MERVE Cosmetic. Rasanya tak salah untuk saya berkongsi dengan anda semua tentang insan hebat ini. Mana tahu dapat jadi inspirasi untuk kita semua tak kira dalam lapangan business ataupun kehidupan seharian.




Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?

Beliau amat bersyukur dengan dugaan yang Allah swt anugerahkan kepadanya yang menimpa-menimpa dalam hidupnya. Oleh kerana dari ujian itu lah, timbulnya semangat yang luar biasa yang tersembunyi dalam dirinya sebelum ini. Dengan berbekalkan modal yang ada, beliau tidak teragak-agak untuk menghasilkan produk jenama sendiri. Dengan konsep fairytale, lain dari yan lain, beliau tampil dengan jenama MERVE. 


Di mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi?

Bila ditanya, siapa sumber inspirasi beliau? Rupa-rupanya, ibu tercinta adalah sumber inspirasi. Ibu beliau telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana untuk menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar & telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran & berjaya di dalam dunia perniagaan. Dengan sebab itu, Ibunya sendiri adalah sumber Inspirasi untuk menghasilkan produk kecantikan & kosmetik. Disokong sepenuhnya oleh Ibu sendiri, beliau rasa sangat bertuah. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Dalam industri dan aliran yang sama dengan ibunya, semestinya apa yang belia buat mendapat dorongan dari ibunya. Orang kata, lebih berkat dengan restu seorang ibu.






To cut it short, saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak maklumat ringkas mengenai Cik Joy Revfa, pamilik empayar MERVE Cosmetic dan 4 produk utama MERVE yang sudahpun menjengah ke pasaran. Cekidout 😊


PENGASAS MERVE
  1. Cik Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015
  2. Berumur 29 tahun dan merupakann 'Single Mom" yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Arryan Firdaus
  3. Berdarah Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. 
  4. Sebelum ini beliau adalah Filem Makeup Artists di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif untuk menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. 
  5. Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama Joy Revfa di dunia Makeup Artists adalah "Habibie & Ainun" dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award.
  6. Beliau mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales
  7. Business Partner yang berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent & dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen dalam menubuhkan struktur syarikat yang kukuh & gah
  8. Akademi Kecantikan Artistik Diyana, Shah Alam iaitu Akademi kecantikan yang diasaskan oleh Ibundanya sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas merupakan akdemi yang ditubuhkan untuk membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya

GORGEOUS JUICE
  1. July 2015 di PWTC, beliau telah membuat perasmian produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE
  2. Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yang diterima sangat banyak & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Yang amat beliau berpuas hati adalah produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan 
  3. Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah)
  4. Produk ini khusus buat wanita yang ingin memperbaiki masalah dalaman terutama buat wanita yang sukar hamil, dingin dlm perhubungan seksual, memperbetulkan aturan haid, memperbanyakkan susu dada & mencantikkan lagi kulit.

MERVE FULL COVERAGE FOUNDATION
  1. Produk yang sedang hangat di pasaran ini merupakan produk KEDUA yang baru 3 bulan muncul iaitu MERVE Full Coverage Foundation yang menjadi viral & kegilaan pengguna wanita yang mampu mencantikkan kulit dalam beberapa saat.
  2. Foundation ini diperkaya dengan Super Fruits & Modern Formula ini penuh dengan khasiat untuk kulit setiap hari!
  3. Foundation ini mengandungi extract Mangosteen, Grapefruit, Goji Berry, Peach, Acai Berry, Pomegranate, L-Glutathione, Stem Cell, Green Tea, Vitamin C, Vitamin E & Aloe Vera yang mampu memulihkan, melembutkan, mencerah & mencantikkan kulit anda setiap hari
  4. Paling menarik perhatian, pada minggu pertama berada dipasaran hampir 5000 unit licin terjual
  5. Mempunyai 5 warna istimewa yang boleh diaplikasikan sebagai Primer (Krim Perlindung), Foundation (Alas Bedak), Concealer (Penyamar Noda) & Shading (Pembayang) yang mampu memberi khasiat pada kulit & menukar kulit anda lebih sihat bermay

MERVE FAIRY TEARS POTION
  1. MERVE berjaya keluarkan produk KETIGA pada pertengahan bulan February 2016 lepas.
  2. Fairy Tear Potion ini adalah Multivitamin Primer Serum iaitu cairan yang mengandungi formula zat yang berkhasiat untuk memperbaiki struktur kulit yang sangat luar biasa dan baunya juga wangi dengan ektrak Dewberry
  3. Diperkaya dengan pelbagai ektrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk memudarkan kesan parut & melembutkan kulit.
  4. Mampu melembapkan kulit serta menjadikan kulit cerah, halus & mulus. Umpama 2 dalam 1 Base Makeup (Primer) dan Zat Cair (Serum).
  5. Mampu meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat umpama "lapisan Vitamin" yang hebat
  6. Lebih tinggi khasiat dan memberi nutrisi pada kulit berbeza dari Krim Wajah yang biasa
  7. Digalakkan memakai potion ini setiap hari sebelum memakai makeup kerana ianya umpama 'perisai' dari bahan-bahan tidak sepatutnya di dalam makeup yang merosakkan kulit 
  8. Boleh dipakai di wajah, tangan dan seluruh badan yang terdapat kesan luka, parut, rekahan dan kulit kasar.
  9. Sebelum nak pakai makeup, sapu potion ni terlebih dahulu dan pakai setiap hari sebelum tidur. 

LIMITED EDITION FAIRY TALES PASHMINA
  1. Produk yang KEEMPAT adalah LIMITED EDITION Fairy Tales Pashmina yang direka khas oleh Cik Joy Revfa sendiri dengan warna pastel dunia khayalan yang ceria. 
  2. Pashmina available pada minggu terakhir bulan april 2016.

COMPACT POWDER
  1. Produk KELIMA merve adalah compact powder yang bakal dihasilkan & dijangka berada di pasaran dalam bulan july 2016, insyaallah. 


Memetik kata-kata dari Cik Joy Revfa sendiri, kejayaaan penjenamaan MERVE sendiri adalah hasil sokongan dan dorongan followers beliau di laman sosial terutamanya di instagram. Walaupun masih baru bertapak dalam industri kosmetik di negara ini berbanding produk-produk jenama lain yang dah terkenal, namun hasil jualan dan maklum balas daripada pelanggan setia amat memuaskan. Bukan saja di Malaysia, malah MERVE sudahpun mengorak langkah sampai ke Singapura, Brunei, dan Indonesia. Apapun, semoga maju jaya dan terus sukses saya ucapkan kepada Joy dan team MERVE.

"Saya tahu pasti ramai yang ingin mengumpul koleksi Cosmetic Fairy Tales keluaran MERVE. Terima kasih sangat atas sokongan semua yang sentiasa tak sabar-sabar memiliki produk-produk Fairy Tales dari MERVE. Rakan-rakan followers saya di media sosial juga sebenarnya adalah semangat saya setiap hari. Tanpa sokongan anda, mungkin MERVE tidak menjadi viral dan mempunyai peminat yang ramai sehingga kini. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga buat semua."

"Alhamdulillah, walau baru 8 bulan produk MERVE wujud dipasaran, saya bersyukur kerana telah banyak membantu ramai pengguna yg bermasalah tentang kecantikan luaran & kesihatan dalaman. MERVE juga telah mempunyai lebih 30 Stokis yg committed dan lebih 1000 Agent & Dropship seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei & Indonesia. Insyallah dengan komitmen dan kepakaran kami, MERVE akan melebarkan sayap ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa."


Jadi, jika ada yang di luar sana berminat untuk sertai MERVE sebagai STOCKIST PARTNERS, boleh hubungi 012 373 8787 segera. Berikut info lanjut mengenai laman sosial media Jov Revla, pemilik empayar Merve Cosmetic dan laman sosial Merve Cosmetic untuk perhatian dan kunjungan anda semua. Akan datang, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai produk MERVE. Any question, just drop a comment ya. Thanks for reading 😊

FB pengasas MERVE : 

Instagram pengasas MERVE : 
@joyrevfa

Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :

Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )

Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )

B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Hotline : 
+601123650600
‪+60123738787‬

Facebook : 
Merve Cosmetic Malaysia

Instagram : 
@mervecosmetic_hq

Email : 

Website : 
AmnaHome menawarkan homestay terbaik di luar negara. Dengan menyediakan hampir 40 buah homestay yang terletak di bandar-bandar utama dan dekat dengan tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan para pelancong seperti di Kuala Lumpur, London, Tokyo, Melbourne, Auckland, Amsterdam dan Perth menjadikan pengalaman bercuti lebih bermakna. Dengan tagline "Beyond Homestay", AmnaHome menjanjikan suasana penginapan seperti di rumah sendiri walaupun hakikatnya kita berada di tempat orang. 




Walaupun homestay mereka terletak di lokasi yang strategik iaitu berdekatan dengan tempat-tempat menarik, namun AmnaHome tetap menawarkan harga yang berpatutan. Jadi, jika ditanya apakah impian aku? Semestinya, aku mengimpikan untuk bercuti bersama AmnaHome ke destinasi percutian terbaik dunia. Tidak kiralah ke Amsterdam, Aukland, Perth ataupun ke mana saja destinasi sekalipun, asalkan dapat menginap di AmnaHome. Tak salahkan berangan? Kerana angan-angan itu kan percuma, hehe.


Somethings are just not worth missing
Experience the world in a whole new way
There's a reason
Why we do the things we do
Time dissapears and
Seeing the world
Becomes only a dream
Whatever your destination
It's waiting for you
All you have to do
Is stop waiting.

Yes, now I'm doing this to chase my dream!


AmnaHome merupakan salah satu penaja utama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 (SBB2016). Sempena SBB2016, apa yang menarik dan mencuri tumpuan para peserta sudah semestinya peraduan yang dianjurkan oleh AmnaHome iaitu "Percutian Impian Bersama AmnaHome" / "My Dream Holiday with AmnaHome" yang menawarkan hadiah menarik iaitu pakej percutian. Jadi, demi mengejar impian dan cita-cita, aku cuba gigihkan diri untuk merncuba nasib dan turut serta dalam peraduan kali ini. Bak kata orang tua-tua, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam". Apapun, kita cuba buat sehabis baik. 


