Wednesday, August 26, 2015

TIPS PENTING UNTUK KE CAMBODIA DAN VIETNAM

Tips penting untuk ke Cambodia dan Vietnam? Ya, itulah yang aku tercari-cari untuk trip kali ni. Alhamdulillah, itinerari untuk 8 hari 7 malam ke Siem Reap, Phnom Penh, dan Ho Chi Minh dah pun siap. Tinggal nak fly je nih dari Kuala Lumpur ke Siem Reap, Cambodia. Maklumlah, first time nak pergi ke sana. So, excited dan nervous bercampur baur.




Relax brader, brader relax. Untuk meleraikan segala kekusutan, aku pun try lah tweet untuk tanya tips dan tricks di Cambodia dan Vietnam daripada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman di twitter especially gang @BackpackingMY


Ok, memandangkan tips yang dorang bagi agak menarik dan bermanfaat, why not aku share dengan korang pulak kan? At least, sedikit-sebanyak dapat membantu korang yang berada dalam situasi macam aku sekarang. So, let's check it out apa tips penting yang mesti kita tahu dan ingat kalau nak ke Cambodia dan Vietnam.



Fish Amok
Ada yang cadangkan makan fish amok. Fish amok tu apa aku pun tak tahu. Bila aku google, baru tahu fish amok tu merupakan antara menu terkenal di Siem Reap, Cambodia. Fish amok merupakan kari ikan tradisional kat sana. Tapi, make sure kalau nak try makan kena cari yang betul-betul halal.


Fridge Magnet di Angkor 
Orang kata, kalau pergi melawat Angkor Wat dan temples dalam Angkor Complex, akan ada kanak-kanak yang follow suruh beli fridge magnet. Mereka dari keluarga yang susah. Pagi pergi sekolah, petang meniaga di Angkor temples. Kalau rasa kasihan, belilah fridge magnet sambil menderma.


Harga tuk-tuk
Pastikan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang terendah. At least tahu range harga untuk elak daripada ditipu. Contohnya, untuk perkhidmatan tuk-tuk untuk Angkor tour.


Air minuman
Bawa air minuman sepanjang sesi Angkor tour. Memandangkan cuaca agak panas di kawasan tersebut, kita akan cepat dahaga. So, just stand by dengan air mineral siap-siap.



Tukar duit USD
Kalau nak ke Cambodia, better tukar USD dan bukannya mata wang Riel. Pastikan duit USD yang dibawa berada dalam kondisi yang elok.


Banyakkan duit 1 USD
Tukar duit USD kepada nilai yang kecil seperti 1 USD untuk membayar kos pengangkutan dan nilai bayaran yang kecil-kecil. Boleh tukar di kaunter pengurup wang seperti di NU Sentral atau Mid Valley.


Air tebu limau
Ini lagi satu yang menarik. Kalau datang ke Cambodia, kena try air tebu limau. Kat mana? Apa rasa? Haa, yang tu kena pergi try sendiri.



Aktifkan kad ATM CIMB
Pastikan kad ATM CIMB diaktifkan untuk memudahkan urusan transaksi di sana especially time kecemasan atau keadaan terdesak.


Tarikan di Phnom Penh
Tempat-tempat menarik di Phnom Penh boleh dilawati dalam masa satu hari.



Bekalan makanan
Bawa makanan seperti roti dan biskut untuk isi perut sendiri selain untuk bagi kepad kanak-kanak yang gigih menjual souvenirs di Angkor Complex



Sunrise & Sunset di Siem Reap
Jangan lepaskan peluang untuk menyasikan sendiri keindahan sunset di Angkor Wat dan sunset di Tasik Tonle Sap.


Harga tuk-tuk untuk sehari
Menurut salah-seorang member di twitter, dia cakap tuk-tuk boleh dapat around USD13 untuk sehari ke mana saja nak pergi. Ok, boleh take it as benchmark.


Kes tipu
Kena hati-hati dengan kes penipuan. Especially di Siem Reap dan Ho Chi Minh. So, be carefull!


Restoran halal di Ho Chi Minh
Banyak kedai halal di kawasan sekitar dan berdekatan dengan Ben Thanh market.


Rasanya, itu saja tips penting untuk ke Cambodia dan Vietnam oleh kengkawan di twitter. Apapun, terima kasih banyak-banyak untuk perkongsian korang. Semoga bermanfaat kepada semua yang mencari info dan tips ke Cambodia dan Vietnam.


Apapun, doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Sampai kita bertemu lagi dalam blogpost yang akan datang. So, sesiapa yang ada lagi tips dan tricks yang lagi hebat dan menarik untuk dikongsi, just drop your comment ya. Thank you :)





Saturday, August 22, 2015

KHASIAT SUSU KAMBING BARAKA

Baru-baru ni, netizen kecoh dengan isu susu lembu. Hari ni, aku pun nak cerita juga pasal susu. Tapi bukan pasal susu ibu mahupun susu lembu. Kali ni, aku nak cerita serba-sedikit pasal susu kambing. Lebih tepat lagi, khasiat susu kambing Baraka. Siapa kat sini memang penggemar susu kambing? Ce angkat tangan sikit. Haa, siapa pulak yang rasa elergik nak minum susu kambing sebab baunya yang hamis? Don't worry, korang kena try susu kambing Baraka sebabnya susu ni tanpa bau hamis dan rasanya yang sangat sedap.


