TRAVEL BERSAMA TC BOY TUNA PILIHAN TERBAIK!

Biasanya kalau pergi travel, bekalan makanan apa yang korang bawa? Kebanyakan orang akan bawa roti, mee segera, biskut, tuna, sardin, sambal ikan bilis, makanan segera dan macam-macam lagi. Especially bila kita travel ke luar negara di mana destinasi yang agak susah untuk dapatkan makanan halal. Jadi, alternatif membawa bekalan makanan dari rumah (tanah air) adalah strategi paling tepat untuk dijadikan alas perut ketika di tempat orang. Persoalannya, makanan apa yang korang selalu bawa kalau travel? Meh, aku kongsikan sikit pengalaman dan cerita aku. Korang pun, kalau ada cerita nak share, bolehlah share di ruangan komen :P


Travel with TC Boy


Berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri especially semasa travel ke Macau last year, aku pernah bawa stok makanan yang agak banyak. Memandangkan trip ke Macau time tu memang tak ada perancangan langsung, so a bit blurr. Since tak familiar dengan tempat-tempat makanan halal di Macau, jadi aku siap-sedia bawa bekalan makanan secukupnya. Takut benor kebulur, hahaha. Antara makanan yang aku bawa adalah roti Gardenia, biskut peanut butter, maggi hot cup tom yam dan Cadburry wafer bar. Hah, itu cerita di Macau tahun lepas.




Baru-baru ni, time trip ke Pulau Perhentian, Terengganu pun aku sempat bawa makanan untuk bekalan kat sana. Tak kira lah, ke luar negara atau dalam negara, bekalan makanan time travel mesti kena bawa. Maybe dah jadi habit kot. Bukan apa, sebab bila dah sampai kat destinasi yang dituju, in case of emergency ke apa, time kita lapar at least ada benda untuk dijadikan kudapan. Kan? So, lebih baik "sediakan payung sebelum hujan". Hah, jangan kata abang tak payung. Kalau travel dengan abang, abang akan make sure perut sentiasa kenyang, muahahahaha.



5 pilihan produk TC Boy


Mesti korang nak tahu kan apa yang aku bawa time trip ke Pulau Perhentian hari tu? Nin dia, aku bawa set TC Boy Tuna. Sesuai dengan tagline TC Boy, "The Best Choice For Tuna", aku bersependapat TC Boy Tuna adalah antara produk plihan terbaik untuk di bawa ke mana-mana.


Jadi, kalau korang nak travel ke mana-mana nanti, aku suggest korang beli produk TC Boy untuk dijadikan bekalan ketika travel. Antara 5 pilihan produk TC Boy yang ada di pasaran adalah seperti berikut:
  1. TC Boy Tuna With Chili Padi
  2. TC Boy Tuna - Ketulan Dalam Minyak Zaitun Extra Virgin
  3. TC Boy Tuna - Chunky Flakes In Vegetables Oil
  4. TC Boy Sandwich Delite - Tuna In Mayonnaise 
  5. TC Boy Sardines In Tomato Sauce

Sedikit info yang dapart aku kongsikan berkaitan produk TC Boy Tuna adalah ia tiada bahan perasa MSG. Lagi best, produk TC Boy ni kaya dengan khasiat penting seperti Omega 3, Protein, Kalsium dan rendah lemak (Low Fat). Paling penting, produk TC Boy ini mempunyai sijil Halal dari JAKIM, So, usah ragu-ragu lagi untuk pilih TC Boy sebagai produk pilihan. Produk ni bukan baru, sejak 1991 lagi TC Boy sudahpun berada di pasaran. 


Rasanya, cukup la kot sedikit-seabnyak info berkaitan TC Boy. Now, jom kita tengok apa yang boleh kita buat dengan produk TC Boy ni kalau bawa time travel atau di mana-mana saja. Cekidout!!!


1) Biskut vs TC Boy Tuna Chili Padi

Ini cerita kami di Pulau Perhentian tempoh hari. Biasalah kalau dah duk pulau, perut asyik merengek je mintak diisi. Nasib baik dah siap-siap bawa bekalan untuk keadaan genting macam ni, hehe. Mungkin korang pun boleh buat benda sama kalau pergi travel ke mana-mana. Ambil biskut dan makan bersama TC Boy Tuna Chili Padi. Sebagai seorang yang gemar makanan pedas, I love this so much. Makan pula time lapar macam ni, memang licin dikerjakan. Omnomnom!


TC Boy Tuna Chili Padi with biscuits


2) TC Boy Tuna untuk breakfast

Kami stay di Mohsin Chalet yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Pakej yang kami ambil termasuk sekali dengan breakfast. Fuh, lega sikit tak payah kalut-kalut cari makanan di tempat lain. But, still bawa TC Boy bersama ke cafe. Dengan penutup tin yang mudah dibuka, produk TC Boy Tuna ni memang mudah untuk di bawa ke mana-mana. Tak perlu masak pun takpe. Boleh dimakan begitu saja.


Nasi goreng with TC Boy Tuna Chili Padi

Sandwich elite - Tuna with Mayonnaise

TC Boy Tuna with Mayonnaise


3) Salad TC Boy Tuna

Kalau kat rumah pulak, kita boleh gunakan produk TC Boy untuk masak menu-menu istimewa yang cepat dan ringkas berasaskan tuna. Contohnya, baru-baru ni, aku malas nak keluar makan. So, nak cepat just ambil satu tin TC Boy Tuna - Ketulan Dalam Minyak Zaitun Extra Virgin untuk dijadikan salad. Ambil kubis purple, kubis, mayonis, dressing dan cili. Tambah susu low fat sikit, tup tup dah jadi salad tuna. Memang ringkas dan cepat untuk menu makna malam. Kalau tak habis, boleh simpan letak dalam peti ais untuk breakfast pulak. 


Salad TC Boy Tuna


4) TC Boy Sardine pedas berapi

Last but not least, TC Boy Sardine in tomato sauce. As usual, aku ni jenis yang suka makan pedas. So, kalau nak masak memang akan ada unsur-unsur pedas yang luar biasa, hahaha. Meh nak kongsikan resepi ringkas untuk TC Boy Sardine Pedas Berapi!

Bahan-bahan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Limau nipis
  • Lada
  • TC Boy Sardine in Tomato Sauce
  • Gula dan garam

Resepi mudah TC Boy Sardines in Tomato Sauce

Cara-cara
  • Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
  • Masukkan TC Boy Sardine
  • Perah limau nipis
  • Masukkan gula dan garam secukup rasa
  • Masukkan bawang besar dan biarkan sehingga sedikit layu
  • Masukkan lada yang dihiris
  • Siap untuk dihidangkan


TC Boy Sardines Pedas Berapi


Inilah hasilnya! Istimewa dari dapur bujang bersama TC Boy. Amacam, mengancam ke tidak? Nak makan dengan nasi putih pun boleh, nak makan dengan roti pun boleh. Bergantung kepada selera tekak masing-masing.


Menu ringkas makan malam


Memandangkan waktu malam dan malas nak makan nasi, so kita makan dengan telur mata dan roti je. Fuh, pedas menangis tapi sedap. Yummeh. Nak try, boleh la cuba ye. Selamat mencuba!


Untuk keterangan lanjut tentang TC Boy, boleh rujuk :

Website:

Facebook

Post a Comment

0 Comments