Blackberry Passport kini di Malaysia bermula 10 Oktober 2014! Blackberry Malaysia secara rasminya telah melancarkan produk baru mereka yang diberi nama Blackberry Passport dan boleh didapati secara eksklusif melalui Celcom. Kenapa Blackberry Passport? Sah-sahlah sebab design dan bentuknya yang sama size dengan passport kita.


Blackberry - Serious Mobility for serious business


Daripada tagline Blackberry iaitu Serious Mobility for serious business, dah jelas target market mereka adalah untuk golongan korporat. Paling penting, mudah untuk dibawa ke mana-mana dan mudah untuk berinteraksi especially untuk kegunaan rasmi dan pejabat. Wujudnya Blackberry Passport ni, tak lain tak bukan untuk memudahkan urusan business sehari-hari yang melibatkan meeting dan travel ke sana sini.

 

BlackBerry Passport merupakan telefon pintar terbaru daripada pihak BlackBerry dengan rekaan skrin berbentuk empat-segi sama. Selain itu, Blackberry Passport juga dilengkapi dengan sokongan papan kekunci QWERT yang memainkan dwifungsi iaitu sebagai papan kekunci dan juga touch cursor.



Pendek kata,  Blackberry Passport ni boleh dikategorikan sebagai smart phone berspesifikasi tinggi daripada pihak BlackBerry. Antara spesifikasi yang menjadi tumpuan adalah kamera 13-megapixel OIS, dilengkapi dengan cip pemprosesan 2.2Ghz, memori 3GB RAM, dan juga ruangan storan terbina 32GB.


 

Bateri turut menjadi fokus pihak Blackberry untuk menarik minat pengguna. Apa yang istimewa mengenai Blackberry Passport ni, ia dikatakan boleh digunakan sehingga 30 jam secara aktif. Betul ke tidak? Hah, yang tu kita kena try test dulu.



BlackBerry Passport turut menggunakan BlackBery 10.3 iaitu kemaskini terbaru dan terkini yang tampil dengan sokongan BlackBerry Assistant. Ia dilengkapi Amazon Appstore untuk memasang aplikasi Android. Hah, jadi jangan gusar jangan khuatir. Pengguna Blackberry pun kini dah boleh install apps dari Android.

 

 
Alang-alang dah sampai di tempat launching Blackberry Passport, apa lagi kami pun godek-godek lah apa yang best sangat pasal Blackberry Passport ni. Nak tahu apa yang best? Antara benda paling best yang pb dapati untuk Blackberry Passport ni adalah video editor. Kita boleh edit any video dengan mudah, nak cut, nak combine mahupun nak buat slowmo, semua boleh buat dengan mudah. Ohsem!


 Antara rakan bloggers yang turut hadir ke majlis launching Blackberry Passport


 Masing-masing excited bila dapat hands-on Blackberry Passport


Kalau korang pun excited nak try Blackberry Passport ataupun berhasrat nak angkut satu, selain melalui Celcom, pihak BlackBerry turut menawarkan Blackberry Passport ini melalui semua pengedar rasmi bermula 1 November 2014. Kalau nak cepat, boleh serbu Celcom centre atau Celcom Cube berdekatan sebab dah ada kat sana sejak 10 Oktober 2014. Harga jualan BlackBerry Passport di Malaysia adalah RM2399. 



Blackberry Passport Specifications

Size (L X W X D)
128mm x 90.33mm x 9.3mm

Weight
196g

Display
453 PPI, 4.5", In cell IPS LCD Touch Display, 1440 x 1440 resolution

Keyboard
3 row touch-enabled QWERTY (recognizes touch gestures)

Memory
3GB RAM, 32GB Flash, Hot Swappable micro SD slot supports up to 128 GB

Processor
2.2 GHz Quad Core Qualcomm Snapdragon 801

Cameras
Back
13MP rear facing camera, Auto Focus, LED Flash, Images & Videos Stabilization
5X digital zoom, 1080p HD video recording up to 60fps
Front
2MP (720P) front facing camera, Image & Video stabilization
3X digital zoom, 720p HD video recording

GPS
Assisted, Autonomous and Simultaneous GPS

Bluetooth
Bluetooth 4.0 Low Energy

NFC
NFC-enabled to support mobile payments and file exchange

Ports
Multi-function Port (Supports USB and micro HDMI out)

Advanced Sensors
Accelerometer, Magnetometer, Time of Flight (ToF), Gyroscope, Ambient Light, Proximity

Wifi
2.4 GHz 802.11 b/g/n, 5 GHz a/n + ac, Mobile Hotspot, Wifi direct, miracast, DLN Server

Network Connectivity
FD-LTE, support for global roaming

Battery
3450mAh (integrated) and up to 30 hours of mixed use

Talk time
GSM up to 18 hours, UMTS up to 23 hours

Standby time
GSM up to 18 days, UMTS up to 18.5 days

Audio playback
Up to 84 hours

Video playback
Up to 12 hours
 
 

Behind The Scenes Tour di Resorts World Genting adalah antara tarikan terbaru di Genting Highlands. Seperti yang kita tahu, Resorts World Genting kini dalam proses transformasi ke arah taman tema bertaraf antarabangsa. Dengar cerita, theme park baru di Genting dijangka siap pada tahun 2015. Apapun, sama-sama kita tunggu apa tarikan terbaru dan terkini di Resorts World Genting nanti.

Berbalik kepada cerita Behind The Scenes Tour di Resorts World Genting, baru-baru ini kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman dan aktiviti menarik yang ada di Genting. Selain Ice Age Adventure, Behind The Scenses adalah antara pekara yang boleh kita terokai untuk tahu sedikit-sebanyak sejarah kewujudan Genting Highlands khususnya dan pelan jangka panjang Genting Highlands ke arah taman tema betaraf antarabangsa di dunia amnya.


Jom kita tengok tentatif program Behind The Scenes Tour di Resorts World Genting dengan tagline "Let Your Adventure Begins!". Nak lagi best, boleh tengok video yang sempat pihak Resort World Genting record sepanjang kami berada kat sana.

230pm : Visitor's Galleria
300pm : Genting International Showroom

330pm : First World Hotel Laundry

400pm : See, Do & Eat Interactive Workshop

500pm : End of Program


BEHIND THE SCENES TOUR | RESORTS WORLD GENTING
Let Your Adventure Begins!




Visitor's Galleria


Visitor's Galleria adalah tempat terbaik untuk tahu lebih details mengenai sejarah Genting Highlands. Siapa tak kenal dengan YBhh Tan Sri Dato Seri Dr Lim Goh Tong iaitu founder kepada Genting Highlands. Kat sini, kita dapat tahu lebih lanjut macam mana tanah tinggi Genting ini dibuka dan seterusnya dijadikan pusat pelancongan di Malaysia. Selain itu, ada video tentang Genting dari dulu sampailah sekarang. Akan datang? Hah, itu yang kita semua nanti-nantikan.


Genting International Showroom

Kebanyakan show macam magic, music dan performance akan diadakan di Genting International Showroom. PB pernah tengok show Frozen 2 di sini, dapat pulak seat VVIP, memang syok! Semasa Behind The Scenes Tour hari tu, kami diberi penerangan mengenai sistem pencahayaan dan sistem bunyi di Genting International Showroom. Siap ada demonstrasi macam mana nak tukar lighting dari bentuk petak-petak kepada bentuk bulat-bulat dan sebagainya. Rupanya, dia guna logam nipis yang ada macam-macam pattern. Oh, baru tahu, keh3.




First World Hotel Laundry

Ini pulak part yang paling tak disangka-sangka bila kami dibawa masuk ke First World Hotel Laundry. Yes, tempat dobi. Macam mana cadar, sarung bantal dan selimut yang lepas korang guna dibersihkan. Fuh, besar amat dobi kat sini. Namapun nak catter untuk First World Hotel. Kagum tengok, dah macam plant tengok tempat dobi ni. Ada reactor bagai. Biasa tengok chemical plant je, sekarang dah tengok rupa laundry plant macam mana. Ohsem!

