Tuesday, February 18, 2014

#DapurPB : Ayam Goreng Kunyit

Ok, menu seterusnya adalah Ayam Goreng Kunyit. Ini, memang cepat, ringkas dan padat. Menu untuk dapur express! Bahan-bahan pun sikit je, tak perlu nak blend/tumbuk guna lesung bagai. So, tak payah pening-pening nak fikir. Konpem, semua orang boleh masak dengan senang hati sambil goyang kaki. Tak percaya boleh cuba. Cekidout!


Bahan-bahan Ayam Goreng Kunyit

  1. Bawang besar - dihiris
  2. Kacang panjang - dipotong pendek
  3. Lobak merah - dihiris nipis
  4. Ayam - dipotong dadu
  5. Serbuk kunyit
  6. Garam
  7. Minyak masak

Cara-cara memasak Ayam Goreng Kunyit
  1. Perap ayam yang dipotong dadu bersama garam dan serbuk kunyit untuk seketika
  2. Panaskan minyak
  3. Goreng ayam sehingga kuning keemasan
  4. Masukkan bawang besar, kacang panjang dan lobak merah
  5. Goreng sehingga bahan-bahan tadi sehngga masak. Jangan terlalu lama, takut kacang panjang jadi terlalu kecut, tak syok nak kunyah nanti

Ayam Goreng Kunyit siap untuk dihidangkan


Ayam Goreng Kunyit ni, paling best kalau makan dengan nasi putih, letak sedikit kicap dan sedikit sambal. Pergh, memang terbaik. Simple dan sedap, sesuai untuk orang-orang bujang. Jadi, sesiapa yang duk rumah sewa atau sedang belajar di perantauan, boleh cuba masak resepi yang mudah-mudah macam ni. Makan ramai-ramai dengan member, konpem meriah :) 


notakaki: Hah, kan dah kata. Memasak ni mudah je sebenarnya. Cuma tinggal untuk kita berekperimentasi dengan resepi yang ada di ruang dapur. Bila dapur berasap, macam-macam juadah terhasil untuk bersantap :) Duk fikir, lepas ni nak try masak apa pulak untuk dikongsi kat sini. Any idea?





Monday, February 17, 2014

#DapurPB : Rendang Ayam

Mulai sekarang, dah boleh mula share resepi-resepi cuba jaya di dapur untuk tatapan umum. Bukan apa, lain kali kalau lupa cara nak masak, boleh buka semula blogpost dan rujuk. Nampak sangat tak pro, keh3. Bukan tu je, mana tau ada member-member yang baru nak belajar masak rendang ke kan? Boleh la cuba kaedah hentam keromo ni. Pastinya, kaedah paling simple dan express untuk orang-orang bujang.


Bahan-bahan untuk masak Rendang


  1. Bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, kunyit - dikisar
  2. Lada kering - dikisar
  3. Serai - dititik
  4. Asam keping
  5. Daun limau purut
  6. Daun kunyit
  7. Serbuk ketumbar
  8. Kerisik
  9. Santan
  10. Gula
  11. Garam
  12. Minyak masak
  13. Ayam/Daging



Cara-cara untuk masak Rendang


  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis Bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, dan kunyit yang telah dikisar. Biarkan sekejap sampai naik bau 
  2. Masukkan lada kering yang dikisar dan biarkan sedikit garing/masak
  3. Masukkan sesudu serbuk ketumbar dan sesudu kerisik
  4. Masukkan isi ayam yang dipotong dadu dan biarkan sampai empuk
  5. Masukkan 2-3 batang serai yang telahpun dititik dan seketul asam keping
  6. Masukkan daun limau purut bagi menambahkan aroma
  7. Masukkan daun kunyit yang dihiris untuk memikat selera
  8. Agak-agak dah sebati semua, masukkan santan. Kacau sampai sebati warnanya. Tambahkan garam dan gula secukup rasa
  9. Biarkan rendang yang dimasak betul-betul pekat/kering mengikut citarasa

Rendang Ayam siap-sedia untuk dihidangkan


Inilah hasilnya, rendang ayam versi hentam keromo. Boleh dimasak kuah lebih, atau nak lagi sedap kasik sedikit kering. Kalau nak cicah dengan roti, pulut, nasi impit atau ketupat, better buah kuah lebih sikit. Baru syiook nak cicah-mencicah sampai menjilat jari. Amacam? Ada bran nak cuba masak? Lain orang, mungkin lain caranya. Apapun, selamat mencuba :)


notakaki: Satu perkara aku belajar pasal memasak. Takde teknik yang khusus, takde peraturan yang tetap. Masak, ikut style masing-masing. Asalkan, cukup bahan, cukup rasa,  dan cukup rencah, inshaAllah menjadi. Cook with your own style :) Dapur itu dunia yang luas untuk diteroka. Jom ke dapur kasik berasap!





