Program #ArifLabur tu apa? 
Program #ArifLabur adalah sebuah program persediaan masa depan kewangan yang lebih stabil. #ArifLabur membawa mesej, “Elak Sengsara Selepas Bersara”. Bak kata pepatah,"sediakan payung sebelum hujan".


Siapa yang bertanggungjawab untuk Program #ArifLabur ni? 
Program #ArifLabur adalah anjuran PMB Investment yang merupakan sebuah syarikat dibawah Pelaburan MARA Berhad yang merupakan salah satu syarikat pelopor pengurusan saham amanah di Malaysia dengan pengalaman hampir lima dekad dalam pengurusan saham amanah dan pengurusan portfolio. Sebagai sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islamik (IFMC), PMB Investment sentiasa merangka pelbagai strategi transformasi agar dapat menarik lebih ramai pelabur.

Apa tujuan sebenar kewujudan Program #ArifLabur ?
  1. Menggalakkan pelaburan unit amanah sebagai salah satu persediaan sebelum bersara
  2. Mendidik masyarakat berkaitan unit amanah
  3. Mendidik masyarakat berkaitan dana unit amanah patuh Syariah
  4. Memberi kefahaman mengenai senario ekonomi dan pasaran saham semasa
  5. Menggabungkan unsur-unsur keusahawanan dengan menawarkan peluang menjadi Perunding Unit Amanah (PUA) PMB Investment

Kaedah Program #ArifLabur ni macam mana? 
Topik Program #ArifLabur untuk Fasa Kedua kali ini adalah “Membina Kekayaan Melalui Pelaburan”. Pelaburan bermaksud menangguh penggunaan wang pada masa sekarang untuk mendapatkan pulangan atau pendapatan yang bertambah nilai pada masa depan. Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu cara untuk menambah pendapatan di mana individu boleh melabur wang mereka secara kolektif atau terpilih. Dalam erti kata lain, ia bermaksud pengumpulan dana dari orang ramai dan institusi dan juga menggunakan wang terkumpul untuk melabur. Hasil keuntungan daripada pelaburan tersebut akan diagihkan kepada semua pemegang Unit Amanah (Unit Trust ) mengikut kadar tertentu.


Apa yang akan kita dapat dan tahu dari Program #ArifLabur?
  1. Segalanya tentang pelaburan unit amanah
  2. Kefahaman berkaitan propektus dan laporan tahunan
  3. Kelebihan melabur dalam dana ekuiti
  4.  Pemantauan pelaburan & risiko

Siapa? Bila? Di mana? Nak tahu lebih lanjut pasal Program #ArifLabur ?
Proram #ArifLabur Fasa Kedua ini akan menampilkan selebriti jemputan, Fizo Omar yang juga merupakan seorang usahawan muda yang semakin sukses dan berjaya dalam bidang keusahawanan. Program #ArifLabur akan ke lima lokasi berlainan:
        12 September 2015: Permata Ballroom, Puteri Pacific, Johor Bharu, Johor
        3 Oktober 2015 : Weil Hotel, Ipoh, Perak
        24 Oktober 2015: TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah
        26 Oktober 2015: Hotel Imperial, Kuching, Sarawak
        29 Oktober 2015: Dewan MARA, Kota Bharu, Kelantan


Berapa bayaran yang dikenakan kalau nak join? 
Yuran penyertaan hanya RM 10 sahaja! Murah gila. Lebih murah daripada set KFC dinner plate ataupun set McD SPicy Mc Deluxe. Rugi kalau tak join. Bayar sikit, dapat ilmu banyak. Investment yang cukup bijak!

Ok, berminat sangat-sangat dah ni nak join. Kat mana nak daftar? 
Daftar sekarang di www.ariflabur.my atau hubungi 03-27859900.

Tempat adalah terhad!

Rasanya, cukup sampai kat sini saja sesi soal jawab tentang Program #ArifLabur buat masa ni. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh la ajukan di ruangan komen. Akhir kata, selamat menyertai seminar Program #AlifLabur dan selamat menimba ilmu pelaburan. Semoga kita semua sukses, kaya dan berjaya!

