#TSDayOut : Aktiviti Lasak di Paradise Valley Broga, Semenyih

/
17 Comments
#TSDayOut di Paradise Valley Broga, Semenyih ini merupakan #TSDayOut edisi pertama bagi tahun 2014. Ini kali ke-4 pb join #TSDayOut selepas FRIM Kepong, Skypark Subang dan Battlefield di Hulu Langat. Untuk cerita lebih lanjut pasal TSDayOut tahun lepas, 2013 boleh baca kat sini. Macam biasa, memang tak pernah menghampakan bila dapat join #TSDayOut. Aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang hari pasti best dan menyeronokkan. Lagi-lagi, kali ni #TSDayOut bertemakan "extreme and scenery" di sekitar Paradise Valley Broga, Semenyih.


Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu #TSDayOut? Secara ringkasnya, #TSDayOut merupakan Tourism Selangor Day Out yang dianjurkan oleh pihak Tourism Selangor untuk mempromosi tempat-tempat menarik di sekitar negeri Selangor dan terbuka kepada bloggers. Untuk menyertai #TSDayOut, bloggers hanya perlu mengisi butiran peribadi di website dan 20-30 bloggers (berdasarkan aktiviti yang dianjurkan) yang terpilih akan dimaklumkan menerusi e-mel jemputan untuk menyertainya.


Nak tahu lebih lanjut, kena follow media social Tourism Selangor untuk #TSDayOut akan datang. Stay tune!

Twitter
Facebook
Website


Paradise Valley Broga, Semenyih

Paradise Valley merupakan salah satu eco farm resort yang terletak di Bukit Broga, Semenyih iaitu kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur. Kalau sesiapa yang pernah sampai di Bukit Broga tu, rasanya tiada masalah untuk sampai ke sini. Apa yang menarik kat sini? Dah tentu kedamaian yang jauh dari hiruk-pikuk kota dan pemandangan bukit-bukau yang indah.

Breakfast & Briefing

Setibanya kami di Paradise Valley, kami disambut oleh pihak resort. Memandangkan rata-rata daripada kami kali pertama tiba di sini, kami diberi briefing oleh Mr PJ serba-sedikit mengenai Paradise Valley. Sambil-sambil tu, ayuh kita breakfast ala-ala western dulu kumpul tenaga sebelum memulakan aktiviti lasak.

Kemudahan di Paradise Valley Broga

Paradise Valley menawarkan pelbagai kemudahan asas untuk aktiviti rekreasi. Pendek kata, memang sesuai untuk dijadikan lokasi pilihan bagi aktiviti team building, family day ataupun riadah bersama keluarga


Memandangkan struktur tanah di kawasan Paradise Valley berbukit-bukau, pihak pengurusan ada menyediakan kenderaan khas untuk membawa para pelawat ke sekitar resort. Selain itu, basikal juga disediakan untuk sesiapa yang berminat untuk melakukan aktiviti riadah dengan berbasikal.



Kemudahan awam seperti tandas dan sink juga disediakan di beberapa lokasi di sekitar resort. Memang terjaga rapi dan bersih. Antaranya di tempat wall climbing.

Inilah tempat kami breakfast. Memang terbaik bila tengok pemandangan kolam macam ni. Sejuk mata memandang. Kalau berminat untuk berkayak, kayak pun ada disediakan. Selain kayak, sukan polo air pun boleh diadakan dalam kolam ni. Amacam, menarik bukan?
 

Selain menawarkan aktivit outdoor, Paradise Valley juga menyediakan pakej penginapan. Dalam gambar tu, boleh nampak dorm dan camping tent. Apa yang menarik perhatian adalah camping tent. Bukan sebarang khemah (camping tent) biasa, tapi siap ada katil single 2 biji dan kipas. Memang canggih.

 
Antara pakej penginapan yang ditawarkan di Paradise Valley adalah seperti berikut:
Dorm (2 hari 1 malam)
RM118/pax
Peak season (Public Holiday/ School Holiday/ Weekend) RM138/pax
Pakej termasuk welcome drinks, dinner dan breakfast.
Aktiviti termasuklah flying fox, wall climbing, kayaking, Broga Hill atau Broga Waterfall
Check in 2p.m dan check out 12p.m


Camping Tent (2 hari 1 malam)
RM90/pax
Peak season (Public Holiday/ School Holiday/ Weekend) RM108/pax
Pakej termasuk welcome drinks, dinner dan breakfast.
Aktiviti termasuklah flying fox, wall climbing, kayaking, Broga Hill atau Broga Waterfall
Check in 2p.m dan check out 12p.m