Antara machine dan kelengkapan yang ada 


Sesi briefing tentang operasi laundry


See, Do & Eat Interactive Workshop

Aktiviti paling best untuk Behind The Scene Tour dah tentu See, Do & Eat Interactive Workshop. Kat sini, kami semua berpeluang untuk belajar dan buat sendiri sushi dan cupcake. Ini first time belajar buat benda alah ni. Interesting!


Bahan-bahan  yang diperlukan untuk cupcake decoration


Acah-acah ada bakat buat cupcake, lol


Sesi belajar buat sushi


Dah siap buat, jom kita makan!


Hah, macam tu lah aktiviti-aktiviti yang telah kami buat sepanjang Behind The Scene Tours di Resort World Genting. Kalau korang pun berminat untuk turut serta, especially parents yang nak bawa anak-anak time hujung minggu atau cuti sekolah, bolehlah bertandang ke Genting Highland. Details untuk aktiviti ini adalah seperti yang dilampirkan. Cekidout!!!


Price: 
RM20/person
Time: 
215pm - 500pm
Meeting place: 
First World Theme Park Wristband Tagging  Counter or Vision City Video Games Park, Genting Grand


Nak tahu maklumat lanjut, boleh layari website:
MATIC FEST 2014 kini kembali! Kalau sesiapa yang pernah pergi MATIC FEST pada tahun-tahun sebelum ni, mesti tahu apa yang best kat sana. Untuk sape-sape yang belum pernah pergi, tak tahu apa pun MATIC FEST tu, apa kata tahun ni kita pakat pi serang ramai-ramai MATIC FEST 2014.


Malaysia Tourism Centre (MaTiC)


MATIC FEST 2014 kat mana? Kalau nak tahu, seperti tahun-tahun sebelumnya, MATIC FEST 2014 akan diadakan di Lanai, MaTiC. Lebih tepat, di Malaysia Tourism Centre ataupun Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang. Landmarknya mudah je, sebelah Saloma Bistro. Kalau tak tahu jugak, korang google je lah eh. Tak pun, guna je waze,hehe.


Pusat Pelancongan Malaysia | Malaysian Tourism Centre (MaTiC)


Bagi korang yang malas nak drive ke KL, malas nak bersesak-sesak, boleh juga guna public transport. Stesen LRT paling dekat dengan MaTiC adalah Stesen LRT KLCC. Jadi, kalau korang nak ke Saloma Bistro ke, MaTiC ke, stesen yang paling dekat adalah stesen LRT KLCC. Menapak sikit je, terus sampai. Kalau malas nak menapak ke sana, jangan risau free shuttle pun ada.


MaTiC FEST 2014


Apa aktiviti yang best di MATIC FEST 2014? Macam-macam aktiviti ada. X Games, Persembahan Artis Tempatan, Extreme Treasure Hunt, Tamiya Mini 4WD, Kejohanan Paintball dan banyak lagi. Pilih je aktiviti mana yang korang nak join, boleh daftar cepat-cepat sebelum tarikh tutup penyertaan. Ingat, MATIC FEST 2014 ni terbuka kepada orang ramai dan semua dijemput hadir.


Save the date!
MATIC FEST 2014
31 Oktober 2014 - 2 November 2014
Lanai @ MATIC
Malaysia Tourism Centre
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur.




Pssst, kitorang plan nak join tresure hunt. Ada sape-sape lagi mau join? Jom kita buat team dan sama-sama memeriahkan MATIC FEST 2014. Kalah menang tu lain cerita, yang penting kita have fun!
Super Star Libra Bersama Paknil | Penang - Phuket - Krabi - Penang kini kembali. Kalau tahun lepas destinasi yang dipilih adalah Penang - Langkawi - Phuket - Penang, kali ni lebih menarik sebabnya Krabi juga dipilih sebagai destinasi pilihan untuk trip kali ni.


