Menangi Trip ke Manchester Bersama Dashing! Mesti korang tertanya-tanyakan macam mana caranya? Memang excited bila dapat tahu pihak Dashing menganjurkan  peraduan menggunakan SMS yang mudah dan kita hanya perlu membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan hantarkan SMS ringkas bagi menyertai peraduan ini yang akan berakhir pada 31 Disember 2015. Apa tunggu lagi? Sempat lagi ni nak join. Mana tahu murah rezeki untuk menang trip ke Manchester. Masyuk!!!


Dapatkan set pembersih muka Dashing
Rebut peluang untuk menang trip ke Manchester


Peraduan ini dianjurkan sempena pelancaran produk baru keluaran Dashing iaitu Pembersih Muka Dashing yang boleh didapati dalam pek 100g pada harga RM10.90 dan 50g pada harga RM6.90. Bila cakap soal penjagaan diri dan penampilan, bukan merujuk kepada golongan perempuan saja. Kini, lelaki pun tampil bergaya dengan produk khas untuk penjagaan kulit. Jadi buat golongan lelaki di luar sana, teruskan menerokai gaya hidup aktif tanpa bimbang akan masalah kulit kerana Dashing akan menyelesaikan masalah tersebut.


Bagi menggandakan keterujaan pengguna produk Dashing di luar sana, maka pihak Dashing menganjurkan peraduan ini di seluruh Negara dan sekaligus membuka peluang kepada 11 pemenang bertuah untuk menikmati jelajah 6 hari 5 malam ke Manchester, UK secara percuma! Wow, syiok wooo! Jelajah ini akan meliputi 3 hari di kem latihan di City Football Academy bersama-sama para jurulatih Akademi dan peluang mendekati para pemain pasukan pertama, jelajah di Etihad Stadium dan tidak ketinggalan tiket VIP bagi menonton perlawanan secara langsung (LIVE) di antara Manchester City FC dan Manchester United pada 19 Mac 2016. Dah, tak payah duk terkinja-kinja kat situ, pergi start motor pi kedai runcit berdekatan dan rembat produk Dashing untuk join peraduan ni. Jom jom!


Hah, untuk pengetahuan semua, jenama penjagaan peribadi lelaki No. 1 Malaysia, Dashing dengan kerjasama Manchester City Football Club, pasukan paling pantas berkembang dalam liga Premier kini bergabung dalam menghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan untuk semua pencinta sukan di Malaysia. Portfolio produk DASHING terdiri daripada EDT, deodoran dan buih mandian termasuk pencuci muka, gel rambut & bedak talkum. Selepas pelancaran rangkaian edisi terhad EDT dan Deodoran Dashing dan Manchester City Football Club baru-baru ini, Dashing kini bersiap sedia untuk merevolusikan penjagaan kulit dalam kalangan lelaki Malaysia.  Dan kini, maka wujudlah set pembersih muka Dashing.



Buntu cari cara untuk atasi kulit berminyak dan berjerawat?
Dashing kini tampil sebagai jalan penyelesaian.


Nak tampil macho, handsome dan bergaya macam hero-hero bola sepak bertaraf antarabangsa seperti Sergio Aguero, Vincent Kompany, Samir Nasri dan David Silva? Gunalah produk Dashing! Dashing dengan bangganya memperkenalkan rangkaian pembersih muka baharu yang diinspirasi dan disokong oleh Manchester City Football Club. Rangkaian pembersih muka ini dicipta khusus untuk cuaca dan kulit orang Asia. Kandungannya pula dipilih dengan terperinci bagi menangani masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dan walaupun ia memiliki tindak balas yang efektif, namun ia tetap lembut pada kulit.


Jadi, di kesempatan ni meh nak share sedikit-sebanyak tentang rangkaian produk pembersih muka Dashing yang terdiri daripada lima produk dengan setiap daripadanya direka untuk melawan masalah kulit yang biasa dihadapi lelaki dengan gaya hidup aktif. Kenalpasti masalah kulit korang, dan buatlah pilihan yang bijak untuk merawat masalah kulit muka.  

