#DapurPB : BUDU PEMBUKA SELERA



Sementara tunggu detik berbuka puasa, meh la tengok koleksi dari #DapurPB. Hari puasa pertama (semalam) mood nak membeli di Bazar Ramadan tak datang lagi. So, berbuka puasa dengan apa yang ada kat rumah je. Adoi, mood merindu suasana buka puasa kat kampung bersama family. Jadinya, menu pertama selaku pembuka tirai adalah budu.


Haaa, siapa kat sini suka makan budu? Kalau dah namanya ore Klate, campak la ke ceruk mana pun atas muka bumi ni, mesti tak boleh nak berpisah dengan budu. Tapi, ada je ore Klate sendiri pun tak makan budu. Jangan pelik, orang luar sekarang pun dah ramai yang suka makan budu. Ada lagi yang belum pernah makan budu seumur hidup? Apa kata, cuba makan sekali.


Back to topic, menu berbuka untuk hari pertama puasa kelmarin adalah budu berserta ulam-ulaman. Kalau tak nak makan budu plain macam tu, boleh makan budu bersama hirisan bawang merah, bunga kantan dan lada. Makan dengan ulam seperti kacang panjang dan kacang botor memang membangkitkan selera berbuka. Nak best, tambah telur mata. Actually, kalau ada ikan bakar tawar lagi syiok!


Oklah, sampai setakat ni je lah untuk perkongsian kali ni. Kalau takde idea nak makan apa time berbuka, boleh cuba menu yang super duper simple ni. Hari ni dapur off kejap sebab gas habis time nak sahur tadi, lol. Next menu, tunggu waktu sahur nanti pulak. Dah lama dapur tak berasap, akhirnya bulan Ramadan ni kembali beroperasi. Cekidout!


Psst, korang berbuka dengan apa pulak? Ce bagi cadangan sikit menu apa yang mudah dan simple untuk orang bujang nak masak ni. Hari-hari makan budu, tak boleh wooo, hahaha. Tick tock tick tock, tunggu  waktu berbuka. Apapun, selamat berbuka puasa kepada semua. 

Post a Comment

2 Comments