Perangai aku, kalau ada benda baru di pasaran mesti nak cuba. Contohnya, ayam KFC yang terbaru iaitu Tasty Travels Bombay Fiery Crunch. Korang dah cuba ke belum? Kalau mengikut lidah aku, boleh katakan ia sedap sebabnya pedas dan rangup.Pendek kata, kena dengan citarasa. Itu cerita KFC.




Meh nak cerita pasal Pizza Hut Malaysia pulak.Selepas memperkenalkan pizza Taste of Italy dan Pan Pizza, kini Pizza Hut Malaysia memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu Jam-Packed Pizza. Macam mana tu? Aku pun tak sabar juga nak cuba bila dengar orang duk sebut-sebut namanya. Nak tahu juga apa keistimewaan dan keenakan pizza terbaru di Pizza Hut ni berbanding pizza-pizza yang lain. Dengar nama macam gah, agak-agak rasanya ok tak? Jom kita cuba.


BLOGGER PARTY


Jadi, sempena Pizza Hut Jam-Packed Pizza Blogger Party yang bertempat di Pizza Hut Maju Junction, aku tak lepaskan peluang untuk menjadi antara orang yang terawal merasai pizza terbaru di Pizza Hut. Mak aih, tengok gambar poster tu pun dah boleh buat aku meleleh air liur bhai, apatah lagi bila tengok yang real depan mata.



Nah, tengok macam mana Jam-Packed Pizza diperaga dan menggoda jiwa. Bila tengok pizza ni, first thing first, kita snap gambar dulu. Uish, nampak dah sedap, makan confirm double-triple sedapnya.



Blogger Party bersama Pizza Hut memang meriah. Lagi-lagi dengan kehadiran blogger-blogger havoc macam Nannie, Cik Lily, Hazman Fadzil, Deqnoor, Mahamahu, Eazy, Dikbee, Fauzi Aryaan, Kifly Mally dan Potia.

JAM-PACKED PIZZA


Tarikan utama di Pizza Hut Malaysia bermula 4 November 2014 adalah Jam-Packed Pizza. Apa yang jam? Apa yang packed? Hah, jom kita rungkaikan persoalan ini. Pizza 2 lapisan, keju 3 rasa dan inti berganda. Itu lah yang dapat diungkapkan kalau orang tanya pasal Jam-Packed Pizza. Pastinya, korang akan menikmati cetusan rasa yang hebat dalam satu pizza.



Sesuai dengan namanya Jam-Packed Pizza, ia padat dengan segala rasa yang korang inginkan. Antaranya, sos, inti dan juga keju 3 rasa yang pastinya menjanjikan dua kali kenikmatan dalam setiap kunyahan. Belum cuba, belum tahu!
Jam-Packed Pizza baru ini disusun dalam dua lapisan inti bertingkat dengan dua kelazatan dalam setiap sajian. Apa yang menjadikan pizza ini istimewa adalah kerana kerak limpahan keju yang dilapisi tortilla rangup bersama pepperoni ayam dan sensasi sos pesto. Digandingkan lagi dengan chicken pepperoni florets, lada benggala serta hirisan daging ayam yang cukup lazat dan umphhh! Pizza lapisan bawah pula lengkap dengan kepingan pepperoni ayam dan bahan-bahan segar yang lain. Pendek kata, pizza ini memang padat dengan pelbagai rasa.


MENU-MENU ISTIMEWA

Selain daripada menu utama iaitu pizza, Pizza Hut Malaysia juga menyediakan menu-menu beraneka rasa untuk appertizer, pasta mahupun dessert. Dalam banyak-banyak menu yang dicuba, rasa nak repeat order Molten Lava Cake. Memang favorite dari dulu sampai sekarang. Kalau datang Pizza Hut, memang kena order dessert. Superlicious! Kat bawah ni ada disenaraikan beberapa menu istimewa di Pizza Hut.

Pollo Arrabiata Spagetti

Creamy Fondue

Sharing Platter

Cinnamon Twist

Molten Lava Cake


INSTAGRAM CONTEST

Alang-alang pergi makan Jam-Packed Pizza di Pizza Hut tuh, apa kata korang bawa monopod sekali dan selfie ataupun groufie bersama pizza dan post di Instagram. Berita baik untuk korang yang ada akaun Instagram, pememang contest ini akan memenangi voucher Pizza Hut bernilai RM50. So, mesti cuba! Kalau bernasib baik, boleh menang voucher.