Apa yang korang perlu tahu, susu kambing asli adalah antara susu terbaik selepas susu ibu. Kenapa? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang kena baca info-info menarik yang akan aku kongsikan dalam entri kali ini. Especially kepada korang yang masih lagi tercari-cari Susu Kambing terbaik untuk bayi, Susu Kambing terbaik untuk Ibu hamil, atau Susu Kambing terbaik untuk anak. Mungkin, jawapannya ada kat sini. Semoga bermanfaat!


Khasiat Susu Kambing Baraka 
  • Susu kambing amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.
  • Susu kambing menawarkan jumlah kalsium yang tinggi dari susu biasa. 
  • Dengan pengambilan susu kambing yang teratur, akan dapat membantu mencegah kereputan tulang (osteoporosis), dapat membekalkan tahap tinggi protein dan asid amino dalam badan. 
  • Susu kambing adalah susu kurang lemak dan secara tidak langsung ianya akan dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan rasa lapar. 
  • Susu kambing mempunyai komponen molekul paling dekat dengan susu ibu dan ianya akan lebih mudah dicerna dan diserap di dalam badan manusia berbanding susu lembu.



Susu kambing secara tradisinya telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyuburkan dan menjana sistem saraf. Susu Kambing juga sangat padat dengan khasiat semulajadi kerana mempunyai mineral penting seperti vitamin B12, protein dan kalium dalam mengekalkan sistem pertahanan badan yang kuat dan berfungsi dengan betul.




Dalam majlis pertemuan dengan owner Susu Kambing Baraka, aku dapat banyak info tentang konsep dan pendekatan yang dibawakan oleh mereka. Instead of susu kambing asli, mereka keluarkan susu kambing segera yang tahan lebih lama dan mudah untuk disediakan. Instead of susu kambing asli, mereka mevariasikan lagi perisa dengan coklat, strawberri dan juga kolagen. Interesting!




Susu kambing Baraka ni memang mudah untuk disediakan. Ambil satu sachet, dan bancuh dengan sedikit air suam dan air kosong. Kacau-kacau, dah siap-sedia untuk diminum. Nak lagi sedap, buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Seriously, lagi sejuk, lagi sedap diminum. Yummy!




First time aku try minum susu kambing Baraka. Aku ambil satu sachet secara random, dan kacau buat air. Bila minum tuh, aku dapat rasa strawberri. Namun, rasa susu tu tetap ada. Paling best, langsung tak rasa atau bau hamis. Gulp gulp gulp, minum terus habis. Torbaik!





Susu Kambing Baraka merupakan susu kambing halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. Semua produk keluaran syarikat juga telah disahkan oleh MeSTi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan harga dari RM24.00 hingga RM30.00 bagi setiap pek percubaan yang mana pembelian hanya di atas talian sahaja manakala pek 650g dari harga RM55.00 hingga RM76.00




Terdapat 4 perisa iaitu Susu Kambing Perisa Coklat, Susu Kambing Perisa Asli, dan Susu Kambing Perisa Strawberi. Susu kambing ini sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat, dari peringkat kanak-kanak 2 tahun ke atas, dewasa dan juga oleh orang-orang tua. Terdapat juga Susu kambing Baraka dengan campuran kolagen dapat membantu mengekalkan kecantikan semulajadi bagi keanjalan dan pertumbuhan kulit baru kulit secara semulajadi. 


INFO
Kolagen secara amnya dapat memperlahankan proses penuaan dan menambah ketegangan pada kulit. Minuman strawberi dengan kolagen (Baraka Beauty Drink) pula di formulasikan bagi mereka yang sentiasa ingin kelihatan anggun, menawan luaran dan dalaman. Produk ini adalah pilihan yang terbaik bagi yang mahu mengurangkan berat badan kerana dengan pengambilan secara tidak lansung produk ini akan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.


Susu Kambing Segera Asli

Susu Kambing Segera Coklat

Susu Kambing Segera dengan Kolagen

Susu Kambing Segera Strawberi



Oh, lupa nak bagitahu. Selain susu kambing segera, Baraka juga memperkenalkan produk terbaru iaitu aiskrim premium berasaskan susu kambing dalam berbagai perisa yang pastinya sedap dan lazat. Sesuatu yang baru macam ni, memang akan dapat menarik orang ramai untuk mencuba. Korang dah cuba ke belum?  Hah, boleh pi try. Sambil makan ais krim, sambil menjaga kesihatan dengan khasiat susu kambing yang mempunyai rendah lemak dari susu biasa. Bagi yang alah (toleran laktosa) pada susu lembu atau sebagainya, produk yang berasaskan susu kambing seperti Aiskrim Susu Kambing Baraka ini adalah penyelesaian terbaik!




