WAJIB TONTON | KINGSMAN ATAU AH BOYS TO MEN 3: FROGMEN?

Antara filem yang wajib tonton buat masa sekarang adalah Kingsman The Secret Service. Ramai member-member cakap dah pergi tengok dua tiga kali di cinema. Biar betik? Best sangat ke? Jadi, semalam lepas kerja pergi lah tengok Kingsman The Secret Service untuk mengiyakan kata-kata member yang duk cerita filem ni best. Fuyoooooh, memang terbaik filem ni. Jalan cerita, plot, watak, perwatakan dan garapan keseluruhan memang terbaik. Tak boring langsung. Korang yang belum tonton lagi Kingsman ni, better pergi tengok di cinema berdekatan. Memang berbaloi. Walaupun filem ni dah agak basi, tapi still penuh panggung orang tengok. "It's ok, "better late than never." Right?



Dan sekarang, satu lagi filem yang akan ditayangkan di cinema seluruh Malaysia mulai 19 Mac 2015. Nak tahu filem apa? Hah, tengok poster tu. Tak lain tak bukan filem Ah Boys To Men 3: Frogmen. Memandangkan Kigsman aku tengok lambat, jadi untuk filem Ah Boys To Men 3: Frogmen ni aku nak jadi orang yang terawal tengok. Yeazza!


Kalau orang tanya, "Mana lagi best, Kingsman atau Frogmen?" Jujur aku boleh cakap, korang kena tengok dua-dua movie ni. Memang puas hati, boleh gelak terbahak-bahak, sarat dengan mesej dan paling penting, amat menghiburkan. Daripada filem Kingsman, aku belajar satu mesej penting, "Manners Maketh Man". Tapi, bila menonton filem Ah Boys To Men 3: Frogmen, aku belajar tentang 3 core values yang harus kita pegang dalam hidup iaitu maruah, integriti dan semangat berpasukan.  



Sebenarnya, aku berpeluang tengok filem Ah Boys To Men 3: Frogmen awal sebab dapat invitation sempena tayangan perdana di GSC Cinema, NU Sentral. Jadi, sempatlah tengok barisan pelakon filem ni bertemu peminat di Malaysia di The Ballroom,  NU Sentral sebelum tayangan.


Sebenarnya, aku tak pernah pun menonton filem Ah Boys To Men ni. Rupa-rupanya, ini dah filem ke-3 mereka. Jangan bimbang, kalau korang senasib macam aku yang tak pernah follow movie ni sebelum ni, still boleh faham jalan cerita dia. Aku boleh jamin, lepas korang habis je tengok filem ni, korang akan cakap, "Wow, best giler!". Lepas habis je tengok filem ni, terus rasa macam nak cari dan tengok filem ni yang pertama dan ke-dua. Apapun, untuk peminat filem Ah Boys To Men 3: Frogmen, jangan lupa untuk menonton di cinema mulai 19 Mac 2015 ini.


“Ah Boys to Men 3: Frogmen”

Pengarah
Jack Neo



Pelakon

Wang Wei Liang
Lobang

Maxi Lim
Wayang King

Joshua Tan
Ken Chow

Tosh Zhang
Sergeant Alex Ong

Charlie Goh
Wei Ming

Wasley Wong
Hei Long
 
Bunz

Jasper

Genre
Komedi, Aksi

Mula diyangkan di Malaysia pada 19 Mac 2015


Sesi bertemu peminat di The Ballroom, NU Sentral

 
7 Fakta Menarik Tentang Filem Ah Boys To Men 3: Frogmen
  1. Edisi ketiga daripada pengarah Singapura, Jack Neo, dalam siri “Ah Boys to Men”
  2. mencatat rekod baru di Singapura bersempena Tahun Baru Cina dengan pengumpulan tiket sebanyak SGD$2.8 juta
  3. Tayangan “box office” ini telah mencapai SGD$6.4 juta, dengan jumlah pungutan dijangka mengatasi jualan tiket untuk “Ah Boys to Men” 
  4. Disiarkan oleh MM2 Entertainment, 
  5. Komedi aksi tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapura
  6. Tentera Laut memerlukan kesemua pelakon muda ini untuk menampilkan tahap kecerdasan yang tinggi untuk menjayakan watak angkatan tentera elit. 
  7. Kesemua pelakon telah diberikan latihan intensif 3 bulan untuk memastikan tahap kecerdasan mereka adalah berpatutan. 



Sinopsis:

Ah Boys to Men 3: Frogmen menceritakan pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi, Ah Boys ini ditempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya Pulau Tekong. Watak utama termasuk Ken Chow (Joshua Tan), anak muda yang selalu cuba mengelakkan NS, Aloysius Jin/Wayang King (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinnya, Lobang (Wang Wei Liang) yang selalu cuba menipu rakan kabinnya. Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas. Selaku satu unit, mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ini mampu menjadi satu daripada unit tentera elit Singapura, iaitu “frogmen



Personally, aku suka filem Ah Boys to Men 3: Frogmen ni sebab sedikit-sebanyak dapat bagi inspirasi dan motivasi. Klise kan ayat? Seriously, aku dapat beberapa mesej penting melalui beberapa watak dalam filem ni. Antaranya, semangat berpasukan. Bila sorang buat salah, semua kena hukuman. Sebab sayangkan kawan-kawan, orang yang bersalah akan tampil ke depan dan buat pengakuan. Satu lagi, setiakawan. Walaupun pada awalnya mereka berpuak-puak, ikut kepala masing-masing, tapi bila masing-masing sedar tentang semangat sepasukan, mereka mula bersatu dan merendahkan ego masing-masing. Last but not least, pengorbanan. Boleh tengok pengorbanan yang dilakukan oleh watak Lobang. Kalau nak tahu apa yang Lobang buat, kena tengok filem Ah Boys to Men 3: Frogmen ni. 
 
 
Malas lah nak jadi spoiler, wakaka. Apa yang penting, gerenti korang akan gelak dan at some point touching bila tengok filem ni. Pesanan untuk gadis-gadis, bersiap-sedia untuk juling mata tengok abang-abang sado berlakon, LOL. Kalau Kingsman boleh bagi 9/10, filem Ah Boys to Men 3: Frogmen pun aku bagi 9/10. Sama-sama best, sama-sama menghiburkan. Kenapa perlu pilih salah satu kalau kita berkesempatan untuk tengok kedua-duanya, ye dak? Anyway, ENJOY THE MOVIE!

Post a Comment

0 Comments