Macam mana dengan AirAsia Free Seats kali ni? Dengar kata, ramai member-member dah berjaya rembat tiket flight ke merata-rata destinasi di seluruh pelosok dunia. Ada yang dah book tiket ke Sydney, ada yang nak ke Japan, ada yang nak ke Korea, ada yang nak ke Bali dan macam-macam destinasi lagi. Korang pulak nak ke mana? Dah berjaya belum dapatkan tiket mengikut destinasi idaman hati? Jangan mudah give up, hari ni last day untuk korang yang masih belum book. Cepat-cepat terjah ke website AirAsia.



Tempoh tempahan: 
27 Jun 2015 - 28 Jun 2015

Tempoh penerbangan: 
15 Februari 2016 - 31 Ogos 2016



Tips mendapatkan AIRASIA FREE SEATS

  1. Guna telefon bimbit atau aplikasi AirAsia sebagai alternatif untuk membuat tempahan dengan lebih mudah dan cepat
  2. Daftar akaun AirAsia sebelum membuat tempahan untuk mengelakkan masalah semasa membuat pembayaran
  3. Gunakan IE9.0 atau Morzilla Firefox untuk mendapat connection yang lebih stabil
  4. Rancang perjalanan lebih awal dan siap-sedia dengan beberapa pilihan destinasi sebagai back-up
  5. Untuk tempahan bagi pihak lain especially family members atau kawan-kawan, make sure siap sedia dengan segala butiran peribadi untuk mempercepatkan proses tempahan
  6. Pastikan pop-up diatifkan untuk memudahkan proses pembayaran
  7. Kalau tiba-tiba berada di "bilik menunggu" atau "waiting room", jangan refresh. Tunggu je biar sampai turn
  8. Kalau tengah nak buat tempahan atau bayaran, tiba-tiba ada "time out", tekan je butang kembali dan refresh
  9. Dapatkan tips dari pro atau orang yang berpengalaman untuk dapatkan tiket pada harga paling murah


AirAsia Free Seats bermaksud zero fare/ seats = free, tetapi airport taxes dan fees masih lagi perlu dibayar pada harga bermula serendah RM26. Harga yang dikenakana bayaran bergantung kepada destinasi dan tarikh yang dipilih dan tertakluk kepada terma & syarat.


AirAsia Free Seats Fever!

Bila dah musim AirAsia Free Seats melanda, memang pening sikit nak pilih destinasi mana yang nak pergi. Nah, video special khas sempena AirAsia Free Seats Fever. Bila duk di airport, tiba-tiba idea datang mencurah-curah dan idea destinasi pilihan datang bertandang. Layan!!!




Destinasi Pilihan @penaberkala Bagi Tahun 2016


Semenjak dua menjak ni, sememangnya semangat untuk travel semakin memuncak. Mana tidaknya, selalu ada je promo tiket flight murah ke sana sini. Lagi-lagi tawaran hebat dan promo gila-gila dari AirAsia. Rambang mata dibuatnya. Last year, berpeluang ke Kuching (Oktober) dan Kunming (Disember). Untuk tahun ni pulak, dah lebih 10 kali fly dengan AirAsia ke destinasi dalam dan luar negara. Antaranya balik kampung Kuala Lumpur - Kelantan - Kuala Lumpur untuk beberapa kali, Trip ke Bali, Trip ke Macau, Trip ke Langkawi dan akan datang inshaAllah trip ke Siem Reap (Ogos-September) dan Trip ke Hatyai (Oktober). Uiks, ni kena rasuk ke apa? Itulah bila main klik klik je bila tengok tiket murah. Thank you AirAsia for being there for me. Now, everyone can fly!


Ok, next year 2016 agak-agak nak ke mana pulak ye? Jap, nak fikir. Kena buat research sikit nak tengok destinasi mana yang best untuk dikunjungi pada tahun 2016. Hermmmm. Google sana, google sini, tertarik dengan satu festival yang diadakan di China iaitu Harbin Ice and Snow Festival. Haa, mesti ada antara korang yang tak pernah dengar atau tahu kan? Kalau dah tahu, konpem ramai yang akan terkinja-kinja nak pergi nanti. Alang-alang dah bukak topik pasal Harbin Ice and Snow Festival ni, meh nak share sikit info. Unfortunately, flight ke Harbin takde. Jangan bersedih, ada alternatif lain untuk tengok festival yang seakan sama. Dan pastinya, AirAsia ada ke sana. Nak tahu kat mana? Jom, cekidout!!! 



