BUFFET RAMADAN DI BANGI GOLF RESORT (BGR) RESTAURANT 2016

/
0 Comments
Seperti tahun-tahun sebelumnya, alhamdulillah tahun ni pun aku berpeluang dan berkesempatan untuk merasai sendiri juadah Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort (BGR) Restaurant. Macam biasa, Bangi Golf Resort (BGR) menyediakan lebih kurang 200 pilihan juadah untuk para pelanggan yang hadir. Pastinya, BGR menawarkan harga yang berpatutan. Pendek kata, memang berbaloi! Harga berpatutan, pilihan makanan pun banyak. Ohsem!

>>Klik<<


Tahun ini, sempena Buffet Ramadan 2016 di Bangi Golf Resort Restaurant, ada sedikit pembaharuan dan penambahbaikan terutamanya dari segi menu dan hidangan yang disediakan. Nak tahu apa yang menarik? Jom, kita tengok. So, sesiapa yang bercadang untuk berbuka puasa bersama family atau teman, bolehlah refer kat sini ye. Cekidout!!!


Kambing panggang

Ukiran Tembikai daripada Chef BGR

Ok, sebelum kita tengok menu-menu menarik di Bangi Golf Resort, jom kita tengok fakta menarik berkaitan Buffet Ramadan 2016 di BGR.


Buffet Ramadan Bangi Golf Resort (BGR) Restaurant
  • 9 Jun 2016 hingga 4 Julai 2016
  • RM58 (dewasa) dan RM29 (kanak-kanak)
  • Masakan Ala Melayu, Barat dan Timur
  • Menawarkan lebih 200 jenis pilihan juadah
  • Disahkan Halal oleh JAKIM
  • Muzik secara live bermula jam 6:30 petang hingga 9:30 malam
  • Menyediakan lebih dari 800 unit ruang parkir
  • Menyediakan surau untuk solat Maghrib

Welcoming drinks


"Kami di BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu untuk Ramadan dan pada masa yang sama mengekalkan citarasa asal dari menu tradisional. Buffet Ramadan di BGR Restaurant merupakan kejayaan besar pada setiap tahun dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Oleh itu, kami gembira untuk menerima para tetamu pada tahun ini"

-Chef Kamarudin- 


Sejajar dengan komitmen berterusan Chef Kamarudin yang mana telah berkhidmat di Bangi Golf Resort melebihi 10 tahun, beliau sangat berpengalaman dalam mengendalikan permintaan para pelanggan. Selain itu, pasukan Chef di BGR sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu sajian dan sekaligus menjadikan BGR sebagai salah satu lokasi Buffet Ramadan yang paling mendapat sambutan di daerah Bangi dan sekitarnya. Korang pernah cuba untuk berbuka puasa di sini? Kalau nak cuba, boleh turut serta join giveaway di blog ni bagi mendapatkan free vouchers ke Buffet Ramadan Bangi Golf Resort (klik sini). Good luck!


Untuk sajian Buffet Ramadan 2016 di Bangi Golf Resort, macam-macam sajian tradisi Melayu dan sajian antarabangsa disediakan. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk info-info yang disertakan seperti di bawah. Which one is your favorite?


Nasi Kerabu

Yeay! Kali ni BGR ada menyediakan Nasi Kerabu. My all time favorite! So, orang-orang Kelantan hok raso nok make nasi kerabu, boleh pakat mari BGR blako deh. Special sikit tahun ni, siap ada menu Selera Pantai Timur. Cayalah!

Selera Pantai Timur
Nasi Kerabu
Ulam, ikan masin dan keropok ikan


Selain Selera Pantai Timur, BGR menyediakan pelbagai juadah Makanan Melayu. Macam-macam ada! Kalau nak sebut satu per satu, memang tak dapat den nak nolong. So, kita tengok je lah apa yang sempat snap hari tu ye.

