BAWANG PUTIH BAWANG MERAH DI ISTANA BUDAYA

Bawang Putih Bawang Merah merupakan salah satu naskhah klasik yang "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas." Saban hari, kalau kita dapat tengok dan perhatikan, cerita Lagenda Bawang Putih Bawang Merah sentiasa ditayangkan di kaca televisyen menerusi filem atau drama bersiri. Tak kira usia, cerita ini diterima oleh semua lapisan masyarakat dan sentiasa segar dalam ingatan. Baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Pendek kata, tak ditelan arus zaman. Kali ini, naskhah ini diangkat ke pentas lebih tinggi iaitu pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya.


Credit photo: Eazy Izzuddin

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama menonton pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya bersama rakan-rakan. Biasa sangat dah tengok movie ramai-ramai, sekarang kita tengok teater pulak. Lagi-lagi di Istana Budaya. So, feel dia lain sikit. Memang teruja dapat tengok pelakon terkenal tanah air membawa watak masing-masing secara langsung dengan props yang unik dan menarik sepanjang pementasan. Seperti yang kita ketahui, kelengkapan yang ada di Istana Budaya memang diakui bertaraf antarabangsa. So, dengan garapan dan lakonan mantap di bawah arahan Erma Fatima, pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah ini memang cukup-cukup menghiburkan.



Ini antara sahabat dari Projek Travel yang turut bertandang ke Istana Budaya. Di kesempatan ni, terima kasih kepada saudara Fuad untuk jemputan ke malam tayangan bersama media. Jadi, kali ini meh nak share sedikit-sebanyak intipati yang dapat kami kutip sepanjang pementasan baru-baru ini.



TEATER BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Lokasi:
Istana Budaya

Tarikh tayangan:
3 Disember sehingga 8 Disember 2015

Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com atau kaunter Istana Budaya




Antara barisan pelakon yang menjayakan pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah kali ini adalah Fauziah Dato' Ahmad Daud (Mak Kundur), Nur Fathia (Bawang Merah), Juliana Evans (Bawang Putih), Syarul Ridzwan (Raja), Beto Kusyairi (Bongkok), Fazlina Dato' Ahmad Daud (Mak Labu), Nabila Huda (Nenek Kebayan), Rosnan Rahman, Nadia Brian (Melur) dan Tya Arifin.



Buat pertama kalinya, kak Ogy dan kak Fazlina berganding bahu di panggung sari Istana Budaya. Masing-masing memegang watak Mak Kundur dan Mak Labu iaitu madu yang selalu bergaduh. Lakonan mantap daripada dua beradik ni memang betul-betul menjadi. Lagi-lagi bab bergaduh dan bertengkang leher. Ada juga diselitkan unsur-unsur lawak jenaka. Memang menghiburkan. Macam cerita asal Bawang Putih Bawang Merah, Mak Labu meninggal dunia akibat ditolak oleh Mak Kundur di perigi semasa mereka bergaduh.



Mak Labu bertukar menjadi ikan kaloi dan datang dalam mimpi Bawang Merah untuk menceritakan kisah sebenar. Jadi, setiap hari Bawang Merah akan bawa nasi dan jumpa maknya di perigi. Sampai satu masa, terserempak dengan Bawang Putih. Akhirnya, Bawang Putih dan Mak Kundur berpakat untuk menangkap ikan kaloi. Part ni, aku suka tengok props yang dipersembahkan. Dengan bantuan LCD, gambaran perigi yang menampakkan ikan kaloi memang menjadi. Amazing!



Part paling sedih, lepas ikan kaloi ditangkap, Mak Kundur bagi Bawang Merah makan tanpa pengetahuan bahawasanya ikan kaloi yang dimakan itu adalah maknya. Macam biasa, Mak Kundur dan Bawang Putih tak kan biarkan Bawang Merah hidup senang dan bahagia. Ada je dia nak kenakan Bawang Merah dan dera sesuka hati. Kalau nak tengok aksi Nur Fathia ditarik-tarik rambut, hah kena pergi tengok sendiri.



Antara kelainan yang dibawa dalam pementasan Bawang Putih Bawang Merah adalah dengan adanya watak Bongkok dan Nenek Kebayan yang dilakonkan oleh Beto dan Nabila Huda. Bongkok merupakan sahabat baik Bawang Merah yang sentiasa ada time susah dan senang. Dalam diam, Bongkok menaruh perasaan cinta terhadap Merah. Nenek kebayan pula adalah orang yang bertanggungjawab memberi kebahagiaan kepada Merah selepas mengetahui ikan yang dimakan tadi adalah emaknya. Persoalannya, adakah cinta Bongkok diterima Merah? Apakah yang terjadi kepada Merah dengan adanya Pohon Beringin?



Putera Raja yang mencari-cari suara yang sentiasa hadir dalam hidupnya. Akhirnya,baginda tekad untuk mengadakan pertandingan menyanyi di pohon beringin untuk mencari suara yang didengarnya. Milik siapakah suara itu? Oh lupa nak bagitahu, lagu-lagu yang dipersembahkan dalam pementasan agak menarik. Ada yang lama, ada yang diberi nafas baru dan ada juga totally lagu baru.



Part ni agak lawak, Bawang Putih try so hard untuk menambat hati Raja. Malangnya, suaranya bukanlah suara yang Raja cari. Akhirnya, Bawang Merah menampilkan diri dengan nyanyian yang merdu dan mengasyikkan. Lantas, terus disunting oleh Raja untuk menjadi permaisurinya. Apa jadi dengan Bongkok? Pastikan korang tengok kesudahan teater ni di Istana Budaya.



Jangan lupa sama-sama memeriahkan pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya. Memang berbaloi dapat tengok pelakon-pelakon hebat tanah air memainkan watak masing-masing. Apapun, tahniah kepada kak Erma Fatima kerana berjaya membawa pementasan ini dengan jayanya. Semoga terus berkarya!


Credit photo : DikBee

Post a Comment

0 Comments