5 FAKTA MENARIK : CAMPUR CAMPUR KITCHEN, CYBERJAYA

/
3 Comments
Baru-baru ni, aku dan rakan-rakan bloggers yang lain berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menikmati juadah istimewa di Campur Campur Kitchen, Cyberjaya. Actually, Restoran ini baru saja dibuka di aras Upper Ground, DPulze Shopping Centre, Cyberjaya. So, alang-alang korang pergi DPulze nanti atau ke Cyberjaya, bolehlah singgah di Campur Campur Kitchen. Belum cuba, belum tahu :)


Campur Campur Kitchen


Jadi, kat sini aku nak cuba rumuskan 5 fakta menarik tentang Campur Campur Kitchen, Cyberjaya dari pandangan peribadi aku sendiri selaku pelanggan di sini. Mana tahu kan, ada yang tercari-cari lokasi makan best di Cyberjaya dan nak tahu lebih lanjut mengenai pengalaman makan di Campur Campur Kitchen. So, here we go!


1. Sajian 3 negara iaitu Indonesia, Chinese dan Thai

Antara tarikan utama di Campur Campur Kitchen, Cyberjaya adalah hidangan yang disediakan adalah sajian dari 3 negara iaitu makanan Indonesia, Chinese dan Thai. Bab pilihan? Don't worry! Macam-macam ada. Kalau tak suka makanan Indonesia, boleh pilih makanan Chinese atau makanan Thai dan sebaliknya. Make your own choice. 


Kaunter Campur Campur Kitchen


2. Pilihan yang pelbagai pada harga berpatutan

Aku paling suka makan kat sini sebab ada pelbagai pilihan menu. Macam-macam ada. Seriously, rambang mata nak pilih. Dari menu appetizer, menu utama sehinggalah pencuci mulut, macam-macam ada. Paling penting, harga yang ditawarkan memang berpatutan. Jujurnya, banyak kalau aku nak senaraikan semua menu yang ada di Campur Campur Kitchen. Jadi, di kesempatan ini, meh aku shara antara menu-menu menarik yang ada di Campur Campur Kitchen.


French Toast with Honey (RM6.90)

Mee Goreng 

Chicken Wing With Tiga Rasa (RM12.90)

Chicken Boxing (RM12.90)

Curry Fish Boat (RM8.90)

Golden Hong Kong Seafood Fried Rice (16.90)

Fried Rice in Yong Xhau Style (RM8.90)

Bangkok Jazz Crabmeat Fried Rice In Lotus Leaf (RM11.90)

Set So Campur (RM14.90)

Overall, makanan kat sini memuaskan dan sedap. Aku prefer set So Campur. Range harga around RM14.90 sehingga RM16.90 dengan aneka jenis pilihan lauk-pauh. Set flying fish, ikan bakar, sambal petai dan lain-lain. Kalau tak nak makan makanan berat seperti nasi, masakan panas seperti mee goreng, roti bakar, chicken wings, chicken boxing dan macam-macam lagi.


3. Konsep Klasik, Nostalgik dan Hipster

Selain daripada makanan, satu lagi perkara yang korang akan suka tentang Campur Campur Kitchen adalah konsep restoran ini sendiri. Apa yang menarik? Pastinya konsep klasik, nostalgik dan hipster yang cuba dipamerkan. Mesti korang tertanya-tanya kan? Apa yang klasik? Apa yang nostalgik? Dan apa yang hipster?


Promotion boards yang menarik

Air dalam mentol

Klasik dan nostalgik sebabnya pinggan dan makan yang digunakan untuk menghidang makanan di sini adalah menggunakan pinggan besi dan kole besi. Korang ingat tak yang kita guna zaman dulu-dulu kat kampung? Haaa, tu la yang ada kat sini. Terimbau kat nenek tetiba, hahaha. Hipster pulak sebab ada satu minuman yang disediakan dalam gelas berbentuk mentol. Walaweh! Unik. Teruja kejap bila jumpa air macam ni. 


4. Dekorasi yang unik dan menarik

Bab dekorasi pulak tak payah cakap, memang unik, teratur dan menarik. Konsep yang cuba diketengahkan oleh Campur Campur Kitchen adalah konsep hiasan bercirikan tradisi dan nostalgia. Antara barang yang digunapakai dalam membuat dekorasi adalah wau, talam dan tampi.


Wau Bulan

Talam

Tampi

I was here!

Pendek kata, Campur Campur Kitchen ni memang sesuai untuk dijadikan lokasi bagi kaki fotography dan instagram. Banyak port-port yang menarik dan unik untuk berfoto dan diabadikan di akaun instagram, facebook dan blog masing-masing. Macam orang kat atas tu buat, keh3.


5. Penaberkala dah cuba menjamu selera di Campur Campur Kitchen, Cyberjaya

Ok, ini fakta terakhir yang patut korang tahu. Yes, penaberkala dan rakan-rakan blogger dah sampai ke sini. Hahhahahaha. Penting gila fakta ni, kuang kuang kuang. Ok, kat sini alang-alang tu, aku nak abadikan kenangan kat blog.

Minum Icy Green



Untuk korang yang bercadang nak try makan di Campur Campur Kitchen, Cyberjaya bolehlah tengok sedikit-sebanyak bingkisan video yang sempat aku rakam. So, ajaklah member, pakwe makwe atau family untuk terjah ke Campur Campur Kitchen. Selamat mencuba!


Video Campur Campur Kitchen, Cyberjaya




Alamat: 
Campur Campur Kitchen 
Lot UG 18, Upper Ground Floor,DPulze Shopping Centre,
Persiaran Multimedia,63000 Cyberjaya

Facebook: 


You may also like

3 comments:

  1. Menarik nii.. Hari tu tak dapat join. Rugii rugii.. InshaaAllah kalau dh smpai cyberjaya nnti pika singgah la campur campur ni

    ReplyDelete
  2. nampak mcam best je tu..syok kalau pegi ni :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...