Ok, sekian saja perkongsian tentang khasiat susu kambing Baraka. Terima kasih kepada pihak penganjur  Mozac Madicare Sdn Bhd dan Hai Blogger! atas jemputan ke majlis pengenalan produk susu kambing Baraka ini. At least, sekarang dah tahu dengan lebih terperinci tentang susu kambig dan khasiatnya.


Untuk pembelian secara atas talian atau info lanjut, boleh rujuk:

Facebook

Instagram 


Dapatkan Susu Kambing Segera jenama Baraka di Giant, Cold Storage Malaysia, atau Mercato Supermarket Malaysia yang berdekatan. Selamat mencuba!




Mozac Medicare Sdn. Bhd
  • Berpengalaman dalam membekalkan barangan kesihatan, kelengkapan perubatan dan penyelidikan kepada hospital di seluruh negara
  • Mengeluarkan produk berasaskan susu kambing di bawah penjenamaan BARAKA. 
  • Syarikat ini ditubuhkan pada 2012 untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan susu kambing dalam kehidupan seharian.

Mozac Medicare Sdn Bhd ialah sebuah syarikat 100% milikan penuh Bumiputera yang terlibat dalam pemasaran produk minuman tambahan dan penjagaan kesihatan serta kecantikan bagi jenama BARAKA. Beroperasi sejak tahun 2012 dan sentiasa mencari ruang untuk berkembang di masa hadapan. Dikeluarkan oleh Big Dale Sdn Bhd bagi pihak Mozac Medicare Sdn. Bhd.





Thursday, August 20, 2015

TUDIA! CHAR KUEY TEOW PUTRA HEIGHTS | RAIKAN RAYA BERSAMA HAI BLOGGER!

Masa raya hari tu, aku teringin gila nak makan ketam. Nak dijadikan cerita, aku pergi la cari di kedai bawah flat ni. Nak cari ketam punya pasal, jenuh aku berjalan. Blok A tak ada, pi blok B pun tak ada. Hampeh betul. Dah give up dah rasa. Aku pun pergi la menapak sikit lagi ke Blok C. Fuh, nasib baik ada. Yang ada pun yang kecik cinonet. Oklah, daripada tak ada kan? Tapau kasik licin. Akhirnya, jadilah ketam gulai masak lemak di #DapurPB (klik sini).


Dan baru-baru ni, aku dipelawa oleh Halim Brothers untuk try Char Kuey Teow Ketam. Dengar je K.E.T.A.M, terus eksited. Macam tahu-tahu je aku tengah gian nak makan ketam. Bak kata pepatah, "seperti orang mengantuk disorongkan bantal". Haaa, apa lagi. Tanpa segan-silu aku join la sekaki. Kalau dulu aku pernah share tempat makan mee udang sedap di Nilai, kali ni meh nak share pasal char kuey teow sedap di Putra Heights, Subang.


Tudia! Char Kuey Teow, Putra Heights


Ok, lokasi yang kami tuju untuk kali ini adalah Tudia! Char Kuey Teow yang terletak di Putra Heights, Subang Jaya. Apa yang special kat sini? Dah tentulah Char Kuey Teow Ketam yang korang susah nak dapat kat mana-mana tempat lain. Biasa char kuey teow letak udang, letak kerang je. Haaa, kali ni amekaw! Ketam terus dia bagi. Terbaik bak ang! Resepi special daripada Tuan Ikram Al Banjari, pemilik Tudia! Char Kuey Teow.


;

Mesti korang tertanya-tanya kan? Kat mana Tudia! Char Kuey Teow ni? Kalau nak tahu, Tudia! Char Kuey Teow ni terletak di Putra Heights, Subang Jaya. To be exact, berhadapan dengan stesen minyak Petron Putra Heights. Nak mudah? Korang guna je waze cari Petron Putra Heights, konpem jumpa punya. Namanya, Warong Bahagia yang terletak berhampiran dengan bus stop.




Sampai je kat sana, sempat tengok tukang masak duk tengah berhempas-pulas memasak char kuey teow special. Fuh, siap berapi-api lagi. Boleh tengok live! Dengan ketam yang besar-besar dan segar-bugar, gulp! Kecur liur beb dibuatnya. Bau dia tak payah cakap lah. Semerbak harum, berkeroncong terus perut jadinya. Cobaan!



Memandangkan perut dah berkeroncong, air liur meleleh tengok presentation char kuey teow ketam, moh kita snap gambar dulu. Then, terus siap-siaga untuk ngap!!! Amacam, korang tengok ada terliur ke tidak? Haa, kalau terliur boleh pi try sendiri di Tudia! Char Kuey Teow ye. Harga? Boleh rujuk kat bawah,aku dah share siap-siap. Don't worry. Tak mahal mana pun, harga berpatutan dengan kualiti. Sedap dan menyelerakan.

