Saturday, March 29, 2014

Sepetang di Kalumpang Resort and Training Centre

Destinasi seterusnya selepas aktiviti skodeng burung di Kuala Kubu Bharu adalah ke Kalumpang Resort and Training Centre. First time dapat tahu, rupa-rupanya ada nama tempat Kalumpang di Selangor. Sekali sebut macam "kulempang" pun ada,keh3. Selain makan steamboat di Kalumpang, salah satu tarikan kat sini adalah di Kalumpang Resort and Training Centre. Sebab apa? Hah, kena baca sampai habis kalau nak tahu....
 


Pintu masuk Kalumpang Resort and Training Centre. Kreatif dan unik. Ceritanya, resort ni asalnya tanah persendirian. Kemudian, dah ramai yang datang mandi sungai dan air terjun di kawasan milik tuan tanah, maka terdetik idea untuk buka resort. Hah,maka jadilah Kalumpang Resort and Training Centre. Tempat yang best untuk aktiviti riadah dan berkelah bersama keluarga.



Ini salah satu challet yang ada di Kalumpang Resort and Training Centre. Boleh nak sewa sehari atau untuk bermalam. Memang cukup lengkap, bilik mandi, tv, katil dan tilam semua ada. Kalau nak buat aktiviti rehat minda atau team building untuk kompeni memang sesuai.



Dah nama pun resort, mesti ada tarikan tersendiri. Ye dak? Tarikan utama di Kalumpang Resort and Training Centre sudah tentu air terjun dan sungai. Air kat sini sejuk kaw-kaw dan memang bersih amat. Syok betul bila dapat mandi-manda kat sini. Maklumlah, dah lama tak mandi sungai. Kalau ikutkan hati, nak je try main tubing. Malangnya, musim kemarau dan air kering, jadi aktiviti tubing tak dapat dijalankan. Takpe, next time boleh try.




Sebenarnya, selain aktiviti mandi-manda atau tubing, aktiviti yang lagi best di Kalumpang Resort and Training Centre adalah 4 wheels drive (4WD). Pernah cuba naik 4WD di jalan berbukit-bukau, masuk sungai dan redah hutan bagai? Hah, kalau rasa nak try pengalaman baru yang extreme boleh datang sini.
 


Ni salah satu 4WD yang ada di Kalumpang Resort and Training Centre. Bukan sekadar dapat masuk hutan dan redah sungai, naik bukit 60-70 darjah pun mampu. Kalau tak tengok, tak percaya kan? Dah tengok, naik sendiri, hah baru rasa macam mana. Cuak tu memang ada, lagi-lagi first timer macam aku.



Muka-muka eksited nak tunggu panjat bukit yang agak curam. Tengok pun dah seriau, kalau naik tak tahu lah macam mana. Tapi, kalau dah dapat naik benda ni, memang dah tercapailah untuk merasai pengalaman aktivit extreme dengan menggunakan 4WD. Respect dan salute dengan driver yang cekap, tangkas dan berani.



Amboih, brader TV3 kusyuk duk buat rakaman dalam 4WD. Hah, kat belakang tu dikbee. Siap buat peace lagi tuu dapat naik 4WD. Tak cuak ke? hohoho



Hah, ni pula gelagat ruggedmom nak cuba jadi driver 4WD. Gaya dah ada tu kak.. Agak-agak, kalau pi naik bukit yang 45 degree tu, lepas tak? hehe.



Inilah kami. Muka pasrah tunggu giliran nak naik bukit. Malangnya, sebab masalah teknikal, tukar lokasi. Dari panjat bukit, kami redah hutan. Bukan sekali, bukan dua kali, tiga kali. Perghhh, bergegar otak-otak bhai. Cuak jugak naik bendalah ni. Bukan jalan rata macam highway tuh ye. Jalannya dalam hutan. Semak-samun, kayu balak, semua dia redah kasi pecah. Hoh, dah macam duk dalam blender jadinya tegoyang-goyang duk belakang. Syok woo. Ini namanya, pengalaman!