 Beijing Longqing Gorge Ice and Snow Festival

Destinasi yang @penaberkala pilih untuk 2016 semestinya Beijing. Sebabnya? Kalau pergi ke Beijing dalam bulan Disember, Januari dan Februari, kita semua berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan dan keindahan Beijing Longqing Gorge Ice and Snow Festival. Festival ini merupakan antara festival yang paling popular di China. Pendek kata, kalau tak dapat pergi ke Harbin, dapat pergi ke sini pun dah memadai. Macam-macam arca dan seni ukir yang akan dipersembahkan dengan hanya menggunakan ketulan ais membentuk rupa manusia, haiwan, lanterns mahupun mythical beasts. Ada tiga tema utama iaitu ice lanterns, ice carving dan snow sculptures


Longqing Gorge terletak di antara dua puncak gunung dan terletak kira-kira 80km dari Beijing. Masa perjalanan dari Beijing ke Longqing Gorge lebih kurang 1 jam. Biasanya festival ini diadakan pada bulan Januari hingga Februari. Sounds good right? Kebetulan AirAsia Free Seats ada offer penerbangan ke Beijing bermula Februari - Ogos 2016. Jom lah kita skodeng tiket flight sampai dapat. Syiok nya kalau betul-betul dapat ke sana. Bukan dapat tengok festival tu je, malah berpeluang juga untuk pergi ke destinasi berdekatan seperti Badaling Great Wall, Shijinglong Ski Resort dan Badaling Ski Resort. Aish, tiba-tiba duk terbayang pakai jaket tebal sambil berguling atas salji. Wakakaka. One of my wishlist! 


Sedikit-sebanyak Info untuk korang yang plan nak ke Beijing dan menyaksikan sendiri keindahan dan keunikan Beijing Longqing Gorge Ice and Snow Festival

Venue: 
Longqing Gorge Scenic Area (in the north of Gucun Village, Jiuxian Town, Yanqing acountry, Beijing 

Festival time: 
10 Jan - Feb 

Opening hours: 
17:00-22:00 (also can be visited in daytime) 

Entry tickets: 
RMB100, RMB50 (students), FREE for travellers under 12 

Transportation: 
Bus
Bus 919 dari Deshengmen bus terminal dan turun di Yingqing Country. Tukar bas 920 untuk ke Longqing Gorge 
S train
Naik S train untuk menuju ke Yangqing Country 
Drive 
Pandu di jalan Badaling expressway (Jingzang Expressway) dan keluar di exit 62, merentasi Yanqing Country dan National. 


Video Longqing Gorge Ice and Snow Festival 



Psssst. Kalau dapat ke Beijing untuk Longqing Gorge Ice and Snow Festival memang akan buat travelog video macam ni. Syok woo tengok. Penuh warna-warni.


Apa tunggu lagi? Jom la kita ke Beijing yok. Aiiiih, seronoknya kalau betul-betul dapat ke sana. Siapa rasa nak pergi Beijing? Jom kita plan pi sama-sama. Lagi ramai, lagi syiok.
Destinasi Ramadan 2015 edisi Buffet Ramadan diteruskan lagi. Kali ni, bukan di tempat-tempat biasa. Bukan juga di hotel-hotel. Lokasi kali ini agak unik, menarik dan memang da bomb! Nak tahu kat mana? Tak lain dan tak bukan di Restoran Asmara Penchala by Felda D'Saji. Apa yang unik dan menarik kat sini? Kena lah baca apa yang cuba aku kongsikan kat sini. Semoga perkongsian kali ini, sedikit-sebanyak dapat memberi idea dan cadangan untuk korang semua yang masih tercari-cari lokasi terbaik untuk berbuka puasa di Kuala Lumpur.


Pintu utama Asmara Penchala


Persoalannya, pernah tak korang dengar mengenai Restoran Asmara Penchala? Kalau tak pernah dengar ataupun tahu, jom tengok apa yang menarik di Restoran Asmara Penchala. Kalau peminat Drama Akasia: Teman Lelaki Upahan, pastinya dah tahu kewujudan Asmara Penchala. Restoran ini merupakan lokasi utama penggambaran drama Teman Lelaki Upahan yang telah dijadikan restoran milik El.