 
Harga Tudia! Char Kuey Teow
Char Kuey Teow Biasa : RM5.00
Char Kuey Teow Special Telur Mata :RM6.50
Char Kuey Teow Special Telur Sotong : RM7.50
Char Kuey Teow Special Ketam : RM15.00




Kalau korang order Char Kuey Teow Ketam macam ni, bukan ketam je ada tau. Ada udang, ada ketam dan ada telur mata. Complete set! Ok, jom kita acu cuba try test.



Burppppp. Alhamdulillah, kenyang. Dah bantai sepinggan char kuey teow ketam macam ni, memang boleh senyum lebar. Dapatlah melepaskan gian yang nak makan ketam tu, hahaha. So, kalau korang pun nak try char kuey teow special ni, especially orang-orang yang duk di area Putra Heights dan area yang berdekatan, boleh rujuk info kat bawah ye. Selamat mencuba!


Warong Bahagia Tudia! Char Kuey Teow
Putra Heights, Subang Jaya.

Waze: Petron Putra Heights

Facebook:

Instagram:


Raikan Raya Bersama Hai Blogger!

Kenapa, korang pelik ke aku pi makan char kuey teow dengan bepakaian baju melayu macam pengantin baru? wakakaka. Tak payah pelik ye, memang kami semua datang beraya di Tudia! Char Kuey Teow untuk majlis Blogger Raya anjuran Hai Blogger!



Namapun Blogger Raya kan? So, memang jumpa member-member blogger. Kecoh satu warong bhai bila berkumpul ramai-ramai macam ni. Semua orang eksited dengan ketam masing-masing. 


 

Haaa, namapun majlis makan-makan kan? Tak sah la kalau tak ada food blogger Malaysia yang hebat ni iaitu MahaMahu. Eh, boleh sedondon pulak dah. Macam janji-janji pulak. Dikbee dengan Mawardi pun janji eh pakai baju merah? keh3



Antara bloggers lain yang turut datang adalah Yaya Cendana, Fakhrul Islam, Syafiqah dan Rafzan. Actually, ni first time jumpa budak cute yang namanya Rafzan ni, haha. Happy go-lucky je tengok dia ni. Nice to meet you bro!


Credit photo: www.dikbee.com

Then, kami tak lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Sakura Band. Nah, bila team Projek Travel dan Sakura Band bergabung, hahaha. Ce tengok, gambar ni betul-betul. Macam plan kan susunan? Merah dan biru berselang-seli, lepas tu dua yang di kanan dan yang di kiri berkaca mata, haha. Sempoi! Tapi, baju abam kaw Fauzi Aryaan paling menyerlah. Lawa betul koleksi dari Hijrah Couture ni, berkenan pulak aku tengok baju tu.


Sakura Band


Kenapa Sakura Band pun ada? Sebenarnya, Sakura Band menjadi tetamu istimewa dan artis jemputan untuk majlis Blogger Raya kali ni di Tudia! Char Kuey Teow. Memang special habis event kali ni bila Sakura Band turut datang bersama menghiburkan kami semua. Kalau nak tengok live updates sepanjang even, boleh usha-usha IG Reezqi Cinematography


Credit photo: www.dikbee.com

Kami didendangkan dengan 3 lagu isitimewa daripada Sakura Band iaitu lagu raya, dan 2 lagu hits mereka iaitu Pelarian dan Melepaskanmu. Actually, aku kenal dengan dorang ni masa trip ke Taiping bulan May 2015 dulu (klik sini). Aku suka dengan dorang sebab mereka sangat sangat sangat humble, down to earth and friendly. Respect you guys! Lagu-lagu dorang pun best-best dan suara vokalis Sakura Band, iaitu Mell pun sangat merdu tak kira live ataupun recorded. Memang padu! All the best Sakura Band.


Credit photo: www.dikbee.com

Apapun, terima kasih banyak-banyak Halim untuk jemputan kali ni. Really appreciate it. Selain dapat makan Char Kuey Teow Ketam, dapat beraya bersama member bloggers, aku juga dapat jumpa gang Sakura Band ni. Dah macam reunion dah pulak, haha. Good job Halim. Thank you for organizing the event.


Majlis Blogger Raya di Tu Dia! Char Kuey Teow.

Untuk korang yang tak berkesempatan nak join tempoh hari, meh layan video ni. At least, terubat sikit kekecewaan korang tak dapat join kan? hehehehe. Layan!!! Penampilan khas, BroFramestone. Eh!