 
Acne Free - Oil Clear - Icy Fresh - Extra White - Whithening Scrub
Dashing tampil dengan 5 produk untuk 5 masalah utama kulit!



ACNE FREE
‘Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!


OIL CLEAR
Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.


ICY FRESH
Dashing Icy Fresh mengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.


EXTRA WHITE
Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.


WHITENING SCRUB
Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!


Apa duk termenung tu? Kalau rasa ada masalah kulit berminyak, berjerawat, atauapun masalah kulit muka, jangan lupa dapatkan produk Dashing. Belum cuba, belum tahu! Mungkin Dashing adalah jawapannya. Give it a try!
Alhamdulillah, pada tanggal 20 Disember 2015 (Sabtu), pb berpeluang dan berkesempatan untuk turut serta dalam penerbangan pertama Rayani Air dari Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) ke Kota Bharu. Actually dah lama tahu tentang kewujudan Rayani Air ni. Semenjak mereka guna logo warna merah dan plan asalnya untuk berpengkalan di Melaka lagi. Setelah lama menanti, akhirnya Rayani Air tampil dengan logo baru dengan warna hijau dan biru dan menukar pengkalan utama mereka ke Langkawi, KLIA2 dan Kota Bharu. Apapun, tahniah diucapkan kepada Rayani Air dan welcome to Airlines world.




Buat masa ini, Rayani Air memulakan operasi dengan penerbangan dari KLIA2 ke Langkawi dan juga dari KLIA2 ke Kota Bharu. Untuk tempoh yang akan datang, Rayani Air akan menambah tiga lagi penerbangan iaitu dari KLIA2 ke Kota KinabaluKLIA2 ke Kuching dan Kota Bharu ke Langkawi. Menarik bukan? Setidak-tidaknya, kita sebagai pengguna ada banyak pilihan untuk terbang ke destinasi domestik selain syarikat penerbangan yang sedia ada seperti AirAsia, Firefly, Malindo dan Malaysia Airlines.



 

Bagaimana nak check in kalau beli tiket penerbangan Rayani Air? Untuk penumpang dari KLIA2, kita hanya perlu terus ke kaunter check in di kaunter S12 hingga S16. Buat masa sekarang (Disember 2015), hanya manual check in di kaunter yang ada. So, better pergi awal ke airport untuk mengelakkan sebarang masalah dan kelewatan. Selain check in di kaunter, penumpang juga boleh terus check in luggage secara percuma sehingga 20kg untuk kelas ekonomi dan 40kg untuk kelas business.






Untuk trip kali ini, pb bersama blogger Shakiddo. Dulu pernah pergi FAM Trip Malindo Air ke Kuching. Kali ni, bertemu pula untuk trip Rayani Air. Walaupun trip kali ni agak singkat, tapi memang enjoy. Lagi-lagi bila dapat menjadi antara orang yang terawal menaiki pesawat Rayani Air.






Bila masuk je pesawat Rayani Air, kami disambut oleh Founder Rayani Air iaitu  Mr Ravi Alagendran dan cabin crews. Desas-desus ada mengatakan nama Rayani Air tercetus hasil gabungan nama suami isteri founders Rayani Air Sdn Bhd sendiri iaitu  Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan. Sejauh mana kebenaran khabar angin ini? Mungkin boleh direct tanya empunya badan la ye :)







Bila masuk je flight Rayani Air, first thing first mestilah tertarik tengok seats warna-warni. Memang colourful dan menceriakan. Ada orang kata, macam coklat "smarties" pun ada. Menurut member-member yang selalu mengikuti perkembangan industri penerbangan Tanah Air, kapal terbang ini dulunya milik Malaysia Airlines. Nak tahu fakta dan sejarah mengenai flight ni secara terperinci, maybe korang boleh google dan kaji sendiri ye.