Adakah ini Teman Lelaki Upahan yang anda cari? hehehe


Gong di pintu utama Restoran Asmara Penchala


Ok, back to topic. Dulunya, restoran ini pernah dikenali sebagai Bora Asmara, tapi sekarang lebih dikenali sebagi Asmara Penchala. Actually, ni first time aku sampai di Asmara Penchala. Jujurnya, bila jejakkan kaki dalam Restoran Asmara Penchala ni, memang WOW! Terpegun dengan dekorasi dan suasana kat sini. Lokasi berbuka puasa kali ni berkonsepkan dekorasi style Bali dan kontemporari. Lagi best, ambiance di Restoran Asmara Penchala ni agak tenang dan romantik.


Buffet Ramadan Felda D'Saji di Asmara Penchala



Menu Istimewa di Ansamara Penchala

Mesti korang tertanya-tanya, apa menu istimewa di Restoran Asmara Penchala kan? Ok, kalau nak tahu, antara menu yang disajikan di Buffet Ramadan Asmara Penchala by Felda D'Saji ini adalah gulai siput sedut, telur itik masak lemak, sambal hitam Pahang dan macam-macam lagi makanan Islam Nusantara yang pastinya memikat selera korang semua. Asmara Penchala juga ada menyajikan menu yang berlainan setiap hari. Untuk dipendekkan cerita, korang layan je lah eh gambar-gambar yang sempat aku rakam tempoh hari. Nah, tempek sini buat kenangan.





Antara menu yang sempat kami rasa tempoh hari adalah Nasi putih, ayam masak lemak cili padi, ayam goreng berlada, daging black pepper, daging masak Palembang, kari kambing dengan kentang, isi ikan masam manis, asam pedas ikan tenggiri/kembong/pari, sambal kupang, udang bali, telur itik masak lemak mangga muda, pajeri nenas, kangkung goreng belacan, dan sayur campur. Selain tu, paling best kami dapat rasa Nasi Beriani Gam. Perghhh, memang betul-betul POWER!


Nasi beriani gam , acar dan ayam masak lemak cili api


Aneka Kerabu

Selain sambal hitam Pahang, jangan lupa untuk merasai sendiri aneka kerabu iaitu Kerabu mangga, kerabu pegaga, kerabu taugeh, kerabu jantung pisang, kerabu sotong, kerabu selom, urab selom, dan urab pegaga


Western Station

Selain dari hidangan kampung yang sangat sedap, Buffet Ramadan di Asmara Penchala juga ada menyediakan makanan ala Italian di Italian Corner seperti Spaghetti Aglio, Spaghetti Carbonara, Seafood Kava, Ceasar Salad, Pasta Salad, Garden Salad, Waldong Salad, dan macam-macam lagi.


Laksa Station


Sup tulang rawan, sup ayam, cream of mushroom, roti putih, roti bun & portion butter.


Dessert Station


Steamboat Station


Fruits Station


Rojak buah dan jeruk


Aneka jenis minuman sejuk dan panas


Roti John, murtabak dan cucur


Ikan bakar, kambing bakar, dan wedges


Noodles Station



ABC Station


ABC Special

Memang puas hati dapat berbuka puasa kat sini. Masakan dia memang ada kick! Paling best bila dapat makan gulai telur. Favorite dari kecik-kecik lagi tu. Dapatlah lepas rindu kat kampung bila jumpa menu-menu ala kampung macam ni. Blurpppp. Alhamdulillah.



Kemudahan di Asmara Penchala

Restoran Asmara Penchala memang sesuai dipilih untuk dijadikan lokasi untuk majlis berbuka puasa bersama keluarga atau rakan sekerja, jamuan pejabat, majlis kenduri kahwin dan majlis-majlis lain. Kalau plan nak buat jamuan ramai-ramai kat sini pun boleh, kapasiti sehingga 500-800 orang mampu untuk menampung tetamu yang datang. Lagi penting, kemudahan lengkap ada disediakan termasuklah tempat parking, surau dan pentas untuk persembahan live band. Kalau inginkan suasana yang lebih privasi, pihak Asmara Penchala juga ada menyediakan bilik tertutup yang berhawa dingin.



Ruang Makan di Asmara Penchala

Satu lagi tarikan utama di Asmara Penchala, kita bebas untuk memilih tempat makan sama ada nak pilih ruang makan terbuka, ruang makan tertutup berhawa dingin atau gazebo special yang pastinya dapat memberi mood romantik.