Syarat-syarat contest
  1. Selfie bersama Jam-Packed Pizza. Lagi ramai, lagi bagus.
  2. Letakkan hashtag #JamPackedPizza , #JamPackedSelfie dan #PizzaHutMalaysia
  3. Post di instagram dan pastikan akaun anda adalah PUBLIC!


Masa blogger party malam tuh, gambar ni terpilih dan berjaya memenangi hadiah daripada pihak Pizza Hut Malaysia. Selain contest selfie, ada juga contest tweet paling kreatif dan lucky draw. Alhamdulillah, murah rezeki malam tu. Contest selfie di instagram menang, contest tweet pun menang. Thank you Pizza Hut Malaysia!



Antara bloggers yang berjaya menang contest dan cabutan bertuah di Blogger Party Pizza Hut. Antaranya Cik Lily Putih, Eazy, Fauzi Aryaan, Potia, dan Dikbee. Masing-masing senyum lebar bila menang, hehe.


Jadi, apa tunggu lagi? Sama ada makan di restoran, dibawa pulang, ataupun dengan khidmat penghantaran dengan tambahan hanya RM6, anda boleh menikmati Jam-Packed Pizza melalui Kombo Huts Delight Meal, Big Double Box ataupun Big Variety Box. Jangan lupa untuk join contest #JamPackedSelfie untuk memenangi voucher dari Pizza Hut Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh terjah laman media sosial Pizza Hut Malaysia. Pizza Hut Malaysia hanya di hujung jari anda!

Delivery
1 300 88 2525

Facebook
 
Twitter
 
Instagram
Magnum Cafe Kuala Lumpur kini dibuka di Midvalley. Lagi menarik, Magnum Cafe ini adalah yang pertama di Malaysia. Biasanya, kita tengok orang duk share gambar Magnum Cafe di luar negara dalam media sosial. Hari ini, kita sendiri dapat merasa dan menikmati ais krim Magnum di Magnum Cafe.



Outlet Magnum Cafe Kuala Lumpur terletak di aras 3 Midvalley Megamall iaitu satu aras dengan GSC Cinema. Untuk pengetahuan korang, Magnum Cafe Kuala Lumpur ni menarik sebabnya ada dua aras. Jadi, boleh pilih sama ada nak duduk di bahagian bawah ataupun di bahagian atas. Pastinya, interior design Magnum Cafe amat menarik dan teratur sekaligus menjanjikan persekitaran yang kondusif untuk sesiapa saja yang datang.



Sebenarnya, ais kirim kat sini dengan ais krim yang dijual di supermarket sama saja. Cuma, kat sini lagi istimewa sebab korang semua akan dapat lihat sendiri pengalaman macam mana untuk buat dekorasi bagi ais krim masing-masing yang dipilih ikut citarasa masing-masing. Lagi satu, variati ais krim di Magnum Cafe ada macam-macam jenis. Kalau korang adalah kaki suka ais cream, chocolate dan dessert, memang inilah tempatnya. Memandangkan Magnum Cafe ini pertama di Malaysia, pb pun jadi excited nak cuba sendiri apa yang istimewa di sini. So, sempatlah meninjau keadaan pada hari pertama pembukaannya di Midvalley Megamall.


6 Langkah Mudah Menikmati Ais Krim Magnum




Untuk pertama kali datang ke Magnum Cafe, pastinya kita terpinga-pinga. Misalnya, nak order apa? Harganya macam mana? Apa yang best? Dan seangkatan dengannya. Pertama sekali, korang kena tengok menu yang ada. Decide nak try yang biasa atau yang best-best. Ais krim Magnum dengan harga terendah kat sini adalah RM9.90 iaitu ais krim Magnum dengan 3 topping. Jadi, untuk percubaan  pertama, kita try yang paling murah. Nak test power orang kata. Dan, langkah-langkah untuk mendapatkan ais krim Magnum mengikut citarasa sendiri adalah seperti berikut:



[1] Coat it
Pilih salutan ais krim sama ada chocolate, dark chocolate ataupun white chocolate

[2]Top it
Pilih topping yang disukai


Ini antara topping yang ada iaitu almond, mango, cookies, dan macam-macam  lagi. Pilih yang mana rasa berkenan dan sedap.