Hadiah Utama

  • Percutian 4 Hari 3 Malam ke Amsterdam/ Paris (September 2016) untuk 2 orang
  • Tiket penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ditanggung sepenuhnya oleh pihak AmnaHome


Hadiah Ke-Dua

  • Percutian 4 Hari 3 Malam ke Aukland (September 2016) untuk 2 orang
  • Tiket penerbangan pergi dan balik ditanggung sendiri oleh pemenang


Hadiah Ke-Tiga

  • Percutian 4 Hari 3 Malam ke Perth (September 2016) untuk 2 orang
  • Tiket penerbangan pergi dan balik ditanggung sendiri oleh pemenang


Amacam, menarik tak hadiah yang ditawarkan? Fuuuuh, menggeletar beb nak taip ni. Jadi, untuk menyahut cabaran ini, peserta dikehendaki memuat naik video 15 saat di instagram berkaitan "Percutian Impian Bersama AmnaHome". Kat bawah ni, aku sertakan beberapa penyertaan yang telah aku hantar untuk tontotan semua. Sampai pergi office, ada orang tanya, "Awak ni buat advertising untuk AmnaHome ke?". Terkesima kejap dengar pertanyaan macam tu. Terus aku menafikan, "Eh, tak lah. Saya cuma join peraduan. Mana tahu, ada rezeki boleh menang trip free ke oversea". Haaa, sekarang officemates pun dah tahu pasal AmnaHome, hehehe. Ok, cekidout my videos kat bawah! Enjoy :)


PERTH

"Percutian Impian Bersama AmnaHome"

Salah satu destinasi impian adalah Perth, Australia. Bulan lepas, ada dipelawa sahabat blogger Yazid untuk join beliau ke Perth. Memandangan masa tidak mengizinkan, jadi terpaksa batalkan hasrat. So, impian masih tinggal impian. Bila dapat tahu AmnaHome pun ada di Perth, rasanya impian ni hampir subur kembali. Semoga panjang umur, murah rezeki dapat menjejakkan kaki ke Perth.


Semalam sambil makan cendol duk borak-borak dengan @yazidizzat pasal trip dia ke Perth, Australia last month. Tanya dia stay mana. Just nak tahu the best place to stay in Perth. Mana tahu, satu hari nanti nak ke sana ke kan? Boleh buat rujukan. Ye lah, Perth is one of my dream holiday destination. As far as I know, one of the best, strategic place to stay in Perth is AmnaHome. Why? . • Reasonable, only at $135 per night • 1 Bedroom • 1 Queen Bed & Airflow Bed (Based on request) • Can accommodate up to 4 adults • Cooking facilities provided except rice cooker • Walking distance to Perth CDB • 3-5 minutes walk to Swan River • Free CAT bus Stop Nak tahu apa lagi yang best mengenai AmnaHome? Wait for next episodes. Stay tune! Follow: @amnahome Visit: Amnahome.com Pssst! Tempat menarik di Perth boleh check sini -> #PTxPerth #AmnaHomeSBB2016 #SBB2016 #AmnaHome #AmnaHomeOfficial #AmnaHomeHomestay #ProjekTravel #PTxPerth #DenaihatiNetwork #Denaihati
A video posted by MoKA [nuar] (@penaberkala) on



AMSTERDAM

"Percutian Impian Bersama AmnaHome"

Destinasi impian seterusnya adalah Amsterdam. Kenapa Amsterdam? Jujurnya, Amsterdam sepatutnya tersenarai dalam travel bucket list last year, 2015. Pernah dapat offer letter dari salah sebuah syarikat penerbitan majalah travel untuk Europe Tour. Antara destinasinya adalah Amsterdam, London, Paris dan beberapa lokasi lagi. Tapi, janji tinggal janji. Betullah orang kata, "rezeki ni kadang-kadang yang dah nak masuk mulut pun boleh jatuh ke tanah". Jadi, kita redha je lah. Simpan balik impian tu kemas-kemas untuk masa akan datang. Bila AmnaHome membuka peluang macam ni, semestinya kena manfaatkan sebaiknya Mudah-mudahan ada rezeki. Amin


Dah tengok video sebelum ni? Rasanya, rata-rata dah tahu kan serba-sedikit mengenai @amnahome AmnaHome merupakan rangkaian homestay di 7 lokasi percutian terbaik dunia dengan menawarkan hampir 40 buah homestay. Salah satunya terletak di Leidsegratch, Amsterdam. Percutian Impian Saya bersama AmnaHome semestinya untuk ke Amsterdam *insert mood berangan* 😁 Kenapa? Dah tentu sebab lokasi AmnaHome yang strategik. Dekat dengan shopping area dan restoran Halal. Mudah sikit nak merayap, hehehe. See! Penjaga Alvin & The Chipmunks pun tahu AmnaHome kat mana. Dekat je. Hehehe. Nak tahu lokasi-lokasi lain lagi? Stay tune 😍 Follow: @amnahome Visit: Amnahome.com #AmnaHomeSBB2016 #SBB2016 #AmnaHome #AmnaHomeOfficial #AmnaHomeHomestay #ProjekTravel #Amsterdam #Denaihati #DenaihatiNetwork @DenaihatiNetwork
A video posted by MoKA [nuar] (@penaberkala) on



TOKYO

"Percutian Impian Bersama AmnaHome"

Ingat, bukan setakat Perth dan Amsterdam. Tokyo pun merupakan salah satu destinasi impian aku. Macam AmnaHome juga, bukan setakat di Perth dan Amsterdam, malah di Tokyo, Jepun pun ada. Kenapa nak pergi sangat ke Tokyo? Aku sangat kagum dengan kemajuan yang dikecapi di Jepun. Aku juga teruja nak belajar cara hidup dan meneliti gaya hidup dari kacamata aku sendiri. Walaupun mata aku sepet, orang gelarkan aku Jepun, tapi sepatah haram pun aku tak faham bahasa Jepun, hahaha. Nak buat video ni pun, gigih google cari maksud. Bahasa bukan penghalang, Jepun tetap menjadi salah satu destiansi idaman.





Tips Sebelum Travel

Antara perkara paling penting sebelum travel adalah buat homework especially mencari tempat penginapan yang strategik dengan tempat-tempat menarik. Paling penting, mestilah pada harga yang berpatutan.