Friday, February 14, 2014

B’Ramping Kopi Untuk Kurus Dengan Senang

Ada orang nak kurus dengan cepat dan mudah, sampai sanggup ambil pil-pil yang belum tentu selamat untuk kesihatan. Nak kurus tak salah, cuma kena pastikan produk yang diambil sebagai supplement adalah produk kelulusan KKM. Dengan kata lain, produk kurus yang selamat untuk dimakan dan digunakan. Daripada mengalami masalah di kemudian hari dek kerna kecuaian pengambilan produk yang tak diiktiraf untuk dapatkan badan kurus, lebih baik korang kekal gemuk. Janji, sihat walafiat.


Korang ada masalah gemuk? Tercari-cari macam mana nak kurus dengan mudah? Ataupun, nak mulakan diet tanpa lapar? Hah, kalau nak dapatkan jawapan untuk persoalan ni, meh nak share sedikit info pasal satu produk yang dinamakan Kopi B'Ramping. Ya, aku sedar Malaysia sekarang adalah negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara dan merupakan negara keenam di rantau Asia Pasifik.Ini FAKTA, bukan AUTA. *Sambil tarik lemak-lemak sendiri kat perut.  Dush!*


1 kotak ada 20 sachet


Macam mana rupa kopi B'Ramping? Hah, inilah rupanya. Produk kurus yang murah dan selamat. Paling penting, produk HALAL untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan, membuang angin dalam badan dan sesuai untuk masalah perut buncit. Chop chop, lagi satu sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. Jangan bimbang, kalau lelaki minum, tak kan jadi ramping macam Erra Fazira mahupun Fazura punya. Bab perut maju ke depan dan tayar spare kat bahagian pinggang, inshaAllah boleh kurangkan.


 Harga untuk sekotak RM85 (Semenanjung Malaysia)


KANDUNGAN B'RAMPING COFFEE

Kopi Arabic
 membuatkan perut kenyang lebih lama jika diminum selepas makan
Guarana 
membantu mengurangkan selera makan dan membakar lemak
Asam Gelugor 
mengandungi asid dan mineral semulajadi yang kaya antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, paras gula dan berat badan berlebihan
Ekstrak Ubi Kentang 
mengandungi karbohidrat tinggi yang mengenyangkan perut dan melancarkan pencernaan
Serbuk Mutiara 
menyah toksin, melembab dan mencantikkan kulit
Kolagen Talapia 
mempercepatkan pembaharuan sel2 badan, menjadikan kulit anjal dan awet muda serta menguatkan kuku, otot dan rambut.
Fiber Oat 
tinggi serat, mengurangkan kolesterol jahat, memperbaiki perjalanan darah dan menyihatkan jantung.




Ok, mai nak share apa kesan-kesan lepas minum kopi B'Ramping. Cara nak minum macam minum kopi 3 in 1 biasa. Tak payah nak tambah apa-apa. Jangan tak tambah air pulak ye. Tu makan kopi namanya, bukan minum, keh3. 1 paket sehari ataupun boleh ambil 2 paket sehari (pagi dan malam). Don't worry be happy. Bukan macam korang minum teh untuk kurus tuh, takde cirit-birit, pening-pening.atau kesan-kesan lain. So, watlek wat peace sajoo. 


Satu benda yang aku perasan, lepas minum kopi ni aku rasa segar. Pergi office pun takde la mengantuk, kuyu dan layu semacam. Ke aku je yang perasan lebih? LOL. Honestly, minum satu paket pagi, buat perut rasa kenyang. Time lunch pun, tak rasa lapar nak membaham makanan macam buaya seperti biasa. Patut la senang nak kurus, rupanya kopi ni membantu mengurangkan selera makan. Bukan aku sorang je yang rasa, akak aku yang minum kopi ni pun ada cakap benda yang sama. So, kalau nak tahu betul ke tak, kena la try sendiri. Kalau sekadar baca, mana boleh kurus cik kak cik abang oiii,hehe.