[3] Drizzle it
Tabur sekata topping yang dipilih tadi

[4] Set it
Pilih salutan terakhir ais krim anda sama ada chocolate, dark chocolate atauapun white chocolate.



Sentuhan terakhir proses penyediaan ais krim Magnum dengan salutan coklat kegemaran anda. Pilih rasa favorite, chocolate, dark chocolate atauapun white chocolate.



[5] Share it
Kongsikan pengalaman anda menikmati ais krim Magnum di Magnum Cafe sama ada di facebook, twitter mahupun di instagram dengan hashtag #MagnumKL

[6] Love it
Kongsikan keriangan dan nikmatilah keenakan ais krim kegilaan ramai. You'll love it!


Mudah je kan? So, boleh la try pergi usha-usha Magnum Cafe di Midvalley nanti. Ok, jom kita tengok apa  hasilnya selepas pilih topping dan salutan coklat.




Inilah hasilnya. Chocolate ice cream dengan salutan white chocolate dan dihiasi dengan 3 topping pilihan iaitu mango, almond dan cookies. Nampak mengancam kan? Hah, rasanya juga mengancam macam harganya.



Apa buang masa lagi? Jom lah kita cuba keenakan ais krim Magnum. Korang boleh pilih sama ada nak dine in ataupun take away. Kalau dine in, korang akan dihidangkan juga dengan plain water untuk menghilangkan haus dan dahaga.




So, kalau korang teringin nak try makan ais krim Magnum di Magnum Cafe dengan susasana dan persekitaran yang berbeza, boleh pakat datang ke Midvalley. Mungkin rasanya hampir sama dengan ais krim Magnum di supermarket, namun presentation dan pengalaman kat sini, berbeza. Boleh cuba walaupun hanya sekali. Bukan apa, sekadar untuk mencuba sesuatu yang baru.


Location
Magnum Cafe Kuala Lumpur
T-023, 3rd Floor (same wing as GSC Cinemas)
Mid Valley Megamall
Business hours
Sunday to Thursday (10am to 10pm)
Friday & Saturday (10am to 12am, last call at 11.30pm)
Pasport Malaysia antara yang terbaik di dunia? Betul ke? Hah, kalau nak tahu, jom kita tengok apa kriteria pasport untuk dinobatkan sebagai pasport terbaik. Pertamanya, sudah pasti dari segi kuasa pasport itu sendiri. Keduanya adalah dari segi pembuatan.


Bagaimana nak tentukan kuasa pasport?

Sudah pasti dari segi akses tanpa visa ke negara-negara lain, sama ada banyak atau sedikit. Contohnya, penduduk Malaysia nak  ke China, kena ada visa. Kerana apa? Kerana pasport yang kita ada tak cukup berkuasa untuk masuk ke China. Makanya, walaupun dah ada pasport, penduduk Malaysia tetap kena apply visa sebelum pergi ke China.  Sejauh manakah kuasa pasport Malaysia? Hah, yang tu kita tengok ranking jap lagi ye. Scroll down!


Bagaimana nak tentukan kualiti pembuatan pasport?

Ya, tak semua rakyat Malaysia ada passport. Aku sendiri pun baru je buat dan baru je ada. Bila tengok pasport Malaysia, aku akui kualiti pembuatannya agak kemas dan teliti. Especially ciri-ciri keselamatan untuk elakkan pasport kita dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Material yang digunakan jugak agak baik dari segi kualiti especially part yang terpampang gambar kita tuh.Selain itu, ciri keselamatan dan pelaksanaan pasport Malaysia, sama seperti kebanyakan pasport negara lain dalam senarai yang digariskan oleh Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Keistimewaannya adalah pemegang pasport Malaysia dapat menikmati kemudahan e-servis dan pintu pemeriksaan automatik (autogate) yang disediakan oleh negara-negara anggota ICAO di seluruh dunia.