Lokasi Utama AmnaHome



Berikut merupakan lokasi utama AmnaHome buat masa ini. Akan datang, AmnaHome akan melebarkan sayap ke Paris dan Kanada.





Kenapa perlu pilih AmnaHome?



Secara tuntas dan ringkas, 4 sebab utama kenapa korang perlu pilih AmnaHome berbanding hotel-hotel lain? Cekidout!!!

Percutian Impian Bersama AmnaHome Destinasi dah tahu kan kat mana? Sekarang, meh nak cerita 4 sebab utama kenapa perlu pilih AmnaHome. 1) Lokasi yang strategik Homestay AmnaHome terletak berdekatan dengan tempat-tempat menarik. Walking distance ke public transport dan city centre. 2) Value for money Hak ni paling penting. Harga yang berpatutan, tapi servis yang ditawarkan tip top! 3) Satisfaction Dengan lokasi strategik dan harga berpatutan, semestinya menjamin kepuasan untuk semua. Bilik tidur, ruang tamu, kitchen semua ada. Complete! 4) Feel like at home! Walaupun kita berada jauh di perantauan, tapi tetap rasa macam berada kat rumah sendiri. Mana taknya, sewa satu homestay, boleh duk ramai-ramai satu family. Baru syiok. Ok, sampai sini je lah perkongsian video untuk kali ni. Sampai sudah kita di episod terakhir Percutian Impian Bersama @amnahome Untuk tonton semua video, boleh klik link di profil IG. Bye! AMNAHOME Beyond homestay 😍 Follow: @AmnaHome Visit: amnahome.com #AmnaHomeSBB2016 #SBB2016 #AmnaHome #AmnaHomeOfficial #AmnaHomeHomestay #Denaihati #DenaihatiNetwork #ProjekTravel
A video posted by MoKA [nuar] (@penaberkala) on


AMNAHOME


Are you looking for affordable place to stay? Yes, I recommend this. Mungkin ada yang tengah plan nak pergi bercuti ke luar negara bersam keluarga, molek benarlah pilih AmnaHome. Kalau travel seorang dua, takpe lah nak book bajet hostel atau hotel. Tapi, bila dah travel ramai-ramai, disyorkan untuk stay di homestay untuk menjimatkan kos. Lagi-lagi homestay yang menawarkan harga yang berpatutan dan lokasi yang strategik seperti AmnaHome.


Berikut aku kongsikan beberapa foto yang diambil dari laman facebook AmnaHome untuk rujukan dan tontotan semua. Nak tengok foto-foto yang lain ataupun info lebih lanjut, boleh follow dan ikuti perkembangan Amnahome di laman media sosial.


Aukland CDB





33/35Wellington Street, Perth 6000


$135 per night
1 Bedroom
1 Queen Bed & Airflow Bed (Based on request)
Can accomodate up to 4 adults
Cooking facilities provided except rice cooker
Walking distance to Perth CDB
5 minutes walk to Swan River
Free CAT Bus Stop


76/143 Adelaide Terrace, Perth 6000


$135 per night
1 Bedroom
1 Queen Bed & Airflow Bed (Based on request)
Can accomodate up to 4 adults
Cooking facilities provided except rice cooker
Walking distance to Perth CDB
3 minutes walk to Swan River
Free CAT Bus Stop


60 Siddely Street, Docklands Melbourne 3008


2 Bedrooms
2 Queen Bed & 1 single/ Airflow Bed
TV
Cooking facilities
Dining Table
Sofa
Private covered parking
3 minutes walk to tram station


470 St Kilda Road, Melbourne 3000


$165 per night
2 Bedrooms apartment
1 Queen bed
2 Single beds
TV
Cooking facilities
Dining Table
Sofa
Private covered parking



AmnaHome.com provide homestay in London, Kuala Lumpur and Perth. Their properties are close to central business district and at affordable price.


Homestay services

Strategic Location
Homestay are located in central business distric.

Value for Money
Price are affordable compare to others.

Welcome Home
Where memories are created and joy never ends.

Its about YOU
Your experience and satisfaction are our priority.


Amna Home - Beyond Homestay

Kuala Lumpur
Amsterdam
Auckland
London
Tokyo
Melbourne
Perth

Coming soon
Paris
Canada


Kesimpulannya, nak homestay yang murah, selesa, dekat dengan tempat-tempat menarik dan to feel like at home, boleh la book AmnaHome. Kalau ada member-member yang tanya tempat penginapam murah di luar negara terutamanya destinasi yang dinyatakan tadi, jangan lupa suggest AmnaHome. Macam mana nak book? Boleh refer info kat bawah ye. Selamat bercuti!



Facebook

Instagram
@amnahome

Google Plus
+AmnaHome 

Reservation
+61 402 966 473
Kesibukan bukan alasan untuk tidak menjaga kebajikan tubuh badan. Alaskan perut dengan makanan berkhasiat. Dapatkan aneka juadah Fresh To Go di oulet 7 Eleven berdekatan tak kira masa dan di mana jua kita berada!


Untuk pengetahuan semua, 7 Eleven kini tampil dengan variasi produk makanan yang sesuai untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam ataupun supper. Pendek kata, 24 jam sehari 7 Eleven ada untuk anda sebagai one-stop center untuk membeli makanan, minuman dan keperluan peribadi. Bertepatan dengan tagline 7 Eleven iaitu "Always There For You", sememangnya memudahkan urusan kita semua untuk mendapatkan bekalan makanan dengan cepat tak kira di mana jua kita berada dan pada bila-bila masa tak kira siang ataupun malam. Untuk perkongsian kali ini, jom saya kongsikan sedikit-sebanyak pengalaman peribadi mencuba sendiri aneka juadah Fresh To Go di 7 Eleven.



