DEEJA COSMETIC SET 4 DALAM 1 + TONER NANO

Baru-baru ni aku ada terima produk Deeja Cosmetic. Mesti korang pelik kan? Eh, lelaki pun pakai produk kosmetik ke? Actually, produk Deeja Cosmetic ni adalah produk penjagaan kulit muka yang sesuai untuk digunakan oleh lelaki mahupun perempuan. Jadi, aku pun nak lah try juga. Mana tahu boleh jadi kacak macam Shah Rukh Khan ke kan? kah3. 


Produk ini sesuai untuk lelaki dan perempuan, so kalau korang beli satu set, hah maknanya boleh share laki bini bagi yang dah berkahwin. Kalau yang belum kahwin, boleh share dengan kakak, abang, adik, mak, atau ayah. Pendek kata, universal! Boleh guna oleh sesiapa saja yang ada masalah kulit muka atau yang nak menjaga kulit muka daripada jerawat, jeragat atau sebagainya. Dah try guna, then rasa berkesan dan sesuai dengan kulit muka korang, hah boleh la repeat order. Psstttt! Tapi kali ni, make sure guna sorang-sorang, hehehehe.



Memandangkan aku dah guna produk Deeja Cosmetic ni, jadi aku rasa better share sedikit-sebanyak info kepada semua pembaca tentang Deeja Cosmetic. Dengan tagline, "Keayuan Semulajadi Dalam 5 Hari", kita boleh rasai dan lihat sendiri perubahan kulit wajah dalam masa 5 hari. Korang jangan expect lepas 5 hari, wajah korang akan berubah daripada Timah Kampung Pisang kepada Pretty Zinta sekelip mata. Kesan dia ada, tapi tak ketara. Yang penting, korang kena guna dengan konsisten. Dan kena ingat, kesannya adalah berbeza-beza mengikut jenis kulit setiap orang. So far, aku pakai ok je. 


Produk Deeja Cosmetic ini dirumus khas daripada bahan-bahan semulajadi dan herba-herba terpilih. Don't worry ok! Tiada bahan terlarang atau bahan kimia berbahaya. Paling penting, produk Deeja Cosmetik telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bila aku tahu produk Deeja Cosmetic ni guna bahan semulajadi, makin yakin aku nak guna. Ye lah, tak ada bahan kimia mengarut yang akan bagi side-effect nanti.


Nak tahu apa produk yang ada dalam Deeja Cosmetic Set 4 Dalam 1 + Toner Nano yang aku dapat tempoh hari? Cekidout!!!


SET DEEJA COSMETIC



Untuk satu set Deeja Cosmetic seperti yang aku terima ni mengandungi 4 produk plus 1 toner. Antara produk yang terkandung dalam Set 4 Dalam 1 adalah Sabun Pembersih Muka, Krim Siang, Krim Malam dan Krim Nano (Malam) serta 1 botol Toner Nano. Overall, ada 5 jenis produk kesemuanya. Worth it to buy!


Set Deeja Cosmetic

Set Deeja Cosmetic ni memang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sensitif, jerawat, jeragat, pigmentasi, kulit berminyak di zon T, black head, bintik-bintik halus di muka dan lain-lain lagi. Pendek kata, ia mampu merawat segala masalah kulit muka dan sesuai digunakan untuk semua peringkat umur 16 tahun dan ke atas. Jangan bimbang, produk ni 100% daripada bahan yang halal dan boleh dibawa solat. Aku excited nak try produk ni sebabnya aku ada masalah kulit berminyak dan black head. 



SET 4 DALAM 1 + TONER DEEJA COSMETIC


Kenapa ada sampai 5 produk dalam 1 set Deeja Cosmetic? Sebenarnya, kalau nak hasil yang cepat dan berkesan, kena pakai ikut masa dan teknik yang betul. Sebelum aku share cara penggunaan produk Deeja Cosmetic ni, meh aku cerita dulu pasal kelebihan setiap produk ni. 




1. Sabun Pembersih Muka - 120gram (WM RM12 / EM RM15)

Sabun Pembersih Muka ni color oren. Antara bahan semulajadi untuk produk ni adalah lobak merah, susu dan air mawar. Satu buku sabun ni boleh potong dua. Guna dulu sebelah, then selebihnya boleh simpan. Sebabnya sabun ni guna air sikit je pun dah berbuih banyak. Lepas cuci muka dan bilas dengan air, memang rasa segar je muka. 


2. Krim Siang SPF50 - 5gram (WM RM28 / EM RM30)

Krim Siang pula dirumuskan daripada biji almond, biji tomato dan aloe vera. Fungsi krim siang adalah boleh bertindak untuk dijadikan sunblock ataupun sebagai foundation untuk kaum perempuan. Tak perlu banyak, calit sikit je kat jari dan letak kat bahagian muka. Kemudian ratakan ke seluruh wajah. Settle!