Kedudukan Pasport Paling Berkuasa di Dunia

Tempat pertama
Passport United Kingdom, Finland dan Sweden 
Akses tanpa visa ke 173 negara

Tempat ke-2
Passport Amerika Syarikat, Jerman, Denmark dan Luxembourg 
Akses tanpa visa ke 172 negara

Tempat ke-3
Passport Itali, Belgium dan Belanda 
Akses tanpa visa ke 171 negara

Tempat ke-4
Passport Ireland, Kanada, Perancis, Jepun, Norway, Portugal dan Sepanyol 
Akses tanpa visa ke 170 negara

Tempat ke-5
Passport Switzerland, Austria dan New Zealand 
Akses tanpa visa ke 168 negara

Tempat ke-6  
Pasport Australia, Singapura dan Greece  
Akses tanpa visa ke 167 negara

Tempat ke-7
Pasport Korea Selatan 
Akses tanpa visa ke 166 negara

Tempat ke-8
Pasport Iceland 
Akses tanpa visa ke 165 negara

Tempat ke-9
Pasport Malaysia berkongsi kedudukan bersama Malta 
Akses tanpa visa ke 163 negara


Pasport paling lemah di dunia

Tempat pertama
Pasport Afghanistan 
Hanya ke 28 buah negara tanpa visa

Tempat ke-2
Passport Iraq
Hanya ke 31 buah negara tanpa visa 

Tempat ke-3
Passport Somalia dan Pakistan
Hanya ke 32 buah negara tanpa visa 


Hah, dah tengok kedudukan Pasport Paling Berkuasa di Dunia? Hebat juga kuasa pasport Malaysia, ye dak? Power! Persoalannya, negara mana yang kita perlukan visa sebagai rakyat Malaysia atau pemegang pasport Malaysia untuk travel? Itu semua bakal aku kongsikan dalam entri-entri yang akan datang. Jom cari info, sediakan buku merah, ayuh kita mulakan kembara di bumi Allah!


Sumber rujukan: Astro Awani
Spanish Food sudah, Russian Food pun sudah. Kali ini, ayuh kita cuba Indian Food pulak. Untuk destinasi kali ini, kita cuba "Spices of Chennai Buffet" di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Penampilan khas Chef Selebriti, Chef Ricky Narayanan menghidangkan masakan Authentic South Indian dengan aneka juadah istimewa India pasti memikat selera anda.  


 Chef Ricky Narayanan bersama barisan penari kebudayaan Ancasa Hotel KL


Rempah-ratus asli


Spices of Chennai Buffet dihidangkan setiap hari bermula 3 November 2014 sehingga 14 November 2014. Promosi hebat selama 2 minggu ini sempena mempromosikan "Spices of Chennai".




Jadi, kepada semua penggemar makanan India, jangan lupa untuk datang mencuba hidangan istimewa daripada Chef Ricky Narayanan. Macam-macam signature dishes yang disediakan di bahagian Indian Section buffet.




Antara masakan tradisional yang ditampilkan di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ini adalah ayam masala dan beberapa juadah tradisi popular India. Jom, kita tengok apa yang menarik!


Variasi masakan India


Kuih tradisional dan manisan India


 Pencuci mulut yang pastinya memikat selera


Antara menu istimewa utama adalah mutton varuval , chicken parattal , kurmas , thosai , vadai , idli , vattal , payasam , gulab jamun dan bermacam-macam jenis manisan India.


Tomato Rice - Mutton Kurma Tanjoore
 Chicken 65 Chennai - Prawn Sambal
Fish Curry Timchi - Dhalca


Wow, dah excited nak cuba masakan India. Apa yang pb cuba? Sudah pasti menu utama yang dihidangkan. Nasi tomato bersama mutton kurma, sambal udang, ayam 65 Chennai, Kari Ikan, dan Dhalca. Pendek kata, lengkap satu pinggan. Paling best Mutton Kurma. Torbaik!!!