Ruang makan terbuka bersebelahan pintu masuk


Ruang makan berhadapan pentas Live Band


Gazebo untuk 2 orang


Gazebo untuk 6-8 orang


Ruang makan terbuka


Live Band

Alhamdulillah, kami berpeluang untuk berbuka puasa di Gazebo yang mampu menempatkan kami berenam. Perghhhhh, memang layan habis dapat duduk dan makan kat sini. Romantik gitu, hehe. Memang santai, memang relax. Rasa macam tak nak balik pun ada bila duk asyik bersembang dan makan-makan kat sini. Seriously, BEST!


Caj tambahan hanya RM50 untuk makan di Gazebo


Bersama rakan-rakan bloggers: Eazy, Onie, Khai, Mawardi dan Fauzi Aryaan


Agak-agak, macam ni la eh gaya orang candle light dinner. EH!


Terima kasih Chef dan semua kakitangan Felfa D'Saji dan Asmara Penchala!


Amacam, menarik ke tak Restoran Asmara Penchala ni? Aku yakin, mesti korang teruja nak pergi kan? Seriously, highly recommended untuk korang yang inginkan suasana yang relax dan santai sambil makan-makan bersama insan tersayang tak kira bersama family, kekasih hati mahupun sahabat handai. Kalau ada yang berhajat nak pergi, jangan lupa buat reservation awal-awal. 



Untuk maklumat lanjut atau reservation, bolehlah hubungi:

Email: 
info@asmarapenchala.com

Tel No:
03-26988302

Website:

Alamat:
Lot 2933,
Jalan Sungai Penchala,
Kampung Sungai Penchala,
60000 Kuala Lumpur‎

Google Map Direction:

GPS Coordinate:
3°9’35” N 101°37’16” E



Harga Buffet Ramadan di Asmara Penchala


Oh lupa nak inform, harga Buffet Ramadan di Asmara Penchala by Felda D'Saji ialah RM 59.00 nett seorang untuk dewasa dan hanya RM 35.00 nett untuk kanak-kanak.


Selain daripada Restoran Asmara Penchala, pihak  Felda D'Saji juga mempunyai 3 lagi lokasi lain untuk Buffet Ramadan sepanjang bulan Ramadan iaitu:


Dewan Perdana Felda 
RM79 nett untuk dewasa & RM42 nett ,untuk kanak-kanak

D'Saji KL Titiwangsa
RM75 nett untuk dewasa & RM39 nett untuk kanak-kanak

Restoran Felda Villa
RM69 nett untuk dewasa & RM39 nett untuk kanak-kanak



Buffet Ramadan di Asmara Penchala by Felda D'Saji



Psssst, jadi apa tunggu lagi? Jom jom, cepat-cepat booking dan buat reservation. Dengar kata, kalau buat reservation ramai-ramai boleh dapat diskaun. Betul ke? Korang cuba lah call sendiri tanya ye. Kami dah cuba, korang bila lagi. Apapun, selamat meneruskan Ramadan Al-Mubarak!



NOTA KAKI
Terima kasih kepada Encik Syaiful kerana telah memperkenalkan kami semua dengan lokasi yang memang ohsem untuk berbuka puasa.  Terima kasih jugak kepada gang Projek Travel yang turut serta join untuk berbuka puasa beramai-ramai di Restoran Asmara Penchala. Maybe, next time boleh kita buat gathering pulak kat sini ye. InshaAllah! Next Destinasi Ramadan 2015 untuk edisi Buffet Ramadan di mana? Stay tuned!
Mesti ramai yang tercari-cari info tentang petua mencegah rambut beruban dan gugur kan? Untuk perkongsian kali ni, rasa terpanggil untuk bercerita tentang petua mencegah rambut daripada cepat beruban dan gugur. Antara petua orang dulu-dulu kalau nak dapatkan rambut yang hitam dan berkilat adalah seperti berikut:
  1. Kisar daun inai sampai lumat dan sapukan pada bahagian rambut hingga ke akar. Biarkan beberapa minit dan bilas
  2. Goreng biji betik tanpa minyak dan tumbuk hingga lumat. Kemudian, campur dengan minyak kelapa untuk dijadikan minyak rambut. 
  3. Bancuh asam jawa dan santun. Kemudian, tapis airnya. Lumur di seluruh bahagian kepala sebelum tidur dan balut dengan kepala. Akhir sekali, bilas sehingga bersih keesokan harinya
  4. Elakkan rambut daripada menggunakan bahan kimia seperti syampoo dan pewarna rambut
  5. Gosok kulit kepala dengan limau nipis

Tapi, bila bagi tips dan petua seperti yang ada kat atas ni, ada pulak orang cakap, "Kat mana nak cari bahan-bahan semua tu?". Tak kurang juga ada yang kata, "Takde masa la nak buat semua benda tu. Rumit!" 




