Friday, April 4, 2014

#DapurPB : Kerabu Ayam

Ramai jugak ye yang duk usha tengok menu-menu bujang yang dah dikongsi sebelum ni. Bagi yang belum tengok lagi apa menu yang dah dikongsi, boleh intai-intai kat sini:





Hah, kali ni mai nak tambah lagi satu menu di segmen #DapurPB. Menu kali ni kita panggil Kerabu Ayam. Cukup senang, cukup mudah, cukup cepat untuk buat Kerabu Ayam. Tak percaya? Ce try buat. Di hujung minggu ni, duk rumah, takde nak gi mana-mana boleh cuba buat untuk mak ayah dan keluarga kat rumah masing-masing. 


Bahan-bahan untuk sediakan Kerabu Ayam


Bahan-bahan yang diperlukan pun tak payah. Hanya perlu beberapa bahan asas mengikut kehendak dan citarasa masing-masing. Cuma mix and match. Untuk rasa masam, ada orang guna asam jawa, ada orang guna cuka, dan ada juga yang guna limau nipis. Boleh pilih mana yang rasa berkenan di hati. Bahan-bahan lain ada disenaraikan kat bawah:

  1. Bawang merah - dimayang
  2. Kacang panjang - dipotong
  3. Serai (2-3 batang) - dihiris nipis
  4. Lada ((5-10 biji) - dipotong
  5. Bunga kantan (1 batang) - dihiris nipis
  6. Limau nipis (2 biji) - diperah
  7. Gula -  secukup rasa (dilarutkan dalam perahan limau nipis)
  8. Ayam - direbus sehingga empuk dan dipotong dadu

TIPS: Nak lagi menarik dengan warna-warni, boleh tambah tomato (potong dadu). Mungkin ada yang nak perasa tambahan, boleh tambah sedikit sos cili. Nak lagi meriah, boleh letakkan hirisan sotong atau udang rebus sekali. Terpulang pada kreativiti masing-masing.


Cara nak sediakan mudah je, campur kesemua bahan dan gaulkan dengan penuh kasih sayang, keh3. Buat sambil tengok tv pun boleh. Kejap je.


Kerabu Ayam siap sedia untuk dihidangkan

Gaul-gaul untuk beberapa minit, dah siap untuk dihidangkan. Nak makan dengan nasi pun boleh, makan kerabu saja pun best. Layan....Selamat mencuba!


notakaki:Ambo share menu-menu hok mudoh jah. Mano tahu ado oghe hok berminat nak try buat dan try make ko dih? Semoga bermanfaat la deh. Omnomnom :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger