Jualan Murah Di Sports Direct! Asalnya, hanya terdengar iklan di radio je. Bila dapat tahu SportsDirect.Com ada buat jualan murah melibatkan beberapa item, terus google cari info. Kebetulan, pada masa yang sama tengah buat preparation untuk trip ke Pulau Perhentian. So, nak cari la dry bag untuk isi barang elektronik seperti telefon dan camera. Mujurlah, ada dry bag yang murah sempena jualan murah kali ni. So, apa lagi. Memang terus bergegas ke Sunway Putra Mall untuk beli.




SportsDirect.Com mempunyai outlet terbaru di Sunway Putra Mal di tingkat 3. Jadi, kalau sesiapa bercadang nak pergi survey barang-barang travel ke apa, boleh la pergi situ. Macam-macam ada, sebut je nak apa.





Untuk jualan murah di SportsDirect.Com kali ini, ada beberapa item yang betul-betul berbaloi untuk beli. Jom tengok apa yang ada. Kalau korang rasa nak beli, better pergi cepat-cepat sebab promosi jualan murah untuk kali ini akan berakhir pada 7 April 2016 kalau tak silap.


1. Jaket untuk aktiviti hiking/ outdoor hanya RM59





2. Kasut untuk aktiviti outdoor jenama Karrimor hanya RM119



3. Kasut running jenama Karrimor hanya RM99



4. Dry bag pada harga serendah RM19 dengan pelbagai saiz dan warna (2L, 5L, 10L, 20L, 25L)



5. Bag pack jenama Karrimor serendah RM69, RM89, RM119, dan RM199



6. Peralatan untuk hiking



7. Kasut sukan pelbagai jenis, design dan warna



8. Sleeping bag dan khemah (iglu tent)



9. Head lamp untuk aktiviti outdoor hanya RM17



Ini antara barang-barang yang ada untuk jualan murah di SportsDirect.Com sewaktu aku pergi hari tu. Kalau korang pergi sekarang, tak pasti barang-barang ini semua masih ada stock ataupun dah kehabisa stok. Wallahualam, tak boleh nak cakap. Maybe, ada lagi items yang best dijual pada harga promosi. Herm, nampaknya Sports Direct akan jadi port untuk aku lepak next time. Cambest pulak ronda-ronda dalam tu. Yang penting, dapat beli barang berjenama pada harga yang paling jimat! Korang pulak macam mana? Suka shopping barang-barang travel di Sports Direct?
Orang kata, bila nak masuk tahun baru, azam pun kena baru. Jadi, mulai Disember 2015 aku dah bulatkan tekad nak join running sekerap yang mungkin. Jadi, start lah join MyBuddyz Run (5km) pada bulan Disember. Kemudian join MPI Generali Run 2015 (9km) pada Januari 2016. Last sekali join Natura Run (12km) pada bula Februari 2016 di Putrajaya. Mac? Dah nak habis bulan tapi tak join mana-mana larian pun. Hampeh betul. Rupa-rupanya, aku terlepas satu acara larian best di Kuala Kubu Bharu iaitu KUBUltra Trail Run 2016.

KubUtltra Trail Run 2016 telahpun dianjurkan pada 5 Mac 2016 di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu. Bercakap pasal Kuala Kubu Bharu, sebenarnya dah banyak program yang pernah aku join kat sana. Jadi, memang banyak kenangan kat sana. Antaranya Bird Watching (klik sini) dan white water rafting (klik sini). Alahai. Tetiba rasa rugi pula tak sempat join KubUtara Trail Run 2016 tempoh hari.


Apapun, walaupun dah terlepas aku rasa terpanggil juga untuk berkongsi tentang beberapa fakta penting tentang KubUltra Trail Run 2016 yang telah dianjurkan baru-baru ni. Cekidout!!!

