A POPCORN SESSION : KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA

Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, ngeri bunyinya kan? Tapi, ce try imagine kalau betul-betul berlaku dalam hidup kita. Sebab tu, kalau duk rumah sewa, kena berbaik-baik dengan semua ahli rumah. Jangan nak pentingkan diri, "bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing". Sakit demam nanti, at least ada orang nak tolong-tolong. Ye lah, family duk jauh nun di sana. Takde lah nanti, kalau mati pun takde orang tahu. 


Cakap pasal duk rumah sewa, macam-macam pesen aku jumpa. Paling tak boleh blah, bila ada yang suka berkurung dalam bilik 24 jam, buat hal sendiri. Makan minum tak tahu bila, apatah lagi nak bertegur sapa. Tak best lah kalau ada housemate macam tuh. Lagi satu, yang kedekut. Kalau barang orang bukan main rembat, tapi kalau barang dia bukan main liat nak bagi. Orang kata, kedekut tahi hidung masin,lol. Alhamdulillah, so far ahli rumah sekarang ni semua ok. Korang pun mesti dah jumpa kan macam-macam pesen housemate atas muka bumi ni? 




Lama dah tak buat entry A Popcon Session iaitu blogpost special untuk movie review. Here we go! Dah buka topik pasal kawan serumah, meh nak share pasal filem terbaru di pawagam yang mula ditayangkan hari ni, 14 Ogos 2014 (Khamis) di pawagam-pawagam seluruh Malaysia yang berjudul "Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa". Walaupun tajuk filem panjang macam thesis bab kata orang sebelah, tapi "never judge the books by its cover". Filem ni mampu untuk menggegarkan pawagam dan langsung tak mengecewakan untuk ditonton. Worth it!



Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dibintangi oleh Kumpulan Bocey iaitu Abam, Acey dan Fad. Selain dari pelakon utama, filem ini turut dibintangi oleh Yassin, dan Epy Kodiang. Gandingan mereka berlima memang cukup serasi. Gandingan mantap! Bayangkan bila lima pelawak bergabung dalam satu filem, apa jadi? Dah tentu lawak nak mampus sampai gelak cramp perut-perut.




Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Mangkin Prestij. Di majlis pratonton Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa, Puan Jean (isteri David Teo) turut serta dalam menjayakan tayangan kepada peminat, media dan bloggers bersama artis-artis lain seperti Zalif Sidek, Julia Zigler, Yana Samsudin dan ramai lagi.






Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa bergenre seram komedi. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang kehidupan tiga rakan baik iaitu Rudy (Acey), Akhir (Abam) dan Remy (Fad) yang tinggal bersama di rumah sewa mereka yang dimiliki oleh Pak Cik Osman Basah (Yassin). Rudy merupakan seorang pelakon ekstra yang sentiasa dapat watak hantu dalam filem. Akhir pula seorang pekerja di sebuah stesyen minyak dan Remy adalah seorang pengilap kasut.

Plot cerita makin menarik bila anak buah Pak Cik Osman (Epi Kodiang) datang untuk menyewa bilik kosong. Tujuan dia datang semata-mata nak race motor dan nak menang RM10,000. Kesnya kena cabar di facebook je pun,LOL!

Nak tahu apa kesudahan cerita mereka?

Menang ke race motor? Dapat ke RM10,000?

Macam mana pulak salah sorang daripada mereka boleh mati? 

Siapakah yang mati? Jeng jeng jeng


Nak tahu kesudahan cerita ni, boleh la pi serbu pawagam berdekatan korang! Jom. Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa dan pastinya korang akan tergelak terbahak-bahak. Jangan sampai gelak sampai terkentut sudah, malu kat orang sebelah kiri dan kanan, depan dan belakang dalam pawagam.



Klasifikasi: P13
Genre: Komedi / Seram
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2014
Bahasa: Malay
Penerbit: Mangkin Prestij
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Fad, Acey, Abam, Epy Raja Lawak, Yassin




Filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa merupakan sebuah filem  yang mampu memeriahkan lagi industri perfileman Malaysia. Kalau korang perasan, filem Melayu sekarang semakin lama semakin sendu. Macam dah hilang aura dan arah tuju. Tapi, bila korang tengok filem ni, aku yakin korang akan terhibur dengan lawak-lawak yang tak masuk dek akal. Lawak fresh, yang korang tak pernah imagine. So, expect the unexpected bila menonton filem ni.


Satu perkara nak puji, pengarah, penulis skrip, dan penerbit, you did a good job. Berani mengambil risiko dalam mengetengahkan artis baru dalam menjayakan filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Diorang dah buktikan bahawa sebuah filem tu tak semestinya membariskan artis-artis yang handsome-handsome dan cantik-cantik serta popular untuk menarik minat penonton. Pelakon seperti Bocey, terutamanya Abam yang amat berbakat dalam melawak dan berlakon pun mampu untuk menjadikan filem meletup. Gandingan ideal bersama Acey dan Fad menjadikan filem ni menggegarkan satu panggung dengan gelak-tawa penonton dari awal start filem ditayangkan sehinggalah tamat. Ohsem!



Jadi, kalau korang nak release stress, disyorkan pergi tengok filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Kalau sape-sape gi tengok filem ni kat pawagam, tapi langsung tak gelak ataupun berpendapat filem ni langsung tak kelakar, sila bagitau kat sini. Nak tahu jugak, ke aku sorang je syok sendiri cakap filem ni best. Aku jamin, korang pun pasti gelak bila tengok filem ni. Pasti!


Apapun, terima kasih kepada rakan blogger Syukri Tahir kerana menjemput aku untuk join sekaki majlis pratonton filem Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. Terima kasih juga kepada blogger otai, BroFramestone sebab buat Blogger Movie Day Out macam ni. Next time, kalau berkesempatan bolehlah join lagi kalau ada, hehe.


:::::Notakaki:::::
Kalau dah tonton filem ni, jangan lupa share pendapat di sini. Tak pun boleh share di laman sosial media seperti twitter atau instagram dengan hashtag #KawanAkuMatiDalamRumahSewa dan #MangkinPrestij

Post a Comment

4 Comments

  1. Sangat3 takde rasa nk tonton filem Melayu skrg sbb x jumpa cari apa motif cerita.

    ReplyDelete
  2. cuba tengok filem ni konpem tak tahan nak gelak..
    worth it to try
    bocey memang berbakat habis dalam melawak

    ReplyDelete
  3. hehee setakat ni kawan rumah sewa ok je... terkawal ekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. beruntung tu bro.. bukan senang nak dapat kawan rumah sewa sekepala semua..

      Delete