Selain 4WD, kat Kalumpang Resort and Training Centre juga ada aktivit lasak yang lain macam mini skytrack, abseiling dan flying fox. Alang-alang dah sampai, rugi pulak tak try kan. So, kita layan je apa yang ada. Torbaikkkk!


Amacam, menarik tak Kalumpang Resort and Training Centre? Kalau nak tahu lebih lanjut pasal resort ni, boleh usha-usha di website atau terus terjah ke lokasi di Kalumpang. Memang sesuai untuk riadah dan berkelah. Untuk aktiviti team building atau family day pun cun juga tempat ni.


Alamat:
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,Kg Pasir Putih, Kalumpang
44100 Kerling, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.

Website:
http://kalumpangresort.com.my/

Tel : (+603) 6049 1969
Fax : (+603) 6049 1087
Email : kalumpang.resort@yahoo.com
 





Thursday, March 20, 2014

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) : RANKING MRSM SELURUH MALAYSIA 2013

Macam biasa, seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali keputusan SPM diumumkan, maka setiap kali itulah rasa terpanggil untuk berkongsi ranking MRSM Se-Malaysia. Kat bawah ni, boleh tengok Ranking MRSM untuk SPM 2013.


  1. MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
  2. MRSM Taiping, Perak
  3. MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
  4. MRSM Tun Dr Ismail, Pontian, Johor
  5. MRSM Kota Kinabalu, Sabah
  6. MRSM Pasair Salak, Perak
  7. MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  8. MRSM Langkawi, Kedah
  9. MRSM Kuantan, Pahang
  10. MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
  11. MRSM Kepala Batas, Penang
  12. MRSM Serting, Negeri Sembilan
  13. MRSM Mukah, Sarawak
  14. MRSM Pengkalan Hulu, Perak
  15. MRSM Tun Mustafa, Sarawak
  16. MRSM Pendang, Kedah
  17. MRSM PDRM Kulim, Kedah
  18. MRSM Parit, Perak
  19. MRSM Kuala Berang, Terengganu
  20. MRSM Johor Bahru
  21. MRSM Kuala Terengganu
  22. MRSM Kota Putra, Terengganu
  23. MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
  24. MRSM Mersing, Johor
  25. MRSM Batu Pahat, Johor
  26. MRSM Transkrian, Pulau Pinang
  27. MRSM Tumpat, Kelantan
  28. MRSM Felda Perak
  29. MRSM Betong, Pahang
  30. MRSM Beseri, Perlis
  31. MRSM Alor Gajah, Melaka
  32. MRSM Jeli, Kelantan
  33. MRSM Kuching, Sarawak
  34. MRSM Tun Ghazali Shafie, Pahang
  35. MRSM Balik Pulau, Penang
  36. MRSM Merbok, Kedah
  37. MRSM Besut, Terengganu
  38. MRSM Muadzam Shah, Pahang
  39. MRSM Kuala Krai, Kelantan
  40. MRSM Baling, Kedah
  41. MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
  42. MRSM Terendak, Melaka
  43. MRSM Kubang Pasu, Kedah
  44. MRSM Muar, Johor
  45. MRSM Lenggong,Perak 
 
 
Apapun tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya dalam SPM 2013. Kepada mereka yang kurang berjaya, bukan bererti anda gagal. Cuma, kejayaan kalian tertangguh untuk masa akan datang. Jangan berputus harap dan teruskan usaha dalam melanjutkan pelajaran. Semoga berjaya!
 
 
Untuk keputusan tahun-tahun sebelumnya, boleh rujuk di pautan berikut:
 
 
 





Monday, March 17, 2014

Skodeng burung di Kuala Kubu Bharu

Bila sebut "skodeng" je, macam nakal la pulok. Ok, tukar sikit, "Tengok burung". Macam pelik je bunyi, wakaka. Ok, senang-senang kita guna "bird watching" la eh. Sebenarnya nak cerita pengalaman pertama kali join aktiviti bird watching bersama Sahabat Media di bawah kelolaan Majlis Daerah Hulu Selangor. 