1. Trail Run yang diadakan berlatar belakangkan suasana indah di sekitar Kuala Kubu Bharu

2. Terdapat 5 kategori yang diadakan. Antaranya adalah seperti berikut:

  • KubUltra 5
  • Terbuka kepada kanak-kanak, keluarga dan newcomers (5km)
  • KubUltra 10
  • Terbuka kepada kanak-kanak, keluarga, newcomers dan hikers/runners yang kurang fit (10km)
  • KubUltra 20
  • Terbuka kepada golongan yang bersedia untuk larian jarak jauh (20km)
  • KubUltra 40
  • Terbuka kepada golongan yang sanggup untuk 'push' diri sendiri untuk pergi lebih jauh (40km)
  • KubUltra 60
  • Terbuka kepada golongan yang mencari cabaran untuk keluar dari zon selesa (60km)
3. Larian yang mencabar untuk pengalaman yang menakjubkan

4. Mempromosikan keindahan Kuala Kubu Bharu yang menarik

Meh nak share gambar-gambar yang menarik yang sempat aku skodeng di facebook berkaitan KUBUltra Trail Run 2016.









Ini pula beberapa perkongsian menarik yang dikongsikan oleh peserta di laman Instagram. Nak tahu apa komen dorang? Jom, tengok!






KubUltra Trail Run 2016 ini telah dianjurkan oleh Asian Trail Explorers, dan disokong oleh partners & sponsors seperti Malaysia Major Events, Tourism Selangor, Gatorade, Volume One, dan Running Malaysia Magazine. Semoga pada tahun depan dan mendatang, ada lagi KubUltra. Yeah, bolehlah kita join ramai-ramai next year. Hehe :P


FACTS
Kuala Kubu Bharu in Selangor, Malaysia, is a township where it looks as if time has come to a standstill. It served as a fort during the Selangor civil war from 1867 to 1874, but is better known for the tragedy during which the Kuala Kubu dam burst open and flooded the town, affecting its tin mining activities and killing 33 people. It is the last township before the Sungai Selangor Dam and the famous hill resort Fraser’s Hill.


Web rasmi: 


Facebook:


Pssst, so far tak pernah lagi join trail run. Kalau obstacles run macam Viper Challenge pernah la join. InshaAllah bulan May nanti akan join Mad Run. Yeazza, tak sabar nak bakar lemak sejarah berjemaah. Tapii, training apa-apa pun belum, hahaha. Kita redah kasik pecah je lah ye. Kbai :) 

Bila dicongak dan dihitung balik, dah 4 kali pergi ke Kuching, Sarawak. Walaupun dah 4 kali, rasanya tak pernah bosan kalau ke sana. Sebabnya? Setiap kali pergi, mesti ada je tempat baru yang first time sampai dan pastinya dapat kutip pengalaman yang berbeza. Lagi satu, makanan kat sana memang unik-unik dan sedap-sedap belaka. Hah, kalau bab makan memang nombor satu, keh3. 


Kalau orang tanya, 'best tak pergi Kuching?". Definitely, jawapannya "Best!!!". Pergilah sekali jejak kaki kat sana dan rasailah sendiri pengalaman bila berada di Bumi Kenyalang especially untuk korang yang tak pernah sampai ke Sarawak. Seriously, worth it! Kalau nak info lanjut, boleh rujuk artikel perkongsian sebelum ini di sini: Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak.


Tak nak cerita panjang lagi mengenai destinasi sempena percutian di Kuching, Sarawak baru-baru ini (Februari 2016), kali ni just nak fokus tentang ole-ole wajib beli bila dah sampai di Kuching, Sarawak. Mungkin ada yang suka beli key chain, fridge magnet, t-shirt "I Love Kuching" dan seumpamanya bila datang Kuching, Sarawak. Berbeza dengan aku. Aku lebih suka beli 2 benda ni bawa balik ke Semenanjung. Nak tahu apa? Cekidout!!
 

1. Ikan Terubok Masin



Siapa kat sini suka makan ikan terubok? Kalau ada yang masih tak kenal ikan terubok tu yang mana satu, senang cerita ikan yang banyak tulang tu lah. Kalau tak pandai makan, alamatnya boleh lekat tulang jawabnya. Jujurnya, aku tak suka makan ikan terubok sebabnya malas nak belek satu-satu time makan sebab banyak tulang. Tapi, berbeza dengan ikan terubok masin yang cukup terkenal di Kuching, Sarawak. Ikan Terubok Masin ni, walaupun banyak tulang tapi bila digoreng sampai garing, memang sedap dimakan. Dah tak payah nak risau bab tulang yang banyak tu dah. Sebabnya, memang boleh kunyah macam keropok je kalau dah goreng garing. Sedap!
 



