Monday, November 16, 2015

VENUE PERKAHWINAN BARU DI KAJANG PERDANA AVENUE


Kajang Perdana Avenue dijangka akan mula beroperasi pada Disember 2015. Mesti ada yang tertanya-tanya, "Kajang Perdana Aveue ni tempat apa? Shopping complex ke, taman tema ke, atau apa?" Jadi, untuk perkongsian kali ni, aku nak share serba-sedikit info berkaitan tentang Kajang Perdana Avenue. Mana tahu kan, ada yang sedang tercari-cari maklumat dan info lanjut berkaitan Kajang Perdana Avenue. So bolehlah rujuk kat sini.


Untuk pengetahuan semua, Kajang Perdana Avenue merupakan venue terbaru Felda D’Saji Sdn Bhd untuk pelanggan-pelanggan especially yang berada di kawasan Kajang, Bangi, Cheras, Semenyih, Putrajaya, Serdang dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Memandangkan struktur binaan Kajang Perdana Avenue bercirikan futuristik dan kontemporari, tidak hairan sedikit masa lagi lokasi ini akan menjadi lokasi pilihan untuk majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Lagi-lagi, venue ini diuruskan oleh Felda D'Saji Sdn Bhd, semestinya perkhidmatan catering dan sajian makanan yang dihidangkan tip top!








Salah satu ciri utama Kajang Perdana Avenue adalah lokasi yang strategik dan mudah untuk diakses. Kajang Perdana Avenue boleh diakses melalui jalan-jalan utama seperti:
  1. SILK Highway 
  2. Persiaran Kajang-Semenyih Bypass 
  3. Cheras-Kajang Highway
  4. Seremban-Kajang Highway
  5. Jalan Semenyih

Actually, aku tertanya-tanya macam mana la rupa bentuk Kajang Perdana Avenue ni nanti bila siap sepenuhnya. Excited jugak nak tengok. Melihat kepada lakaran struktur bangunan yang bakal siap, aku yakin lokasi ini akan menjadi lokasi istiewa dan gah especially untuk majlis-majlis perkahwinan. So, kalau korang plan nak berkahwin terutama yang berada di kawasan berdekatan Kajang, jangan lupa letak Kajang Perdana Avenue sebagai salah satu lokasi pilihan untuk majlis bersejarah itu nanti. Ok, jom kita tengok gambaran kasar struktur premis Kajang Perdana Avenue.










Kajang Perdana Avenue mampu menampung 600 tetamu dalam satu masa iaitu 200 orang di ruang berhawa dingin dan 400 orang di ruang terbuka yang lengkap dengan kipas gergasi. 
 
 

Sebagai salah satu venue perkahwinan baru, Kajang Perdana Avenue menawarkan harga promosi serendah RM28/pax untuk 500 tetamu. Pakej Perkahwinan di Kajang Perdana Avenue adalah termasuk :
  1. Penggunaan tempat
  2. Penyediaan Katering, layanan tetamu dan VVIP
  3. Hiasan Pelamin
  4. Walkway dan Arch
  5. Dummy Cake 3 Tingkat
  6. Standard PA Sistem
  7. Kawalan lalulintas oleh RELA

 






Bukan hanya menyediakan lokasi lengkap dengan pelbagai servis tambahan dalam satu pakej, apa yang lagi menarik tentang Kajang Perdana Avenue apabila mereka menyediakan banyak lagi kemudahan yang untuk memudahkan para pelanggan menjayakan majlis. Antara kemudahan yang disediakan adalah:
  1. Parking sehingga 250 buah kereta dalam satu masa
  2. Bilik menunggu VVIP/VIP
  3. Bilik persalinan pengantin dilengkapi bilik air
  4. Tandas
  5. Surau
  6. Pejabat Jualan


Lokasi yagn mempunyai kawasan luas dan lapang ini juga amat sesuai dipilih untuk dijadikan lokasi bagi majlis konvokesyen untuk tadika. Selain itu, lokasi ini bersesuaian untuk aktiviti kanak-kanak seperti sand art, bouncy dan sebagainya. Pendek kata, Kajang  Perdana Avenue bukan saja sesuai untuk majlis perkahwinan semata-mata, tetapi dibina khas untuk dijadikan lokasi khas bagi acara-acara lain seperti:
  1. Konvokesyen tadika
  2. Makan Malam Korporat
  3. Fashion Show
  4. Pelancaran Produk
  5. Seminar
  6. Bengkel pembelajaran