Apa perbezaan dan keistimewaan Rayani Air berbanding syarikat penerbangan lain yang sedia ada di Malaysia dan di serata dunia? Menurut apa yang dikhabarkan oleh pihak Rayani Air sendiri, Rayani Air merupakan full service airline seperti Malaysia Airlines dan bukannya perbangan tambang murah. Rayani Air merupakan syarikat penerbangan ke-4 di dunia yang mempraktikkan konsep Shariah-compliant selepas Royal Brunei Airlines (RBA), Saudi Arabian Airlines dan Iran Air.




Konsep Shariah-compliant ini bermaksud mereka mewajibkan semua cabin crews yang beragama Islam untuk menutup aurat manakala cabin crews yang bukan beragama Islam untuk berpakaian sopan. Selain itu, Rayani Air tidak menghidangkan minuman keras (arak) dan makanan yang tidak halal di dalam penerbangan.


Lagi menarik, Rayani Air satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengamalkan bacaan doa sebelum penerbangan ke destinasi yang dituju. Kalau dulu kita berbangga dengan syarikat penerbangan Brunei, hari ini kita sendiri selaku rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga akhirnya syarikat penerbangan di Negara kita sendiri pun dah ada seperti mereka yang digembar-gemburkan sebelum ini.



Rayani Air dengan rasminya beroperasi mulai 20 Disember 2015 dengan Hubs utama di Langkawi International Airport (LIA) dan Secondary hubs di KLIA2 dan Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu. Dengan Tagline "Let's Fly" atau "Jom Terbang". Rayani Air positif dengan sambutan penumpang dengan service dan Unique Selling Point (USP) yang mereka tawarkan kepada semua penumpang.






Secara tuntas dan ringkasnya, apa yang pb dapat simpulkan tentang keistimewaan Rayani Air berdasarkan pengalaman peribadi dan pemerhatian sepanjang berada dalam penerbangan Rayani Air adalah berikut:
  1. Shariah-compliant
  2. Harga tiket penerbangan yang kompetitif
  3. Bagasi percuma untuk Economy Class (20kg) dan Business Class (40kg)
  4. Snacks percuma semasa penerbangan
  5. Ruang letak kaki (leg-room) yang luas dan selesa





Untuk penerbangan dari KLIA2 ke Kota Bharu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit, snacks box yang dibekalkan oleh Rayani Air memang memadai. Antaranya adalah muffin, kacang dan jus epal yang sejuk.






Selain snacks box yang dibekalkan, para penumpang juga boleh memesan makanan dalam flight. So, sesiapa yang rasa nak makan nasi lemak ke, sandwich ke, minum kopi je, just refer menu booklet dalam flight dan boleh buat tempahan secara terus dengan cabin crews yang bertugas.




Hah, lagi satu perkara yang menarik perhatian pb bila tengok snacks box Rayani Air ada Sodoku. Sementara tunggu sampai ke destinasi tu, bolehlah keluarkan pen dan spend time untuk selesaikan Sodoku. So, kalau nak naik Rayani Air, jangan lupa bawa pen siap-siap tau, hehe.







Alhamdulillah, perjalanan kami pergi balik KLIA2 - Kota Bharu - KLIA 2 sangat lancar especially ketika take-off dan mendarat. Pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu mahupun pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sangat smooth. Ketibaan di Kota Bharu disambut dengan water cannon memandangkan penerbangan Rayani Air ini merupakan penerbangan pertama.





Lagi memeranjatkan, time touched down di Kota Bharu, tiba-tiba terserempak pulak dengan orang yang kita kenal. Small world. Ni namanya Syazwan, salah seorang penumpang terawal yang Berjaya membeli tiket flight Rayani Air untuk maiden flight pada harga promosi. Terbaik bro!


Setibanya di Kota Bharu, Founders Rayani Air yang merupakan pasangan suami isteri iaitu Mr Ravi Alagendran dan Dato' Karthiyani Govindan bersama Managing Director Rayani Air iaitu Encik Jaafar Zamhari mengendalikan sesi temubual bersama rakan media. Dari situ, pb dapat tahu kehadiran Rayani Air ini sedikit sebanyak akan membantu menggalakkn lagi industri pelancongan di Negeri Kelatan pada tahun 2016. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kelantan. So, jom jom pakat datang ke Negeri Kelatan, Tanah Serendah Sekebun Bunga.