Melancong ke luar negara dengan kapal terbang mungkin dah biasa bagi sesetengah orang, tapi tak ramai yang berpeluang untuk merasai pengalaman melancong dan bercuti menaiki star cruise. Bukan selalu ada event-event macam ni, kalau dah teringin lama dah  nak naik star cruise dan melawat tempat-tempat menarik seperti Phuket dan Krabi, lagi-lagi dengan selebriti terkenal tanah air iaitu Pak Nil, inilah peluang keemasan yang korang perlu rebut.




Cuti Sekolah Bersama Paknil

Super Star Libra
Percutian 4 hari 3 Malam
Penang - Phuket - Krabi - Penang
Departure: 30 November 2014
From RM1499/pax
3rd and 4th pax: Diskaun RM500


15 sebab menarik korang perlu join Super Star Libra Bersama Paknil ke Penang - Phuket - Krabi - Penang:
  1. Daftar masuk di kaunter khas "Belayar Bersama Pak Nil"
  2. Sesi ramah mesra dan bergambar bersama Pak Nil
  3. Sesi minum petang dengan sajian istimewa
  4. Parti eksklusif bersama Pak Nil mengikut tema
  5. Sajian makan lewat malam yang menarik
  6. Acara permainan yang menyeronokkan bersama Pak Nil
  7. Sijil pelayaran yang ditandatangani khas oleh Pak Nil dan Kapten Super Star Libra
  8. Majlis Selamat Datang & BBQ Parti
  9. Gala dinner & Parti koktel
  10. Majlis perpisahan Fiesta De Libra
  11. Restoran Halal tersedia (Spices Restaurant)
  12. Persembahan bertaraf antarabangsa
  13. Persembahan "live band"
  14. Nikmati sehingga 4 hidangan mewah setiap hari
  15. Termasuk pengangkutan pergi dan balik dari KL - Penang - KL


Jadi, sesiapa yang rasa berminat nak join pakej pelayaran istimewa Super Star Libra Bersama Pak Nil ke Penang, Phuket dan Krabi, jangan buang masa. Sila book cepat-cepat sebelum penuh. Nanti melepassss. Seperti yang kita semua tahu, Phuket dan Krabi adalah dua tarikan utama di Thailand, jadi molek benarlah Super Star Libra bersama Pak Nil nih nak bawa kita semua ke sana. Amazing Thailand!


Untuk maklumat lanjut dan tempahan, 
boleh hubungi Puan Rozana di talian 012-626 4032.



Tips: Ajak member ramai-ramai belayar bersama, konpem lagi meriah. Makin ramai, makin jimat. Paling penting, yang bekerja tu, hah sila apply cuti awal-awal. Yang ada anak bini, inilah masa yang sesuai nak bawa family bercuti naik star cruise ke Phuket dan Krabi sempena cuti sekolah. Save the date, 30 November - 3 Disember 2014. Jom! 

B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside menawarkan Weekend Carvery Dinner khas untuk sesiapa sahaja yang mencari juadah istimewa atau carvery meals terutamanya kepada semua warga Lembah Klang Dan Putrajaya.



Sebenarnya, kami rasa cukup bertuah bila diundang oleh pihak Pullman Putrajaya untuk hadir dan merasai sendiri pengalaman makan malam di B's Restaurant. Terima kasih juga kepada Asia Horizon untuk peluang kali ini. Alang-alang dah sampai ke sini, tak syok lah pulak kalau tak share menu apa yang menarik katB's Restaurant dengan korang. Meh, nak story sikit. 


Weekend Carvery adalah pakej istimewa yang ditawarkan oleh pihak B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside kepada pelanggan untuk menikmati makan malam di hujung minggu yang istimewa. Dibuka pada setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 7.00 pm hingga 10.30 pm. Tawaran istimewa ini iaitu Weekend Carvery akan berakhir pada 31 Oktober 2014 dengan harga RM75 nett/person. 


Pakej yang ditawarkan di B's Restaurant memang sesuai kalau nak buat event universiti ataupun dinner kompeni ke apa. Sebab harganya amat berpatutan berbanding pakej buffet dinner di hotel-hotel lain di Malaysia.



The stunning B's will definitely be a feast for both your eyes and palate!


B's Restaurant terletak di Level 1,Bunga Tanjung Wing, Pullman Putrajaya Lakeside dan dibuka setiap hari dari jam 6.00 am hingga 1.00 pagi. Keunikan B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside adalah dari segi tatarias dan interior design yang moden dan menarik. 


Dilengkapi dengan cooking theatre yang unik, kombinasi makanan dan seni yang harmoni mampu manambat hati sesiapa saja yang datang bertandang.



Selain susunan tempat makan yang kemas dan teratur, B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside mempunyai features yang menarik seperti ruang makan yang menghadap Tasik Putrajaya mahupun landscape taman yang menarik. B's Restaurant mempunyai tempat duduk dengan kapasiti 170 orang tetamu di bahagian dalam dan luar restoran.


Dari aspek hidangan yang disediakan, B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside menampilkan makanan autentik Asia mahupun Barat samaada secara buffet ataupun ala carte mengikut kehendak pelanggan. Tidak ketinggalan juga, ala carte menu untuk kanak-kanak pun ada yang pastinya akan membuat mereka tersenyum lebar.



Paling istimewa di B's Restaurant, Pullman Putrajaya Lakeside, setiap pelanggan akan dilayan sebaiknya oleh chef-chef sendiri ketika mangambil juadah mahupun ketika menikmatinya. Interaksi antara chef dan pelanggan ini memang sukar untuk didapati di mana-mana restoran mahupun hotel di Malaysia. Kelainan yang cuba diketengahkan oleh B's Restaurant ini mampu memberi peluang kepada chef untuk berkongsi resepi masakan dan apa saja dengan para pelanggan.


Antara juadah utama yang dihidangkan adalah kambing panggang, daging lembu, dan aneka jenis makanan laut. Paling menarik, semua hidangan disediakan khas oleh Executive Chef dan team yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari dan perhotelan.


Cakap banyak tak guna, apa kata kita scroll down gambar-gambar menarik yang sempat dirakam tempoh hari. Cekidout!!!


Siakap dan udang

Assorted tapas

Pelbagai jenis pembuka selera

Assorted Tapas

Salad and dressing

Sweet Corn Crab Meat Soup 
Cream of Pumpkin Soup

Semua jenis cheese ada kat sini

Ini roti ke tongkat?
Roti boleh, tongkat pun boleh?

Aneka jenis roti

Beef Wellington

Spring Chicken

Poached Salmon

Roasted Lamb Leg
Lamb Asado

Roasted Beef with Au ajus Sauce

Seafood Paila Rice Velencia

Sesi mengenali menu-menu utama

Potato Lyonnaise
Chili Pasta Chicken

Diiktiraf Halal oleh pihak JAKIM

Macam-macam jenis kek dan kuih-muih

Chocolate fountain

Pudding 

Buah-buahan

6 perisa ice cream berserta topping


Tak kan datang nak snap gambar je kan? Mestilah makan sekali. Baru dapat feel nak share dengan readers di blog. Ok, ini yang pb cuba untuk food review kali ini.


Ini pula pendapat pb untuk setiap menu yang dicuba:

Ikan siakap masak stim agak tawar sikit. Nak best, memang kena ambik sos dia banyak sikit. Memang meletop kebaboom bila bergabung.

Beef wellington yang sedap amat. Especially rotinya.

Spring chicken, poached salmon, roasted lamb leg, lamb asado, dan roasted beef semua dibedal dalam satu masa. Variasi rasa yang memang menyelerakan.

Paling suka chilli pasta chicken sebab agak pedas dan cream of pumpkin soup yang memamg creamy habis. Fuuuh, layan betul hirup soup yang paling sedap dengan apa yang pernah rasa sebelum ni di tempat lain. Ohsem!


Ok, done. Amacam, teruja tak? Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, bolehlah hubungi B's Restaurant di talian 03-8890 0000 ext 6812.


INFO

B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia

Tel. +60 (3) 8890 0000 (Ext: 6812)

Email : info@pullmanputrajaya.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...