Ini antara resepi paling mudah untuk masak ikan terubok masin. Hanya perlu potong ikan terubok masin kepada ketulan kecil, hiris bawang holland dan hiris beberapa biji cili merah. Panaskan minyak, goreng ikan terubok masin sampai garing. Agak-agak dah nak garing, letakkan hirisan bawang holland dan cili merah. Biarkan seketika sampai sedikit layu, tadaaa! Siap untuk dimakan dengan nasi panas. Yummeh!


 

Nak lagi sedap, makan dengan sambal belacan ataupun sambal tempoyak bilis petai kak Laila. Perghhh, memang menyengat sampai menambah-nambah makan nasi. Resepi ni je yang mampu buat di rumah bujang, muahahaha. Orang kata, masak lemak ikan terubok pun sedap. Tapi, tak pernah lagi buat. Maybe next time boleh cuba. Tunggu kena dapatkan stok ikan terubok masin yang lain, hahaha.



Jadi, kalau datang Kuching, Sarawak memang tak sah kalau tak beli ikan terubok masin. Kat mana nak beli? Hari tu beli di depan Kedai Kek Dayang Salhah. Kalau nak lagi banyak pilihan, boleh pergi beli di Medan Niaga Kubah Ria. Kat sana lagi banyak pilihan. Bukan hanya ikan terubok masin, malah macam-macam ada. Pucuk midin yang famous tu pun ada kalau nak beli.


2. Kek Lapis Sarawak

Sarawak cukup sinonim dengan kek lapis. Jadi, kalau datang Kuching, Sarawak memang tak akan lepaskan peluang untuk beli kek lapis Sarawak. Antara lokasi tumpuan orang Semenanjung untuk membeli kek lapis yang sedap adalah Kek Lapis Dayang Salhah dan juga Mira Cake House. Tapi, untuk trip kali ini kami singgah di Kek Lapis Dayang Salhah.


Dengan harga serendah RM10 sebiji, kita boleh dapatkan kek lapis pelbagai warna dan pelbagai perisa. Untuk kek lapis perisa eksklusif seperti chesse, red velvet dan sebagainya, harga untuk sebiji antara RM20-RM25. Jadi, boleh pilih mana yang berkenan dan kebiasaanya untuk setiap pembelian 10 biji akan dapat percuma sebiji kek lapis.  



Kalau pergi bercuti di Kuching, Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk pergi sendiri ke kedai kek lapis Sarawak. Caranya mudah saja, kalau stay di hotel berdekatan Kuching Water Front, boleh ambil bot tambang untuk ke seberang sungai. Tak sampai 10 minit korang akan sampai di kedai kek lapis Sarawak samaada di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ataupun Mira Cake House. 



Kek Lapis Sarawak ni boleh simpan berminggu-minggu kalau simpan dalam peti ais. Bukan tu je, kalau beli untuk dibawa pulang ke Semenanjung, penjual akan pack siap-siap untuk memudahkan urusan nak bawa balik naik kapal terbang. Memang berbaloi.


Lagipun, memandangkan ikan terubok masin dan kek lapis Sarawak memang susah nak dapat di Semenanjung. Dan kalau ada pun memang mahal. So, alang-alang dah sampai Kuching, Sarawak memang dua perkara ni lah yang akan menjadi pilihan utama untuk aku beli sebagai ole-ole dari Kuching, Sarawak. Korang pula macam mana? 


Hah, untuk korang yang akan fly ke Kuching, Sarawak nanti, jangan lupa untuk beli ikan terubok masin dan kek lapis Sarawak. Lagi satu, wajib cuba makan laksa Sarawak dan Mee Kolok sebelum fly balik ke desitnasi masing-masing. Kalau tak, memang menyesal, wakakaka.
Biasanya, kalau flight awal pagi di KLIA 2, aku selalu mereput je di Mc Donald atau Starbuck. Bukan apa, sebab nak free wifi dan nak port charging untuk segala electronic devices macam smart phone dan laptop. Tempat duduk pun selesa untuk relax-relax ataupun untuk lelap kejap tidur-tidur ayam, zzzzz. Lagipun, malas nak kelam-kabut bangun awal pagi, kejar teksi, kejar ERL semata-mata nak ke airport. Jadi, nak selamat dari terbabas tidur atau hal-hal yang tak diingini berlaku, lebih baik pergi airport awal-awal, lepak-lepak kat sana. Sesungguhnya, kesulitan amat dikesali, keh3. Lebih baik beringat sebelum kena. Korang pulak macam mana? Kalau flight awal pagi, apa korang  buat? Kalau melepak di KLIA 2, cuba share port-port best. Mana tahu, lepas ni boleh aku pi try port-port baru pulak.


Berbeza dengan pengalaman sebelum fly ke Kuching, Sarawak baru-baru ni. Saja nak cuba pengalaman baru, jadi aku pun booklah Capsule By Container Hotel di KLIA 2 untuk 6 jam. Alang-alang dah stay situ, apa salahnya aku share serba-sedikit pengalaman peribadi menginap di Capsule By Container Hotel, KLIA 2 kat blog. Mana tahu ada yang tengah cari info, google google then jumpa blog ni macam kes artikel Rayani Air hari tu, hehe. Apapun, semoga perkongsian ini bermanfaat untuk orang-orang kat luar sana yang mencari-cari lokasi terbaik untuk bermalam di KLIA 2.



Kalau nak tahu, Capsule By Container Hotel ini merupakan "the first airport capsule transit hotel in Malaysia". Dan ini first time aku sampai untuk merasai sendiri pengalaman menginap kat sini. Mesti korang tertanya-tanya kan, "macam mana nak book Capsule Hotel?", "berapa rate semalaman stay di Capsule Hotel?", "kat mana lokasi Capsule Hotel di KLIA 2 tu?", "best ke tak?", "Selesa ke tak tidur kat Capsule Hotel tu?" dan macam-macam lagi persoalan yang pastinya muncul di benak fikiran korang. Betul tak?





Jadi, di kesempatan ini aku cuba untuk berkongsi info-info penting berkaitan Capsule Hotel KLIA 2 ni. Kalau ada lagi yang tertinggal, korang drop je lah eh soalan di bahagian komen. Mana yang tahu, aku cuba jawab. Aku pun, meraba juga cari info sebelum stay sini tempoh hari. Ada la baca info sikit-sikit di website Capsule Hotel. Last-last, terus ke kaunter Capsuledi KLIA 2  untuk book dan dapatkan 1 flyer untuk baca, hahahaha. Settle! Untuk memudahkan urusan korang, lebih baik aku share kat sini untuk panduan dan rujukan bersama.



Q: Kat mana Capsule By Container Hotel di KLIA 2 ni menyorok?

Hah, kalau korang duk merayau-rayau di bahagian check-in counter airport, memang tak jumpa lah. Capsule Hotel ni terletak di Level  1 iaitu di aras transportation hub KLIA 2 yang ada bus untuk ke Bandar Tasik Selatan (BTS) atau KL Sentral. Tak jauh pun, 5-10 minit dari check-in counter

Sampai Level 1, korang tengok ada NZ Curry House, hah betul lah tu. Cari je sign-board yang macam dalam gambar kat atas tu, korang jalan je terus. Tak payah rasa was-was. Nanti jumpalah kaunter check-in untuk Capsule Hotel, KLIA 2.

Q:  Macam mana nak book?

1. Website Capsule - Reservation
3. Walk in di kaunter

Memandangkan aku baru balik dari Palembang time tu, alang-alang dah berada di KLIA 2, jadi aku terus terus singgah di Capsule untuk buat reservation. Reservaton aku time tu lebih kurang 2 minggu awal. Terus settlekan bayaran dan simpan resit elok-elok untuk tujuan check-in nanti.


Q: Berapa rate Capsule untuk semalaman?

Untuk pengetahuan semua, rate Capsule mengikut jam yang ditetapkan. Korang boleh pilih untuk stay sama ada 3jam, 6jam ataupun 12 jam. Bergantung kepada keperluan masing-masing. Macam aku, aku pilih untuk 6 jam yang mana check-in jam 11 malam dan check-out jam 5 pagi.