Untuk jangka masa panjang, Rayani Air akan menambah bilangan kapal terbang dari semasa ke semasa. So, kemungkinan besar bilangan penerbangan antara KLIA 2 dan Kota Bharu pun akan bertambah. Sebagai pengguna, pb rasa cukup gembira bila dapat tahu ada satu lagi alternatif untuk terbang pulang ke kampung especially time cuti pendek ataupun weekend.




Jadi, untuk penduduk Kelantan khususnya, Rayani Air sedikit-sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah logistik untuk ulang-alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur especially golongan yang berkerja di Kuala Lumpur. InshaAllah, untuk jangka masa panjang, Rayani Air juga akan berusaha untuk menyediakan penerbangan khas dari Kota Bharu ke Jeddah untuk memudahkan urusan umrah dan haji.





Untuk urusan booking tiket atau check in di Lapangan Terbang Kota Bharu, boleh berurusan terus di kaunter Rayani Air. Kaunter ini terletak betul-betul berhadapan dengan kaunter Malaysia Airlines.




Untuk penerbangan pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur, pb dan Shakiddo diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk duduk di seat Business Class Rayani Air. Dengan tempat duduk yang lebih luas dan selesa, bahagian tempat duduk Business Class lebih privasi.







Apa lagi yang special di ruang Business Class selain seats yang lebih selesa? Semesrtinya service yang diberikan lebih personalise termasuklah semasa menghidangkan makanan. Selesai menjamah juadah yang dihidangkan, kami semua dibekalkan dengan tuala panas. Memang satu pengalaman yang cukup berharga. Untuk keselesaan dan privasi, anda disarankan untuk menempah Business Class di samping dapat check in luggage sehingga 40kg.   


Rasanya, sampai di sini saja perkongsian kisah peribadi tentang pengalaman pertama kali terbang bersama Rayani Air. Untuk semua readers yang teringin untuk mencuba terbang bersama Rayani Air, inilah peluangnya. Sekarang, pihak Rayani Air sedang mengadakan promosi jualan tiket ke Langkawi dan Kota Bharu pada harga yang sangat sangat rendah.  


Mungkin ada yang tertanya-tanya cara untuk tempah tiket Rayani Air. Kat sini, saya selitkan sekali 3 kaedah mudah untuk tempeh tiket Rayani Air ke destinasi pilihan!
  1. Book secara online di www.rayaniair.com
  2. Beli terus di kaunter jualan tiket sama ada di Lapangan Terbang KLIA2, Kota Bharu ataupun di Langawi
  3. Menerusi ajen pelancongan (Travel Agent) yang terpilih

Let's fly!

Percayalah! Masih ada lunch buffet RM10 di Kuala Lumpur. Itulah yang aku cuba nak yakinkan kat diri aku sendiri dan orang lain. Di sebalik serba-serbi mengalami kenaikan harga, masih lagi ada peniaga yang berhati mulia menjalankan perniagaan dengan menawarkan harga istimewa untuk makan tengah hari. Dengan serendah RM10, kita boleh makan apa saja menu yang ada. Konsep buffet untuk makan tengah hari pada harga yang sangat sangat rendah dan berbaloi.



Actually, aku ada post di Instagram dan Facebook tentang lunch buffet RM10 di Kuala Lumpur ni. Memandangkan ramai yang berminat nak tahu lokasi sebenar dan apa yang best, jadi apa salahnya aku ceritakan serba-sedikit pengalaman aku sendiri pertama kali singgah makan tengah hari dengan harga serendah RM9.90 (Anggap je lah RM10).