KELEBIHAN B'RAMPING COFFEE

  1. Untuk kurangkan berat badan & shape kan body
  2. Dari ekstrak tumbuhan semulajadi. Selamat tanpa kesan sampingan.
  3. Kurangkan lemak di pinggang, perut, kaki, dan lengan
  4. Tiada masalah lesu-lesu badan
  5. Badan lebih bertenaga & rasa ringan 
  6. Tiada effect cirit-birit atau pening-pening
  7. Tiada effect jangka panjang pada badan 
  8. Kelulusan GMP KKM dan HALAL
  9. Dapat mengurangkan 20-30% berat badan dalam jangka masa panjang
  10. Mengecilkan bahagian-bahagian yang mempunyai benjolan lemak berlebihan
  11. Mengurangkan potensi untuk makan lebih banyak 
  12. Meningkatkan METABOLISM dengan berkesan 
  13. Bakar lemak & Kalori dengan pantas 
  14. Menghapuskan lemak berlebihan

 Misi mengurangkan ukur lilit perut kini bermula!

Berminat nak join sekaki, boleh contact pengedar kat bawah ni:
 
HOW TO ORDER

N AND N MINI SHOP 

Cash On Delivery (COD)
SEKITAR JAKEL MELAKA DAN
SEKITAR TMN U/UTM SKUDAI JB

SMS 0197727572
WHATAPPS 0137157572
WE CHAT :naddyshaira
INSTAGRAM
FB PAGE
FB
BLOGSHOP

FREE GIFTS GIVEN






Monday, February 10, 2014

Revolusi Tapai

Sebut saja pasal tapai, mesti teringat musim-musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Tapi sekarang, tak semestinya hari raya. Hari biasa pun boleh je nak makan kalau pandai buat. Tapai ada dua jenis, (1) tapai beras dan (2) tapai ubi. Tapi kali ni meh nak cerita sedikit-sebanyak pasal tapai beras. 
"Sape suka makan tapai? Ce angkat tangan nak tengok". Beduyun-duyun angkat tangan. Ce tanya, "Sape pandai buat tapai?" Alahai, kenapa mak-mak, mak cik mak cik, nenek nenek je angkat tangan nih. Kemon anak-anak muda, jom belajar buat tapai, hehe. Sape dah pandai buat tapai, memang salute!


Revolusi Tapai

Kalau nak tahu, tapai biasanya dibungkus dengan menggunakan daun getah atau daun pisang. Sekarang pun masih ada yang kekalkan cara pembungkusan. Cumanya, kalau dulu guna lidi untuk bungkus, sekarang nak cepat dan mudah ramai yang dah guna stapler. Tapi ada juga yang dah mula bungkus tapai dalam bekas plastik lutsinar yang kecik-kecik untuk majlis-majlis tertentu.


Lagi satu, dari segi warna. Dulu, sebut je tapai memang sinonim dengan warna putih iaitu warna asli beras pulut. Tapi sekarang, nak cantik menarik kau memang da bomb punya pasal, tapai pun dah colorful dengan pewarna tambahan mengikut citarasa dan pilihan.


Makanan tradisi dengan sentuhan sensasi : Tapai Aiskrim


Bukan sekadar revolusi dari segi pembungkusan dan warna je. Dari segi cara makan pun ada. Kalau dulu, makan macam tu je, sekarang dah macam-macam cara ada. Ada yang makan dengan cendol dan ada juga yang makan dengan ais krim. Perghhh, memang terbaik. Tak percaya, boleh cuba.


Orang-orang Kelantan terutama yang duk area Pasir Puteh - Melor - Kota Bharu yang mau makan tapai tapi malas nak buat, atau tak gheti,  boleh buat tempahan kat sini. Tak kira, nak makan time raya ke, untuk majlis kenduri-kendara, majlis kahwin, jamuan sekolah atau sebagainya, boleh order. Ada ke orang nak tempah? Meh meh meh... Tapai Mok Su Yah :)


Pssst: Dunia dah maju, tapai pun nak berniaga online, kahkahkah! Ini pun revolusi.. Orang lain buka instashop jual kain baju, kalau kita bukak instashop jual makanan pun cun jugak kan? lol





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Re-design By dikbee | Powered By Blogger