Tarikh : 01 Ogos 2015
Masa : 4.00 – 8.00pm
Lokasi : Putra Heights, Subang Jaya
Anjuran : @haibloggerofficial
Menu : Char Kuey Teow Ketam Special, Kuih Muih & Minuman
Makanan disediakan oleh : @tudiacharkueyteowhq
Artis jemputan : @sakurabandmy
Live update, photo & video : @reezqicinematography





Sunday, August 16, 2015

SERAI WANGI AFY HANIFF | BERKESAN HALAU SERANGGA PEROSAK

Baru-baru ni, aku ada share cerita mengenai satu kotak misteri yang diterima. Kalau nak tahu, kotak yang diterima tu adalah produk dari Serai Wangi AFY Haniff. Korang boleh baca kat sini: Hadiah special untuk Cik Ti, Cik Li, Cik La, Encik Sem dan Pak Nyam


So, lepas berbulan-bulan guna produk Serai Wangi AFY Haniff ni, seperti yang dijanjikan dalam blogpost sebelum ni, aku akan kongsikan sedikit-sebanyak info mengenai produk ni untuk korang yang masih lagi tercari-cari produk yang sesuai untuk menghalau serangga perosak tak kira lalat, lipas, tikus, semut mahupun nyamuk. Dan semoga blogpost kali ni dapat menjawab segala persoalan korang mengenai produk Serai Wangi AFY Haniff dengan lebih jelas.


Apa nama produk serai wangi ni?
Produk serai wangi ini adalah Serai Wangi AFY Haniff



Serai Wangi

Kalau nak tahu, inilah pokok Serai Wangi. Semoat snap di halaman rumah kat kampung. Serai Wangi (Citronella Grass) atau dalam nama saintifikya, Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan renek dan merumpun yang hidup secara berkumpulan. Tumbuhan ini mempunyai akar jenis rerambut dan boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter dengan warna dedaun kehijauan. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan tropikal yang menghasilkan bau dan aroma tersendiri.

Terdapat banyak kelebihan serai wangi. Dulu, digunakan secara meluas khususnya oleh masyarakat Asian untuk tujuan masakan, bau-bauan, perubatan, pembersihan, kini serai wangi dugunakan untuk mengelakkan daripada ancaman binatang atau serangga berbahaya. Pendek kata, serai wangi memang banyak manfaat. So, silalah tanam di halaman rumah masing-masing. Kalau nak halau serangga, hah yang tu kena beli produk serai wangi AFY Haniff.

Apa yang ada dalam kotak tu?
Ada 8 produk kesemuanya (6 jenis produk) keluaran AFY Haniff iaitu:
AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml
AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml
AFY Serai Wangi Spray 650ml
Serai Wangi Anti-Tikus 130g
Serai Wangi Anti-Lipas 130g
AFY Hanging Insect Repellant 8g
AFY Serai Wangi Pelita 300ml
AFYSerai Wangi Pelita 1000ml




Video: Produk Serai Wangi AFY Haniff




Berkesan ke produk berasaskan serai wangi untuk halau serangga & haiwan berbisa?
Ya,  memang berkesan. Produk Serai Wangi AFY Haniff ada dua jenis iaitu dalam bentuk ketulan (halau tikus dan lipas) dan juga dalam bentuk cecair untuk digunakan bagi mengelap permukaan yang dijangkakan ada serangga perosak seperti semut ataupun lalat. Mengikut pengalaman aku sendiri, sebab terlampau banyak lalat di meja makan. So, ambil je produk pekatan serai wangi AFY Haniff dan campur dengan air. Then, basahkan kain dengan campuran cecair tadi dan lap meja makan. Terus tak nampak lalat-lalat dan semut berkeliaran atas meja. Korang kena cuba sendiri!


Selain itu, spray AFY Haniff juga boleh digunakan untuk tanaman bagi menghalau serangga perosak seperti tikus. Bukan tu je,produk ni pun inshaAllah berkesan untuk halau haiwan berbisa seperti ular ataupun lipan. Paling penting, produk Serai Wangi AFY Haniff ni tak bahaya jika terkena kulit dan mesra alam kerana menggunakan bahan semulajadi iaitu serai wangi.

Kat mana nak beli produk serai wangi?
Mesti korang tertanya-tanya kan mana nak dapat produk ni. Haa, mudah je. Boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya berdekatan. Memang merata-rata ada jual. Totally, ada 980 outlet di seluruh Malaysia menjadi lokasi utama jualan produk AFY Haniff ni seperti:
Giant
Mydin
Tesco
Jaya Grocer
Econsave
Family Store
Kimpart
Songmart
Mercato
Sam's Groceria  




Macam mana nak guna produk ni?
Ok, sebagai pengguna produk Serai Wangi AFY Haniff, aku nak share cara guna bagi setiap produk. Semoga perkongsian kali ni sedikit-sebanyak dapat membantu korang dalam menggukana produk ni. Tak susah pun, macam korang guna racun perosak tu jugak. But now, instead guna racun perosak kita guna produk yang lebih environmental friendly iaitu serai wangi. Ok, jom tengok cara-cara menggunakan setiap produk Serai Wangi AFY Haniff. Cekidout!


AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml | AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml


Pekatan Herba Serai Wangi ada 2 pilihan iaitu 900ml dan 500ml. Cara guna, mudah je. Larutkan pekatan ni dalam air dan siap-sedia untuk diguna. Boleh guna untuk mop lantai, lap meja makan, lap kabinet dapur, dan macam-macam lagi kegunaan. Lagi satu, biasanya orang akan guna produk ni untuk dijadikan spray. Campur dengan air pada kadar nisbah yang telah ditetapkan untuk refill dalam spray bagi kegunaan harian. Memang cukup mudah.