Alamat:
Ukhwah Cafe
Lorong Medan Tuanku 1, 
50300 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  
Malaysia



Lokasi yang dimaksudkan adalah Ukhwah Cafe di lorong Medan Tuanku. Tak jauh pun menapak dari Sogo atau Busana MARA. Kalau pernah pergi makan di Naan Cheese RSMY, hah dah tak jauh dari situ. Lebih tepat, betul-betul berhadapan dengan Ukhwah Restoran Rakyat. Cumanya Ukhwah Cafe ni lebih kecil. Kalau Ukhwah Restoran di sebelah kanan, Ukhwah Cafe di sebelah kiri. Ok, settle pasal lokasi. Kalau tak jumpa jugak cari, just let me know. I'll assist accordingly.   


Selepas pertama kali mencuba sendiri makan kat Ukhwah Cafe. One word to describe is DELICIOUS! Rata-rata menu yang dihidangkan memang kena dengan selera aku. Actually, diorang akan rotate menu setiap hari. On that day, ada nasi kerabu, nasi lemak, lontong, laksa, mee sup, bihun sup, mee kari, aneka lauk-pauk seperti rendang ayam, limpa, singgang ikan, ayam berempah dan macam-macam lagi. Cendol pun ada,yummeh! Ya Allah, memang puas hati makan kat sini. Dah lah murah, sedap pulak tuh. Mana nak cari tempat makan macam ni kat KL kan?




Kalau datang makan di Ukhwah Cafe ni, walaupun harga hanya RM9.90 tapi korang akan ada banyak pilihan. Aku yakin, korang akan puas hati dengan rasa dan keenakan setiap hidangan yang disediakan. Kalau tak percaya, silalah pergi cuba sendiri. Tak rugi pun, cuma RM10. Kalau korang pergi makan di tempat lain pun, nasi plus ayam plus sayur plus air, confirm lebih RM10 punya. But, kalau datang sini aku yakin korang akan ada rasa nak repeat datang lagi dan ajak member-member lain datang sekali. Percayalah! Oppps, lupa nak bagitau. Selain lunch, Ukhwah Cafe juga ada menyediakan buffer breakfast pada harga yang sama. Then, after pukul 7 malam, dorang akan jual masakan panas dan ala-carte.




I've done my part. At least, aku berkongsi satu port makan yang best dan murah di bandaraya Kuala Lumpur especially kepada warga kota yang berkhidmat di sekitar Bandaraya dan Jalan Raja Laut. Semoga bermanfaat :) Kalau rasa nak ajak member-member datang makan sekali, make sure datang awal. Seat amat terhad. Kalau rasa nak berkongsi info ni dengan member-member lain, just click button share untuk sama-sama sampaikan info ini kepada semua. Akhir kata, selamat mencuba. Gerenti puas hati!
Kebab Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) merupakan Kebab terbaik di Kuala Lumpur. Kalau tanya orang-orang yang kerja di sekitar Kuala Lumpur, rata-rata akan cakap Kebab Jalan TAR ni kebab paling lagend. Nak tahu kenapa? Sebabnya, gerai kebab ni mula beroperasi sejak tahun 1986. Wow, kagum jap bila tahu. Lama betul kebab ni bertahan sampai sekarang. Salute! Boleh korang bayangkan tak, dah berapa generasi yang rasa dan nikmati kebab ini? Kalau nak dihitung, kebab ni wujud sebelum aku dilahirkan lagi, hahaha. Persoalannya, kebab ni betul-betul sedap ke atau sebab apa yang membuatkan kebab ni bertahan sampai hari ini? 




Aku ni bila orang cakap tempat makan-makan yang best, terus tak senang duduk nak pergi try. Jadi, nak menjawab persoalan yang duk berlegar kat fikiran, aku pun cuba lah pergi cari Kebab Jalan TAR time waktu lunch dengan bantuan abang kat office. Actually, first time tahu pasal ni bila duk sembang-sembang dengan kak Rosmaria. Dia ada cerita kebab Jalan TAR tu famous sejak dari dulu lagi. Bila abang kat office ni ajak pi beli kebab kat situ, terus aku follow. 