Jam berdetik,
Perut mula merengek.
Berkicau melodi Do Re Mi,
Petanda minta diisi.

Terburu-buru aku melangkah,
Mencari jawapan lengkapkan madah.
Terpandang 7 Eleven Always There For You,
Aku tersenyum, bahagia datang bertamu!

Di saat perutku meronta,
Kau begitu menggoda,
Pelbagai seleksi di depan mata,
Kecur liur seleraku ternoda

Ringkas, Cepat dan Padat,
Fresh To Go pilihan tepat.
Lantas ku cuba tanpa ralat ,
Perut kenyang lapar terubat!

.#FreshToGoContest2016
#7ElevenMy
-penaberkala-






Kalau dulu, cuma minuman dan makanan ringan yang dijual di 7 Eleven, kini pelbagai makanan untuk mengalas perut turut tersedia. Dengan Fresh To Go, terutama sekali kepada anda yang dalam perjalanan ke mana-mana yang kelaparan, ataupun yang sibuk berkerja sampai tak sempat untuk mendapatkan proper meal, jadi 7 Eleven tampil dengan inisiatif Fresh To Go. Aneka juadah tersedia dari pagi sampailah ke tengah malam, 24 jam sehari. Antaranya Nasi lemak, Bihun goreng, Sandwich, Burger, sosej, salad, roti dan pastri serta macam-macam lagi.



Pengalaman saya sendiri bertandang ke 7 Eleven Dang Wangi sewaktu lunch hour, saya sempat membeli sandwich yang ternyata masih segar untuk makan tengah hari. Selain menyediakan makanan yang segar dan berkhasiat, makanan yang cepat untuk dimakan pada harga yang cukup berpatutuan, memang sesuai untuk sesi lunch yang singkat.



Tak cukup dengan sandwich, saya juga turut mencuba bihun goreng. Dengan sambal dan sosej, ternyata bihun goreng ini cukup rasa dan pelengkap selera untuk makan tengah hari, Biarpun menu simple-simple je, tapi tetap mengenyangkan sebagai alas perut. Selain sandwich dan bihun goreng, terdapat pelbagai seleksi pilihan makanan yang ada. So, bolehlah pilih ikut citarasa masing-masing.






Paling menarik, outlet 7 Eleven Dang Wangi turut menyediakan tempat makan untuk pelanggan yang perlukan tempat duduk untuk makan. Saya yakin dan percaya, rata-rata outlet 7 Eleven di Malaysia sekarang ada menyediakan tempat duduk untuk makan. Untuk pelanggan yang rushing nak ke office ataupun dalam perjalanan ke destinasi yang hendak dituju, pek makanan Fresh To Go sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana. Packaging yang kemas dan menarik.



Untuk makan malam pula, biasanya saya singgah dan take away beberapa produk Fresh To Go untuk dibawa pulang di outlet 7 Eleven Sri Permaisuri. Selain makan malam, lebihan yang ada juga boleh disimpan untuk breakfast keesokan harinya.



Antara juadah yang saya suka adalah chocolate muffin, sponge delight, cheese stick dan ikan bilis bun. Pendek kata, kalau ada member-member nak datang rumah ke, especially di rumah bujang macam kami, dapat hidangkan makanan dari Fresh To Go 7 Eleven ni pun dah cukup ok. Kan? Actually, menu dan hidangan yang ada di 7 Eleven berbeza-beza mengikut masa dan lokasi outlet. Untuk panduan dan rujukan, disertakan beberapa menu lain yang turut dijual di 7 Eleven seluruh Malaysia.


Breakfast
Chicken Mayo Salad Wholemeal
Chicken & Scrambled Egg Toast
Nasi Lemak
Fried Mee Hoon
Sip N' Savour Teh Tarik


Lunch
Stir Fried Chicken Chili With Rice
Original/ Spicy Udon
Lasagna
Garden Salad With Roasted Sesame Sauce
Big Gulp


Tea
English Shortbread
Cookie
Banana
Slurpee


Dinner
Chicken Rendang With Rice
Macaroni & Cheese
Original/ Spicy Ramen
Sip N' Savour Coffee


Supper
Chicken Meatloaf With Egg Spread
Sip N' Savour Latte



#FRESHTOGOCONTEST2016 #7ELEVENMY



Unuk maklumat lanjut, bolehlah layari website dan facebook 7 Eleven Malaysia untuk mengetahui tentang promosi dan tawaran hebat dari semasa ke semasa.


Website:

Facebook:




Lapar?
Nak cepat?
Nak jimat?

7 Eleven ada jawapannya.
Grab mana-mana produk Fresh To Go.
Di mana-mana, pada bila-bila masa.
Ringkas, Cepat dan padat! 


Usah berlapar, 7E kan ada 😍

Waktu
Dengarkanlah
Selalu dekatkan ku dengannya

Indah
Ku menutup mata
Satukanlah hati

Jadikan malam ku lebih indah
Jadikan siang ku lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya

-Lirik lagu Mewangi, Akim & The Magistrate-



Alamak! Jauh betul tersasar. Nak cerita pasal mewangi bergaya bersama De'Xandra, tapi pergi melalut Mewangi bersama Akim & The Magistrate pulak, hahaha. Ok, actually nak cerita tentang perfume yang baru dapat hari tu. Apa lagi kalau bukan perfume De'Xandra yang semakin hangat diperkatakan saban hari. Mesti ada antara korang yang sudahpun menjadi pengguna setia perfume De'Xandra kan? Maaf la, saya baru nak try, hehehe.  



Lagi-lagi bila makin hebat diperkatakan sampai masuk dalam rancangan Meletop di Astro Ria. Wow! Dengar cerita, Nabil Raja Lawak dan wifenya Zira akan jadi Duta De'Xandra bermula bulan April ini. Mereka akan bawa De'Xandra secara khas ke Meletop Astro Ria. Dan paling penting, ada Giveway De'Xandra Inspired Perfume untuk penonton-penonton yang bertuah. Janji korang kena rajin tweet dan hashtag #meletop untuk menang perfume De'Xandra secara percuma. I've mine. Anda bila lagi?




Apa yang aku suka tentang perfume De'Xandra ni? Jujurnya, sebab botol dia kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dengan isipadu 35ml untuk satu botol, memang mudah untuk dibawa ketika travel ke mana-mana. Nak naik flight pun lepas. Sebenarnya, aku bawa perfume De'Xandra ni masa trip ke Pulau Perhentian tempoh hari. Naik flight di KLIA2 dan turun di Kota Bharu. Lepas tu, dari Kota Bharu baru pergi ke Besut untuk meneruskan perjalanan kami di Pulau Perhentian.


Biasalah, kalau travel sah-sah nak mandi pun tak sempat. Jadi, amat penting untuk lelaki mahupun perempuan untuk menjaga penampilan diri dan kekal wangi sepanjang masa. Kesianlah kat member-member, dah lah penat berjalan seharian, kena pulak hadap bau kita yang tak menyenangkan tu. Mau pengsan member-member, hehehe. Jadi, bila ada perfume De'Xandra yang kecil molek ni,  mudah nak dibawa ke mana-mana. Rasa tak selesa je, sembur je ke badan. Fuuuh, semerbak harum. Awek sebelah tengok, terus kenyit mata. Eh. *ini propa je, keh3*. Jujurnya, bau perfume De'Xandra ni kekal lama. Paling penting, sah untuk dibawa solat. So, jangan was-was ye.




Di kesempatan ini juga, aku nak share serba-sedikit mengenai perfume De'Xandra ni. Mana tahu kan, ada lagi yang masih tercari-cari info mengenai perfume De'Xandra ni sebelum membeli. Jadi, kat sini disertakan ciri-ciri lain yang ada pada De'Xandra Perfumes. Cekidout!!!


CIRI-CIRI DEXANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling dicari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA


Berikut, disertakan juga senarai De'Xandra Inspired Perfumes untuk rujukan korang di luar sana. Ada orang kata, "eh, tak best lah bau perfume ni". Bukan macam tu, cik abang, cik kak, sebenarnya perfume ni tengok siapa pemakainya. Setiap orang kesesuaian mereka berbeza-beza. Contohnya, aku pakai Hugo Boss, maybe korang lebih sesuai pakai Polo Black. Hah, macam tu la lebih kurang. Nak pilih perfume atau nak beli perfume ni, tak boleh nak ikut-ikut orang. Pilih yang rasa kita selesa hidu dan yang sesuai dengan kita. Ok?




CARA NAK ORDER PERFUME DE'XANDRA

Dah tahu pasal De'Xandra Perfumes? Dah start berminat nak order/ beli? Tapi, tak tahu cara macam mana nak beli dan nak beli kat mana? Jangan bimbang. Dunia sekarang hanya di hujung jari. Boleh je beli secara online. Boleh refer contact no di bawah ye. Selamat mencuba!


Fanpage: 

Instagram: 

Website: 

Phone No: 
0132644310 (LIA)
Sebenarnya, dah lama plan nak buat team building dengan gang +Projek Travel . Nak kumpul ramai-ramai, nak buat aktiviti outdoors sama-sama. Cuma, tak pernah ada masa yang sesuai dan tak tahu lokasi yang best. Akhirnya, impian selama ni terlaksana di Klana Resort Seremban yang cukup terkenal sebagai resort in the city yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti team building.


Tak hairanlah kalau Klana Resort Seremban ni menggunakan tagline "My Team building Destination". Memang bertepatan dengan apa yang mereka tawarkan dan bersesuaian dengan tujuan kami bertandang ke sini semata-mata nak merasai sendiri pengalaman aktiviti team building. Jujurnya, bukan mudah nak kumpul kesemua admin Projek Travel 8 orang pada satu-satu masa. At last, dapatlah berkumpul bersama +Mawardi Yunus , +Ahmad Fauzi Aryaan , +Khai Artzfar , +Dik bee dan +Mek Onie. Inipun dah cukup bertuah dapat berkumpul sehingga 6 orang. Cuma +potia casadelarossa dan +zulhilmitempoyak yang tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Apapun, semoga ada lagi peluang dan kesempatan macam ni di masa akan datang.




Jadi, kalau ada yang bercadang untuk organize team building atau family day tak kira untuk aktiviti pejabat, aktiviti bersama member-member ataupun bersama keluarga, maybe boleh pilih Klana Resort Seremban sebagai destinasi pilihan terutama sekali kepada warga Seremban khususnya, dan warga Negeri Sembilan amnya. Orang-orang KL pun boleh jugak kalau nak datang sini. Memang tak jauh mana pun. Cuma mengambil masa lebih kurang 45 minit. Boleh jadi alternatif lain selain Port Dickson dan Melaka, #DekatJe!   


Ok, mesti korang nak tahu kan. Apa sebenarnya yang best di Klana Resort Seremban? Untuk perkongsian kali ini, aku nak share sedikit-sebanyak pengalaman percutian kami 2 hari 1 malam kat sana. Semoga bermanfaat la ye untuk korang yang plan nak datang sini. Tak pun, maybe boleh letak dalam bucket list dulu untuk next trip/ staycation. Jom, aku ceritakan apa yang best di Klana Resort Seremban. Meh, baca betul-betul. Pasni boleh share kat member-member/ family pulak kalau ada yang bertanya.


