PERFUME BAR & CAFE AJ DE' PARFUM KINI DIBUKA!

Perfume Bar & Cafe : AJ De' Parfum kini dibuka! So, ini berita baik untuk korang yang suka wangian yang bertaraf antarabangsa tetapi mampu dibeli pada harga yang berpatutan. Apa yang menarik tentang AJ De' Parfum ini adalah konsep yang ditampilkan adalah yang pertama di Malaysia. Ya, konsep Perfume Bar & Cafe dan paling penting, setiap pembelian perfume di sini boleh diisi semula (refill) bila-bila masa yang korang nak apabila dah habis. Menarik kan? Ok, jom tengok 10 Fakta Menarik Tentang AJ De' Parfum Bar & Cafe.


1. Konsep Bar & Cafe AJ De' Parfum Pertama di Malaysia

Pertama sekali, konsep Bar & Cafe seumpama ini adalah yang pertama di Malaysia. Nak rasai kelainan dan merasai sendiri pengalaman memilih dan membeli perfume dalam suasana yang kondusif dan selesa, silalah terjah ke AJ De' Parfum!


2. AJ De' Parfum Bukan Milik Ayda Jebat

Bila aku post tentang perfume AJ De' Parfum di media sosial, ada yang tanya, "Ini perfume Ayda Jebat ke?". Ok, kat sini nak bagitau siap-siap ye. Don't get confius. AJ De' Parfum ni bukan brand milik Ayda Jebat. Ini brand milik En Akmal Rizal, En Azrul Fauzi dan Nurul Akmar. Nickname daripada nama pemiliknya, maka wujudlah nama AJ. Ingat tu ye, hehehe.


3. Baru Di Pasaran, Tapi Sudah Meletup!

Satu perkara yang aku sendiri kagum dengan brand AJ De' Parfum ni adalah dari segi Marketing Stgrategy dia dan macam mana cara dorang penatrate the market. Macam yang kita tahu, lambakan brand perfume ada di pasaran ni. Namun, itu bukan faktor penghalang untuk AJ De' Parfum untuk bertapak di pasaran. Walaupun baru saja ditubuhkan dan diperkenalkan, iaitu pada April 2016, namun AJ De' Parfum sudahpun meletup di pasaran. Dengar kata sale dia pun dah kebaboom! Tahniah untuk team AJ De' Parfum.

4. Inspired Perfume Pada Harga Mampu Milik

Walaupun AJ De' Parfum memasarkan Inspired Perfume bertaraf antarabangsa, namun harga yang ditawarkan memang berpatutan dan paling penting mampu milik. Antara perfume yang cukup popular keluaran AJ De' Parfum adalah AJ Signature Sauvage untuk lelaki. *Pssst! Aku sendiri pun pakai yang ni sekarang* Manakala perfume Bombshell untuk perempuan. Harga? Tak payah risau, cuma RM60 di Semenanjung Malaysia dan RM65 untuk Sabah & Sarawak.

5. Tahan Sehingga 24 Jam

Antara faktor utama pemilihan pelanggan dalam membeli perfume adalah tahap ketahanan wangian yang dipakai. Jangan risau, perfumes keluaran AJ De' Parfum tahan lama sehingga 24 jam. Paling penting, perfumes AJ De' Parfum boleh dipakai untuk solat dan ianya tidak berminyak. Untuk pengetahuan semua, kenapa perfumes AJ De' Parfume tahan lama? Sebabnya wangian AJ De' Parfum merupakan perfume jenis Eau De Parfum (EDP) iaitu jenis wangian yang mampu bertahan lebih tahan lama berbanding perfume jenis Eau de Toilette (EDT). Kualiti perfume mereka semestinya mengikut IFRA Standard Regulation untuk memastikan kualiti produk yang dijual pada tahap yang memuaskan hati pelanggan.


6. Perfume Boleh Diisi Semula (Refill)

Jangan tak percaya, once korang dah beli perfume AJ De' Parfum, pakai then habis. Don't worry, be happy. Korang boleh je bawa botol perfume yang kosong tadi tu ke AJ De' Parfum Bar & Cafe untuk diisi semula (refill) pada harga yang lebih murah. Amacam, menarik kan? Itu sebab aku katakan konsep yang diketengahkan di sini lain daripada yang lain. 