Jadi, kalau anda bakal pengantin atau mak ayah bakal pengantin yang berminat untuk jadikan Kajang Perdana Avenue sebagai lokasi pilihan majlis perkahwinan, bolehlah hubungi pihak Kajang Perdana Avenue yang diuruskan oleh pihak Felda D'Saji Sdn Bhd untuk keterangan lanjut. Untuk korang yang sedang mencari lokasi strategik dan serba-lengkap dengan servis yang terbaik pun dialu-alukan.


KAJANG PERDANA AVENUE
Jalan Kajang Perdana 2/2, 
Taman Kajang Perdana, 
43000, Kajang, Selangor

Telefon: 
03-8881 1311 (Pej Putrajaya)
03-2698 8302 (HQ)

Fax: 
03-8881 1372 (Pej Putrajaya)
03 2692 4159 (HQ)

Person In Charge (PIC):
Encik Syaiful Nazlan 013-386 0453
Puan Nurul Nadia 019-295 6232





Tuesday, November 10, 2015

CUBA NASIB NAK MENANG DI SEREMBAN URBAN TRAIL ECO RACE 2015

Baru-baru ni, Majlis Perbandaran Seremban telah menganjurkan Festival Taman Tasik Seremban 2015 bertempat di Taman Tasik Seremban. Sempena dengan penganjuran itu, ada pelbagai acara dipertandingkan dan terbuka kepada orang awam. Paling menarik perhatian adalah Seremban Urban Trail - Eco Race. Nak dijadikan cerita, aku pun turut serta mengambil bahagian hasil pelawaan abang Omar. Jujurnya, memang excited nak join sebab macam dah lama tak join aktiviti-aktiviti macam ni. Walaupun hakikatnya dah lama tak exercise, tapi gigih jugak nak join. Larat ke nak join event explorace macam ni? Join UFirst Adventure Quest pun dah tercungap-cungap, inikan pulak Eco Race. Gulp! Herm, cuba je lah kan sambil-sambil isi masa lapang di hujung minggu.

Seremban Urban Trail - Eco Hunt 2015


Seawal jam 6:30 pagi kami bersiap-siap dan bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke Seremban. Alhamdulillah, cuaca dah ok tanpa jerebu, lalu-lintas pun agak lancar tanpa sebarang kesesakan, around 7 pagi kami dah terpacak di Taman Tasik Seremban. Sementara menunggu seorang lagi ahli kumpulan, iaitu abang Shukor, kami berdua dah siap-sedia beratur untuk pendaftaran. Dengan takde persiapan apa-apa, nama kumpulan pun tak tahu, dengan slumber je aku buat muka konfiden beratur sekali untuk pendaftaran. Time duk beratur tu baru aku tanya, "Bro, nama team kita apa?". Dengan slumber abang Omar jawab,"Cuba Nasib Nak Menang". Dalam hati, aku tergelak berdekah-dekah. Unik gila nama team, hahaha. Tapi muka time tu maintain serious plus minus cuak sikit-sikit nak start race.


Allianz Treausure Hunt di Kuala Lumpur


Kalau nak tahu, ini kali ke-dua aku team up dengan abang Omar dan abang Shukor. First time jumpa masa join  treasure hunt anjuran Allianz di Kuala Lumpur. Tapi time tuh, kami pulang dengan tangan kosong. Kira this time, kami reunite semata-mata untuk Seremban Urban Trail - Eco Race. Ceh, acah-acah reunion pulak dah, wakakaka. Ok sekian cerita pasal sejarah kumpulan, haha. Kita sambung cerita Seremban Urban Trail - Eco Race.


 Kumpulan Cuba Nasib Nak Menang


Selesai pendaftaran semua, kami berkumpul untuk sesi taklimat. Team Cuba Nasib Nak Menang ditempatkan dalam kumpulan Hijau dengan kod H66. Untuk race kali ini, setiap perserta (1 kumpulan terdiri daripada 3 orang perserta) dibahagikan kepada 4 kumpulan besar untuk waktu perlepasan yang berbeza iaitu Biru (8:30 pagi), Jingga (8:35 pagi),  Hijau (8:40 pagi) dan Kuning (8:45 pagi).