Jangan bimbang jangan panik. Especially kepada korang semua yang ada masalah rambut beruban dan rambut gugur. Mungkin ada juga yang mengalami masalah rambut kusam, rambut rosak, kutu, rambut bercabang, rambut berbau terutama kepada perempuan yang memakai hijab, dan rambut botak terutamanya golongan lelaki yang pastinya tak dapat disembunyikan. Kini, ada teknik yang lebih mudah, cepat dan berkesan. Apa jawapannya? Tak lain tak bukan produk Feryal Miracle rejuz yang bukan sahaja mampu merawat rambut gugur malah dapat mengatasi masalah kelemumur.



Feryal Miracle Rejuv merupakan produk rambut dengan formulasi Minyak Argan dan Minyak Jojoba yang dipercayai mampu membantu masalah rambut gugur, masalah gatal kepala, masalah kelemumur, masalah rambut kusut dan bercabang, masalah rambut beruban, masalah kudis di kulit kepala dan macam-macam lagi masalah yang berkait rapat dengan rambut.

Mesti korang nak tahu kan kelebihan dan keistimewaan produk Reryal Miracle Rejuv. Meh nak share sedikit info:  
  1. Tekstur yang tidak berminyak
  2. Tidak melekit dan memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya kepada golongan yang bertudung
  3. Hanya perlu sembur 2 kali sehari
  4. Kesan boleh dirasa sepantas 7 hari


Koleksi Testimoni Pengguna Feryal Miracle Rejuv











PRODUK: FERYAL MIRACLE REJUV

HARGA: RM130 /botol 

KUANTITI : 100ML 

DETAIL PRODUK :
Boleh lihat detail produk di website berikut : http:// penawarrambutgugur.com


Apa tunggu lagi? Jom dapatkan produk Feryal Miracle Rejuv dengan segera. Kalau berminat, boleh hubungi:

SMS/WhatsApp : Taip "F70" hantar ke 013-4600998




Ataupun, untuk sebarang pertanyaan lanjut dan info berkaitan, boleh rujuk FANPAGE berikut :




Semoga, dengan perkongsian ini, sedikit-sebanyak dapat membantu korang semua terutamanya kepada mereka yang masih tercari-cari jawapan untuk mandapatkan petua mencegah rambut beruban dan masalah rambut gugur.



Destinasi Buffet Ramadan 2015 seterusnya adalah di Bangi Golf Resort (BGR). Korang dah pernah sampai ke Bangi Golf Resort? Actually, ni second time aku ke sana untuk menikmati sendiri kemeriahan dan keenakan juadah untuk buffet Ramadan di sana. Memang tidak mengecewakan, macam-macam juadah berbuka ada disediakan. Bersempena bulan Ramadan tahun ini, Bangi Golf Resort Restaurant telahpun melancarkan Buffet Ramadan bermula sejak 21 Jun 2015 sehingga 15 Julai 2015. Apa yang paling penting, BGR adalah antara resort golf yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM.


So, kalau masih tercari-cari tempat untuk buffet Ramadan, boleh cuba di BGR. Apa yang menarik buffet Ramadan di Bangi Golf Resort berbanding dengan tempat-tempat lain adalah dari segi harga. Kalau nak tahu, harga untuk bufet Ramadan kat sini bermula dari harga serendah RM27 untuk kanak-kanak dan RM55 untuk orang dewasa. 


Bufet Ramadan BGR tahun ini sekali lagi membawa konsep dapur terbuka. Antara tarikan kat sini adalah tetamu yang datang dihiburkan dengan alunan muzik Melayu Asli Tradisional yang didendangkan secara live oleh KUGIRAN. Jom kita tengok, menu apa yang menarik di Bangi Golf Resort. Cekidout!
 
