LOKASI MENARIK UNTUK MAJLIS KERAIAN DI FELDA VILLA KUALA LUMPUR

Mencari lokasi menarik untuk majlis keraian di Kuala Lumpur? Mencari lokasi untuk majlis perkahwinan? Mencari lokasi untuk majlis reunion? Mencari lokasi untuk majlis private? Ya, Felda Villa Kuala Lumpur ada jawapannya. If you are searching about Felda Villa Kuala Lumpur, this is the right answer that you're looking for. Jom, meh nak share serba-sedikit mengenai Felda Villa Kuala Lumpur. Semoga, apa jua yang terkandung dalam perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat membantu anda di luar sana untuk membuat keputusan dan pertimbangan memilih Felda Villa Kuala Lumpur sebagai lokasi pilihan untuk majlis keraian.


Felda Villa Kuala Lumpur mula beroperasi pada tahun 2007. Kalau nak tahu, Felda Villa ni merupakan business pertama yang diuruskan oleh pihak D'Saji Restaurant & Café. Objektif utama penubuhan Felda Villa ini tak lain tak bukan untuk mewujudkan service fine-dining dan semi-fine dining yang halal. Selain itu, Felda Villa Kuala Lumpur ini juga turut menampilkan elemen-elemen eksklusif untuk kesemua pelanggan yang mengimpikan suasana majlis istimewa seperti sambutan ulangtahun, perkahwinan, reunion, gathering dan macam-macam majlis lain dengan konsep taman atau garden.









Salah satu tarikan utama di Felda Villa adalah Wakaf atau pondok kayu yang dibina dengan menggunakan kayu Bilion atau Iron Wood. In fact, kayu jenis ini merupakan kayu paling kukuh di dunia. Ciri eksklusif lain yang turut ada di Felda Villa adalah mini waterfall, sungai buatan, kolam ikan, pintu gerbang yang berkonsepkan Bali dan lain-lain lagi.




Apa lagi yang menarik di Felda Villa Kuala Lumpur? Kat sini, disediakan 4 buah banglo mewah dan eksklusif yang dilengkapi dengan penghawa dingin untuk dijadikan lokasi istimewa bagi private function. 4 buah banglo yang dimaksudkan adala [1] Persada Mutiara, [2] Persada Intan, [3] Persada Kristal dan [4] Persada Delima.


Felda Villa Kuala Lumpur juga menyediakan private suites yang dilengkapi dengan private bathroom, surau dan dewan tetamu untuk kegunaan para pengantin atau apa jua kegunaan untuk majlis-majlis isitmewa.


Bukan setakat itu, Felda Villa Kuala Lumpur cukup lengkap menyediakan segala fasiliti untuk kegunaan sepanjang majlis berlangsung seperti  LCD TV dan skrin putih untuk tujuan lintas-langsung.





Untuk pengetahuan semua, setiap hari Isnin sehingga Khamis, para tetamu akan dapat menikmati suasana yang aman dan romantik bersama keluarga, teman dan taulan serta orang tersayang dengan persembahan daripada artis jemputan yang akan menghiburkan semua dengan lagu-lagu lama dan baru.



Pendek kata, Felda Villa Kuala Lumpur merupakan salah satu lokasi strategik yang cukup lengkap dengan pelbagai fasiliti untuk menjayakan apa jua majlis. Jadi, tidak hairanlah pihak Felda Villa telah berjaya melaksanakan pelbagai majlis gilang-gemilang di sini untuk badan-badan kerajaan, bankers, majlis persendirian, kerabat di-Raja dan juga selebriti. Bila dapat tahu semua ini, baru kita yakin Felda Villa ni bukan calang-calang tempat. Apa yang penting, sevice tip top dan dapat puaskan hati semua pelanggan seperti yang mereka inginkan.







Pelbagai pakej yang ditawarkan untuk anda di luar sana bagi menjayakan majlis keraian di Felda Villa Kuala Lumpur. Untuk tahu lebih lanjut, boleh rujuk pihak Felda D'Saji di website atau laman Facebook. Kalau ada sebarang persoalan dan kemusykilan, anda juga boleh tinggalkan sebarang persoalan di ruangan komen. InshaAllah, saya akan bantu setakat mana yang saya tahu.


Website:


Facebook:




Apapun, semoga segala perancangan untuk menjayakan majlis yang diinginkan terlaksana. Buatlah pilihan yang bijak dan pilihlah service yang menjanjikan kualiti terbaik. All the best!

Post a Comment

6 Comments

  1. cantik tempatnyerrrr.... sesuai ni nak wat konsep garden

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sesuai la kalau nak buat konsep garden..

      Delete
  2. cantiknya tempat ni. macam dalam taman fantasi dh . huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm best ni buat majlis dalam taman gini.
      Boleh la try usha-usha tempat ni buat majlis anniversary Projek Travel nanti, eh!

      Delete
  3. ni yang restoran nelayan duluuu tuuu kannn?? dah makin baik dah kawasan dia...harap2 makanan dia pun sedap jugakkk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran Nelayan dulu dah jadi Restoran DSaji Tititwangsa.

      Yang ni pulak, tempat lain. Namanya Felda Villa di Jalan Maktab, Kuala Lumpur

      Delete