KARNIVAL HARTANAH U4RIA DI PULAU PINANG PADA 27-28 OGOS 2016

/
2 Comments


Apa habaq semua orang-orang Utara? Meh, cheq nak habaq mai ni. Kalau hampa semua takde apa-apa aktiviti nak buat hujung minggu ni, apa kata hampa semua pakat pi ramai-ramai ke Karnival Hartanah U4RIA bertempat di Tapak Projek Crestcent Dew, Bertam, Pulau Pinang pada 27-28 Ogos 2016 dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. Hah, apa tunggu lagi, Pi la ajak pak hang, mak hang, adik kakak hang, sedara-mara hang semua pakat pi nanti. Pi tanda kat kalendar siap-siap na. Satgi lupa pulak, *Oppps. Terkehel loghat utagha pulak. Maaf naa orang Utara kalau tak betoi, keh3*





Ok, actually saja nak bagitahu kat semua orang Utara especially orang Pulau Pinang. Weekend ni ada Karnival Hartanah U4RIA yang dianjurkan oleh pihak UDA Holdings Berhad. Objektif utama Karnival Hartanah U4RIA ni diadakan tak lain dan tak bukan untuk memberi peluang kepada semua yang berminat untuk memiliki hartanah pilihan mereka! Kat sini nanti, ada pelbagai jualan hartanah dan pameran hartanah. So, bolehlah pakat pi intai-intai mana yang berkenan.


Mesti ada yang tertanya-tanya, tak kan ada Pameran Hartanah je. Habis tu, anak-anak cheq nak buat apa pi sana? Nak angkut satu family ni pi nanti. Nah, nin dia antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sempena Karnival Hartanah U4RIA di Pulau Pinang nanti. Macam-macam ada termasuklah persembahan artis seperti Dayang NurFaizah dan Mark Adam, Flying Fox, Kapten Buehbossa untuk anak-anak anda dan tak ketinggalan Zorb Ball. Aktiviti lain, boleh rujuk tentatif program seperti yang dilampirkan kat bawah ye.





Sementra mak ayah pilih rumah dan hartanah untuk dibeli, anak-anak boleh pergi main-main dan berjimba dulu. Pendek kata, Karnival Hartanah U4RIA ni sesuai untuk seisi keluarga. So, jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa hadirkan diri dan tengok sendiri hartanah idaman anda!


Imbas kembali Karnival Jualan Hartanah UDA U4RIA tahun 2014, UDA Holdings Berhad mensasarkan jualan sebanyak RM136.2 juta untuk pelbagai jenis rumah sepanjang dua hari karnival. Sejumlah 185 unit pelbagai jenis rumah ditawarkan dengan beberapa pilihan keluasan binaan dan harga jualan yang dijangka mampu menarik minat bakal pembeli ketika itu. Tahun 2014, pelanggan berpeluang memiliki rumah idaman dengan harga tawaran serendah RM320,000 hingga ke kediaman mewah, harga bermula RM2.5 juta. Ternyata UDA Holdings Berhad berjaya menarik pengunjung yang datang dan rekod jualan mereka di Karnival Jualan Hartanah UDA U4RIA 2014 melebihi sasaran mereka iaitu RM142 juta! 

Untuk pengetahuan semua, Karnival Hartanah U4RIA 2016 diadakan serentak di beberapa lokasi di seluruh negara. Apa yang menarik, karnival utama dan paling grand diadakan di Pulau Pinang. Haaaa, apa kata orang-orang Pulau Pinang? Bertuah ke tidak? Dah, pergi mark kalendar siap-siap.

Tarikh: 
27-28 Ogos 2016

Masa: 
9.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi: 
Tapak Projek Crescent Dew, Bertam Pulau Pinang


Selain tu, korang semua ada chance untuk memenangi 40" Full HD LED TV, IKEA gift card dan iPhone 6S dengan menyertai pertandingan Karnival Hartanah U4RIA ini! Hanya perlu jawab kuiz berkenaan dengan hartanah yang sesuai dengan korang di website mereka iaitu di www.udaproperty.com.my. Mudah kan? Tarikh tutup pada 23 Ogos 2016! Cepat, hampa semua kena join ni!!!!


itu saja perkongsian info untuk kali ini. Akhir kata, sekali lagi cheq nak pesan. Jangan lupa untuk datang dan memeriahkan Karnival Hartanah U4RIA Pulau Pinang hujung minggu ini! Selamat memburu hartanah dan kediaman impian anda. Buatlah pilihan yang bijak untuk masa depan yang lebih bahagia! Warnai kehidupan dengan hartanah impian anda. 


Untuk maklumat lanjut tentang U4RIA boleh terjah....

Website: 

Facebook: 


You may also like

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...