Tahu tak apa tu aktiviti "bird watching" atau "birding"? Jangan salah faham dengan aktiviti melawat taman-taman burung atau zoo tu pulak. Itu namanya tengok-tengok burung dalam sangkar. Tapi, aktiviti bird watching atau birding ni lain dan lebih mencabar sebab perlu berjalan, teropong dan kenalpasti spesies burung yang dilihat. Nak tahu cerita lebih lanjut sepanjang program 2 hari 1 malam di Kuala Kubu Bharu, boleh layan gambar-gambar menarik kat bawah. Enjoy the photos :)

HARI PERTAMA (Petang)

Bird watching

Selepas checked-in di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu, solat dan makan tengah hari, kami diberi sedikit taklimat pasal aktiviti bird watching. Kemudian, dibekalkan dengan peralatan asas untuk aktiviti bird watching iaitu buku rujukan (gambar dan nama-nama spesies burung) dan binokular (teropong).

Peralatan utama untuk aktiviti birding: Buku rujukan dan binokular (teropong)

Destinasi pertama yang dituju adalah di kawasan sekolah. Kat sini, banyak pokok-pokok rimbun. Banyak juga kelibat burung yang berkicau dan terbang ke sana ke mari. Maka, bermulalah aktiviti bird watching kami. Nampak je burung, ambik teropong terus skodeng. Tengok burung warna apa, then belek buku tengok nama apa. Yang mana ada kamera DSLR yang lensa panjang-panjang tuh, terus snap untuk dijadikan koleksi peribadi. Macam tu lah sedikit-sebanyak aktiviti bird watching.



Untuk orang yang takde kamera power, tak boleh nak zoom burung, hah kita snap je gambar-gambar orang yang duk kusyuk buat aktiviti birding nih. Semangat masing-masing, tekun mendengar cerita pasal burung.

 Masjid Al-Hidayah

Memandangkan waktu Asar dah berkumandang, kami singgah di Masjid Al-Hidayah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu untuk solat sebelum meneruskan aktiviti bird watching ke lokasi seterusnya.

Masjid Al-Hidayah, Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu

Sekadar nak berkongsi info. Masjid ni merupakan masjid lama dan terletak di tengah hutan di Ampang Pecah. Masjid ni ada sejarahnya tersendiri dan telah dibina sejak tahun 1926. Lepas bah besar di Kuala Kubu, masjid ini satu-satunya binaan yang masih dikekalkan di lokasi sama sampai ke hari ini.


Ampang Pecah diambil daripada peristiwa empangan pecah
Menurut cerita penduduk di Kuala Kubu Bharu, Ampang Pecah ni diambil nama daripada peristiwa empangan pecah yang telah mengakibatkan banjir besar. Kalau cerita pasal peristiwa banjir besar ni, ramai yang kaitkan dengan mitos buaya putih. Betul atau tidak, tak tahulah. Namapun mitos.


 Taman Millenium (Millenium Park)

Lokasi seterusnya untuk aktiviti bird watching adalah di Taman Millenium. Dulunya merupakan kawasan lombong, sekarang dah ditambak dan dijadikan taman rekreasi. Katanya, kat sini banyak spesies burung yang berkeliaran tak kira samada di kawasan tasik mahupun di kawasan hutan.

 Bus Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
Inilah dia pengangkutan utama yang digunakan untuk membawa kami ke hulu ke hilir sepanjang 2 hari 1 malam. Bas mini Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).


Puan Azlina Mokhtar
Perancang Bandar, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

Inilah susasana bird watching tempoh hari. Tengok Puan Azlina kusyuk dengan kameranya. Kat belakang sana pulak Dikbee duk kusyuk belek-belek buku sambil dengar penerangan daripada salah seorang pakar birding Hulu Selangor. 