1. Lokasi Klana Resort Seremban

First of all, mestilah kena tahu lokasi. Kat mana Klana Resort Seremban? Jawapannya, berdekatan dengan Taman Tasik Seremban. Alaaa, tempat yang aku pergi last year dan berjaya jadi Juara treasure hunt tu, keh3. Kenangan manis kat Seremban tu, sampai sekarang terpahat dalam ingatan (baca sini). Nak mudah lagi, korang boleh search guna waze je "Klana Resort Seremban". In case waze tunjukkan jalan ke "Allson Klana", yakinlah anda berada di jalan yang lurus. Betul la tu. Itu nama lama dia, sekarang dah tukar nama jadi Klana Resort Seremban. Satu lagi yang ada kat Negeri Sembilan adalah Klana Beach Resort di Port Dickson. Jadi, jangan konpius ye.



KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban, Negeri Sembilan 




Bab parking pulak jangan bimbang. Parking lot kat sini memang luas dan mencukupi untuk semua pengunjung. Tak payah nak tawaf dua tiga kali baru nak jumpa tempat nak parking. Kat sini, siap boleh pilih-pilih port lagi nak parking kat mana, hehe. Melainkan memang ada majlis perkahwinan atau event besar-besar. Haa, yang tu maybe penuh sikit. Bertabahlah!




Sebenarnya, aku tak expect pun Klana Resort Seremban ni cantik macam ni sekali. Ingat ke resort biasa-biasa je. First impression, macam sunyi-sepi dan biasa-biasa je. Rupa-rupanya, betullah orang kata 'Don't judge a book by its cover". Bila masuk je di ruang lobi, memang cukup meriah. Baru aku nampak apa yang menarik kat sini. Nak tahu apa yang menarik? Jom layan gambar-gambar yang sempat kami rakam sepanjang berada di sana.




Siapa kata kat Seremban ni takde resort yang best? Ni ha, kami dah jumpa satu. Seriously, memang best. Sangat meriah dengan students, penjawat awam dan swasta yang datang untuk mengadakan program team building. Jelas, sangkaan aku awal-awal tadi tu meleset sama sekali. Ni baru masuk ruang lobi, belum lagi tengok segenap ruang sudut yang lain. Nak tahu apa lagi yang menarik? Jom, follow perjalanan kami di sini.




Sementara menunggu staff Klana Resort Seremban iaitu Ms Rani dan Encik Aided,  kami lepak-lepak dulu sambil minum kopi. Kalau nak tahu, mereka berdua la yang akan handle kami selama 2 hari 1 malam kat sini terutamanya untuk aktiviti team building nanti. Tengok, masing-masing sibuk dengan gajet. Nama pun blogger kan? Ye lah, time trip macam ni lah nak rekod video, nak snap gambar, nak cari info dan akhir sekali nak share kepada readers di blog. Orang kata, "sambil menyelam minum air". Pendek kata, sambil bercuti, sambil cari bahan-bahan untuk artikel di blog.


2. Kemudahan dan Fasiliti

Memandangkan ini pertemuan kali pertama kami, team Projek Travel bersama pihak Klana Resort Seremban, jadi inilah peluang terbaik untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pengisian program kami nanti. Bertempat di Bilik Seri Meranti 3, kami sempat berborak-borak sambil tanya apa lagi yang best dan menjadi tarikan utama di Klana Resort Seremban.





Rupa-rupanya, selain menjadi lokasi utama untuk team building bagi syarikat/ institusi dan sekolah, Klana Resort Seremban juga menjadi lokasi pilihan untuk conference, mesyuarat dan majlis perkahwinan. Wow, not bad! Macam-macam ada kat sini. Definitely, complete!




Antara kemudahan dan fasiliti yang ada di lobi Klana Resort Seremban adalah tempat simpanan bagasi (drop & collect luggage) yang betul-betul terletak di sebelah reception counter. Lagi best, kat sini ada menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Kalau ada yang minat cycling, boleh la sewa untuk pergi ronda-ronda ke Taman Tasik Seremban sambil makan angin.




Di sebelah malam pula, pihak Klana Resort Seremban ada menyediakan ruangan live screening untuk perlawanan bola sepak dan juga live band di pentas utama. Kami pun sempat lepak-lepak santai sambil dengar orang nyanyi malam tu. Best juga, terhibur dengan lagu-lagu yang didendangkan sebagai halwa telinga.




3. Aktiviti Team building

The best part about Klana Resort Seremban definitely team building activities. Awal-awal pagi lagi kami keluar bilik hotel untuk ativiti team building. Excited! Nak tahu apa aktiviti yang best? Jom layan!


Klana Resort Seremban
My Team building Destination


Rappelling


Lower Ropes


I'm ready for High Ropes activities!


Muka cuak sebab gayat, tapi still pose :P


Titi gantung, ewah


Nampak mudah, tapi seriously agak mencabar


Amacam, ada gaya spiderman tak? wakakaka


Laser Zone - Elak-elak dari terkena tali


Teambuilding at Klana Resort Seremban - Checked!