Ada dua pilihan kapsul iaitu single size bed dan queen size bed. Bezanya, queen size bed hanya untuk tempoh 6 jam dan 12 jam. Rate untuk setiap kapsul adalah seperti di bawah:


3 Jam
6 Jam
12 Jam
Single Size Bed
RM 55
RM 80
RM 100
Queen Size Bed

RM 160
RM 200

In case sampai airport KLIA 2 waktu siang hari, and then tunggu next flight untuk ke destinasi seterusnya, boleh juga kalau nak stay di Capsule dengan rate yang lebih rendah. Dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang, day sleeper rate adalah seperti berikut:


3 Jam
6 Jam
12 Jam
Single Size Bed
RM 45
RM 65
RM 85
Queen Size Bed

RM 130
RM 170

* Rate berdasarkan rate semasa iaitu pada Mac 2016



Q: Macam mana nak check-in di Capsule?

Macam biasa, pergi je terus ke kaunter untuk daftar masuk. Macam kes aku, sebab dah buat reservation 2 minggu awal, so bila nak check-in just tunjuk resit pembayaran. Kemudian, staff yang bertugas akan bagi kad akses dan satu ameniti bag yang mengandung tuala, berus gigi dan air mineral (500ml).

Oh, lagi satu jangan lupa time check-in tu kena tinggalkan deposit RM50. Time check-out, kena hantar balik tuala yang dia bagi time  check-in tadi, kemudian baru dia bagi balik RM50 tu. Then, luggage/ bag boleh je bagi kat staff untuk tolong simpan.


Q: Berbaloi tak stay di Capsule KLIA 2 dengan harga macam  tu?

Bagi aku, memandangkan lokasi dia sangat sangat dekat dengan balai berlepas KLIA 2, jadi cukup berbaloi. Harga tu bukan saja untuk tempat tidur, malah dilengkapi dengna pelbagai kemudahan yang lain seperti:
  • Foldable desk & cermin
  • 2 bantal yang sangat comfy
  • In room hanger
  • Personal reading light
  • Electric power point
  • Earplug (on request)
  • Wake up call (on request)
  • Complimentary wifi access
  • Hot and cold shower
  • Complimentary locker storage (first come first serve basis)
  • Complimentary access to lounge area
Amacam, agak-agak berbaloi ke tidak? Aku kalau dah ada wifi, ok la tu, hahahaha. Cuma, satu benda yang aku kurang berpuas hati iaitu berkaitan toilet dengan konsep sharing. Mungkin part toilet yang ala-ala asrama tu perlu diperkemaskan lagi. Nampak pintu pun macam dah nak tercabut dan kebersihan pun perlu dipertingkatkan lagi. Overall, kemudahan yang lain tip-top. Tidur pun selesa!



Mungkin ada jugak yang tertanya-tanya, macam mana rupa Capsule di KLIA 2 ni? Konsep dia macam dorm asrama. Diasingkan tempat lelaki dan perempuan. Meh nak share beberapa foto yang sempat dirakam tempoh hari. But don't worry, still ada privacy sebab setiap kapsul akan ada tirai.





Q: Apa lagi kemudahan yang ada di Capsule KLIA 2?

Selain tempat tidur, loker simpan barang, dan shower, Capsule KLIA 2 juga ada menyediakan satu ruangan khas untuk chill out. Sama ada nak lepak-lepak sambil on wifi ataupun membaca, bolehlah lepak santai kat sini. Mana tahu ada yang tak dapat nak tidur lena atau bangun tidur terlalu awal dan tak tahu nak buat apa kan? So, bolehlah datang sini.





Ok, sekian saja perkongsian pengalaman peribadi menginap di Capsule By Container Hotel, KLIA 2. Jadi, untuk sesiapa yang bercadang untuk menginap kat sini sementara menunggu flight ke destinasi yang dituju, maybe boleh consider Capsule sebagai salah satu alternatif untuk berehat dan tidur.


Kalau nak baca info lanjut berkaitan Capsule Container Hotel KLIA 2, boleh rujuk website dan laman social media. Check it out!!!

Website:

Facebook:

Instagram:


Twitter:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...