Sepetang mendaki bukit dan meredah hutan untuk skodeng burung. Keadaan yang jerebu sedikit-sebanyak menggangu aktiviti bird watching kali ni. Tengok kiri dan kanan jalan, ada pokok-pokok yang terbakar akibat cuaca terlalu panas dan hutan terbakar.



Selesai aktiviti bird watching untuk hari pertama, kami minum petang di tepi Tasik Millenium Park. Memang nyaman lepak-lepak kat sini. Tengok orang duk jogging dan beriadah. 


Hari dah lewat senja, matahari pun dah nak terbenam. Ayuh, kita balik dulu dan sambung untuk hari ke-2. Mungkin di waktu pagi, lebih banyak burung-burung yang ada.

HARI KE-DUA (Pagi)

Taman Millenium (Millenium Park)

Aktiviti bird watching untuk hari ke-2 diteruskan lagi di Millenium Park. Seawal pagi lagi kami dah terpacak kat situ. Dapat lah tengok matahari terbit (sunrise) dan snap gambar-gambar yang menarik.



Macam biasa, di kala orang duk skodeng dan snap gambar burung, aku hanya mampu skodeng guna teropong. Nak snap gambar dengan IPad memang tak lepas lah sebab tak boleh nak zoom. Snap gambar orang dan panorama je lah keje. Layan, zaaas!



Kanan kiri hutan yang terbakar dek kemarau yang berpanjangan. Gelagat ArtandSoul dan Puan Azlina dengan lensa masing-masing siap-siaga untuk tembak burung.



Inilah laluan yang kami lalui untuk sampai ke puncak bukit. Sebelah kanan nampak Sungai Hulu Selangor dan sebelah kiri nampak Tasik Taman Millenium.



Nampak burung, buka buku dan cek spesies mana.Paling respek, semua birding guide yang bawa kami semua ni dengar burung berkicau, tengok kelibat burung terbang dah tahu nama dan siap dapat bagitau bulan berapa burung-burung ni migrate ke kawasan ni. I can say, they are the expert!



Bukan duk teropong kapal terbang macam tok bomoh 1 Malaysia tu. Ni gaya time duk teropong burung dalam hutan. Zoom in zoom out sampai naik juling mata-mata nak skodeng burung punya pasal. Apapun, layan sebab tak pernah buat aktivit-aktiviti macam ni.


Mesti semua pelik kan, dari awal sampai akhir entri ni duk cerita pasal bird watching, tapi mana gambar burungnya? Nak tengok macam mana rupa spesies burung yang sempat kami tengok, boleh rujuk kat sini: Koleksi burung di Kuala Kubu Bharu by Potia Casadelarossa


Antara spesies burung yang ada di sekitar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor adalah seperti berikut:
  1. Black Crowned Night Heron.
  2. Black Naped Oriole.
  3. Common Iora.
  4. Common Chiffchaff
  5. Common Myna.
  6. Asian Glossy Starling.
  7. Blue Tailed Bee eater
  8. Black Headed Bulbul.
  9. Stripe Throated Bulbul.
  10. Yellow-browed Bulbul.
  11. Yellow Vented Bulbul.
  12. Barn Swallow.
  13. Oriental Magpie Robin (Murai).
  14. Paddyfield Pipit.
  15. Cattle Egret.
  16. Pink-Necked Green Pigeon.

Kalau rasa berminat nak kenal dan tahu keistimewaan Kuala Kubu Bharu, boleh hubungi Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) atau terjah je kat sini: www.mdhs.gov.my atau di talian 03-60641331 untuk maklumat lanjut. Bulan April nanti ada bird watching race. Kalau nak join jangan lupa daftar dan check with Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) selaku penganjur. Adios amigos!
 