Makanan Melayu
Rendang Daging Taik Minyak
Sambal Sotong Kembang


Lemang

Rendang Daging Taik Minyak

Masak Lemak Siput

Mee Rebus

Sup Kambing

Sup Kambing

 
Soto

Juadah tradisi dah, sekarang juadah antrabangsa pulak. Ada peminat buttered prawn? Ok, kalau datang berbuka puasa di BGR, bukan setakat buttered prawns yang ada, macam-macam juadah lagi ada termasuklah hidangan Ala Oriental dan Ala Barat.

Ala Oriental
Buttered Prawns
Daging Masak Lada Hitam
Filet Ikan bersama Sos Serai


Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma

Ala Barat
Cream of Smoked Chicken
Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma
Lasagna Ayam
Lasagna Daging
BGR Classic Spagethi


Nak masakan yang panas? Haaa, itu pun ada! Siap ada live stations lagi. Nak makan roti jala ada, satay pun ada. Yummeh!


Live Stations
Kambing Bakar
Sate Daging
Sate Ayam
Kuey Teow Goreng
Mee Goreng Mamak


Roti Jala

Satay Ayam


Dalam banyak-banyak menu, aku paling suka ais krim gelato BGR. Tahun ni ada perisa baru iaitu Cendol. Ya Allah, memang sedap. Kalau tahun lepas ada perisa jagung bakar dan bunga kantan, tahun ni BGR memperkenalkan perisa cendol pulak. Kalau korang ke BGR, jangan lupa try. Sodap!

Ais Krim Gelato BGR
Perisa Jagung Bakar
Perisa Bunga Kantan
Perisa Cendol

Ais Krim Gelato BGR


Lagi satu tarikan di BGR ni adalah di sudut pencuci mulut. Macam-macam ada! Korang sebut je nak makan apa, chorrps, kuih-muih tradisional, puding ataupun agar-agar, semua ada.

Pencuci Mulut
Spanish Churros bersama sos coklat
Kuih-muih tradisional
Puding
Agar-agar


Spanish Churros bersama sos coklat

Aneka kuih-muih

Kuih-muih, kek dan pastri

Jelly


Lagi satu nak pesan awal-awal, kalau pergi ke BGR kena try kek paling sedap kat sini. Kek apa? Semestinya kek Italian Tiramisu. Terima kasih Chef Kamarudin dan team Bangi Golf Resort sebab meraikan birthday saya tempoh hari. Siap dapat suapan kek tiramisu sampai ke hidung lagi, kah3. I'm really appreaciate it. Thank you so much. My best memory ever. Terima kasih kepada sahabat +Projek Travel  sebab susah-susah plan untuk prank birthday time tu.

Kek dan Pastri
Italian Tiramisu
Red Velvet
Brownies
Jeli Kelapa
Krim Karamel
Panna Cotta berperisa beri campuran

Menu Terbaru
Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian




Tiramisu

Jeli kelapa

So, sampai kat sini perkongsian tentang Buffet Ramadan di Bangi Golf Resort Restaurant. Kalau ada yang berminat untuk berbuka puasa di BGR, bolehlah buat tempahan awal-awal sebelum terlambat. Tips untuk ke lokasi buffet ramadan, semestinya kena datang awal. Bukan apa, mudah get ready ambil makanan siap-siap untuk tunggu waktu berbuka. Untuk solat maghrib pulak, don't worry. Surau turut disediakan di Bangi Golf Resort untuk kemudahan orang ramai menunaikan solat.


Untuk keterangan dan info lanjut

Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor

Koordinat GPS:
2.95716N, 101.76518E

Tempahan dan pertanyaan:
+(60)3-8925 3728
+(60)3-8210 0265

Website:

Facebook:

Instagram:

@BangiGolfResortOfficial


NOTA KAKI: Jangan lupa untuk ikuti perkongsian menarik tentang menu-menu istimewa di lokasi-lokasi terbaik sempena Buffet Ramadan di instagram @penaberkala ataupun search hashtag #PenaBersantap dan #25PilihanRamadanPT



You may also like

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...