 
 Antara rakan bloggers yang turut merasai kehebatan buffet Ramadan di BGR


MENU ISTIMEWA BUFFET RAMADAN BANGI GOLF RESORT (BGR)

Fuyoh, BGR menawarkan lebih kurang 200 jenis sajian istimewa. Jenuh aih nak memilih untuk makan yang mana satu. Dari masakan melayu popular, sehingga ke sajian barat dan masakan timur, semuanya ada di sini. Memang berbaloi kalau datang berbuka puasa ramai-ramai kat sini.




Orang kata, kalau buffet Ramadan takde kambing golek tak syiok kan? Hah, BGR juga ada menyediakan kambing golek untuk semua pengunjung yang suka makan kambing. Hidangan Sup Kambing Mamak pun ada disediakan di area Cooking Showcase. Tak nak makan kambing? Jangan bimbang, sate pun ada. Bagi penggemar sate, boleh pilih nak makan sate daging ataupun sate ayam bersama kuah kacang. Kuwy Teow Goreng dan Mee Goreng mamak juga ada disediakan bagi sesiapa yang tak nak makan nasi time berbuka.





Antara menu yang unik dan boleh dikatakan takde di tempat-tempat lain adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Sous yang merupakan menu signature bagi BGR untuk buffet Ramadan mereka dan boleh diperolehi di bahagian Western Appetizer. Di bahagian juga, kita boleh menikmati jenis hidangan dengan sentuhan gastronomi istimewa seperti Krim Ayam Salai dengan Facaccia Panggang. Bukan tu je, Beef Lasagna dan Grilled Boneless Chicken with Creamy Mushroom Sauce pun ada. 





Antara menu utama yang disediakan adalah Butter Prawns, Teriyaki Chicken, Black Papper Beef, Fish Fillet dengan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, Ayam Masak Ros, dan Rendang Daging Taik Minyak.Pendek kata, memang terbaik menu-menu yang disediakan. Ada umppphhh!



Apa yang lebih menarik perhatian adalah aneka jenis kuih-muih dan pencuci mulut yang penuh warna-warni. Selain juadah manis sebagai pencuci mulut, terdapat pelbagai kuih muih, puding, agar-agar dan buah-buahan tropika dan tempatan. 
 


Tak nak kuih tradision, terdapat pelbagai pilihan popular gaya barat yang ada tersedia untuk kita semua nikmati seperti Italian Tiramisu, Chocolat Eclair, Blueberry cheese Cake, Red Velvet cake, Young Coconut Jelly, Creme caramel, Mix Berry dan panna Cotta. Nak tahu apa yang menarik untuk buffet Ramadan 2015? BGR tampil dengan ciptaan eksotik terkini mereka iaitu Infused Chocolate Ganache Tarlet. Kalau korang berkesempatan ke sana, jangan lupa try tau :)


Rasanya, kalau nak senaraikan semua list makanan kat sini memang tak habis, hehe. Apa kata, korang pergi sendiri. Ajak member-member office ke, bodek bos suruh belanja ke, tak pun ajak family datang bersama untuk berbuka. Bab nak parking kereta ataupun nak solat, jangan bimbang. Pihak BGR telahpun  menyediakan sebanyak 800 lot parking secara percuma kepada korang semua. Kemudahan surau lelaki dan wanita juga disediakan untuk keselesaan semua tetamu yang hadir.
 
 
Apa tunggu lagi? Dah jumpa tempat buffet Ramadan yang murah dan cukup lengkap dengan pelbagai menu, jom cepat-cepat buat tempahan sebelum penuh. Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh menghubungi Pn. Luliy Shalwanidi talian 016-2678284 / 016-9645544 atau email bgrrestaurant@gmail.com.

Lokasi:
Bangi Golf Resort Restaurant Sdn. Bhd
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor.
Telefon
03-8925 3728
03-8210 0265 
 
Fax:
03-8925 3727
03-8925 3726
 
E-mail: 
Koordinat GPS:
2.95716N, 101.76518E
 

NOTA KAKI
Tukang ajak kali ini adalah MekOnie dan gang Projek Travel. Terima kasih banyak-banyak kepada korang semua yang sudi menggemukkan aku yang sedia gemuk ni, keh3. Terima kasih jugak kepada pihak BGR untuk menu yang sedap-sedap. Nak repeat lagi boleh? hehe. Destinasi Ramadan 2015 untuk edisi buffet Ramadan seterusnya kat mana? Tunggu!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...