Saturday, March 15, 2014

One Fighting Championship : War of Nations di Stadium Negara, Kuala Lumpur

Dulu duk asyik tengok wrestling kat tv je. Tapi, bila dah tahu aksi-aksi ganas tu semua hanyalah lakonan semata-mata, dah jadi tak minat. Hampeh! Sekarang, syok tengok MMA kat tv. Bila dapat peluang untuk menonton One Fighting Championship: War of Nations secara langsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur memang rasa excited. Lagi-lagi bila dapat seats VIP. Kalau beli sendiri mau beratus-ratus. So, bila orang bagi free ticket ambil je lah. Peluang hanya datang sekali. Layan....


VIP Lounge untuk redeem burger Carl's Jr dan Coke
Pengalaman tengok live memang lain. Takde lagi aksi-aksi lakonan macam WWE, semuanya real di depan mata. Tumbuk, sepak dan terajang semua real.Takde belas kasihan. Ada yang berdarah, ada yang surrender, ada jugak yang bertarung sengit sampai ke pusingan terakhir. Sambil bersorak tengok orang kena sepak terajang, sambil layan Burger Carl's Jr. Istimewanya dapat duduk seat VIP ni adalah dapat duduk dekat dengan Cage tengok orang berlawan depan-depan dan dapat kupon makanan untuk redeem di VIP Lounge. Ohsem!


Cage : Gelanggang pertarungan

Dah datang tengok live, dapat juga tengok macam mana penggambaran sepanjang program ni berlangsung. Pendek kata, pengalaman ini aku boleh katakan pengalaman terbaik lagi-lagi bila dapat tengok fighting spirit semua yang bertanding dan dapat tengok aksi secara langsung depan mata. Terima kasih kepada sponsor, Ninetology Malaysia dan One FC untuk peluang kali ni. Next time,boleh jemput lagi ye, keh3.


Main entrance: War of Nations

Nampak tali pinggang One Fighting Championship belakang tuh? Hah, itu lah jadi rebutan untuk fighting kemuncak dan yang terakhir, antara Larson (USA) dan Suzuki (Japan). Jadi, kat sini mai nak share keputusan penuh match One Fighting Championship: War of Nations semalam. Kalau nak tahu, ada 2 orang wakil Malaysia yang bertanding. Jom,cekidout!!!


 Keputusan One Fighting Championship: War Of Nations

One Fighting Championship: War of Nations 2014

NOTE: The winner

UNDERCARD
 Khim Dima (Cambodia) VS Saiful Marican (Malaysia)

Sherilyn Lim (Singapore) VS Ann Osman (Malaysia)
-Dibatalkan-

Harris Sarmiento (USA) VS Herbert Burns (Brazil)


LIGHT WEIGHT

Waqar Umar (Pakistan) VS Peter Davis (Malaysia)

Peter Davis yang menang

Kotetsu Boku (Japan) VS Arnaud Lepont (France)


FLY WEIGHT

Shinichi Kojima (Japan) VS Andrew Leone (USA)


LIGHT WEIGHT 

Ariel Sexton (Costa Rica) VS Kamal Shalorus (Iran)


FLY WEIGHT

Adriano Moraes (Brazil) VS Yasuhiro Urushitani (Japan)


BANTAM WEIGHT

Dae Hwan Kim (Korea) VS Kevin Belingon (Philippine)

Dae Hwan Kim (Korea) menang dijulang
Dae Hwan Kim (Korea)
Sebelum balik, sempat bergambar dengan Dae Hwan Kim (Korea) yang menang mudah bila fighter dari Philiphine menyerah kalah (rear naked choke).


 WELTER WEIGHT WORLD CHAMPIONSHIP

Brock Larson(USA) VS Nobutatsu Suzuki (Japan)


One Fighting Championship belt
Akhirnya, World Championship kali ni memihak kepada Suzuki (Japan). Walaupun sama umur, sama berat badan, namun kelebihan berpihak kepada Suzuki selepas tamat 5 pusingan.