“Elak Sengsara Selepas Bersara”

WORLD TOURISM DAY 2015
1Billion Tourists, 1Billion Opportunities


Tahukah anda? Malaysia merupakan salah satu negara yang tersenarai dalam United Nation World Tourism Organization (UNWTO). Dengan itu, Malaysia akan menyambut World Tourism Day yang telah diputuskan untuk disambut pada tanggal 27 September setiap tahun sebagai simbolik untuk menunjukkan kepentingan industri pelancongan dalam memacu kemajuan ekonomi dunia.


INFO
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz was elected as the Vice President of the 21st UNWTO General Assembly in Madellin, Colombia on 16 September 2015. 

 
Untuk sambutan tahun 2015, tema sambutan yang telah dipillih adalah ‘1Billion Tourists, 1Billion Opportunities’ yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan industri pelancongan dan sumbangannya terhadap sosial, kebudayaan, poltik dan ekonomi dalam kalangan masyarakat setempat dan luar negara. Sambutan Tourism Day 2015 peringkat antarabangsa akan disambut di Burkina Faso, West Africa.

 
Untuk sambutan World Tourism Day 2015 di Malaysia, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia melalui Malaysia Tourism Centre (MaTiC) akan menganjurkan pameran fotografi yang diberi nama #Kolektif1 bermula 26 September 2015 sehingga 30 Oktober 2015. Pameran tersebut akan menampilkan 78 foto menarik yang telah diambil oleh 28 jurugambar professional tempatan.


Aktiviti-aktiviti menarik lain yang turut diadakan sempena sambutan World Tourism Day 2015 adalah Fuji Global Photo Walk; Photography Talk; Hop on Hop off (HOHO) World Tourism Day 2015 Bus Launch dan juga Media City Tour.

 
Actually, banyak lagi event-event yang akan berlangsung sempena sambutan World Tourism day 2015 especially bilamana Kementerian Pelancongan & Kebudayaan turut berkolaborasi dengan pihak Taylor’s University untuk sambutan World Tourism Day peringkat universiti pada 29 September 2015 melalui program National Blue Ocean Strategy (NBOS). Dijangkakan , lebih 3,000 peserta yang akan mengambil bahagian termasuklah pelajar, pensyarah, wakil-wakil agensi pelancongan dan  juga industry players seperti Pacific Asia Travel Association (PATA) dan Tourism Educators Association of Malaysia (TEAM).
 
 
Antara aktiviti yang akan dianjurkana adalah seperti Cultural Stalls, Orang Asal Demonstration, Cultural Performances, ‘1Billion Tourists, 1Billion Opportunities’ Tourism Talk dan macam-macam lagi. Kolaborasi seumpama ini diharapkan agar dapat meningkatkan kesedaran terutamanya dalam kalangan pelajar tentang kepelbagaian dalam industri pelancongan dan dasar pembangunan yang sedang rancak dijalankan untuk kemajuan socio-economy negara.


Tanda sokongan kepada industri pelancongan negara dan memeriahkan lagi sambutan World Tourism Day 2015 , ayuhlah kita seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mempromosikan destinasi menarik di Malaysia ke mata dunia dengan menggunakan hashtag #MYWorldTourismDay di sosial media tak kira di instagram, twitter ataupun facebook. Jangan lupa untuk gunakan hashtag #1billiontourists dan #WTD2015. Alang-alang tuh, letak lah hashtag #ProjekTravel sekali ye. Jom follow instagram @ProjekTravel
 
 
Antara artikel yang paling mendapat perhatian daripada readers adalah Tempat-tempat Menarik di Melaka. Kesinambungan dengan itu, molek benarlah rasaya kalau pb tambah lagi koleksi artikel-artikel berkaitan negeri Melaka, negeri bersejarah untuk rujukan para pembaca. Dan untuk perkongsian kali ini, pb akan bercerita tentang destinasi percutian menarik di Melaka iaitu di Philea Resort & Spa, Melaka. So, kalau ada yang tertanya-tanya, "Kat mana resort best di Melaka?". Haa, jawapannya ada di sini, Philea Resort & Spa. Tak kiralah untuk honeymoon, babymoon, ataupun untuk tujuan bercuti bersama family especially musim cuti sekolah.