AFY Serai Wangi Spray 650ml

Seterusnya, AFY Serai Wangi Spray. Kalau malas nak bancuh sendiri guna pekatan serai wangi tadi tu, korang boleh terus beli spray yang dah siap-sedia dibancuh di supermarket. Tinggal nak guna je. Lagi mudah, lagi jimat masa. But, kalau nak jimat better beli produk pekatan serai wangi kat atas tu then bancuh sendiri untuk refill.




Antara kegunaan produk AFY Serai Wangi Spray seperti yang dinyatakan kat bawah ni. Boleh la refer kat sini kalau masih lagi ragu-ragu untuk menggukana produk ni.

Meja Dan Peralatan
Sembur tempat yang kotor kemudian gunakan kain bersih yang lembab dan lap di bahagian berkenaan, biarkan kering dan tidak perlu dibilas

Bilik Air Dan Tandas
Sembur di tempat yang berkenaan, kemudian gunakan berus untuk mencuci dan bilas dengan air bersih.

Lantai
Sembur dan lap dengan mop lembap yang bersih, biarkan kering dan tidak perlu dibilas.

Kenderaan
Sembur pada kain bersih dan lap pada tempat yang kotor dan bilas. Cecair ini boleh dimasukkan sedikit ke dalam tangki simpanan air pembersih cermin bagi memudahkan pembersihan cermin yang kotor.

Kebun Sayur/Tanaman
Semburan pada tanaman seminggu sekali pada waktu petang. Nisbah campuran untuk semburan tersebut adalah 1 (cecair semburan) : 13 (air). Ianya adalah sebagai pengganti racun serangga yang menghalau serangga secara semulajadi dan seterusnya risiko bahaya pada sayuran/tanaman serta tanah dapat dielakkan.

Permukaan Yang Mengalami Masalah Serangga
Sembur dan ratakan cecair menggunakan kain bersih ke seluruh permukaan dan tidak perlu dibilas. Contoh seperti meja makan yang dihinggapi lalat.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Serangga
Sembur dan biarkan sahaja. Contoh kabinet makanan yang mengalami masalah tikus, semut dan lipas.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Bau-Bau Kurang Menyenangkan
Hanya sembur rawak pada kawasan tersebut dan sembur terus pada objek yang berbau.


Lain-lain kegunaan
  • Sembur rawak pada bekas penyimpanan sampah akan menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan.
  • Sembur pada bahagian dalam kereta yang disebabkan bau hapak dari karpet lantai. Ianya juga terbukti berkesan pada kereta yang bermasalah bau buah durian.
  • Semburan ini juga dapat menghilangkan bau najis dan bangkai haiwan seperti najis ayam dan bangkai ikan.
  • Jika terpijak najis haiwan seperti kucing/ayam yang dibawa masuk ke suatu kawasan/ruang, hanya sembur di tempat yang disyaki.

Serai Wangi Anti-Tikus 130g | Serai Wangi Anti-Lipas 130g

 

Ini pulak produk AFY Haniff Serai Wangi Anti Tikus & Anti Lipas untuk menghalau tikus dan lipas. Semestinya, produk ini juga mesra alam sekitar dengan aroma tajam semulajadi. Yang ketulan hijau tu untuk halau tikus manakala yang ketulan pink tu pulak untuk halau lipas.


Cara guna cukup mudah. Bersihkan permukaan kawasan. Letakkan Anti Tikus atau Anti Lipas mengikut kuantiti yang diperlukan di tempat tersembunyi seperti dalam kabinet dapur dalam almari pakaian, dalam bonet kereta, dan bawah katil di bilik tidur. Sesuai digunakan untuk menghalau tikus atau lipas serta memberi aroma yang tajam semulajadi.
 
AFY Hanging Insect Repellant 8g
 

FY Hanging Serai Wangi Aroma Semulajadi pula digunakan untuk menghalau serangga di ruang-ruang kecil ataupun  melindungi kawasan persekitaran di dalam rumah seperti Almari Pakaian, Dapur, Ruang Makan, Bilik Tidur, Ruang Tamu atau Bilik Air



Cara guna produk ni pulak, hanya dengan 4 langkah mudah:

1) Buka penutup botol
2) Tanggalkan penyumbat di dalam botol
3) Tutup semula penutup dan terbalikkan botol seketika
4) Gantung atau letakkan di permukaan yang sesuai

 
AFY Serai Wangi Pelita 300ml | AFYSerai Wangi Pelita 1000ml

Produk yang terakhir ni pulak namanya Serai Wangi Pelita. Produk ni paling menarik sebabnya boleh digunakan untuk menghalau lalat especially di meja-meja makan. So, kepada caterer-caterer di luar sana ataupun pemilik restoran, produk ni memang highly recommended untuk korang. Nak guna kat rumah pun boleh.