Hoh. layan jugak tengok secara langsung. Torbaikkkkkk. Thank you One FC and Ninetology Malaysia!


::Notakaki::
Sebenarnya, beberapa hari lepas, ada belek-belek facebook dan terjumpa link "One Fighting Championship: War of Nations Ticket Giveaway by Ninetology". Macam biasa lah, kalau tengok je contest/peluang, tangan terus gatal nak taip dan hantar. Mencuba nasib orang kata, lagipun kalau menang dapat tiket VIP woo. Akhirnya, dapat lah menang 2 tiket VIP. Maka, terhasilnya entri ini dan pengalaman baru tercipta. Tak pernah rancang dan jangka pun akan tengok live benda ni, hoho. Apapun, sekali lagi terima kasih tak terhingga kepada Ninetology Malaysia.





Saturday, March 8, 2014

#DapurPB : Kuew Teow Goreng

Hollla! Hujung minggu kalau tak tahu nak pergi mana, tak tahu nak buat apa, makan-makan la jawabnya. Malas nak keluar makan kat luar, cuba olah resepi-resepi baru di dapur. Apa kata kali ni, kita kasik Kuew Teow Goreng. Best jugak kalau dapat makan pagi-pagi buat sarapan. Tak pun, buat makan malam. Jom try!



Bahan-bahan Kuew Teow Goreng


  1. Kuew teow
  2. Bawang besar, bawang merah, bawang putih - dimayang/dikisar
  3. Lada kering - dikisar
  4. Ayam - dipotong dadu
  5. Udang
  6. Bebola ikan
  7. Telur
  8. Sawi
  9. Kicap
Cara-cara memasak Kuew Teow Goreng
 
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawar merah dan bawang putih yang dimayang (nak kisar pun boleh) hingga naik bau. 
  2. Masukkan lada kering yang dah dikisar tadi. Tambahkan air dan biarkan seketika hingga sebati.
  3. Dah belek-belek facebook seketika, hah masukkan lauk pauk pulak. Taruk la apa yang ada. Untuk resepi kali ni, kita masukkan ayam, udang dan bebola ikan.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Nak tunggu lauk-pauk yang dimasukkan tadi masak, boleh pi sambung usha-usha facebook balik.
  5. Dah reply komen-komen member di facebook, masukkan bahan utama iaitu kuew teow. Kalau suka mee/bihun, hah tukar je ikut citarasa sendiri.
  6. Kacau dan kacau sehingga sebati. Test la sikit, masin ke tawar ke. Time ni pandai-pandai modified.
  7. Bila nampak kuew teow dah nak masak, masukkan sayur. Tak nak letak sawi,taugeh pun boleh. 
  8. Bila sayur dah kecut sikit, maksudnya dah boleh ready nak angkat.
  9. Nak sedap lagi, boleh letak talur 1-2 biji untuk kasik umphhh.

Pssst, macam mengarut je resepi ni,wakaka. Itu yang unik. Korang tak kan dapat resepi macam ni dari mana-mana majalah masakan Siap bagitau suruh cek facebook bagai, lol.



Kuew Teow Goreng siap untuk dihidangkan 



Nak sedap lagi, hidangkan kuew teow goreng bersama cili yang dipotong nipis, bawang goreng, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Konpem, terangkat! Nak lagi power, letak asam limau.


Hah, amacam. Menarik tak bila dah letak semua perkakas yang ada. Makan dengan telur mata kerbau memang cun. Selamat menjamu selera dan selamat berhujung minggu.


Notakaki: Sekian saja entri santai untuk kali ini. Macam seronok pulak dah buat segmen #DapurPB nih. Walaupun baru je bertatih masuk dapur, tapi bila tengok sambutan untuk entri Rendang Ayam dan Ayam Goreng Kunyit yang agak memberangsangkan, maka kita proceed lah. Ni pun kira ilmu jugak kan? Ilmu mengenyangkan perut, kih3.