Philea Resort & Spa, Melaka

Philea Resort & Spa terletak di Ayer Keroh, Melaka. Dengan lebih tepat, 90 minit dari Kuala Lumpur dan terletak hanya 1 minit dari tol Air Keroh. Untuk cara yang lebih mudah, hanya perlu menggunakan aplikasi waze dan cari "Philea Resort". Make sure, selepas tol Air Keroh, perhatikan sign board/ signage Philea Resort di sebelah kiri anda. Sejujurnya, lokasi resort ini memang mudah diakses oleh sesiapa saja kerana berdekatan dengan lebuhraya.




Setibanya kami di Philea Resort & Spa, kami teruja dengan rekabentuk dan senibina lobi resort. Sekilas pandang, nampak kayu-kayan yang disusun cantik dan penuh artistik. Apa yang kami dapat rasakan, seolah-olah berada di perkampungan moden. Eco-Resort dengan keluasan 15 ekar ini, ternyata tampil dengan konsep yang berbeza. Walaupun berdekatan dengan lebuhraya, namun suasana di resort ini cukup aman, cukup tenteram.



Percutian selama 3 hari 2 malam kami di Philea Resort & Spa memang destinasi terbaik di Melaka yang pernah kami sampai. Resort yang bertaraf 5 bintang yang bukan hanya menawarkan suasana percutian yang tenang, malah mendekatkan kami semua dengan alam semulajadi.. Kawasan resort dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan diiringi dengan alunan bunyi air terjun, memang mendamaikan. Jujurnya, aku macam tak percaya juga boleh sampai tempat yang awesome macam ni. Lepas tampar pipi kanan dan pipi kiri, ternyata aku bukan bermimpi. Ini kenyataan! Ok, jom ikuti pengalaman percutian kami di Philea Resort & Spa,



Memandangkan kami sampai agak lewat, so tak sempat nak ronda lebih-lebih. Kami terus menapak ke tempat penginapan kami di Pavilion Room. Padahal, excited terlebih nak masuk tengok bilik, muahaha. Dalam nak cepat-cepat pun, sempat juga aku mendongak ke atas di ruangan lobi. Tengok kayu-kayu disusun kemas. Memang mempersona!



Kalau dah namanya resort bertaraf 5 bintang, service dia pun memang tip top. Andai kata kalau bilik yang korang duduk tu jauh, atau lebih teruk lagi korang malas nak jalan kaki menapak ke bilik masing-masing, don't worry! Perkhidmatan buggy ada disediakan oleh pihak resort. Tapi, nak pesan awal-awal. Abang driver yang macam kat atas tu takde dalam service ye, haha. Itu, special appearance je :P


Senibina & Landskap

Ok, first aku nak cerita mengenai senibina dan landskap di sekitar resort. Bagi aku, personally I love the concept. Resort yang dibina seolah-olah berada di kawasan air terjun dan di dalam hutan rimba ini memang secara overall berasaskan kayu daripada pokok Pine yang diimport khas dari Siberia, Rusia. Lagi kagum bila dapat tahu senibina di resort ini terutamanya rumah penginapan tidak menggunakan paku. Mereka hanya menggunakan interlock system. Amazing right?



Bukan itu saja, kalau nak tahu keseluruhan resort ini menggunakan bahan binaan semulajadi seperti 8000 keping kayu dari landasan keretapi untuk membina tangga dan pagar. Lagi sekali, aku ternganga kagum. Nampak macam tangga dibuat-buat kan? Padahal, guna kayu dari landasan keretapi je. Sama juga dengan pagar-pagar yang dijadikan penghalang di laluan buggy dan pejalan kaki di sekitar resort.






Ok, back to topic about lobby resort yang aku cakap aku impressed bila first time tengok tadi. Bukan hanya sekadar binaan bumbung yang unik, rupa-rupanya perabot-perabot di lobi pula menggunakan bahan terpakai dari kapal yang karam. Percaya atau tidak? Haa, ini contoh perabot yang sempat aku rakan dengan lensa kamera. Antik dan ada nilai tersendiri.



Kalau datang bercuti di sini, memang best kalau jalan-jalan sambil menghirup udara segar di sekitar resort. Suasana yang redup dan dipayungi lebih dari 3000 pokok yang ditanam di seluruh kawasan resort mampu membuatkan kita semua rasa relax dan tenang. Selain itu, sambil jalan-jalan ambil angin, kita boleh tengok keunikan senibina dan landskap menarik di sekitar resort. Contohnya, lebih kurang 6000 tons batu marmar dari Perak digunakan sebagai bahan binaan tangga dan pagar.





"Dari mana bunyi air terjun?", "Adakah resort ini dibina di kawasan air terjun?". Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Actually, pihak resort telah membina air terjun buatan untuk menghidupkan lagi suasana rimba. Selain itu, terdapat anak-anak sungai seolah-olah kita berada di kawasan air terjun. Best feeling ever!



Dari aspek landskap pulak, di Philea Resort & Spa kita semua akan berpeluang untuk tengok sendiri tumbuhan-tumbuhan unik yang ditanam di sekitar kawasan resort. Selain pokok bunga-bungaan, terdapat beberapa spesies tumbuhan yang first time kami tengok boleh didapati di sini. Nak tahu apa?


Fukien Tea Leaf
Nama saintifiknya Carmonia Retusa. Merupakan tumbuhan tropikal hijau yang biasanya digunakan sebagai bonsai indoor seperti pagar. Berasal dari Fujian province di Southern China dan boleh dijumpai di India, Malaysia dan juga Filipina. Di sini, Fukien Tea Lead ditanam untuk dijadikan pagar untuk Royal Villa.



Cannonball Tree
Nama saintifiknya Couroupita Guianensis yang berasal dari Tropical America. Menghasilkan bunga berwarna merah dan orange dan kemudiannya menghasilkan buah berbentuk bola bersaiz 15-20 cm. Bunga dia memang cantik. Antara lokasi yang boleh tengok bunga Cannonball Tree ni adalah di jambatan merentasi anak sungai. Dan kami juga berpeluang untuk pegang bebola sebesar bola sepak dari pokok Cannonball ni.



Pendek kata, environment dan landskap di resort ini memang sesuai untuk photoshoot especially untuk wedding photoshoot.

Pencapaian Philea Resort & Spa

Jadi, tak peliklah kalau Philea Resort & Spa pernah merangkul banyak anugerah dan tercatat dalam Malaysia Book Of Record. Yes, they deserved it! Kat sini, aku share antara awards yang pernah diterima oleh pihak Philea.

  1. Diiktiraf dalam Malaysia Book of Record sebagai "First Log Resort" dan "Largest Log Resort"
  2. Dianugerahkan sebagai "Best Green Hotel" oleh Melaka Tourism Association
  3. Dinobatkan sebagai "Creative Brand Industry of The Year" oleh Global Golden Brand Award
  4. Berjaya merangkul "Excellent Award for Landscape Design and Planning" dari Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)
  5. Mendapat pengiktirafan daripada Agoda.Com sebagai "Top10 Eco-Friendly Hotels 2012"
  6. Merangkul "Anugerah Prestij Idea Dekorasi Impiana 2012/2013" oleh Impiana Group, dari Majalah Kumpulan Media Karangkraf

Dari segi penginapan, Philea menyediakan 3 jenis bilik iaitu Pavilion Room, Philea Suite dan Royal Villa. Secara keseluruhannya, pihak resort menawarkan 201 bilik iaitu Pavilion Room (180 unit), Philea Suite (19 unit) dan Royal Villa (2 unit). Untuk pengetahuan semua, kami telah berpeluang untuk menginap di Pavilion Room di mana harganya serendah RM500++ semalam bergantung kepada season. Maksudnya, kalau peak season macam weekend atau cuti umum, mungkin lebih mahal. But, don't worry. Sometimes, they offer promotion especially time school holiday and so on. Just watch their space on social media for the best rate!


Pavilion Rooms


Inilah dia Pavilion Room. Actually, satu unit mempunyai 4 bilik iaitu 2 bilik di bahagian bawah dan 2 bilik lagi di bahagian atas yang mempunyai balkoni. Setiap bilik boleh memuatkan antara 2-3 orang dengan kelangkapan 1 king size bed dan 1 single size bed. Bilik kami time tu di tingkat bawah dan betul-betul berdekatan dengan kawasan swimming pool. So, agak best bila dengar deruan air terjun. Kadang-kadang terlupa, ingat ke hujan lebat kat luar. Rupanya, bila buka pintu bilik, tak hujan pun. Cuma bunyi air terjun dari kawasan swimming pool. Wakenabeb!



Setiap bilik dilengkapi dengan flat screen LCD TV, complimentary tea/ coffee making facilities, complimentary drinks, wireless internet access, dan in-house movie channels. Fuh, memang best menginap kat sini. Serba-lengkap ada. Paling penting, bilik selesa, katil dan bantal empuk dan dekorasi dalam bilik awesome.


Philea Suite

Selain Pavilion Room, kami juga diberi peluang dan kesempatan untuk meninjau dengan lebih dekat Philea Suite. Bagi aku, untuk korang yang plan nak honeymoon, boleh pilih Philea Suite untuk meraikan hari romantis dan detik bahagia anda. Highly recommended!



Apa beza Philea Suite dengan Pavilion Room? Kalau Pavilion Room 1 unit berkongsi dengan 4 penghuni iaitu mempunyai 4 bilik berbeza, Philea Suite ini pula special sebab 1 unit yang disediakan khas untuk 1 tetamu. So, it's more comfortable and privacy. But definitely, it's more pricey.



Kelebihan yang ada pada Philea Suite selain lebih privacy adalah dekorasi dalaman yang menarik dan khas untuk tujuan honeymoon. Bukan setakat honeymoon, nak buat sambutan ulangtahun perkahwinan kat sini pun boleh. Bila lagi nak hadiahkan percutian romantik kepada insan tersayang kan? Ececece


Royal Villa

Akhir sekali, kami melengkapkan sesi ronda-ronda kami di Philea Resort & Spa dengan melawat Royal Villa. Ini LIMITED EDITION punya villa ok! Hanya 2 unit saja kat sini. Mestilah teruja bila nak masuk tengok sendiri apa yang best kat dalam tu. Jom, here we go!



Sebelum masuk tu, aku sempat bergambar kenang-kenangan dulu di pintu masuk. Tengok, siap ada pintu lagi tu. Apa yang menarik tentang Royal Villa ni adalah pagar dia yang dibuat dengan menanam Fukien Tea Leaf. Menarik kan? Cantik menghijau je tengok. Sejuk mata memandang.



Royal Villa ni dibina 2 tingkat dengan kapasiti 6-10 orang tetamu. Di tingkat bawah ada ruang tamu, bilik tidur dengan single size bed, dining hall dan jakuzi untuk 2 orang manakala di tingkat atas pula dilengkapi dengan ruang kerja, bilik tidur dengan king size bed dan jakuzi untuk 4 orang.



Dengan dilengkapi private swimming pool dan pondok untuk in-house spa, menjadikan Royal Villa begitu eksklusif di Philea Resort & Spa. Bukan calang-calang orang yang menginap di sini. Dengan harga mencecah ribuan ringgit untuk satu malam, memang worth it! Antara ikon terkemuka yang pernah menginap di sini adalah Tun Dr Mahathir dan Shah Rukh Khan.


Restoran

Asyik duk sembang pasal tempat penginapan, sampai lupa pula nak cerita pasal tempat makan. For your info, Philea nenawarkan beberapa pilihan lokasi untuk makan dan minum di sekitar resort seperti Cravo Cravo, Bayu Cabana, Nusantara, Tropic Lounge dan Chillout Bar


Sepanjang percutian 3 hari 2 malam kami di sana, sempatlah kami merasa makanan di beberapa tempat. Masa malam mula-mula sampai tu, kami dinner di Bayu Cabana untuk menikmati steamboat & grill. Kemudian, untuk sarapan pula, kami makan di Nusantara. Dan untuk lunch pada hari ke-2, kami berpeluang untuk mencuba sendiri sajian di Cravo Cravo.


Bayu Cabana


Bayu Cabana terletak betul-betul di tepi sungai dan berdekatan dengan kawasan swimming pool. Kapasiti untuk tempat ini adalah 40 orang untuk satu-satu masa. Antara hidangan yang disediakan di sini selain steamboat & grill adalah minuman dan snacks. Beroperasi dari jam 10:30 pagi sehingga 10:30 malam.


Nusantara


Untuk dua hari berturut-turut kami bersarapan di Nusantara. Terletak di Ground Level berdekatan kawasan lobi resort. Nusantara menghidangkan menu local serta international. Kapasiti untuk Nusantara boleh muatkan sehingga 180 orang .


Cravo Cravo


Lokasi seterusnya adalah Cravo Cravo iaitu restoran utama di Philea Resort & Spa. Boleh memuatkan sehingga 80 orang dan terletak di bahagian lobi resort. Menyediakan variasi juadah continental dan beroperasi dari jam 10:00 pagi sehingga 2:00 pagi setiap hari. 


Resort ini juga menyediakan kemudahan untuk meeting/conference iaitu Pillar-less ballroom (Kapasiti: 600 orang) dan beberapa pakej istimewa untuk program khas seperti team building dan event tertentu. Antara kemudahan lain yang disediakan untuk kemudahan pengunjung adalah seperti swimming pool, spa, gym, sauna, game room, kid's playroom, karaoke room dan lain-lain kemudahan rekreasi


Tanjung Wellness Spa

Untuk anda yang inginkan sesi terapi dan relaxation, korang boleh cuba sesi rawatan spa di Tanjung Wellness Spa. Spa ini beroperasi dari jam 11:00 pagi sehingga 11:00 malam. Untuk sebarang reservation, boleh hubungi 06-233 2112.








Gym & Sauna

Antara kemudahan lain yang disediakan adalah gym dan sauna. Hanya berada berdekatan dengan spa. Gym dan sauna berada dalam satu tempat yang sama. So, lepas gym, boleh terus pergi sauna. But, for all of us. We skipped gym *nampak sangat pemalas,lol* and proceed to sauna. Oh lupa nak bagitahu, waktu operasi untuk gym dan sauna adalah bermula jam 7:30 pagi sehingga 9:30 malam.






Kemudahan Rekreasi

Antara kemudahan rekreasi lain yang turut disediakan oleh pihak resort adalah permainan dart dan billiards. Lokasi in hanya terletak di aras bawah lobi resort.






Swimming Pool

Satu je nak pesan, kalau dah datang bercuti di Philea Resort & Spa, please please please kamu jangan nakal! *Eh, nyanyi lagu Alif Satar pulak dah*. Please spend your time here. Swimming pool dia lawa dan air jernih. Paling best, air tak bau klorin. Feeling macam mandi di kawasan air terjun. So, boleh swimming dengan aman sambil ditemani bunyi air terjun dan menikmati flora dan fauna. Fuh, syiok woo! Haa, dah tau nak datang sini, sila bawa swimming suit siap-siap ye. Waktu operasi, 8:00 pagi hingga 8:00 malam. Nak berendam seharian pun takde masalah.








Rasanya, sampai di sini saja perkongsian pengalaman kami sepanjang berada di Philea Resort & Spa. Apa tunggu lagi, put it in your list ok? As your next dream destination or honeymoon destination or anything you want to name it. Believe me, this place will offer you peace, tranquility and ultimate relaxation!


Bukan itu saja, Philea Resort & Spa berdekatan dengan lokasi tarikan utama di Melaka iaitu Butterfly & Reptiles Sanctuary, Mini Malaysia & Asean Cultural Park, Zoo Melaka, Crocodile Park, bowling centre, botanical garden, water theme park, padang golf dan lain-lain. Kalau korang kaki makan, boleh cuba terjah Billionaire's Concept Cuisine & Grind Shack dan juga ApiApi Steamboat as well.


Jadi, kalau anda sedang mencari destinasi percutian menarik dan terbaik di Melaka, semoga anda jumpa jawapannya di sini.Semoga perkongsian kali ini sedikit-sebanyak dapat memberi gambaran kepada korang sebelum membuat keputusan dan pilihan. Apa yang boleh aku kata, you'll never regret to have staycation here :)



Website
Facebook

Instagram
 Hashtag: #PhileaResortMelaka


This article brought to you by Projek Travel & penaberkala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...