Lokasi kat mana? Kalau nak tahu, Kebab Jalan TAR ni terletak tak jauh dari KAMDAR Jalan TAR. Lepas KAMDAR tu, menapak je sikit lagi, ada gerai kecil kat bucu bangunan tepi jalan. Kalau dari SOGO tu, menapak dalam 5-10 minit je.


Waktu operasi Kebab Jalan TAR bermula jam 12:30 tengah hari. Kami sampai lebih kurang 12:30 tengah hari, dorang baru duk set-up gerai. Terus order dan pergi merayap dulu ke tempat lain. Malas nak tunggu. Orang cerita, kalau pergi lambat ke sini, memang kena beratur panjang. Tengok, hebat betul kan penangan Kebab Jalan TAR ni. Pi minum air kelapa dulu seround, on the way balik singgah ambik. Gerai kebab ni bukak sampai petang. Tapi, tak setiap hari dia buka. Kadang-kadang tutup. Atas nasib lah jugak.


Harga Kebab Jalan TAR buat masa ni RM3.50 untuk kebab biasa dan RM4.50 untuk roti pita. First timer katakan, so aku pun order 1 kebab biasa dan satu roti pita. Ingatkan tamak dah order sampai dua. Rupanya, bila sampai office, ngap ngap ngap. Macam tak cukup pulak, hahahaha. Menyesal beli dua. Seriously, pada pendapat aku memang sedap. Rasa dia lebih sedap dari Kyros Kebab tu. Owh, dah pekena sekali rasa macam kena repeat lagi next time. Still tak dapat nak move on dengan keenakan dan kesedapan Kebab Jalan TAR.


Pssst, 3 tahun duk KL, baru ada peluang nak try. Korang pernah cuba makan kebab ni? Amacam, ok ke idok? Mesti masing-masing ada cerita kan kalau buka topik pasal Kebab Jalan TAR. Mana taknya, dah berzaman wujud dan masih gah kat situ sampai hari ini.
Bawang Putih Bawang Merah merupakan salah satu naskhah klasik yang "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas." Saban hari, kalau kita dapat tengok dan perhatikan, cerita Lagenda Bawang Putih Bawang Merah sentiasa ditayangkan di kaca televisyen menerusi filem atau drama bersiri. Tak kira usia, cerita ini diterima oleh semua lapisan masyarakat dan sentiasa segar dalam ingatan. Baik di Malaysia mahupun di Indonesia. Pendek kata, tak ditelan arus zaman. Kali ini, naskhah ini diangkat ke pentas lebih tinggi iaitu pementasan teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya.


Credit photo: Eazy Izzuddin

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama menonton pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya bersama rakan-rakan. Biasa sangat dah tengok movie ramai-ramai, sekarang kita tengok teater pulak. Lagi-lagi di Istana Budaya. So, feel dia lain sikit. Memang teruja dapat tengok pelakon terkenal tanah air membawa watak masing-masing secara langsung dengan props yang unik dan menarik sepanjang pementasan. Seperti yang kita ketahui, kelengkapan yang ada di Istana Budaya memang diakui bertaraf antarabangsa. So, dengan garapan dan lakonan mantap di bawah arahan Erma Fatima, pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah ini memang cukup-cukup menghiburkan.



Ini antara sahabat dari Projek Travel yang turut bertandang ke Istana Budaya. Di kesempatan ni, terima kasih kepada saudara Fuad untuk jemputan ke malam tayangan bersama media. Jadi, kali ini meh nak share sedikit-sebanyak intipati yang dapat kami kutip sepanjang pementasan baru-baru ini.



TEATER BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Lokasi:
Istana Budaya

Tarikh tayangan:
3 Disember sehingga 8 Disember 2015

Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com atau kaunter Istana Budaya




Antara barisan pelakon yang menjayakan pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah kali ini adalah Fauziah Dato' Ahmad Daud (Mak Kundur), Nur Fathia (Bawang Merah), Juliana Evans (Bawang Putih), Syarul Ridzwan (Raja), Beto Kusyairi (Bongkok), Fazlina Dato' Ahmad Daud (Mak Labu), Nabila Huda (Nenek Kebayan), Rosnan Rahman, Nadia Brian (Melur) dan Tya Arifin.