Overall, pengalaman buat aktiviti team building kat sini memang best especially part aktiviti extreme yang mencabar keupayaan diri seperti rappelling, flying fox, low ropes dan high ropes. Selain itu, ada juga beberapa games di station lain yang semestinya menuntut kerjasama antara ahi kumpuln untuk selesaikan setiap misi yang diberikan. Yang peting, kami enjoy :)


4. Swimming Pool terbesar di Seremban

Untuk percutian bersama keluarga, semestinya swimming pool akan menjadi tempat tumpuan. In that case, I believe you'll satisfy with their swimming pool. Dengar kata, swimming pool di Klana Resort Seremban adalah swimming pool terbesar di Seremban. No wonder lah siap ada polo air dan boleh buat water rafting dalam swimming pool.




Memang cukup menenangkan bila berada di kawasan swimming pool ni. Dilengkapi dengan swimming pool untuk kanak-kanak dan dewasa, pemandangan kat sini memang menyejukkan mata yang memandang dan amat mendamaikan. Kalau dapat berenang, lagi syiok!




Kolam renang untuk dewasa dengan kedalaman 5 kaki sesuai untuk bermain polo air dan juga water rafting. Amacam, menarik kan? Kalau nak tahu, water rafting ni merupakan salah satu modul yang ada untuk aktiviti team building. Aktiviti macam ni memang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan dari segi nak buat raft sampailah nak kayuh sama-sama merentasi swimming pool. Cool!



5. Harga berpatutan

Ada yang tanya, "Ok tak rate untuk pakej percutian di Klana Resort Seremban?" Jawapan aku, sangat sangat berbaloi. Especially untuk promosi cuti sekolah. Klana Resort Seremban menawarkan pakej percutian keluarga serendah RM188 termasuk breakfast. Jadi, jangan lupa untuk check agoda.com ataupun laman media sosial Klana Resort Seremban (Facebook/ Instagram) untuk promosi hebat.


Kenapa aku cakap sangat-sangat berbaloi? Kat sini aku sertakan beberapa view yang menarik di sekitar Klana Resort Seremban yang semestinya menjanjiikan staycation yang bermakna.


Pemandangan dari tingkat atas menghadap swimming pool


Pilihan bilik yang pelbagai jenis mengikut citarasa dan keinginan


Family room yang menghadap swimming pool


Family room yang mampu menampung 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak


Pemandangan dari swimming pool yang memukau

Dalam banyak-banyak tempat, aku suka lepak-lepak di swimming pool. Sebabnya rasa macam tenang je lepak-lepak kat situ. Dengan cuaca yang panas terik, dapat pulak berendam dalam swimming pool, memang menyegarkan.



6. BBQ Buffet Dinner, Selera Coffee House


Selain aktiviti team building dan kemudahan-kemudahan lain yang disediakan, tempat makan di Klana Resort Seremban juga tidak kurang hebatnya. Di Selera Coffee House, terdapat pelbagai jenis masakan kampung untuk buffet lunch dan juga set ala-carte. Selain itu, pada hari Sabtu setiap minggu, Selera Coffee House ada menyediakan pakej BBQ buffet dinner.




Apa yang menarik di BBQ Buffet Dinner di Klana Resort Seremban? Sudah tentu 20 jenis sos pelbagai warna dan pelbagai rasa. Kami dah cerita panjang di blog Projek Travel. Kalau nak tahu details lanjut, boleh baca di artikel BBQ Buffet Dinner, Klana Resort Seremban.





7. Japanese Buffet Lunch, Yuri Japanese Restaurant

Selain BBQ Buffet Dinner, kami juga berpeluang untuk mencuba sendiri makanan Jepun di Yuri Japanese Restaurant. Untuk buffet lunch, hanya setiap hari Ahad. Jadi, kalau korang pencinta makanan Jepun atau mengidam nak makan makanan Jepun, bolehlah plan datang ke sini pada hari Ahad.  Pelbagai seleksi makanan Jepun disediakan yang pastinya sedap-sedap dan memikat selera. Aku pun tak lepaskan peluang try apa yang ada. Yummeh!


Untuk cerita lanjut mengenai Yuri Japanese Restaurant, boleh baca perkongsian kami kat sini: Japanese Buffet Lunch! Apapun, jom layan apa yang best tentang buffet lunch di Yuri Japanese Restaurant ni.

Pelbagai seleksi makanan Jepun


Yuri Japanese Restaurant - Checked!


Fresh Oyster


Sushi bar dan salad bar


Pengalaman makan di sini pun tak kurang hebatnya. Macam-macam makanan Jepun ada di depan mata. So, kalau tak berpeluang ke Jepun lagi buat masa sekarang, tak payahlah berkecil hati. Datang je sini, dah macam berada di negara Jepun. Dengan dekorasi, interior design dan menu-menu yang disediakna, persis dah macam berada di Jepun. *Mood berangan*


Rasanya, sampai di sini je lah perkongsian tentang 7 perkara yang mesti korang tahu mengenai Klana Resort Seremban untuk dijadikan sebagai rujukan buat masa sekarang. Semoga dengan info-info yang ada ni, dapatlah korang plan untuk percutian bersama keluarga atau meancang untuk pilih destinasi terbaik untuk team building. Kalau ada nak tahu apa-apa lagi info, just drop comment ye. Nak tahu dengan lebih terperinci tentang Klana Resort Seremban dengan lebih jelas? Apa kata tengok video yang sempat kami rakam sepanjang berada di sana. Enjoy :)


Video Klana Resort Seremban







Host

Videographer

Crews

Producer



KLANA RESORT SEREMBAN

Alamat:
KLANA RESORT SEREMBAN
PT 4388 JALAN PENGHULU CANTIK
TAMAN TASIK SEREMBAN
70100 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


Tel:
06 7667888 ext 3181 or 3005


Fax:
06 7667999


Email:
info@klanaresort.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...