7. Perfume Eksklusif 

Walaupun perfumes AJ De' Parfum dijual pada harga yang rendah, namun kualitinya cukup tinggi. Dengan harga yang dibayar, korang akan dapat perfume yang eksklusif seperti perfume bertaraf antarabangsa. Pendek kata, Inspired Perfume AJ De' Parfum ni memang high quality dan dijamin puas hati. 


8. Tak Pedih Bila Disembur Di Permukaan Kulit

Satu lagi kelebihan AJ De' Parfum adalah tak pedih bila disembur pada permukaan kulit. Sesetengah brand perfume yang ada di pasaran sekarang, bila kita sembur je di lengan atau leher, akan rasa pedih-pedih. Lain pula dengan AJ De' Parfum ni, memang tiada kesan pedih, panas atau berminyak. Selesa dan wangi je bila sembur di badan. 

9. Menepati Citarasa Dan Permintaan Pelanggan

AJ De' Parfum tampil dengan pelbagai pilihan perfumes untuk lelaki dan juga perempuan. Macam-macam wangian ada, inspired perfume antarabangsa. Faktor utama yang menjadikan AJ De' Parfum ni lebih disukai ramai kerana selain memberikan kesan wangian yang tahan lama, perfume mereka tidak berminyak dan sekaligus tak memberi kesan kuning pada pakaian especially pada pakaian berwarna putih. Dengan seleksi pilihan wangian yang pelbagai, AJ De' Parfum Bar & Cafe semestinya akan menjadi one stop centre untuk korang semua shopping wangian eksklusif pada harga mampu milik dengan kualiti bertaraf antarabangsa.



10. Majlis Pembukaan AJ De' Parfum Bar & Cafe

Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk turut serta dalam meraikan majlis pembukaan AJ De' Parfum Bar & Cafe. Selain majlis rumah terbuka Aidilfitri yang disajikan dengan aneka jenis hidangan yang lazat berserta durian, yummeh! Pihak AJ De' Parfum juga telah menjemput adik-adik tahfiz untuk bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat sempena pembukaannya pada 6 Ogos 2016 yang lepas.




Selain itu, sumbangan ikhlas daripada pemilik AJ De' Parfum Bar & Cafe turut diagihkan kepada semua adik-adik tahfiz. Majlis dimeriahkan dengan jamuan makan dan diserikan lagi dengan kehadiran barisan usahawan kosmetik tanah air, sahabat handai dan beberapa selebriti tanah air. 




AJ De’ Parfum kini mengorak langkah lebih ke hadapan dengan pembukaan rasmi AJ De’ Parfum Bar & Cafe. Kalau sebelum ni hanya jual di medium online seperti facebook dan instagram, kini Bar & Cafe istimewa diwujudkan untuk memudahkan anda semua memilih wangian yang diinginkan. Dengan memperkenalkan servis Isian Semula Perfume (refill) dengan potongan harga yang lebih berpatutan, pastinya akan menarik lebih ramai pengunjung untuk menjadi pelanggan setia AJ De' Parfum. Konsep seumpama ini yang pertama di Malaysia dan InsyaAllah akan diwujudkan di setiap negeri tak lama lagi meletakkan AJ De' Parfum jauh ke hadapan berbanding brand-brand lain yang ada di Malaysia.



Apapun, selamat maju jaya aku ucapkan kepada AJ De' Parfum. Untuk korang yang berminat untuk mengunjungi sendiri AJ De' Parfum Bar & Cafe, boleh refer alamat dan boleh dapatkan info berkaitan di laman media sosial AJ De' Parfum seperti di bawah.

Alamat:
AJ De’ Parfum Bar & Cafe
14, JALAN URANUS AH, U5/AH
TAMAN SUBANG IMPIAN, SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

No Telefon:
+6011-3707 8706

Facebook:

Instagram:

Twitter:

Website:

Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks bro sharing.. mana nak dapat contact number stokis area selangor eh? Artikel baru.. apa beza tone excel dan tunexcel

    ReplyDelete
  2. "AJ De 'Perfume Bar & Cafe" looks like a nice and polished perfume store in Malaysia. I think the Refillable option is the most exclusive fact of this store. Thanks for sharing.

    ReplyDelete