PASTRY CROWN PIZZA YANG PERTAMA DI MALAYSIA HANYA DI SINI

"Eh, tak best la makan pizza. Topping kat tengah sikit je, roti kat tepi banyak"

"Membazir la makan pizza. Roti kat tepi tawar, tak best makan. Makan yang tengah je lah"


Ini antara monolog dalaman aku bila berdepan dengan mana-mana pizza. Tak kira jenama D, jenama T, jenama P, mahupun jenama Pizza Hut. Tapi, bila Pizza Hut memperkenalkan pizza baru mereka iaitu Pastry Crown dengan topping hebat #CrazyMashUp, aku rasa inilah pizza yang aku cari selama ni. Nak makan pizza, dalam masa yang sama nak makan pastri yang enak di bahagian tepi? Pastry Crown di Pizza Hut ada jawapannya. Aku suka style pizza macam ni lebih-lebih lagi bila pizza seumpama ini merupakan yang pertama dilancarkan di Malaysia.Tak payah pilih, "nak makan pizza ke nak makan pastri?" Order je Pastry Crown Pizza, dapat kedua-dua. Fair enough!



Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pizza Hut mengadakan satu majlis makan-makan bersama bloggers untuk memperkenalkan Pastry Crown yang baru dilancarkan. Menjadi antara orang yang terawal merasai dan menikmati kehebatan rasa Pastry Crown Pizza dengan topping yang hebat, memang satu pengalaman yang cukup bermakna. Mungkin ada yang tertanya-tanya, "apa beza Pastry Crown Pizza dengan pizza-pizza lain sebelum ni?" Jawapannya mudah, rasa lebih hebat dan enak. Kalau tak percaya, ce try pergi sendiri beli sebiji dan makan. Belum cuba belum tahu, ye dak?



Keunikan Pastry Crown adalah kombinasi lapisan inti manis dan lazat berserta kerak keju tiga rasa yang dilapisi dengan pastri mentega garing keemasan. Orang yang suka makan pastri dan keju macam aku, memang kena dengan selera dan citarasa. Mungkin ada yang berpendapat, "Eh, manislah pastri kat tepi tuh". Jangan bimbang, rasa manis pastri boleh diseimbangkan dengan rasa hebat gabungan limpahan ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, capsicum merah, keju mozzarella dan sos istimewa BBQ Tennesse. Kalau rasa tak padan juga dengan kombinasi yang ada, boleh request sos cili atau tabur blackpepper untuk rasa yang lebih umphhhh.



Pastry Crown Pizza ini hanya boleh didapati di outlet Pizza Hut seluruh Malaysia bermula 28 Januari 2015 sehingga 31 Mac 2015. Jadi, kalau tak nak  kempunana, boleh la pergi try di Pizza Hut berdekatan dengan anda. Kalau malas nak terjah outlet Pizza Hut, boleh je buat pesanan melalaui talian 1-300-88-2525 untuk khidmat delivery.



Tahu tak apa ni? Tak lain dan tak bukan Yee Sang iaitu sejenis salad mentah yang popular bagi masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru Cina. First time try Yee Sang, hermmm not bad.



Actually, ni first time aku berpeluang untuk main lambung-lambung Yee Sang. Walaupun hakikatnya aku tak pandai pegang chopstick, slumber badak je buat-buat terror. So, azam tahun baru ni, sempena tahun Kambing nak belajar makan guna chopstick. Mudah sikit nak sepit hidung dan telinga orang yang degil, wakaka. Don't laugh! Aku menang pertandingan sepit guli guna chopstick ok malam tu, haha. Oh, sebelum terlupa jangan lupa cekidout liputan daripada Media Hiburan berkaitan Pizza Hut's Pastry Crown Pizza Bloggers Party di sini.


Bukan itu saja, malah majlis makan-makan kami dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis terkenal tanah air iaitu Marsha Milan. Cantik bergaya dengan berbaju merah mak ngah, memang mengikut tema Tahun Baru Cina, hehe.



Tak meriah rasanya majlis makan-makan kalau takde member-member bloggers. Turut hadir bersama dan makan semeja adalah blogger Fauzi Aryaan yang menang best dress dan blogger Budak Pacak, Khai Artzfar.



Bukan tu je, ramai lagi rakan bloggers yang hebat-hebat datang bersama memeriahkan majlis makan-makan sempena CNY ni. Antaranya food blogger hebat Malaysia, Hazman Fadzil dan MahaMahu. Then, Cik Lily Putih, Kifly Mallly, Nani Isa, Nazlan, Ruby dan Yana Yassin pun ada. Memang havoc habis kalau ada dorang nih. Jadi, kalau korang nak buat event makan-makan sempena CNY ni, apa kata korang pilih Pizza Hut sebagai lokasi untuk makan besar. Nak yang tempat tak crowded, boleh try pergi ke outlet Pizza Hut terbaru iaitu di Pizza Hut Quill City Mall (tingkat 2) yang berdekatan dengan stesen monorail Medan Tuanku.


Muka happy kekenyangan


Mana tak kenyang kalau dah hirup mushroom soup yang creamy


Tambah lagi aneka juadah dalam Pizza Platter


Dan penutup dengan Oven Baked Cookie Sundae


Apapun, terima kasih Pizza Hut Malaysia untuk seguni buah oren melengkapkan lagi CNY tahun ini


Untuk sesiapa yang tak sabar-sabar nak try Pastry Crown Pizza yang baru di Pizza Hut, anda hanya perlu tambah RM6 untuk upgrade dari pizza biasa dan menikmati Pastry Crown Pizza. Selain tu, korang juga boleh dapatkan Pastry Crown Pizza ni dalam kombo Huts Delight Meal atau Big Double Box.




Promosi istimewa sempena CNY, korang boleh dapatkan Big New Year Box (hidangan untuk 3-4 orang) pada harga istimewa iaitu RM47.90 (dengan penjimatan sebanyak RM11.80). Apa yang korang akan dapat? Boleh rujuk gambar kat atas tu iaitu Piza Pastry Crown (saiz biasa), 6 ketul drummet New Orleans, garlic bread, 6 ketul spicy chicken fingers dan 2 sup cendawan. Volah!

Delivery
1 300 88 2525

Facebook
Twitter
Instagram

Post a Comment

0 Comments