Ini pula challet yang dibina di lereng-lereng bukit. Memang cantik pemandangan kat sini. Sesuai untuk bercuti dan rehat minda sambil beriadah. Dah dekat kalau pagi-pagi nak morning walk ataupun hiking ke Bukit Broga dan tengok sunrise.
Luxury Room (2 hari 1 malam)
RM150/pax
Peak season (Public Holiday/ School Holiday/ Weekend) RM190/pax
Pakej termasuk welcome drinks, dinner dan breakfast.
Aktiviti termasuklah flying fox, wall climbing, kayaking, Broga Hill atau Broga Waterfall
Check in 2p.m dan check out 12p.m


Ok, itulah sedikit-sebanyak info pasal pakej-pakej yang ada di Paradise Valley Broga. Mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa saja yang bercadang nak organize team building ataupun family day. Jom, sambung story pasal #TSDayOut pulak. Apa yang telah kami cuba sepanjang sehari berada di sana? Zaaaasss, layan!


Warming Up & Safety Briefing

Sebelum memulakan aktiviti, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kemudian, dimulakan dengan warming up untuk regang-regangkan otot. Ye lah, nak buat aktivti lasak ni, tak boleh main redah je. Silap haribulan, nanti tak pasal-pasal terkehel kaki, terseliuh tangan, retak atau patah kat mana-mana anggota badan. Kan nanya. So, untuk langkah pencegahan, kita lakukan stretching yang diketuai oleh instruktor khas dan terlatih dari Paradise Valley.


 
We are team no.2!

Selesai sesi memanaskan badan, kami diberi taklimat keselamatan (safety briefing) terutama aktiviti yang melibatkan ketinggian. Antaranya mengenai alat keselamatan seperti harness dan safety helmet. Safety first!
 



Briefing saja tak cukup, instruktor siap tunjuk demo lagi macam mana cara nak pakai harness dan safety helmet dengan betul.Cayalah! Siap semua,ayuh get ready to climb the wall!
 


Kumpulan 1 dan 2 buat wall climbing, manakala kumpulan 3 dan 4 buat flying fox. Kemudian, dah selesai, switch aktivit bagi semua merasa. Jom, kita tengok aksi-aksi spiderman memanjat


Wall Climbing

Aktivit pertama, wall climbing. Cuak jugak nak buat, lagi-lagi sebab gayat (takut ketinggian).Tengok orang buat mudah, tapi bila sampai turn sendiri, hah terkial-kial jugak nak sampai atas. Apapun, tak cuba tak tahu kan? Jom try


Belayer: Belay On!
Climber: On belay!

Haa,macam tu lah lebih kurang skrip yang digunapakai antara climber dan belayer. Ini kali ke-3 try wall climbing. Pertama di Pulau Jerejak, kali ke-2 di OBS Lumut. Lama betul tak buat aktiviti lasak macam ni. Agak-agak sampai ke puncak ke tak? Jeng jeng jeng



Bila kat bawah, dongak ke atas macam rendah je. Tapi, bila panjat rasa macam tinggi la pulak, wakaka. Adeh. Selain perlukan kekuatan fizikal (kaki dan tangan), wall climbing juga perlukan kekuatan mental untuk atasi ketakutan pada ketinggian dan untuk struggle sampai ke puncak dan bunyikan loceng, 'kring kring kring".

 

Tengok adik ni buat pun boleh, tak kan abang-abang dan kakak-kakak tak boleh buat kan? Terima kasih untuk semangat anda! Syabas kerana berjaya sampai ke puncak. Terbaiklah adik ni, berani dan lasak!


 

Ok, giliran tuan punya badan pulak. Phewwww.Akhirnya sampai jugak ke puncak. Yahooooooo!


Flying Fox



Aktivti seterusnya adalah flying fox. Gerun tu memang gerun, tapi dah banyak kali buat flying fox sebelum ni.Jadi, dah lali dan kalis gayat. Kita redah sajaaaa!



Aksi Khai si budak pacak buat flying fox. Nak release tension, aktiviti macam ni memang sesuai. Bila mula je terbang, silalah jerit sekuat hati. Memang terbaik....  Dah settle wall climbing dan flying fox, perut pun dah berkeroncong, moh ler kita pi makan tengah hari dulu.


Lunch


Memang layan makan-makan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Aish, geram pulak tengok kayak-kayak yang warna-warni kat seberang sana. Semua excited nak berkayak di sebelah petang.