Set lengkap Nasi Tomato


Cendol dan pencuci mulut


Ini lagi satu tarikan, cendol! Datang makan tengah hari kat sini, dengan cuaca panas terik, memang kena bila dapat makan cendol. Nyaman! Rasa cendol kat sini memang power! Semangkuk besar, licin dikerjakan, hehe. Dessert? Tak lain tak bukan try pudding dan kuih favorite iaitu cream puff. Blurppp, kenyang. Settle je makan terus balik office dengan perut kekenyangan. Terima kasih pihak Ancasa Hotel dan Ms Paris Ashiqin (Desntination Malaysia) untuk jemputan kali ini.


Spices of Chennai


Kalau berminat nak cuba, jangan lupa datang ke Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Mesti ada yang tanya, Ancasa Hotel KL kat mana ye? Kalau nak tahu, Ancasa Hotel KL terletak berdekatan dengan LRT Plaza Rakyat,  menapak sikit je dah sampai. So, tak payah risau jem ke apa. Kalau malas nak drive, ambil je LRT. Orang-orang yang kerja area bandar Kuala Lumpur, memang mudah nak datang time lunch hour. Tak pun, kalau nak buat majlis makan-makan bersama rakan-rakan office atau family, boleh la buat tempahan awal-awal. Pakat ramai-ramai dan booking untuk try Spices of Chennai.


Promosi hebat ini khas untuk buffer lunch bermula jam 12 tengah hari sehingga 230 petang dan juga buffet dinner bermula 7 malam sehingga 10 malam. Apa tunggu lagi? Cuma tinggal beberapa hari lagi sebelum promosi berakhir. Dengan harga yang cukup-cukup berpatutan, pada kadar RM45++ untuk dewasa dan RM22.50++ untuk kanak-kanak, anda boleh cuba merasai sendiri menikmati sensasi Spices of Chennai.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan, boleh hubungi pihak Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur di talian 603 – 2026 6060.
Tempoh hari, pb ada share pasal hidangan special Spain (klik sini). Kali ini, jom kita kenali pula 12 hidangan istimewa Rusia yang sempat pb cuba semasa menghadiri sesi luncheon pihak Kedutaan Rusia di Malaysia bersama media di Russian Centre for Science and Culture yang terletak di Jalan Ampang. Tak dapat nak pergi Rusia,try makanan Rusia di Malaysia pun jadi la. Ye dak?


Mungkin ada yang tertanya-tanya, HALAL ke makanan Rusia yang dihidangkan? Jangan bimbang, pihak Kedutaan Rusia amat concern pasal isu ini terutamanya bila rata-rata tetamu yang hadir adalah Muslim. Jadi, semua hidangan yang disediakan untuk kami adalah hidangan berasaskan sayur-sayuran (vege). Bila sebut saja pasal sayur, mesti ramai yang tak suka kan? Yes, I'm too. Tapi, percayalah hidangan Rusia yang berasaskan sayur-sayuran ini memang sedap. Pendek kata, orang yang tak berapa suka sayur pun boleh makan. Ok, jom kita tengok apa menu istimewa yang dihidangkan kepada kami.


12 Hidangan Istimewa Rusia


Mr Alexander Gulko
Director of Russian Centre for Science and Culture

Sebelum kami menjamu selera, Mr Alexander Gulko, Director of Russian Centre for Science and Culture bercerita mengenai Rusia. Memang menarik, lagi-lagi bila dapat tahu hubungan diplomatik antara Malaysia-Rusia dah terjalin lama dan sudahpun mencecah 100 tahun.  


Her Excellency Lyudmilla G. Vorobyeva
Russian Ambassador to Malaysia

Seterusnya, kami mendengar pula perkongsian daripada Her Excellency Lyudmilla G. Vorobyeva Russian Ambassador to Malaysia tentang Battle of Penang 1914 Kalau nak tahu, di situlah bermula titik-tolak hubungan baik antara Malaysia dan Rusia. Betullah orang kata, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Moral of the story, kita pun sebagai manusia, jangan pernah lokek untuk menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja tak kira bangsa ataupun agama terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan dalam kehidupan kita sehari-hari.



Kami juga dapat tahu tarikan dan keistimewaan Rusia dengan lebih mendalam. Aishh, tiba-tiba rasa macam nak gi jejak kaki je ke Rusia nanti. InsyaAllah, kalau panjang umur, murah rezeki, boleh la pergi ke sana. Jom, kita tengok apa kata Her Excellency Lyudmilla tentang "Russian Top3" dari kacamata beliau.