Bersama Maskot Festival Taman Tasik Seremban


Tempat permulaan dan penamat untuk acara Seremban Urban Trail - Eco Race adalah berdekatan dengan Pentas Terapung Taman Tasik Seremban. Untuk race kali ini, sebanyak 11 checkpoints dengan jarak 6 kilometer meliputi beberapa lokasi menarik di Seremban seperti Istana Hinggap, Bangunan Bekas Perpustakaan Negeri, Galeria Diraja Tuanku Jaafar, Taman Tasik Seremban dan juga Kompleks Al-Saadah wajib dilalui oleh semua peserta.


Seremban Urban Trail - Eco Race 2015


Apa yang menarik, acara kali ini disertai lebih kurang 123 kumpulan untuk merebut hadiah utama bernilai RM2000, hadiah tempat ke-dua RM800, tempat ke-tiga RM500 dan 14 hadiah saguhati bernilai RM150 setiap satu. Fuh, dup dap dup dap jugak nak habiskan larian 6 km dan 11 checkpoints sambil menjawab semua soalan-soalan yang diberi serta menyelesaikan beberapa tugasan di setiap checkpoint. Dalam hati terdetik, "Tak menang grand prize pun tak apa, asal dapat placing. Saguhati pun jadi lah." Tapi, bila tengok soalan dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain agak mudah untuk dijawab, keyakinan dalam diri makin menebal. Makin excited nak habiskan race. Finally, kami tamatkan race dengan catatan masa 1 jam 59 minit. Kalau nak dibandingkan dengan catatan masa team lain, kami agak ketinggalan. Cuma berharap soalan-soalan yang kami jawab sepanjang race tu banyak betul. So that, boleh score banyak markah dan boleh menang.


Bila diumumkan pemenang, dari saguhati ke tempat ke-tiga, then ke tempat ke-dua, nama team kami tak disebut-sebut juga. Alahai, masing-masing dah mengeluh dan redha je time tuh. Walaupun dalam hati masing-masing merasakan debaran semakin kencang bagai genderang mau perang dan masih lagi menaruh harapan menggunung, hahaha. Akhirnya, terdengar juruacara nak umumkan juara Seremban Urban Trail - Eco Race cakap, "Nama kumpulan pun agak unik. Memang sesuai jadi juara. Pemenangnya ialah......... Cuba Nasib Nak Menang". Fuuuuuh, tarik nafas panjang. Alhamdulillah, syukur.  Betullah kata orang, "Kalau dah rezeki, tak kan ke mana"



KEPUTUSAN PENUH SEREMBAN URBAN TRAIL - ECO RACE 2015

1) Tempat Pertama : Kumpulan "CUBA NASIB NAK MENANG" (RM2000)

2) Tempat Kedua : Kumpulan. "3 HUNTER" (RM800)

3) Tempat Ketiga : Kumpulan "COZY PLATE" (RM500)

4) 14 Hadiah Saguhati (RM150 bagi setiap kumpulan)

-HIGHWAY TRACKER
-3 GIRLS
-AIDAN 6
-THE EXPLORERS
-SASUKE
-G6J02
-KHILAFAH TEAM
-ALPHAREANS
-EH LIM GROUP
-FDM
-RUNWAY RUNNERS
-AIDAN 1
-AIDAN 3
-JAB. IMIGRESEN N.SEMBILAN


Juara Seremban Urban Trail - Eco Race 2015


Sebenarnya, aku masih tertanya-tanya, adakah nama kumpulan memainkan peranan? Cuba Nasib Nak Menang, last-last nasib menyebelahi kami bertiga sampai jadi Juara. Sempat lagi +Bro Framestone tulis kat blogretis pasal ni, hahaha. Thanks bro for the write up. Nah, korang boleh baca sini: Nama kumpulan mainkan peranan.



Apapun, terima kasih banyak-banyak kepada abang Omar dan abang Shukor untuk peluang dan kepercayaan yang diberi untuk menyertai team ni. Bukan calang-calang orang ni. Next time, kalau ada race lagi dan perlukan ahli, jangan lupa roger-roger, hahaha.  Sampai ketemu lagi di lain masa dan ketika, inshaAllah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger