KHASIAT SUSU KAMBING BARAKA

/
1 Comments
Baru-baru ni, netizen kecoh dengan isu susu lembu. Hari ni, aku pun nak cerita juga pasal susu. Tapi bukan pasal susu ibu mahupun susu lembu. Kali ni, aku nak cerita serba-sedikit pasal susu kambing. Lebih tepat lagi, khasiat susu kambing Baraka. Siapa kat sini memang penggemar susu kambing? Ce angkat tangan sikit. Haa, siapa pulak yang rasa elergik nak minum susu kambing sebab baunya yang hamis? Don't worry, korang kena try susu kambing Baraka sebabnya susu ni tanpa bau hamis dan rasanya yang sangat sedap.


Apa yang korang perlu tahu, susu kambing asli adalah antara susu terbaik selepas susu ibu. Kenapa? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang kena baca info-info menarik yang akan aku kongsikan dalam entri kali ini. Especially kepada korang yang masih lagi tercari-cari Susu Kambing terbaik untuk bayi, Susu Kambing terbaik untuk Ibu hamil, atau Susu Kambing terbaik untuk anak. Mungkin, jawapannya ada kat sini. Semoga bermanfaat!


Khasiat Susu Kambing Baraka 
  • Susu kambing amat berkhasiat dan mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan.
  • Susu kambing menawarkan jumlah kalsium yang tinggi dari susu biasa. 
  • Dengan pengambilan susu kambing yang teratur, akan dapat membantu mencegah kereputan tulang (osteoporosis), dapat membekalkan tahap tinggi protein dan asid amino dalam badan. 
  • Susu kambing adalah susu kurang lemak dan secara tidak langsung ianya akan dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan rasa lapar. 
  • Susu kambing mempunyai komponen molekul paling dekat dengan susu ibu dan ianya akan lebih mudah dicerna dan diserap di dalam badan manusia berbanding susu lembu.



Susu kambing secara tradisinya telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyuburkan dan menjana sistem saraf. Susu Kambing juga sangat padat dengan khasiat semulajadi kerana mempunyai mineral penting seperti vitamin B12, protein dan kalium dalam mengekalkan sistem pertahanan badan yang kuat dan berfungsi dengan betul.




Dalam majlis pertemuan dengan owner Susu Kambing Baraka, aku dapat banyak info tentang konsep dan pendekatan yang dibawakan oleh mereka. Instead of susu kambing asli, mereka keluarkan susu kambing segera yang tahan lebih lama dan mudah untuk disediakan. Instead of susu kambing asli, mereka mevariasikan lagi perisa dengan coklat, strawberri dan juga kolagen. Interesting!




Susu kambing Baraka ni memang mudah untuk disediakan. Ambil satu sachet, dan bancuh dengan sedikit air suam dan air kosong. Kacau-kacau, dah siap-sedia untuk diminum. Nak lagi sedap, buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Seriously, lagi sejuk, lagi sedap diminum. Yummy!




First time aku try minum susu kambing Baraka. Aku ambil satu sachet secara random, dan kacau buat air. Bila minum tuh, aku dapat rasa strawberri. Namun, rasa susu tu tetap ada. Paling best, langsung tak rasa atau bau hamis. Gulp gulp gulp, minum terus habis. Torbaik!





Susu Kambing Baraka merupakan susu kambing halal yang mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. Semua produk keluaran syarikat juga telah disahkan oleh MeSTi dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan harga dari RM24.00 hingga RM30.00 bagi setiap pek percubaan yang mana pembelian hanya di atas talian sahaja manakala pek 650g dari harga RM55.00 hingga RM76.00




Terdapat 4 perisa iaitu Susu Kambing Perisa Coklat, Susu Kambing Perisa Asli, dan Susu Kambing Perisa Strawberi. Susu kambing ini sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat, dari peringkat kanak-kanak 2 tahun ke atas, dewasa dan juga oleh orang-orang tua. Terdapat juga Susu kambing Baraka dengan campuran kolagen dapat membantu mengekalkan kecantikan semulajadi bagi keanjalan dan pertumbuhan kulit baru kulit secara semulajadi. 


INFO
Kolagen secara amnya dapat memperlahankan proses penuaan dan menambah ketegangan pada kulit. Minuman strawberi dengan kolagen (Baraka Beauty Drink) pula di formulasikan bagi mereka yang sentiasa ingin kelihatan anggun, menawan luaran dan dalaman. Produk ini adalah pilihan yang terbaik bagi yang mahu mengurangkan berat badan kerana dengan pengambilan secara tidak lansung produk ini akan dapat membantu mengurangkan rasa lapar.


Susu Kambing Segera Asli

Susu Kambing Segera Coklat

Susu Kambing Segera dengan Kolagen

Susu Kambing Segera Strawberi



Oh, lupa nak bagitahu. Selain susu kambing segera, Baraka juga memperkenalkan produk terbaru iaitu aiskrim premium berasaskan susu kambing dalam berbagai perisa yang pastinya sedap dan lazat. Sesuatu yang baru macam ni, memang akan dapat menarik orang ramai untuk mencuba. Korang dah cuba ke belum?  Hah, boleh pi try. Sambil makan ais krim, sambil menjaga kesihatan dengan khasiat susu kambing yang mempunyai rendah lemak dari susu biasa. Bagi yang alah (toleran laktosa) pada susu lembu atau sebagainya, produk yang berasaskan susu kambing seperti Aiskrim Susu Kambing Baraka ini adalah penyelesaian terbaik!




Ok, sekian saja perkongsian tentang khasiat susu kambing Baraka. Terima kasih kepada pihak penganjur  Mozac Madicare Sdn Bhd dan Hai Blogger! atas jemputan ke majlis pengenalan produk susu kambing Baraka ini. At least, sekarang dah tahu dengan lebih terperinci tentang susu kambig dan khasiatnya.


Untuk pembelian secara atas talian atau info lanjut, boleh rujuk:

Facebook

Instagram 


Dapatkan Susu Kambing Segera jenama Baraka di Giant, Cold Storage Malaysia, atau Mercato Supermarket Malaysia yang berdekatan. Selamat mencuba!




Mozac Medicare Sdn. Bhd
  • Berpengalaman dalam membekalkan barangan kesihatan, kelengkapan perubatan dan penyelidikan kepada hospital di seluruh negara
  • Mengeluarkan produk berasaskan susu kambing di bawah penjenamaan BARAKA. 
  • Syarikat ini ditubuhkan pada 2012 untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kebaikan susu kambing dalam kehidupan seharian.

Mozac Medicare Sdn Bhd ialah sebuah syarikat 100% milikan penuh Bumiputera yang terlibat dalam pemasaran produk minuman tambahan dan penjagaan kesihatan serta kecantikan bagi jenama BARAKA. Beroperasi sejak tahun 2012 dan sentiasa mencari ruang untuk berkembang di masa hadapan. Dikeluarkan oleh Big Dale Sdn Bhd bagi pihak Mozac Medicare Sdn. Bhd.


You may also like

1 comment:

  1. Banyak rupaya khasiat susu kambing ni ye. Orang zaman sekarang asyik minum susu lembu je..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...