Cara guna mudah je. Setiap produk ni akan dibekalkan dengan sumbu. So, ambil bekas dan isikan dengan air. Kemudian, tuangkan produk pelita tadi dalam bekas yang telah berisi air. Akhir sekali, letakkan sumbu dan nyalakan. Taddda, siap! Then, letak je kat mana-mana tempat yang difikirkan bersesuaian untuk menghalau lalat. 


Berapa harga produk serai wangi untuk menghalau serangga dan haiwan berbisa?

Kalau nak details lebih lanjut mengenai produk serai wangi AFY Haniff, boleh rujuk website atau follow je dorang di laman sesial media seperti Facebook, Twitter ataupun Instagram. Harga boleh tengok di pasaraya-pasaraya berdekatan ataupun korang terus je tanya di mana-mana laman sosial mereka.

Webiste: 

Facebook:

Email: 
afyhaniff@yahoo.com

Instagram:  

Hashtag:
#‎SWSeries‬
‪#‎SeraiWangiAFY‬
‪#‎ReclaimYourSpace‬







Ok, sekian saja perkongsian tentang 6 produk daripada AFY Haniff. So, kalau ada orang tanya produk apa sesuai untuk halau serangga macam semut, lalat, tikus, lipas atau nyamuk, korang bagitau la kengkawan produk Serai Wangi AFY Haniff memang sesuai. Semoga perkongsian kali ni sedikit-sebanyak dapat memberi info tentang produk ni ye. 
 
Selamat mencuba!





Saturday, August 15, 2015

RESTORAN ITALI CAPRICCIOSA MALAYSIA | PROMOSI HEBAT, DISKAUN 50%

Kebiasaanya, bila tiba hari Jumaat, minda berputar ligat. Nak ke mana hujung minggu ni? Nak makan apa? Nak buat apa? Nak pergi mana? Hah, semua soalan terpacul kat kepala otak. Gara-gara excited nak sambut kedatangan weekend punya pasal. Ye lah, Isnin hingga Jumaat, dari pagi sampai petang penat bekerja. Bila muncul Sabtu dan Ahad, memang happy. Yippi! Inilah masanya untuk bersenang-lenang dan berehat. Work-life balance katakan. Hidup kalau stress pun, tak guna jugak kan? So, time weekend macam ni lah nak chill dengan member-member. Janji happy :P


Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza


Untuk weekend kali ni, aku pergi jalan-jalan cari makan di Ristorante Italiano Capricciosa Pasta & Pizza yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur bersama housemate, Danish dan rakan-rakan blogger iaitu Neyra dan Maryam. Sambil makan-makan, sambil lepak santai. Oh ya, kalau nak tahu, Restoran Itali Capricciosa ni baru saja membuka outlet yang ke-3 di Malaysia iaitu di Sunway Putra Mall (berdekatan PWTC). Untuk outlet Capricciosa di Pavilion, korang boleh cari di aras 1 (berhadapan Restoran Tarbush). Korang tak payah ragu-ragu, Capricciosa adalah restoran Itali yang mendapat sijil pengiktirafan HALAL daripada JAKIM.


Danish - Neyra - penaberkala - Maryam


Hah, inilah dia muka-muka excited nak try makan makanan Itali di Restoran Capricciosa. Actually, ni first time aku nak try makan di Restoran Capricciosa. Jadi, excited tu lebih la sikit kan? Bukan main lama duk belek-belek menu semata-mata nak intai-intai menu apa yang special di Capricciosa ni selain pizza dan pasta. Jangan panik, kalau korang keliru nak order apa masa belek-belek menu tu. Aku pun konpius nak order apa actually, nampak semua sedap-sedap je. Dah la first time kan? Takpe, kita layankan je. Cekidout!


Aneka jenis minuman


Untuk permulaan, meh kita pilih minuman. Macam-macam jenis air minuman ada. Tengoklah, macam-macam color ada atas meja kami. Masing-masing tak nak kalah dengan pilihan air masing-masing, haha. Apa yang kami order? Danish pilih Tea Lychee, Neyra pilih Citrus Mint, Maryam pulak pilih Lychee Pop dan aku pilih Mango Lychee.


Tea Lychee, Citrus Mint, Mango Lychee, Lychee Pop.


Nin dia rupa air minuman yang kami order. Amacam, korang terliur tak tengok? Dari kiri, Tea Lychee, Citrus Mint, Mango Lychee dan Lychee Pop. Semua air macam ni berharga RM11.90. So, minuman dah sampai. What's next? Sah sah la, kami order makanan pulak. Jom tengok, apa yang kami order di Restoran Itali Capricciosa.