Buat pertama kalinya, kak Ogy dan kak Fazlina berganding bahu di panggung sari Istana Budaya. Masing-masing memegang watak Mak Kundur dan Mak Labu iaitu madu yang selalu bergaduh. Lakonan mantap daripada dua beradik ni memang betul-betul menjadi. Lagi-lagi bab bergaduh dan bertengkang leher. Ada juga diselitkan unsur-unsur lawak jenaka. Memang menghiburkan. Macam cerita asal Bawang Putih Bawang Merah, Mak Labu meninggal dunia akibat ditolak oleh Mak Kundur di perigi semasa mereka bergaduh.



Mak Labu bertukar menjadi ikan kaloi dan datang dalam mimpi Bawang Merah untuk menceritakan kisah sebenar. Jadi, setiap hari Bawang Merah akan bawa nasi dan jumpa maknya di perigi. Sampai satu masa, terserempak dengan Bawang Putih. Akhirnya, Bawang Putih dan Mak Kundur berpakat untuk menangkap ikan kaloi. Part ni, aku suka tengok props yang dipersembahkan. Dengan bantuan LCD, gambaran perigi yang menampakkan ikan kaloi memang menjadi. Amazing!



Part paling sedih, lepas ikan kaloi ditangkap, Mak Kundur bagi Bawang Merah makan tanpa pengetahuan bahawasanya ikan kaloi yang dimakan itu adalah maknya. Macam biasa, Mak Kundur dan Bawang Putih tak kan biarkan Bawang Merah hidup senang dan bahagia. Ada je dia nak kenakan Bawang Merah dan dera sesuka hati. Kalau nak tengok aksi Nur Fathia ditarik-tarik rambut, hah kena pergi tengok sendiri.



Antara kelainan yang dibawa dalam pementasan Bawang Putih Bawang Merah adalah dengan adanya watak Bongkok dan Nenek Kebayan yang dilakonkan oleh Beto dan Nabila Huda. Bongkok merupakan sahabat baik Bawang Merah yang sentiasa ada time susah dan senang. Dalam diam, Bongkok menaruh perasaan cinta terhadap Merah. Nenek kebayan pula adalah orang yang bertanggungjawab memberi kebahagiaan kepada Merah selepas mengetahui ikan yang dimakan tadi adalah emaknya. Persoalannya, adakah cinta Bongkok diterima Merah? Apakah yang terjadi kepada Merah dengan adanya Pohon Beringin?



Putera Raja yang mencari-cari suara yang sentiasa hadir dalam hidupnya. Akhirnya,baginda tekad untuk mengadakan pertandingan menyanyi di pohon beringin untuk mencari suara yang didengarnya. Milik siapakah suara itu? Oh lupa nak bagitahu, lagu-lagu yang dipersembahkan dalam pementasan agak menarik. Ada yang lama, ada yang diberi nafas baru dan ada juga totally lagu baru.



Part ni agak lawak, Bawang Putih try so hard untuk menambat hati Raja. Malangnya, suaranya bukanlah suara yang Raja cari. Akhirnya, Bawang Merah menampilkan diri dengan nyanyian yang merdu dan mengasyikkan. Lantas, terus disunting oleh Raja untuk menjadi permaisurinya. Apa jadi dengan Bongkok? Pastikan korang tengok kesudahan teater ni di Istana Budaya.



Jangan lupa sama-sama memeriahkan pementasan Teater Bawang Putih Bawang Merah di Istana Budaya. Memang berbaloi dapat tengok pelakon-pelakon hebat tanah air memainkan watak masing-masing. Apapun, tahniah kepada kak Erma Fatima kerana berjaya membawa pementasan ini dengan jayanya. Semoga terus berkarya!


Credit photo : DikBee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...