Abseiling

Aktiviti di sebelah petang diteruskan dengan abseiling atau dengan nama lain repelling. Kali ni, kita cuba buat abseiling 45 darjah. Cuak lah jugak. Bila main dengan ketinggian ni, takde benda yang tak cuak. Padahal seluruh tubuh badan dan cukup-lengkap dengan alat keselamatan. Macam-macam gaya, macam-macam ragam ada. Ada yang terjerit-jerit tak mahu turun sebab gayat, hahaha. Seriously, lawak. Kagum jugak, akhirnya semua berjaya buat. 
Cross Rope

Hujan dah renyai-renyai turun. Aktiviti seterusnya adalah cross rope. Aktiviti ni perlukan keseimbangan badan untuk meniti tali. Tapi, part paling susah adalah di tempat persilangan tu. Nak kena tukar kaki dari sebelah sini, nak kena pindah sebelah sana. Adeh, sampai cramp kaki dibuatnya. Setelah dua kali percubaan, akhirnya berjaya selesaikan cabaran ni. Ohsem!


Tension Travel


Dalam banyak-banyak aktivit, tension travel paling mudah. Sambil pejam mata pun boleh buat. Apa yang penting, kena pandai imbangkan badan dari terjatuh. Memandangkan hari dah hujan, semua basah kuyup. Masing-masing excited nak try walaupun hujan renyai-renyai.
Malangnya, hujan semakin lebat. Jadi, aktiviti kayak terpaksa dibatalkan. Lagi-lagi, guruh mula berdentum-dentam. Dah selesai minum petang, tibalah masa untuk #TSDayOut melabuhkan tirai. 
Prize Giving

Semua peserta #TSDayOut kali ini tidak pulang dengan tangan kosong. Semua pulang dengan goodies bag hasil pemberian pihak Tourism Selangor dan Paradise Valley Broga. Terima kasih kami ucapkan.

 Tourism Selangor: Dry bag, tumbler, pen drive
Paradise Valley Broga: T-shirt, nangka

 
Instagram Photo Contest

Credit Photo: Khai Azfar
  
Selain itu, keputusan untuk Instagram Photo Contest sepanjang #TSDayOut di Paradise Valley Broga juga diumumkan. Dengan tema "extreme and scenery", alhamdulillah instagram penaberkala turut dinobatkan sebagai pemenang. Semua pemenang menerima wang tunai RM100 setiap seorang. Terima kasih Tourism Selangor!


Jadi, sesiapa yang berminat nak berkunjung atau menginap di Paradise Valley Broga, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah

Paradise Valley @ Broga, Semenyih
Lot 1742 & 1369, Jalan Tarun Broga,
43500 Semenyih, Selangor, Malaysia.

GPS Coordinate:
N 2.941'
E 101.91'

Tel: 
+6012--8890 036
+6011-1668 6186
 +6011-1668 6188

Email: 

Facebook: 

Website:



The Bloggers  

Inilah antara bloggers yang turut serta dalam #TSDayOut di Paradise Valley Broga. Kalau rasa nak join #TSDayOut jugak, jangan lupa register untuk #TSDayOut yang akan diadakan pada bulan June nanti. Mark your calendar :)
 
Credit Photo: Khai Azfar


You may also like

17 comments:

  1. terbaik la bro :D minta email boleh.. ni email saya afif_4ht@hotmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terbaik utk buat aktiviti outdoor
      ni email : mkamh5587@gmail.com

      Delete
  2. Replies
    1. memang torbaik bro..
      next time, join la jugak.. baru meriah

      Delete
  3. Best nya pena siap menang lagi tu heheh sorry tak dpt join sedihnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Madi, beria aku ingat ko join jugak. Takpe, next time join ok.. Alhamdulillah rezeki arituh :)

      Delete
  4. Syoklah korang duk selangor boleh join mcm2 aktiviti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la dari takde buat apa time weekend

      Delete
  5. Replies
    1. memang syok.. sambil-sambil bakar lemak, hehe

      Delete
  6. Menarik la tempat ni.. Aktiviti pun best2 semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik..tempat baru bukak..
      tak ramai lagi yang tau..
      memang best utk buat team building

      Delete
  7. Menarik tempat itu.. Insha-Allah, saya akan hubungi pertanyaan Tuan tentang pakej untuk aktiviti kem team building via email Tuan berikan di atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik untuk aktiviti team building...
      macam-macam aktiviti boleh buat termasuklah hiking ke Bukit Broga, kayak, flying fox dan abseiling..
      Puas hati datang sini

      Delete
  8. Salam.. boleh emailkan kepada saya detail untuk kami buat team building untuk syarikat.. erman.peluangkirstal@gmail.com dengan segara ye.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam En Erman.

      Boleh hubungi pihak Paradise Valley di talian berikut Tel:
      +6012--8890 036
      +6011-1668 6186
      +6011-1668 6188

      Email:
      paradisevalleybroga@gmail.com

      Delete
    2. Wsalam En Erman.

      Boleh hubungi pihak Paradise Valley di talian berikut Tel:
      +6012--8890 036
      +6011-1668 6186
      +6011-1668 6188

      Email:
      paradisevalleybroga@gmail.com

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...