EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING : MERUNGKAI KEINDAHAN PULAU BERSAMA OH JALAN

/
0 Comments
Kadang-kadang, kita rasa nak travel. Tapi, masa tak mengizinkan especially bab cuti bagi yang bekerja. So, bila tengok member-member semua share pasal pengalaman dorang pergi ke sana ke sini, perasaan nak travel semakin membuak-buak. Dalam situasi macam ni, kena lah pandai-pandai plan trip yang singkat tapi bermakna. Contohnya, macam weekend getaway ke destinasi-destinasi menarik seperti pulau. Tak tahu nak ke mana? Korang decide je destinasi mana yang nak dituju, kemudian boleh tanya team Oh Jalan yang sememangnya expert bab trip ke pulau-pulau di Malaysia.



Baru-baru ini, aku join satu trip ke Kepulauan Mersing bersama rakan-rakan bloggers. Kira macam short weekend getaway (2 hari 1 malam) sebabnya kami bertolak ke Mersing pada Jumaat malam dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan balik semula ke Kuala Lumpur pada hari Ahad petang. Jujurnya, aku tak ada idea langsung dengan Mersing mahupun Kepulauan Mersing. Tapi, ada lah terbaca bila Pulau Rawa di Mersing, Johor tu mula viral di laman-laman media sosial. 

Hakikatnya, tak pernah terlintas di fikiran yang Mersing ada banyak lagi pulau yang masih belum diterokai. Apa yang kita tahu, Terengganu dan Sabah memang cukup sinonim dengan keindahan pulau-pulau cantik dengan pesisir pantai yang putih. Hah, sekarang, Mersing pun ada. Aku sangat bertuah bila dapat join trip ni. Sebabnya, inilah trip pertama yang OH JALAN laksanakan untuk Eksplorasi Kepulauan Mersing. Yahoooooo!


EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING

Eksplorasi Kepulauan Mersing ini dianjurkan oleh OH JALAN bersama 10 orang Travel Bloggers Malaysia jemputan. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengeksplorasi pulau-pulau yang terdapat di Kepulauan Mersing untuk dijadikan sebagai pakej baru di bawah kelolaan OH JALAN. Haaa, lepas ni korang dah tak payah risau kalau nak pergi ke pulau-pulau di Mersing. 


Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Perjalanan kami dari TBS ke Mersing mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan. Bertolak lebih kurang jam 12:30 malam, kami tiba di Mersing kira-kira jam 5:30 pagi. Pengangkutan kami ke Mersing kali ini adalah Starex yang mampu memuatkan sehingga 11-12 orang yang ditaja khas oleh Klezcars Shah Alam. Seriously, sangat selesa dan perjalanan kami sangat lancar. 

Kalau ada yang plan nak buat trip Eksplorasi Kepulauan Mersing, especially dari Kuala Lumpur, korang juga boleh beli tiket dan menaiki bus dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Nak drive sendiri ke Mersing pun boleh. It depends on your own preference. 



Ketibaan kami di Mersing disambut dengan laungan azan Subuh. Orang kata, alang-alang dah sampai Mersing, tak sah kalau tak singgah di Masjid Jamek Mersing. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru. Apa yang menarik tentang masjid ni adalah ia terletak di atas bukit. Dari perkarangan masjid, boleh nampak laut. Refreshing dan sangat menenangkan. Usai menunai solat Subuh berjemaah, kami rest dulu kejap. Masjid ni sangat selesa, bersih dan cantik. Korang singgah la ye kalau dah sampai di Mersing nanti.




Selepas selesai bersarapan dan tukar pakaian semua, now we're ready for island hopping. Perasaan time ni memang excited. First time weh sampai di Mersing dan paling best first time nak merungkai keindahan Kepulauan Mersing. Ayuh!



Secara keseluruhannya, Eksplorasi Kepulauan Mersing yang dianjurkan oleh OH JALAN ini akan membawa kami semua merungkai keindahan 6 pulau di Mersing iaitu Pulau Harimau, Pulau Gual, Pulau Mensirip, Pulau Hujung, Pulau Tengah dan Pulau Besar. Mesti korang tertanya-tanya kan. Apa yang menarik di kesemua pulau-pulau yang ada di Mersing ni? Jadi, di kesempatan ni, meh aku share pengalaman aku sendiri menjelajah ke 6 pulau dalam masa satu hari. Amazing!!! 

1. Meninjau keindahan Pulau Harimau

Pit stop pertama kami adalah di Pulau Harimau. Fuh, bila sampai di Pulau Harimau tergamam kejap. Cantiknya view kat sini. Tapi sayangnya, masa kami pergi time tu, Pulau Harimau ditutup kepada umum. Adakah ini penangan viral hari tu? I don't know. But, it's okay. Kami still boleh menikmati view indah Pulau Harimau dari atas bot. Kan best kalau dapat panjat anak tangga tu dan selfie dari atas bukit. Mesti lawa!