Wednesday, March 5, 2014

R&J Cafe Amway HQ, Malaysia

Sebenarnya, dah lama tak terjah tempat-tempat makan yang best. Kali ni, rasa terpanggil nak share satu tempat makan yang best dan murah. Bukan tu je, suasana pun kondusif. Terima kasih kepada Atika Ramlan kerana memperkenalkan tempat ni.Ohsem!



Inilah dia tempat yang dimaksudkan, iaitu R&J Cafe & Snackbar. Pernah dengar pasal cafe ni? Hah, jujurnya aku pun baru first time tahu pasal kewujudan R&J Cafe & Snackbar nih. Nak tahu kat mana? Lokasi R&J Cafe & Snackbar adalah di Amway HQ Malaysia. Satu-satunya yang ada di Malaysia yang terletak di Petaling Jaya.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, kat mana R&J Cafe & Snackbar dan lokasi sebenar Amway HQ Malaysia. Untuk memudahkan semua, meh nak share map, alamat dan koordinat. Haaa, mudah sikit korang nak pergi terjah next time.


Alamat
28 Jalan 51a/223 Seksyen 51a 
46100 Petaling Jaya, Selangor

GPS Coordinates
Latitud: 3°  6'  7.42"      
Longitud: 101°  37'  59.73"

Map


Website
amway2u.com

Contact no
03-7946 2800



Amway HQ ni terletak betul-betul berhadapan dengan Pensonic dan Stamford College. Jadi, sesiapa yang kerja di Pensonic atau study di Stamford College tuh, molek benar lah. Time breakfast ke, lunch ke, minum petang ke, boleh singgah di R&J Cafe & Snackbar.



Antara ahli rombongan cik tikah sewaktu hari kejadian : Konah, Kifli, Mahamahu, dan Mira Cikcit. Ini gang kuat makan, wakaka. Tak percaya? Nah, tengok apa yang dorang telan hari tuh.



Nasi Lemak with curry chicken: RM5.00 (Distibuter) RM5.50 (Non-distributer)
Nasi Lemak Biasa: RM2.80 (Distibuter) RM3.50 (Non-distributer)

Kalau jadi distributer Amway, katanya dapat diskaun.Ini adalah menu yang paling popular kat sini. Kalau search di foursquare pun, ramai yang duk cakap pasal nasi lemak ni. Worth a try! Memang sedap.


 Ipoh Kuew Teow Soup : RM4.00 (Distibuter) RM4.50 (Non-distributer)


 Curry mee with chicken : RM4.00 (Distibuter) RM4.50 (Non-distributer)


 Dry curry mee : RM4.00 (Distibuter) RM4.50 (Non-distributer)


  Sweet potato bun with curry chicken : RM2.50 (Distibuter) RM3.00 (Non-distributer)
 Sweet potato bun : RM1.50 (Distibuter) RM1.80 (Non-distributer)


 Laichikang : RM2.20 (Distibuter) RM2.80 (Non-distributer)


Marble cheese cake / Chocolate cake / strawberry cake : RM5.80


Amacam? Menggiurkan tak makanan-makanan kat sini? Satu je nak cakap, susah nak cari makanan yang sedap pada harga yang berpatutan macam  di R&J Cafe & Snackbar. Betul tak? Alang-alang nak gi beli barang Amway ke, ada meeting ke, lalu-lalang area sini ke, why not just drop by and eat here.


Terima kasih kepada Encik Wahyudi Mohd Yatim Salam perkenalan daripada kami semua


Jadi, inilah serba-sedikit perkongsian tentang cerita kami, sepetang di R&J Cafe & Snackbar, Amway HQ. Sambil duk makan-makan, ada chit-chat pasal business dari orang kuat Amway. Kalau rasa berminat nak buat business dengan Amway, boleh contact Encik Wahyudi Mohd Yatim ye. Paling best, bila dapat tour satu office Amway. Design dan tatarias bangunan ni memang superb. Kagum!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger