Project A Cup Of Tea | One Cup For Me, One Cup For Wall

/
10 Comments
Dah tengok video ni? Video yang berjudul "Born To Lead 1.0 - Project : A Cup Of Tea." Sebenarnya, aku kagum bila tengok video ni. Jalan cerita mudah, tapi mesej yang nak disampaikan memang padat. Apapun, terima kasih kepada Kak Ayu sebab tag video ni di facebook. At least, video yang berdurasi 3 minit ni dapat membuka minda untuk lebih celik mata dan celik hati.


Memandangkan video ni amat ohsem, aku rasa terpanggil nak share di blog. Aku rasa, kalau project ni dapat dilaksanakan di dunia realti di restoran atau kedai-kedai kopi berdekatan, memang torbaikk. Jadi, kepada sesiapa yang belum layan lagi video ni, korbankan 3 minit anda untuk video yang penuh makna ni. Layan :)




Konklusi, nak buat baik tak susah. Tak perlu ada wang berjuta baru boleh berbuat baik. Konsep dia simple saja, buat baik tak semestinya buat benda-benda yang "wow" saja. Kadang-kala, benda yang simple, ringkas, dan mudah itu lagi manis dan bermakna nilainya. Apa yang penting, kita iklas.

Selamat beramal :)


Rich is not about how much you save,
It's about how much you give

Simple deeds make life easier & happier
-Syed Aminuddin-


Be the change!
Everything you do makes a difference



:::Notakaki::: 
Tiba-tiba teringat kisah biskut Oat bila pertama kali join Projek Iqra'. Walaupun benda simple, tapi ia cukup bermakna untuk memberi kegembiraan kepada adik-adik semua. Kalau ada kelapangan, plan nak join lagi. Seronok juga mengajar budak-budak ni.

Jadi, di kesempatan ni aku nak menyeru kepada sesiapa yang ada masa terluang di hujung minggu, jom kita jadi sukarelawan di rumah anak yatim bersama Projek Iqra'. Di sana, aku dapat tengok usaha murni anak-anak muda semua melapangkan masa setiap hujung minggu mengajar dan mendidik anak-anak yatim dan fakir miskin. Kagum! Semoga kita semua istiqamah membantu mereka yang memerlukan, inshaAllah. 

Kalau tak mampu nak luangkan masa dan tenaga, boleh juga menyumbang dari segi dana dan bantuan lain kepada mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.projekiqra.com


You may also like

10 comments:

  1. baru je beberapa minit lepas tgk video ni kat fb. Yes, sgt nice sgt bgs gitu...
    video simple tp objective tercapai :). kedai-kedai minum and kedai-kedai makan sekalipun bleh apply nih, mggalakn orang utk bersedekah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesej yang mendalam... idea kreatif utk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.. kecil tapi bermakna

      Delete
  2. nak bersedekah kt mana2 pon boleh kan... bagus video nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh, asalkan niat kita ikhlas..
      inshaAllah, jadi saham untuk kita kelak di kemudian hari

      Delete
  3. Dah tengok 3 hari lepas, ramai yg share kat facebook.. Video yg menarik..

    Teringat pesan seseorang.. "apa yang kita buat walaupun sikit dan kecil tapi biarlah ianya istiqamah dan ikhlas"

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik, simple tapi bermakna...
      betul tuh, bak kata orang "air yang menitis di atas batu secara berterusan mampu membuatkan batu jadi lekuk"

      Delete
  4. Replies
    1. idea asal video ni.. nk tengok video lain boleh tengok kat youtube atau subscribe Shohwatul Al-Fateh

      Delete
  5. Mmg hebat syed tu. Akak pun kagum. Terus like n share page Shohwatul Al-Fateh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kak ayu tag la saya tau kewujudan video ni..
      thank you

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...