3. Krim Malam - 5gram (WM RM28 / EM RM30)

Krim Malam pula dirumuskan khas daripada alpha hidroxy acid (AHA), Vitamin E, Retinoid Acid dan Gliseren. Berbeza dengan krim siang, krim malam dipakai pada waktu malam selepas menggunakan sabun pembersih muka. 


4. Krim Nano (Malam) - 5gram (WM RM28 / EM RM30)

Krim Nano pula dibuat daripada kunyit dan minyak jojoba. Kalau tengok daripada mata kasar pun dah boleh cam krim nano ni diperbuat daripada kunyit sebab warnya kekuning-kuningan. So, kalau pakai kat muka tu, nampak la kesan kuning. Kunyit berfungsi untuk hilangkan jeragat/ pigmentasi, hilangkan sel kulit mati, hilangkan parut jerawat dan menaikkan aura wajah. Minyak jojoba pula mampu bertindak untuk penyerapan dengan cepat tanpa menyumbat pori-pori kulit dan menjaga keseimbangan ph yang normal pada kulit. 


5. Toner Nano - 30ml (WM RM40 / EM RM45)

Toner Nano pula dirumus khas daripada air mawar dan aloe vera yang mampu megatasi aye-bag, bertindak sebagai anti-penuaan,  mencerahkan dan melembapkan kulit wajah. Cara nak pakai toner nano ni pulak adalah sangat mudah. Hanya perlu titiskan toner nano menggunakan tisu muka/ kapas dan lapkan pada muka dan ratakan. Kalau rasa pedih-pedih sikit tu, jangan panik pulak ye. Memang lumrah pakai toner akan rasa macam tu. It's nornal!


:::TIPS JIMAT:::
Kalau beli produk satu-satu, jumlah untuk dapatkan kesemua 5 produk Deeja Cosmetic seperti kat atas tu adalah RM118. Untuk dapatkan harga lebih jimat, boleh dapatkan set 4 dalam 1 plus Toner Nano yang datang dalam satu kotak khas hanya dengan harga RM85 (Semenanjung Malaysia) dan RM90 (Sabah & Sarawak). Amacam? Banyak kan boleh jimat :)


CARA PENGGUNAAN PRODUK DEEJA COSMETIC



Ok, sekarang dah tahu kesemua produk Deeja Cosmetic dan bahan-bahan semulajadi yang digunakan untuk menghasilkan setiap poduk. It's time to know how to use it! Nak guna bila dan nak guna yang mana dulu? Here we go!


 

Waktu siang
  1. Cuci muka dengan sabun pembersih muka Deeja Cosmetic
  2. Lap muka hingga kering dan sapukan Toner Nano dengan menggunakan kapas muka. Sapukan sehingga rata dan tak perlu gosok terlalu kuat
  3. Calitkan sedikit krim siang secara nipis dan gosok perlahan-lahan


Waktu malam
  1. Cuci muka dengan sabun pembersih muka Deeja Cosmetic
  2. Calitkan krim malam secara nipis dan gosok perlahan-lahan
  3. Calitkan krim nano (malam) secara nipis dan gosok perlahan-lahan

Perhatian!!!
  1. Untuk kulit sensitif dan berjerawat banyak, untuk minggu pertama hanya perlu gunakan sabun pembersih muka, toner nano dan krim malam. Minggu ke-dua baru boleh gunakan krim malam dan krim nano (malam)
  2. Krim nano (malam) dan toner nano tak boleh pakai di sekeliling mata dan bibir


Dah berminggu guna produk Deeja Cosmetic ni, so far so good. Bila pakai sabun pembersih muka, boleh rasa kulit jadi licin dan sejuk. Bila pakai toner, rasa lah sikit pedih-pedih. Mungkin nak buang sel-sel kulit mati. Biasalah, kesan daripada sunburnt travel sana-sini masih tak hilang-hilang. Then, bila pakai krim malam/ krim nano (malam), boleh rasa kulit jadi berminyak. Bila bilas dengan air, nampak kesan kulit jadi licin dan halus. 


Kalau korang nak tengok testimoni pengguna produk Deeja Cosmetic, boleh tengok di facebook Deeja Cosmetic atau dapatkan maklumat terkini di laman sosial seperti instagram Deeja Cosmetic. Boleh refer link di bawah, Selamat mencuba!


Untuk Sebarang Pertanyaan / Order sila call / whatsApp hotline : 
+6019 694 5950

Facebook: 

Instagram: 

Post a Comment

2 Comments

  1. krim siang untuk kulit sensitif pulak? mcm biasa ke pakai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, pakai macam biasa je. Krim siang pakai siang. Krim malam pakai waktu malam.

      Kalau ada masalah kulit, better try guna sabun dulu. Then baru start guna krim.

      Delete