Pulau Harimau

Aktivti di Pulau Harimau adalah meninjau keindahan dari atas bot. Apa yang unik tentang Pulau Harimau adalah dengan adanya tompokan seperti lumut atau bukit lalang yang menjadikannya cantik kehijauan. Selain itu, ada juga gua paras laut di pulau ini yang menjadikan ia satu pulau yang unik dan cantik. 

Air jernih dan kebiruan, tak payah cakap la Memang rasa geram nak terjun je terus. Tapi sayang. Tak ada rezeki kami time tu. Hopefully Pulau Harimau akan dibuka kembali kepada umum tak lama lagi. I'll repeat to explore Pulau Harimau in the near future, inshaAllah.

2. Keunikan Pulau Gual

Pit stop ke-2 kami adalah di Pulau Gual. Pulau Gual juga adalah antara private island yang tak dibuka kepada umum. Maksudnya, kita tak boleh nak stop untuk mandi-manda, snorkeling dan parking bot di pesisir pantai. It's ok, still boleh stop dekat Pulau Gual dan menikmati keunikan Pulau Gual untuk bergambar dari bot yang kami naiki.


Pulau Gual

Terdapat pintu gua di hadapan yang menembusi di belakang. Di dalam gua ini terdapat pasir putih yang sangat cantik. Seperti di Pulau Harimau, kat sini juga kami hanya mampu bergambar dari atas bot untuk dikongsikan kepada korang semua.




Berlatar belakangkan keindahan Pulau Gual

3. Singgah di Pulau Mensirip

Pit stop ke-3 adalah singgah di Pulau Mensirip. Pulau Mensirip juga telah digazetkan sebagai private island. Tak dapat juga nak stop jejakkan kaki. Pulau ini mempunyai gua dan merupakan pulau yang berbatu. So far, ketiga-tiga pulau yang kami singgah ni memang cantik dan ada tarikan yang tersendiri. Tak dapat turun takpa, at least kami dah nampak sendiri dengan mata kasar tentang kecantikan dan keindahan Kepulaun Mersing.

Pulau Mensirip

4. Keseronokan snorkeling dan mandi-manda di Pulau Hujung


Akhirnya, sampai juga kami di Pulau Hujung untuk aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu snorkeling. Pulau Hujung sesuai untuk aktiviti snorkeling kerana kecantikan coral dan kejernihan airnya. Terdapat juga pantai terbiar di Pulau Hujung yang boleh dijadikan tempat bersantai selepas penat ber'snorkeling'. Walaupun terbiar namun kejernihan, kehalusan pasir pantai dan keindahannya terpelihara. Terdapat beberapa rumah kayu usang yang telah lama ditinggalkan dan dijadikan sebagai pitstop pengunjung apabila ke sini. 

Kalau nak tahu, kat sinilah kami spend masa paling lama untuk snorkeling, mandi-manda, main sampan dan makan tengah hari. Jom tengok gambar-gambar yang sempat kami rakam di Pulau Hujung.



Pulau Hujung

Air yang jenih dan biru di Pulau Hujung memang mengasyikkan


















5. Panorama di Pulau Tengah

Next pitstop adalah Pulau Tengah. Pulau Tengah juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk snorkeling. Selepas ber’snorkeling’, kami juga sempat singgah di salah satu pantai terbiar di Pulau Tengah. Di sini tidak mempunyai pasir yang halus seperti Pulau Hujung, sebaliknya hanya berbatu-batu halus dan tajam. Uniknya, bentuk atu-batan kat sini pelik-pelik. Bentuk geografinya yang unik semestinya akan menjadi satu tarikan kepada 'photo traveller'.

Antara aktiviti lain yang turut boleh dilakukan di Pulau Tengah ialah jungle trekking. Aku suka Pulau Tengah ni sebab keindahan panorama di sini lain daripada yang lain. Seronok betul bergambar kat sini. Macam-maca gaya ada termasuklah dengan belon. Mesti korang tanya kan, "kat mana dapat belon?". Actually, kami jumpa belon-belon tu semua tersadai di tengah-tengah laut. Apa lagi, terus rembat untuk dijadikan props berfoto, hahahaha. Win!

Tadi dah tengok keindahan pantai dan Pulau Hujung, jom tengok keindahan panorama di Pulau Tengah pulak. 

Pulau Tengah

Jungle Treking



Snorkeling di Pulau Tengah





Eh, dah macam pr-wedding photoshoot pulak

6. Aktiviti di Pulau Besar

Pitstop terakhir kami adalah di Pulau Besar. Pulau Besar ni antara pulau yang cukup lengkap untuk dijadikan destinasi percutian. Kat sini siap ada jeti khas lagi. Selain itu, dilengkapi dengan chalet untuk menginap dan pelbagai kemudahan untuk aktiviti tepi pantai. Pulau Besar juga merupakan antara pulau yang ada kawasan perkampungan untuk diterokai. Aku suka dengan suasana kat sini. Tenang dan mendamaikan.

Last but not least, jom layan gambar-gambar yang sempat aku rakam untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.


Pulau Besar

Snorkeling di Pulau Besar





Pesisir pantai di Pulau Besar

Terima kasih OH JALAN!

Overall, trip Eksplorasi Kepulauan Mersing ni sangat best dan sempoi. Terima kasih kami ucapkan kepada Team OH JALAN yang mengelola trip ini dengan baik sekali. Kami lapar dorang bagi makan, kami nak singgah situ dorang singgah, kami nak snorkeling dan mandi-manda, semua diatur dengan baik. So, kalau korang bercadang nak buat trip ke Kepulauan Mersing, aku cadangkan korang book pakej dengan OH JALAN. Service confirm tip top dan aling penting harga yang ditawarkan memang berpatutuan. Pendek kata, berbaloi-baloi.

Untuk korang yang plan nak pergi, just decide date bila nak pergi and berapa orang, boleh book pakej dengan Team OH JALAN. Kat bawah ni, aku sertakan sekali details untuk pakej yang ditawarkan oleh OH JALAN. Cekidout!!!


PAKEJ EKSPLORASI KEPULAUAN MERSING OLEH OH JALAN


Destinasi:
Pulau Harimau, Pulau Mensirip, Pulau Gual, Pulau Hujung, Pulau Tengah, & Pulau Besar.

Moh sertai kami pada tarikh-tarikh eksklusif berjadual di bawah, khas oleh OH JALAN

Psssst! Saguhati istimewa menanti anda pada tarikh-tarikh seperti berikut:

6 Aug, 27 Aug, 3 Sept, 24 Sept, 8 Oct, 22 Oct, 5 Nov & 26 Nov.
ATAU
Tarikh pilihan anda sendiri jika 'group' anda bersaiz antara 8-11 orang.

Tempah percutian anda sekarang hingga 5 Ogos 2016 untuk Harga Promosi Istimewa!!!


Pakej A [Day Trip]
RM188 RM168 / dewasa
RM138 RM118 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot 'chartered' khas 
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling

Pakej B [2H1M]
RM248 RM228 / dewasa
RM178 RM158 / kanak-kanak (3-12 tahun)

Pakej termasuk:
  • Travel coordinator dari Oh Jalan
  • 1 hari trip 'island-hopping' ke 7 buah pulau Kepulauan Mersing (Bersiar ke Harimau, Gual & Mensirip dan snorkeling di Hujung, Tengah & Besar)
  • Bot 'chartered' khas 
  • 1 sarapan pagi
  • 1 makan tengahari
  • Set snorkeling
  • 1 malam penginapan di hotel sekitar Mersing
Bilik untuk 4 orang di Hotel Bluewater, Mersing


MAKLUMAT LANJUT, HUBUNGI:

Team Oh Jalan


Tel: 016-772 4594



Instagram: www.instagram.com/ohjalan


TERIMA KASIH

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja-penaja yang telah menjayakan trip kali ini dan merealisasikan Eksplorasi Kepulauan Mersing untuk merungkai keindahan pulau yang masih belum diterokai dan diketahui umum. Semoga selepas ni, makin ramai orang yang akan pergi ke Mersing untuk meneroka sendiri keindahan dan kacantikan Kepulauan Mersing. So, tak payah ke Maldives bagai ye, pulau di Malaysia pun banyak yang cantik-cantik. Kos pun jimat, hehehehe.


STAREX

KLEZCAR MALAYSIA (HQ)
Suites A-9-1, Northpoint Office, Tower­ A,
Mid Valley City, Medan Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 1-300-88-4040
Facebook: https://www.facebook.com/KLezCar/
Web: http://www.klezcar.com


Penginapan

HOTEL BLUEWATER, MERSING
38, Tingkat 1 & 2, Jalan Jeti,
Bandar Tepian Sungai,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 07-799 5535
Emel: hotel_bluewater@yahoo.com.my


Makan malam

RESTORAN TEPIAN BENDANG, AIR PAPAN
Jalan Kampung Air Papan,
86800 Mersing, Johor.
Tel: 019-773 6655 / 019-729 0001
Waktu operasi: 11 pagi - 11 malam


T-shirt OH JALAN

PRINT D TEE STUDIO 
K-13550, Tingkat 1, Desa Solehah, 
Kampung Mak Chili Paya, Chukai, 
24000 Kemaman, Terengganu. 
Tel: 014-514 1022 
Facebook: https://www.facebook.com/PrintDteeStudio 
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang (Ahad-Khamis)

Sekian saja perkongsian untuk Eksplorasi Kepulauan Mersing. Tak sabar untuk explore destinasi-destinasi lain lagi. Agak-agak, ke mana destinasi seterusnya? Korang ada cadangan tak? Hah, nantikan destinasi seterusnya ok. Stay tuned!



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...