LANDMARK
1.       Kremin
2.       Hermitage
3.       St. Basil Cathedral
LITERATURE
1.       Tolstoy
2.       Dostoyevsky
3.       Pushkin

MUSIC
1.       Tchaikovsky
2.       Rachmaninoff
3.       Scriabin

ANIMALS
1.       Bear
2.       Dog
3.       Amur Tiger

FOOD
1.       Blini
2.       Caviar
3.       Vodka

SPORTS
1.       Ice skating
2.       Hockey
3.       Sochi winter Olympic Games

SOUVENIRS
1.       Matryoshka dolls
2.       Gzel Porcelain
3.       Pavlovo shawl

LANGUAGE
1.       Complicated
2.       Complicated
3.       Very complicated!



Paling best, kami dihiburkan dengan persembahan tarian Rusia yang dipersembahkan oleh adik-adik comel ni. Untuk video penuh, boleh layari channel youtube penaberkala dan jenis-jenis tarian kebudayaan Rusia akan dikongsi dalam entri seterusnya.

Antara rakan bloggers yang turut serta




Ok, nampaknya semua tak sabar nak tahu 12 hidangan Rusia kan? Nampak tu, rakan bloggers pun excited nak try hidangan Rusia buat pertama kalinya. Here we go!


12 HIDANGAN ISTIMEWA RUSIA | LUNCHEON BERSAMA KEDUTAAN RUSIA


Koorinie Kotleti s Gribami
Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms


Ryba Pod Marinadom
Fish Marinated In Carrot Sauce


Zharenaya Kartoshka s Gribami
Potatoes Fried with Mushrooms


Blini s Semgoi
Pancakes with Salmon


Marinovannya Gribiy
Marinated Mushrooms


Salat Olivie
Olivier Salad


Rulet iz Baklazhanov s Gribami
Eggplant Rolls with Mushrooms


Pirozhki s Kuritsei
Puffs with Chicken


Pirozhki s Kapustoy
Puffs with Cabbage


Kyrinyi Rulet s Gribami
Chicken Rolls with Mushrooms


Ovoschi
Vegetables


Frykti
Fruits


Sambil duk makan-makan, sembang-sembang tu sempat lagi diorang belajar baca paper Russia. Faham ke tak tu? Ke duk usha-usha gambar je? Wakakaka

Mr Gulko melihat telatah bloggers membaca surat khabar Rusia


Secara keseluruhannya, memang best dapat try hidangan Rusia. Harap, di masa akan datang akan ada pulak sesi belajar memasak hidangan Rusia. Kita ajar dorang masakan Malaysia, diorang ajar kita masakan Rusia. Amacam, ok tak? Then, baru lah kita boleh buat masakan fusion Malaysia-Rusia, hehe. Kat bawah ni ada sedikit info tambahan pasal masakan Rusia.



Masakan Rusia banyak menggunakan ramuan ikan, ayam, itik, cendawan, beri, dan madu. Tanaman rai, gandum, barli, dan sekoi dijadikan ramuan untuk pelbagai jenis roti, penkek dan bijiran, dan juga minuman kvass, bir dan vodka. Roti hitam agak popular di Rusia berbanding dengan negara lain.

Masakan Rusia yang pelbagai budaya terdiri daripada sup-sup seperti shchi, borsch, ukha, solyanka dan okroshka; penkek seperti pirozhki, blini dan syrniki, hidangan berdaging seperti kiev ayam (asal Ukraine), pelmeni (asal Tatar), shashlyk (asal Kaukasus) dan golubtsy (kubis gelung berisi daging); dan salad seperti salad Rusia, vinaigrette dan Ikan Hering Siang. Smetana merupakan krim masam pekat yang melengkapi sup dan salad.

Sumber: Wikipedia



Apapun, terima kasih pb ucapkan kepada Ms Paris Nurashiqin dari Destination Malaysia untuk jemputan ke luncheon bersama Kedutaan Rusia. Tidak ketinggalan, setinggi penghargaan kepada Ms Polina dan seluruh warga Kedutaan Rusia untuk hidangan yang istimewa. Thank you so much!
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...