Ocean Platter ( RM69.90)


First, kami order Ocean Platter. Kalau nak tahu, hidangan macam ni sesuai untuk 2-3 orang makan. Apa yang ada dalam hidangan Ocean Platter? Macam-macam ada. Korang boleh rujuk info kat bawah. Harga untuk hidangan Ocean Platter macam ni adalah RM69.90. Apa yang menarik tentang hidangan ni? Definitely portion yang agak besar untuk dikongsi bersama kengkawan. Sharing is caring :)


INFO
Ocean Platter
2-3 person sharing
Creamy Garlicky Salmon
Calamari Fritto
Black Mussels
Rice Croquette
Capri Superstar Pasta
Mixed Veggies

Add-on
Tiramisu RM6 (Normal Price: RM11.90)
1 Litre Pitcher Capri Soda RM12 (Normal Price: RM22.90)


Creamy Garlicky Salmon, Calamari Fritto, Black Mussels, Rice Croquette, 
Capri Superstar Pasta, Mixed Veggies


Tudia! Lagi sekali muka terlebih eksited. Alhamdulillah, licin satu dulang kami berempat baham. Dalam banyak-banyak menu dalam hidangan Ocean Platter ni, aku paling suka Capri Superstar Pasta. Sos dia, perghhh! Memang mantap. No wonderlah kan, Restoran Capricciosa ni terkenal dengan sos homemade yang sedap. Sos ni mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk siap. Dan untuk sos Capri Superstar Pasta ni, mereka guna sauteed garlic dan blackpepper.


Tak cukup dengan Ocean Platter, kami tambah order. Tadi dah try pasta, kali ni kami teringin sangat nak try pizza Itali di Capricciosa. Dan pizza yang kami pilih adalah Pizza Capricciosa. Apa yang istimewa sangat tentang Pizza Capricciosa ni? Jom, kita tengok.



Pizza Capricciosa


Pizza Capricciosa ni aku suka. Sebabnya, rasa dia memang sedap dengan crust yang nipis dan topping yang agak simple tapi padat dengan streaky beef, beef pepperoni, mozzarella cheese, mushroom dan bell pepper. Harga untuk pizza yang kami order ni iaitu size personal 9' adalah RM17.90. Kalau nak yang lagi besar, boleh order size family 12' dengan harga RM27.90.


INFO
Pizza capricciosa is a style of pizza in Italian cuisine prepared with mozzarella cheese, beef pepperoni, mushroom, artichoke and tomato. Types of edible mushrooms used may include cremini, white mushrooms, and others


Sebagai penutup tirai, kami tak lepaskan peluang untuk mencuba sendiri dessert di Capricciosa. Alang-alang dah sampai kan, why not kita try mana yang ada. Totally, ada lebih kurang lima dessert di Capricciosa. Plan nak try semua kelima-lima iaitu Mascarpone Tiramisu (RM11.90), Chocolate Brownie (RM11.90), Gelato (RM4.90), Panna Cotta (RM5.90) dan Affogato (RM9.90). Malangnya, Mascorpone Tiramisu dan Panna Cotta dah habis. So, kami sempat try tiga jenis je lah. Layan....


Chocolate Brownie (RM11.90)

Gelato (RM4.90)
Affogato (RM9.90)


Antara ketiga-tiga dessert yang kami try, aku paling suka Chocolate Brownie (RM11.90) sebabnya kek coklat dia sedap. Kek coklat yang ada kacang, then dimakan bersama ais krim. Fuh, marvellous! Nampak gayanya, next time kena datang lagi untuk try 2 jenis dessert yang dah habis tu, keh3.


Promosi Hebat di Restoran Itali Capricciosa Malayia

Good news kepada korang semua, sekarang ni pihak Capricciosa Malaysia sedang mengadakan promosi hebat di kesemua outlet Capricciosa. Potongan 50% untuk kesemua hidangan yang adalam dalam menu kecuali set promosi. Amacam, menarik kan? Hah, korang tunggu apa lagi. Time camni la nak try serbu Restoran Itali Capricciosa ramai-ramai.



Capricciosa promotions: Click here!


Chop chop! Korang kena cepat. Promosi diskaun 50% ni tak lama. Cuma 4 hari! Bermula 13 Ogos 2015 sehingga 16 Ogos 2015 sahaja. So, weekend ni tak tahu nak pergi makan mana? Apa kata korang try hidangan superb di Capriciossa. Diskaun 50% tuuu, banyak jimat wooo.



50% OFF Everything!


Sempena bulan kemerdekaan, pihak Capricciosa juga ada menyediakan menu istimewa iaitu Capri's Merdeka Platter. Apa yang special dengan hidangan ni, siap ada lobster woo. Hanya RM58 nett untuk hidangan 2-3 orang bermula 1 Ogos 2015 sehingga 31 Ogos 2015. 


Capri's Merdeka Platter


Kalau nak tahu info dengan lebih lanjut, korang boleh je pergi ke outlet-outlet Capricciosa yang berdekatan. Tak pun, korang layari laman web atau facebook Capricciosa seperti yang ada kat bawah ni ha. Apapun, aku nak ucapkan selamat mencuba dan have a nice weekend!


Outlet Capricciosa:
Capricciosa Pavilion, Kuala Lumpur
Capricciosa Sunway Pyramid
Capricciosa Sunway Putra Mall 
Website:

Facebook:





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger